Sedap!! Klik gambar di atas!

Pertumbuhan 4.5 peratus dan kos palsu

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, peningkatan itu (iaitu apa yang didakwanya sebagai pertumbuhan di luar jangkaan sebanyak 4.5 peratus pada suku keempat 2009) disumbangkan oleh pertumbuhan penggunaan swasta yang berterusan dan peningkatan perbelanjaan dalam sektor awam yang membawa kepada permintaan dalam negeri lebih baik (lihat Utusan Malaysia 25/2/10 "KDNK suku keempat 4.5 peratus").

Dalam analisis bertajuk "Sebahagian besar industri berkembang dengan kos palsu", Bernama mengemukakan fakta yang menarik. Dalam keadaan kerajaan tak henti-henti menunjuk-nunjuk sikap yang begitu berkira untuk memberi subsidi kepada rakyat, alangkah untungnya kapitalis. Siap dapat subsidi dari kerajaan untuk "merancakkan pertumbuhan".
Bernama (26/2/10): Kos pengeluaran dan operasi sebahagian besar industri di Malaysia boleh dikatakan "kos palsu" kerana sejumlah besar elemen kos tersebut merupakan subsidi yang ditanggung kerajaan, demikian menurut mereka yang arif dalam perkara tersebut.

Golongan pengeluar sewajarnya berasa "malu" apabila mengatakan mereka mengaut keuntungan tetapi pada dasarnya sebahagian besar kos mereka ditanggung pihak lain iaitu kerajaan.

Apatah lagi jika gagal, kerana ditanggung kerajaan pun mereka tetap gagal.

Mengambil contoh gas, sebahagian besar industri berubah kepada penggunaan gas bagi menjalankan aktiviti pengeluaran produk mereka berikutan harga yang lebih murah berbanding diesel.

Walhal kedua-duanya disubsidi oleh kerajaan dan yang membezakannya adalah lebih tinggi atau rendah jumlah subsidi itu.

Harga gas yang disubsidikan bagi sektor tenaga adalah RM10.70 setiap juta unit termal British (mmbtu), pengguna terbesar RM15.35/mmbtu, dan Gas Malaysia Sdn Bhd RM11.05/mmbtu.

Harga tanpa subsidi atau harga pasaran gas ketika ini bagi sektor tenaga adalah RM41.16/mmbtu, pengguna terbesar RM56.20, dan Gas Malaysia RM42.35/mmbtu.

Bagi diesel pula, harga diesel bersubsidi bagi nelayan dan pengangkutan adalah RM38.65/mmbtu atau RM1.43 seliter dan harga di pam ialah RM45.95/mmbtu atau RM1.70 seliter.

Harga pasaran bagi diesel ketika ini adalah RM55.00/mmbtu.

Melihat angka-angka ini, pihak industri pasti boleh membezakan harga gas bersubsidi yang mereka "nikmati" selama ini.

Golongan sasar bagi subsidi seperti para nelayan pula pasti "menggelengkan kepala" melihat betapa rendahnya subsidi yang mereka terima jika dibandingkan sebahagian besar industri itu.

Kerajaan dianggarkan menanggung beban bagi subsidi gas sahaja melebihi RM20 bilion pada tahun ini dan akan terus "menggunung" pada tahun-tahun akan datang sekiranya harga gas terus disubsidikan.

Lebih malang adalah jumlah subsidi yang pada awalnya berada pada sekitar RM7 bilion pada lima tahun lalu hanya dinikmati oleh sebahagian industri tertentu tetapi tidak oleh masyarakat keseluruhan.

Sebahagian besar industri ini mungkin "pura-pura" tidak sedar bahawa mereka sebenarnya tidak cekap dalam penggunaan bahan api atau komoditi tersebut dengan berterusan menggunakan gas berharga rendah "akibat" disubsidikan kerajaan.

Penggunaan gas berharga pasaran mungkin akan "menyedarkan" mereka ini untuk meningkatkan kecekapan dan berusaha untuk menjimatkan kos mereka dan seterusnya meningkatkan daya saing.

Berdasarkan Perjanjian Pembekalan Gas di antara Petronas dan pembeli (elektrik dan bukan elektrik), harga gas yang dibekalkan oleh Petronas disandarkan kepada harga minyak bahan api medium (MFO).

Umum mngetahui harga minyak di pasaran dunia meningkat sepanjang tahun lalu menjadikan harga MFO turut menghadapi trend yang sama.

