The Centre for Policy Initiatives berpendapat Petunjuk Prestasi Utama Negara (NKPI) bagi Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dalam soal mempertingkatkan taraf kehidupan isirumah berpendapatan rendah hendaklah dirombak semula supaya dapat menangani masalah kemiskinan dalam negara dengan lebih berkesan. Antara alasan yang diberikannya ialah:
Seni, budaya dan Tok Guru Nik Aziz (Ustaz Hamzah Jaafar 24/2/10)
Bagi mencapai visi ‘tiada rakyat Malaysia yang ketinggalan’, kerajaan harus mengkaji semula NKRA “Mempertingkatkan Taraf Kehidupan Isirumah Berpendapatan Rendah” dalam menggubal Rancangan Malaysia Ke-Sepuluh (2011-2015). Takrifan Pendapatan Garis Kemiskinan (PLI) yang digunakan dalam GTP harus diubahsuai bagi mencerminkan keadaan sebenar sosio-ekonomi isirumah di yang tergolong di kalangan 40% terbawah dalam masyarakat kita.Menarik hari ini:
Dengan itu NKPI bagi NKRA tersebut seharusnya dirombak semula supaya dapat menangani masalah kemiskinan dalam negara dengan lebih berkesan. (Baca seterusnya dalam posting CPI bertajuk "Betulkah tiada rakyat yang ketinggalan?")
Seni, budaya dan Tok Guru Nik Aziz (Ustaz Hamzah Jaafar 24/2/10)










Cantik? Klik 






Negeri kita dikurniakan Tuhan kaya dengan segala galanya.Soalnya,mengapa kemiskinan tetap ujud?Jawapannya kita tak sensitive dan irihati dengan kejayaan Negara Negara maju seperti yang terdekat sekali Singapura.Sekiranya kita meniru mengikut teladan dan jejak pentadbiran mereka mustahil kebasmian kemiskinan tak bolih dicapai.Saya biasa bekerja di EDB Singapura 60han dimana saya dapati kegigihan kerajaan menaikan taraf hidup rakyat Singapura yang kurang bernasib baik diutamakan dengan penmpatan semula dan sebagainya.Pekerjaan disediakan dan perniagaan disuburkan dan semua rakyat mereka berbilang kaum setaraf antara satu dengan lain dan peluang terbuka kesemua peringkat.Walau pun orang Melayu ketika itu terasa terpinggir melalui perubahan cara pentadbiran tetapi mereka tetap diberi perhatian dan layanan saksama.50 tanhun berlalu,Singapura jauh lebih maju berbanding dengan Malaysia.Malaysia tetap mundur kerana kejahilan pemimpin kita yang mementingkan diri sendiri.