Sedap!! Klik gambar di atas!

Sivarasa terajui Jawatankuasa Disiplin PR? Tolonglah!

Ada banyak berita yang menarik perhatian. Yang paling cepat menarik minat saya ialah berita Malaysiakini semalam bertajuk "'Kami hanya berdebat dengan Guan Eng'".

Pemuda Umno Pulau Pinang dan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia cawangan negeri itu (DPMMPP) dilaporkan hanya mahu berdebat dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berhubung isu dakwaan peminggiran orang Melayu-Islam di negeri itu.

"Kalau (berdebat) dengan Lim Guan Eng, boleh... kalau (dengan) Pemuda Pakatan Rakyat, tak payahlah," kata Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang, Norman Zahalan.

Kalau Guan Eng pula kata, "Saya hanya mahu berdebat dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Kalau dengan Pemuda Umno Pulau Pinang atau DPMMPP, tak payahlah", lagu mana pulak?

Last-last tak jadi debat. Hang tuduh aku bacul, aku pun tuduh hang bacul jugak. Berdebat ja la dengan siapa pun. Nak takut apa. Berani kerana benar.

Kalau berdebat, bila Pemuda Umno Pulau Pinang katok (ejaan perkataan katok ini tak ambil tau sistem ejaan puak-puak bahasa) Pemuda PR cukup-cukup, depa akan menggelejat dan menjerit menuntut Guan Eng supaya jangan buat kelaku yang menyebabkan beliau dipandang meminggirkan Melayu Pulau Pinang.

Kalau betul nak tolong Melayu Pulau Pinang, Pemuda Umno Pulau Pinang jangan banyak dalih. Takut nanti orang kata pondan lebih berani daripada hampa. Tu tak pa lagi. Bagaimana kalau orang rasa babi lebih mulia dari hampa?

Sebab tu la, berdebat ja dengan siapa pun dari PR. Telanjangkan depa bulat-bulat. Tapi jangan la dok merapu macam dua orang dalam program Hujah TV9 baru ni (klip video di sini).

Satu lagi berita yang menarik perhatian saya ialah berita Malaysian Insider semalam bertajuk "Pakatan akan sedia lebih platform untuk suarakan pandangan".

Berita itu melaporkan, mesyuarat PR bersetuju menubuhkan satu Jawatankuasa Disiplin secara bersama yang dipengerusikan oleh Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah demi menyelesaikan beberapa isu tatatertib yang melibatkan kepentingan bersama antara PAS, PKR dan DAP.

"Kita menetapkan untuk tubuh suatu jawatankuasa tatatertib peringkat Pakatan Rakyat dan kita minta Saudara Sivarasa Rasiahuntuk mempengerusikan jawatankuasa ini," kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Nasib saya baik kerana saya tidak menjadi ahli mana-mana parti dalam PR. Kalau saya jadi ahli mana-mana parti dalam PR dan atas apa jua sebab saya dipanggil Sivarasa, saya terus akan kata, "Woi! Dengan Inter Faith Council (IFC) punya orang, no deal!"

Pengerusi Jawatankuasa Disiplin sepatutnya dipilih dari kalangan yang dihormati oleh semua orang. Pemimpin-pemimpin PAS yang bersetuju dengan perlantikan Sivarasa tidak tahu ka ramai ahli dan penyokong PAS yang bencikan Sivarasa kerana IFC kurang ajaqnya itu? Tak dak orang lain ka?

Bagaimana kalau ada kenyataan yang orang-orang PR memenuhi nafsu kurang ajaq IFC? Hampa ingat Sivarasa boleh setuju nak ambik tindakan walaupun menyakitkan hati umat Islam?

Daripada bercakap merapu nak sangat berbaik dengan Umno, lebih berpahala bercakap benar tentang perasaan sebahagian ahli dan penyokong PAS yang membenci Sivarasa dan IFCnya itu. Bagi tau terus-terang bahawa orang yang dibenci oleh begitu ramai penyokong PR itu tidak layak menjadi Pengerusi Disiplin PR.