MFO didagangkan sekitar AS$72 setong pada Disember 2009 berbanding AS$37 setong pada Mac 2009.

Semakin tinggi harga MFO, semakin tinggi juga subsidi yang perlu diperuntukkan kerajaan bagi sebahagian industri yang menggunakan gas.

Kerajaan terus dibebankan lagi untuk menampung subsidi berikutan permintaan gas daripada sebahagian industri tertentu yang juga semakin tinggi.

Petronas dikatakan menghadapi kekangan bekalan berikutan permintaan terhadap gas yang meningkat secara mendadak dan ini juga melebihi keupayaannya untuk membekalkan komoditi itu.

Tenaga Nasional Bhd turut menghadapi masalah untuk mendapatkan bekalan gas daripada Petronas dan ini telah memaksanya bertukar sebahagian penjanaan elektrik kepada arang batu.

Mungkin sudah tiba masanya bagi pihak kerajaan mendasarkan harga bahan api seperti MFO, diesel, gas dan arang batu kepada harga pasaran agar sebahagian industri tempatan akan mempunyai lebih banyak pilihan.

Dengan itu, pergantungan kepada bekalan gas tidak akan begitu tinggi atau keterlaluan kerana harga pasaran antara suatu bahan api dengan yang lain kemudiannya tidak akan jauh berbeza.

Sehubungan ini, sebahagian besar industri boleh memilih untuk menggunakan bahan api yang lain sekiranya bekalan gas tidak dapat dipenuhi.

Pilihan bahan api yang lebih luas akan mengurangkan tekanan ke atas permintaan terhadap sumber gas tempatan yang semakin menyusut.

Langkah atau dasar yang dicadangkan seterusnya akan membantu memanjangkan hayat rezab gas negara untuk kegunaan generasi akan datang.
Menarik:
GTP can do with some independent auditing New global battlefield - Food Farms! Bah. 1/2 (Reme Ahmad 26/2/10)
Mahathir dikata tahu pembunuh Altantunya (Afrar Yunus 27/2/10)

Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. pak bakaq
    saya tak berapa faham apa yang pak bakaq tulih tu

    tapi saya tak seronok bila
    industri disubsidi.... rakyat dikuli
    industri berpendapatan tinggi ... rakyat diketepi
    subsidi diberi ... tetapi harga makin tinggi

    siapa yang sebenarnya menikmati ....?
    mungkin umnoputra-putri ...??
    serta umnopusat dan umnonegeri ...??
    dan/atau
    kroni ..... ?

  2. Yang tersenarai antara paling banyak dpt subsidi gas ialah YTL corp.

    Cina kapiaq yg kaya raya dgn suap tun taik and family.

    Pencacai umno totok dpt apa?

    Kena sembelih sama mcm rakyat Msial yg lain.

  3. Pak Bakar,

    Kalau kita bagi subsidi pada rakyat banyak-banyak, kita akan menang undi. Tapi ekonomi negara takkan ke mana-mana selain dari kegembiraan sementara kepada rakyat.

    Kalau kita bagi subsidi pada industri, mereka akan ada untung - yang digunakan untuk bayar cukai balik kepada kerajaan-yang mana kerajaan akan guna cukai ini untuk rakyat juga.

    Selain tu, apabila manufacturer untung, akan ada peluang kerja untuk rakyat atau paling tidak, takkan ada layoffs(orang yang kena buang kerja).

    Kalau betullah kerajaan nak tolong rakyat, kerajaan perlu bina lebih banyak peluang kerja dan naikkan gaji (berdasarkan skill) LEBIH BANYAK daripada bagi subsidi kepada mereka.

    Macam jugak kalau kita buat bisnes kedai makan contohnya.

    Kita perlu belanja duit kita untuk perkara tertentu bukannya semua - bayar gaji tinggi hanya pada pekerja yang penting (tukang masak dan mereka yang rajin dan ada skill) dan sediakan perkara yang berkaitan dengan kepuasan pelanggan (Beli meja, aircond, bahan makanan bermutu dsb)

    Orang bangang akan tumpu pada nak bayar gaji tinggi pada semua pekerja tak kiralah mereka rajin atau malas. Akhirnya, modal habis dan kedai pun bankrap tapi sehingga itu, semua pekerja memanglah sayang pada bos mereka.

    Takkan otak ekonomi Najib setakat itu saja?

