Dalam posting bertajuk "Mudarat PAS lebih kecil..", Penjual Ubat menulis:
Ayuh pemuda! Bangun tentang kezaliman (Cik Gu AlHusseyn 2/1/09)
...tetapi mereka berkata (sahabat-sahabat Umno) kepada saya tunggulah bila dapat kuasa nanti, dunia akan masuk dan pemimpin PAS pun akan menjadi seperti pemimpin Umno.Berkaitan:
Waktu itu saya lawan cakap mereka berhabis-habisan sebab saya fikir mustahil PAS sebagai sebuah parti Islam akan menjadi seperti itu, tetapi ia rupanya benar-benar terjadi. Sekarang sudah ada pemimpin PAS yang sudah tidak berani menegur pemimpin yang tidak betul kerana takut hilang jawatan, juga sudah ada yang gila kuasa, tamak dan sebagainya. Mujurlah juga ada 2 orang anak jantan yang berani dikalangan pemuda.. (baca selanjutnya di sini).
Ayuh pemuda! Bangun tentang kezaliman (Cik Gu AlHusseyn 2/1/09)










Cantik? Klik 






Anak Jantan perlu bangun dan berjuang untuk anak-anak generasi akan datang.
Demi Agama Islam dan negara Malaysia..
Lawan Tetap Lawan
Haiii...tak habis lagi nak mencacai isu ni
cakap aje la memang anti dgn perjuangan Islam yg diterajui Pas...
ada bermcm isu lain yg sedang hangat diperkatakan.....tapi blog Pak Bakaq masih duk berlegar dlm tempurung kaca ni....
cuba tengok yang ini
http://edyesdotcom.blogspot.com/2010/02/saya-jawab.html
Penarik beca,
Mengapa dalaman parti PAS bercelaru setelah dua ahli PAS menerima hukaman masing-masing...? Pastinya kerana tidak telus dan tidak adil.
Mengapa mereka dari jawatankuasa disiplin mengenakan hukaman yang dilihat tidak adil terhadap Khalid Samad sedangkan Hassan Ali juga telah membongkar rahsia parti...?
Sebenarnya hukuman yang diberikan kepada dua pesalah itu tidak seimbang bukanlah hukuman yang memperbaiki kesilapan tetapi lebih kepada hukuman bersifat menyingkir orang yang tidak disukai.
Dimana presiden parti..? Mengapa setiausaha agong lebih banyak bercakap dari presiden..? Apa komen presiden tentang hukuman kepada kedua ahli PAS itu...? Ternyata suara presiden tidak kedengaran.
Kita mungkin masih ingat pada AdukaTaruna.... Mengapa dalam blognya ada projek langgar Hadi. Apakah untuk menjahanamkan parti PAS...?
Mungkin bentuk penulisannya kasar dan biadap. Tidak berlapik ketika menyentuh isu sensitif berkaitan dengan agama atau keluarga nabi.
Maka diantara kita menuduh bahawa beliau adalah dikategorikan sebagai manusia kurang ajar dan patut dihukum sepertimana yang ditanggongnya sekarang.
Tapi apakah kita sedar bahawa AdukaTaruna mengingatkan kita bahawa ada pemimpin atasan PAS ramai yang memakai jubah ulamak kononnya bijak tapi mereka adalah dari kalangan bodoh sombong...? Atau kita terpukau dengan kepercayaan dan wala' sehingga kita jadi pakturut saja. Terima saja tanpa memberi peluang pada akal sendiri untuk berfikir, membezakan mana satu yang benar dan mana yang tipu...?
Dimana ulamak no 1 berada, apakah beliau sudah bertukar menjadi syiatan bisu......?
PAS sentiasa melaungkan keinginan untuk menubuhkan sebuah kerajaan adil kerana Kerajaan Barisan Nasional tidak adil. Namun dalam masalah disiplin parti pun PAS didapati bertindak tidak adil. Macam mana para pengundi terutama para pengundi muda nak tertarik hati untuk mengundi PAS sedang cara pengadilan yang PAS jalankan adalah menyerupai badan disiplin UMNO????
Kpd pemerhati said...
Tak boleh nak kata juga dlm Pas bercelaru dgn kes dua org tu...
Sebenarnya yg bercelaru ialah segelintir blogger dan forumers je....
Yg lain aku lihat tak la nak menonjolkan kehebetan masing2 dlm menjadi batu api atau apa saja kat ruang siber ni.....
Tambahan pula banyak musang berbulu ayam dikalangan blogger dan para forumers...
masing2 ada agenda sendiri....tak boleh lari bila kita buat satu kerja yg memerlukan sokongan masyarakat....
Contohnya blog2 yg banyak sekarang ni.....kalau tak de sapa yg nak mai tenguk ....apa kejadah nak menulis hari2....
Tambahan pula dah ada ranking.....so tak dpt tidak mesti ada lapuran yg sensasi...
Wal hasil balik asal......konsep media memang mcm tu
Hanya segelintir shj yg boleh dikatakan menghampiri tahap benar2 pro....
Tenguk Pak Bakaq ni....hari2 dia akan siarkan berita yg boleh dikatakan mencucuk Pas...maka ramailah pencacai umno dtg bawak nasi tambahnya..
Tidak ketinggalan juga org mcm aku....hari2 aku mesti dtg sini utk balas balik serangan kpd Pas.....maka hiduplah blog....
pemerhati kata,
"Dimana presiden parti..? Mengapa setiausaha agong lebih banyak bercakap dari presiden..? Apa komen presiden tentang hukuman kepada kedua ahli PAS itu...? Ternyata suara presiden tidak kedengaran."
pas dah ada ISA - Ikut $topa Ali! ccaya laa
Pak Bakaq,
Apabila berlaku ketidakadilan yang diputuskan oleh JK Disiplin PAS,begitu ramai yang membuat komen menghentam JK Disiplin PAS dan juga pengerusinya Tuan Ibrahim Tuan Man.Malang seribu kali malang,setakad ini terdapat hanya seorang wira sahaja dari kalangan Pemuda PAS yang lantang bersuara.Yang lain tu,menikus atau sedang tidur lena.Yang lebih menyedihkan tidak seorang pun dari AJK PAS Pusat berani membuka mulut.Semuanya mahu "play safe" khuatir nama akan diguggurkan dari senarai calun PRU ke13 kelak.Fenomena ini telah membuka mata dan menghantar isyarat kepada ahli-ahli PAS biasa serta penyokong-penyokong PAS serta yang selama ini berada atas pagar,akan kualiti yang ada pada pemimpin-pemimpin PAS.Ada yang mengatakan keputusan yang dibuat oleh JK Disiplin itu merupakan satu "hikmah".Benar itu "hikmah" yaani hikmah yang menunjukkan natijah bahawa sekiranya PAS diberi kuasa seperti UMNO,maka PAS tidak akan berbeda dengan perangai UMNO.Bak kata pepatah: Kokok berderai-derai,ekor bergelumang tahi".