Jangan lupa sama sekali, IFC sering dilihat sebagai pelengkap kepada kata-kata seperti berikut:
Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan (kenyataan Najib pada 20 April 1983 kepada para wartawan)
Pengumuman:

Ceramah malam esok (sila klik)
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Aku Pak Bakaq kalau bab debat ni aku tak percaya ngan UMNgOk ni sebab depa ni bila panggil penerangan...depa pergi maki dan kelakuan macam monyet dalam dewan (ingat kat Shah Alam dulu).

    Tak payah la dengan depa ni tapi kalau yg datang macam yg dalam program Hujah dulu silakan la sebab depa kat Penang dah masak menipu orang Melayu...bukan nak tolong orang Melayu.

    Posa

  2. Tak ada muka lain ke..

    Kalau Hasan Ali keluarkan nas dan hadis boleh ke Sivarasa tu faham..

  3. Aku rasa, kita sebagai orang Islam, apa yang kita nak?

    Aku bagi contoh. Kita nak jual ubat gigi yang suci, bersih, mengikut sunnah(sugi)dan halal. Bila semua dah siap, kita pun packlah ubat gigi tersebut. Pek warna hijau, tulusan jawi, dan berjenama Al-Mukmin ataupun At-Taqwa. Korang rasa ada tak orang Cina ka, India ka, Iban ka nak guna ubat gigi tersebut? Orang Islam yang tak berapa nak Islam pun segan2 nak guna. Jadi, matlamat kita tak kesampaian. Matlamat baik kita terhalang oleh cara kita yang bolehlah dianggap tak "cerdik".

    Hukum Hudud boleh dilaksanakan dinegara ni tapi kena cerdiklah sikit. Boleh tak kalau Hukum Islam ni di kenali dengan nama lain, contoh, Hukum paling adil ke, Hukum paling best ke. Kita pun lupa banyak hukuman dinegara kita diceduk dari hukuman negara lain seperti British dan India yang berasaskan Kristian dan Hindu. Tapi kenapa kita semua rakyat Malaysia mampu terima? Sebab kita kenal hukum tersebut dengan Undang2 Malaysia, bukan Undang2 Penjajah.

    Sekarang ni Islam dipandang serong seluruh dunia, jadi yang mampu kita tonjolkan ialah kebaikan Islam, bukan brand Islam itu secara total semata2 buat masa sekarang.

    Fazli Salleh

  4. kita kena tengok jauh dalam mengadili disiplin pak pak lompat dan orang yang berperangai dalam Pakatan Rakyat nih. Sivarasa ini kan lawyer dan fasih undang undang, lagipun dia tak memegang apa apa jawatan besar dalam parti, seperti President dalam PAS, PKR, maupun DAP. amatlah tepat memilih seorang yang berkelayakan dan professional memenuhi jawatan itu pun. ada banyak lawyer dalam Pakatan Rakyat, baik PAS PKR dan DAP kot, tapi lawyer2 nih bila dah dapat satu Post besar, mula buat perangai sampai tak endah cakap No. 1 dalam PR. tengok senario sebigini seperti kes kerajaan di Perak bawah PR.

  5. Kenapa suka pertikai kebolehan dan kebijaksanaan orang lain. Kalau kita jadi pemimpin baru kita tahu bahawa membuat keputusan yang baik itu bukan mudah. Kalau dirasakan Sivarasa ni tak boleh wat kerja, kita tukarlah. Kita boleh nilai sendiri. Belum buat apa-apa kita dah komplen. Come on brother. Be reasonable a little. Jangan jadi cerita orang tua, anak dan keldai. Semua buat pun salah. PR ukan parti perkauman. Kalau nak perkauman, masuk UMNO lah. Cakap pasal debat, UMNO lebih bijak. Menteri buih juara debat pun kalah , takkan depa nak lagi berdebat. UMNO dah ambil pendekatan, jangan peduli apa orang kata, jangan nak berdebat, jangan jawab walau pun boleh jawab. UMNO buat apa yang boleh menguntungkan atau wang masuk. Itu strategi UMNO sekarang. PR tak payah nak berdebat dengan UMNO ni. Kerja membazir aje. Yang penting PR bersihkan PR dari anasir UMNO dan kuncu-kuncunya dari PKR.

  6. kenapa pilih dia yang selalu timbulkan masalah dimana dia berada. si kitul

  7. buat apa lantik si kitol tu, tak de orang lain yang lebih baik ?

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008