    Sebab itulah dia buat bukan seperti apa yang Pak Bakar harapkan. Lagipun, undi Pak Bakar takkan ke UMNO pun kalau dapat subsidi buta begitu. Tapi kalau bagi subsidi pada bisnes, depa untung - depa wajib bayar cukai, buka peluang kerja dan naik gaji pada rakyat, akhirnya semua orang akan gembira.

    Gembira pun belum tentu undi UMNO lagi tapi sekurang-kurangnya orang yang ada akal takkanlah nak pilih orang yang mintak bantuan IMF tu kan?

    -malaymind-

  4. dalam dunia yang bahlol, ketua yang benggap akan diangkat sebagai pakar ekor-no-mee dan rakyatlah yang sebenarnya toye. monyet dibandar di susukan, orang kampung dijulang julangkan; tanda tanda akhir zaman telah tiba.

  5. Malaymind

    Hujah hang tu aku yg tak mengaji ekonomi pun tau. Yang orang persoalkan ialah genuinity pertumbuhan tu. Sama ada ekonomi benar2 rancak atau kerana pump priming berbilion2 dari kerajaan utk meransang ekonomi. Sampai bila boleh ransang?

    Memang org boleh terima bagi subsidi kepada business, dulu2 bagi pioneer status dan entah apa menatang lagi. Tetapi sampai bila dimanjakan? Takkan langsung tak naik darjah sehingga boleh berdiri sendiri tanpa insentif lagu tu?

    Sampai bila, syarikat2 telekomunikasi misalnya, dapat kemurahan dari segi cukai ke atas equipments yg depa import? Sedangkan, semua org tau depa untung sakan.

    Tu tak masuk lagi cerita corporate tax cuts dan doctored tax returns.

    Bab yg gomen rasa kena manjakan, insentif ka, tax cuts ka, apa menatang ka, orang tak berapa persoal. Tapi, sampai bila dimanjakan? And at the expense of the rakyat? Dah terlupa ka peruntukan untuk Kementerian Pelajaran pun kena catu? Dah terlupa ka peruntukan untuk MARA pun kena cantas (termasuk MRSM, IKM, Giat Mara dan Kolej Sains MARA)?

  6. Kpd malaymind...

    Hujjah yg kamu gunakan adalah momokan dan dongeng yg cuba dipasakkan oleh umno sejak zaman mahathir bagi 'menghalalkan' subsidi kpd golongan korporat dan kapitalis.Mahathir selalu bercakap berkenaan track record.Berdasarkan terack record langkah2 yg telah diambil membuktikan bukan shj gagal malah beban kegagalan itu dialihkan kpd golongan rakyat biasa.

    Sejarah pemerintahan khalifah Umar Abd. Aziz telah menjadi bukti apabila kekayaan negara diagihkan kpd golongan yg kurang berkemampuan telah menghasilkan kemiskinan sifar.Sehingga tiada sesiapa yg layak menerima zakat pada waktu itu.


    Memberi subsidi kpd golonngan pemodal dgn alasan mereka akan membayar cukai kpd kerajaan hanyalah satu lawak bodoh shj.Sudah menjadi trend kpd syarikat2 yg membuat keuntungan merekayasa audit yg mana akan membolehkan mereka membayar cukai pada kadar yg lebih rendah.

    Hakikatnya adalah kekayaan negara hanya dinikmati oleh segelintir elitis yg mengelilingi pemerintah.Sistem ekonomi Islam telah membuktikan keadilan dan keberkesanannya,hanya pemerintah melihat tiada peluang utk mereka membina kekayaan melimpah ruah.

  7. Ulasan aku dibawah cuma persepsi aku berdasarkan pengetahuan yang aku ada saja. Terbuka untuk hujah lain:

    Pak Bakar,

    Dalam BERNAMA ada 6 wakil kerajaan (http://www.bernama.com/aboutbernama/bi/bog.htm). Takkanlah Najib benarkan hujahnya disangkal oleh medianya sendiri melainkan ia digunakan untuk INGATAN kepada business community.

    Apa yang Najib nak sampaikan ialah, ya ekonomi kita berkembang 4.5% tapi business community perlu tahu apa yang kerajaan telah buat untuk bantu mereka. Orang politik macam tu lah Pak Bakar. Dia tak boleh cari gaduh dengan orang bisnes tapi pada waktu yang sama dia tak boleh biarkan mereka memangsakan rakyat.

    Pasal CATUAN PERUNTUKAN MARA, IKM semua tu - bukankah itu yang rakyat semua mahukan?

    Takkan Pak Bakar tak tahu penunggu-penunggu peruntukan itu kebanyakannya orang UMNO? Buat masa sekarang dah tentu Najib pentingkan ekonomi yang genuine (bantu orang bisnes) lebih dari ekonomi yang tak genuine (bantu kontraktor UMNO). Tapi, dia takdelah abaikan langsung rakyat sebab peruntukan bukannya tak ada langsung. Awang Adek pun dah kata dia nak bagi kat rakyat Kelantan 20 juta wang ihsan secara telus.

    Sebab tulah pemimpin kena pandai Pak Bakar.

    Lim Guan Eng pun pandai bagi data kata kontraktor melayu dapat lebih kontrak berbanding Cina tapi jangan lupa, di belakang setiap kontraktor melayu tu bukannya tak ada subcontractor Cina? LGE pun pandai, dia tunjuklah data yang buat dia menang. Data yang buat dia kalah, takdelah dia nak tunjuk?

    Itu semua kerja orang politiklah Pak Bakar, tapi tugas kita ialah kita tengok kesannya pada diri sendiri. Kalau tak puas hati, bangkang ajelah tak ada sapa nak halang.

    Pasal soalan SAMPAI BILA kerajaan patut bantu business community di Malaysia ni, itu memang subjektif.

    US yang pegang ekonomi dunia pun TOLONG local company mereka pada waktu ini malah dulu pun. Aku tak tahulah kalau Pak Bakar rasa Malaysia tak patut buat yang sama. Tapi, pertolongan ini perlulah bersifat strategik.

    Ini bukan soal nak manjakan atau tak. Ini soal tak tolong, company mati, kerja tak ada dan rakyat akan lebih ramai mati (kampung speaking)

    Kalau nak bincang pasal bila patut hentikan bantuan ni, Pak Bakar dan aku kenalah belajar sampai PhD dulu baru boleh bincang. Sebabnya, SEMUA ORANG dalam dunia ni memang tak tahu apa akan jadi pada ekonomi waktu depan KECUALI berdasarkan tekaan paling cerdik BERDASARKAN pengetahuan masa lalu saja. Ini kerja Dr ekonomi seluruh dunia lah, aku pun tak ada ilmu sebanyak tu. Nak interprate economic graph pun kadang-kadang aku terkial-kial.

    At the expense of rakyat tu pun perlu bincang lebih detail dan ilmiah. Dalam semua keputusan hidup kita, memang akan ada 'opportunity cost', maksudnya untung yang kita terpaksa lepaskan demi nak dapatkan untung lain yang kita percaya lebih banyak. Ini semua subjektif tapi biasanya sejarah akan membuktikan.

    Macam juga dulu orang kata kita akan lebih cepat keluar dari krisis ekonomi 'kalau' kita minta bantuan IMF. 'Kalau' tu memang banyak tapi ada sebabnya negara lain tengok kita selepas kita berjaya tanpa IMF.

    Sebab tu aku kata Dr Mahathir dulu maybe tak baik, tapi dia memang pandai. Dalam dunia sekarang, negara kita takkan maju dengan pemimpin yang baik tapi tak pandai.

    Tengok saja PAS. Masa pilihanraya, orang-orang PAS dikulikan sebab mereka pasang sepanduk ikhlas dan percuma kerana Allah (baik). Tapi, masa dapat peruntukan bangunkan rumah ibadat, geng lain pulak yang sungguh-sungguh nak dia lagi banyak (pandai)

    Sebab tu aku tak yakin PAS boleh ganti UMNO lagi setakat ni. Bukannya UMNO tu baik, tapi aku tak mahu orang baik tapi tak pandai yang uruskan negara dan agama.

    -malaymind-

  8. Malaymind

    "INGATAN kepada business community"? Aku tabik kat hang. Hang memang pandai colour. Patut hang yang duduk tempat Ahmad Maslan tu. Ahmad Maslan, alahai...

    Hang kata "INGATAN kepada business community". Kira sedap jugak la. Kalau pi kempen kat puak2 simple minded, kira boleh jual jugak la. Agak2, kalau Ahmad Maslan dia kata apa?

    Ingatan ka, apa ka, aku selalu dengaq org kata, kapitalis mcm hantu raya. Kalau tak jamu teloq cukup2 kat dia, dia akan gigit teloq tuan dia.

    Aku juga selalu dengaq org korporat kata, "dlm biz kita tak ada perasaan". Aku tak tau la, aku bukan korporat.

    Ni tambah sikit. Ada org tlg aku jawab dlm SMS (yg org jwb, kena boh org jwb la. Aku tak nak pura2 pandai):

    Betul kata Bernama. Ekonomi rancak atas subsidi, jadi rancaknya artificial. Contoh subsidi IPP, eg. subsidi gas dan harga tenaga kepada YTL; subsidi tol kpd pengusaha lebuh raya, eg. PLUS; subsidi gula, tepung + beras kpd Robert Kuok & Syed Mokhtar; subsidi ERL (percentage dari airport tax di KLIA) kpd YTL dll.

  9. pak bakaq...
    tengok nih, dapat growth target 6% walaupun ada can 7%. habislah duit2 rakyat dalam glc guna untuk soup-sidy, buat kueh appom macam kat jalan burmah, penang nun.terror!

    http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/2/27/nation/20100227144830&sec=nation
    Published: Saturday February 27, 2010 MYT 2:43:00 PM
    Updated: Saturday February 27, 2010 MYT 3:00:40 PM
    ‘Malaysia’s economy may grow 6% in 2010’
    By SYLVIA LOOI


    IPOH: Buoyed by the 4.5% growth in the fourth quarter of last year, the Government sees a 6% growth for this year.

    Second Finance Minister Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah said while the Government had targeted a 5% growth for 2010, the 4.5% growth from the fourth quarter of last year had given the country's economy great encouragement and confidence.

  10. Salam Bakaq.

    Nak gelak tak sampai hati.

    Korporat/GLC, Tuhan tak ada ka situ.Simple...

    Sapa berani audit Lembaga Pengarah GLC ? CEO ka....macam tu
    Sapa berani keluar data gaji mereka ?
    Hang nak kedalam.

    Gaji kuli on the dot hang petik dah dapat.

    Bukan setakat haram jaxah....pemikiran melayu yang tak berTuhan !


    .....syarikat2 telekomunikasi misalnya,(saya petik tulisan Bakaq)
    Apa benarkah sebanyak itu agihan keuntungan kepada kuli-kuli mereka ?
    Sapa berani audit ?
    Saya pun boleh buat andaian dan data....

    Subjektif kepaxx bapxk hang !
    Itu perkiraan orang syirik !!!
    Orang beriman cukup optimis dalam mengenal...melainkan Ketuanan melayu.
    In detail ?........kalau Nabx hidup zaman ni dah tentu kedalam atau kena hambat dek ketuanan melayu celaka ni.



    Ramlee.

  11. Salam Bakaq.

    Mintak sangat-sangat hang tolong siarkan komen ni.

    =====================================================================================

    Ni ekonomi orang kampung yang tak reti-reti nak menipu Allah dan RasulNya.

    Apa kata Nabi kalau hang nak jadi Tawkey ?

    "Kalau tawkey makan nasi lauk ikan kembung empat ringgit setengah sekilo,macam tu jugaklah kuli hang makan"

    Apa Nabi tak advance ka ?

    Jumpa ka hadis ni ?
    Kalau tak jumpa hang jangan mengaku orang Islam ka,orang beriman ka...!!!!
    Sapa-sapa yang tak jumpa hadis ni....hangpa sokonglah ketuanan melayu selagi boleh bernafas.


    Kalas.


    Ramlee.

  12. Aku kesian kat sedara Ramlee kat atas ni, otak tak sampai tapi menaip cepat sekali. Hang nak benci melayu ka, orang korporat ka, sukahati hang la. Aku memang tak dapat nak selamatkan hang dah.

    Hang pulak Pak Bakar,

    Pasal hang punya persepsi kat Kapitalis tu hang memang betul. Cuma, cara cerdik nak lawan kapitalis ni ialah dengan jadi kapitalis. Memang tak ada cara lain.

    Kalau hang nak guna cara komunis dalam urus ekonomi pun, aku tak rasa cara Karl Marx tu lebih baik dari kapitalis tu. Tengok saja contoh terdekat China dan Korea. Jadi, macam biasa, aku akan tanya kalau bukan guna ekonomi kapitalis atau komunis, apa cadangan ekonomi hang?

    Tapi, aku tahu hang takkan berminat nak jawab sebab hang reti komen saja. Hang tak dibayar gaji untuk fikir macam Najib dan Lim dan TG Nik Aziz.

    Jadi, sama-samalah kita serang mereka yang duk kat atas tapi tak reti fikir tu. Kalau setakat jadi tunggul, Malaymind dan Pak Bakar pun boleh jadi Perdana Menteri / Menteri Besar ye tak?

    -malaymind-

  13. To malaymind

    Sistem ekonomi Islam yg pernah dipraktikkan oleh Rasulullas saw, khulafa ur Rasyidin serta khalifah Umar Abd. Aziz adalah jawapan kpd soalan anda.

    Tak nak ke beriman dgn Al Qur'an dan Rasul?

  14. story bernama tu has been planted...itu tandanya kerajaan akan pastikan harga gas kembali kepada pasaran. tak pasti sama ada subsidi gas tu retail akan naik atau tidak.

  15. ni pendapat aku
    berdasarkan kepada sejarah lama dan berterusan hingga kini

    satu kata kata yang aku ingat sampai la niii
    "beruntungnya perniagaan di Malaysia yang ada kaitan dengan kerajaan,
    untung masuk poket, rugi serah kat kerajaan - duit cukai dan segala kantong kerajaan,
    kwsp, khazanah negara, petronas, tabung haji, tabung tentera, dan segala sat nika jenih tabung...."

    contohnya: PLUS/LRT/IPP/GLC dan tah hapa hapa lagi nama yang diberi termasuk IWK dah berapa puluh kali dicuci taik utang dan ditukar tangan. Gagal lagi. cuci taik utang. tukar lagi. Perwaja pun serupa, cuci taik utang, tukar tangan, cuci taik utang, tukar tangan.

    ni contoh subsidi cara malaysia kepada koperat-keparat. MAS pun sama, cuci taik utang, tukar tangan. dan macam macam lagi.
    habih mana duit tak lingkop. Kalau macam tu gunung pun runtuh.


    wahai malaymind
    aku orang kampong....otak kampong
    tolong terangkan ... mengapa duit khazanah negara lingkop...?
    macam yang aku sebut pada ...anon 1 tu.
    hujah mika ... macam mika tu tokeh besaq hasil perniagaan kroni jeee
    tak rasa susah orang susah...

  16. nak cakap la, la ni perbakan islam (maybe salah satu cabang dalam ekonomi cara islam) paling hangat la ni kat malaysia la...tapi x cukup kuat lagi untuk lawan ekonomi secara kapitalis.....interest (haram) still ada, tapi la ni kita diberi pilihan untuk perbankan islam, pilih je la perbakan islam...at least ada usaha ke arah tu, slow, but pathatetically slow start...tapi habaq mai satu negara islam yg x guna cara kapitalis, arab saudi?

    la ni balik kepada asal, management of fund...kalo UMNO jahat sekalipun, tapi kalo x kaco duit poket rakyat, x bebankan rakya, rakyat x peduli sgt apa yg berlaku kat ataih, la ni sebab kaco duit poket rakyat la UMNO/BN kena...tgk singapore, affirmative and authoritarian...sampai pembangkang sifar and bangkrap, tapi sebab x kaco duit poket rakyat, rakyat hidup senang gak, sebab tu la PAP perintah...

    sorry to say, bagi kat puak2 pak lebai PAS perintah, bukan aku nak perlekeh, tapi x nampak confident utk bagi naik ekonomi...kelantan contohnya, samapi 'economy key' yg ahlul cerdik pandai adun PAs cakap berdasarkan TESCO untung..itu kunci ekonomi dia, TESCO untung, apa la baghal sgt....sialp2 haribulan growth index, KDNK, sham apa semua mesti terbeliak dia nak jawab...sama la cam UMNO cakap ekonomi kian pulih (sejak dari zaman pak lah lagi)....

    kena cek gak al-arqam dulu model ekonomi depa, sampai untung juta2 gak la aku dengaq...

    kata kunci dia utk orng x sokong BN/UMNO ialah ekonomi....

    bab ekonomi ni, walpun x pandai, tapi yg aku duduk aussie ni apa2 syarikat berkepentingan nasional, memang goverment akan cover (contohnya sini telstra dan QANTAS), walpun servis hampeh (baik sikit la dari TM), tapi gomen sini cover baik punya....xtau la apsal, orng marah gak, tapi takat kutuk2 buat lawak cm tu ja la....

    sebab sekay untuk MARA dsbgnya aku sokong....kena ketat bab2 education ni, hanya bagi kat cream of the cream, hantaq kat oversea pun kat uni power2 ja (tapi xnak la jadi cam KJ)....hanya kepada bidang2 kritikal....

    kesimpulan dia, ekonomi la penentu sesebuah kerajaan tu dapat sokongan ka x....orang business kena jaga, middle class kena jaga and rakyat pun kena jaga...

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008