Dalam berita bertajuk "PAS sedia dialog dengan Umno isu Islam, rakyat", Harakahdaily memetik Presiden PAS berkata:
Saya sendiri tertanya-tanya, "semua isu" adakah termasuk persempadanan semula dan penambahan kawasan pilihan raya yang baru?
Penambahan kawasan pilihan raya yang baru memerlukan sokongan majoriti 2/3 dalam Dewan Rakyat. Umno dan Barisan Nasional (BN) tak ada majoriti 2/3 itu. Adakah perbincangan "semua isu" termasuk kuntau lidah Melayu bagi mendapatkan sokongan PAS kepada penambahan kawasan pilihan raya yang baru?
Teringat pula antara hujah yang digunakan untuk menggulingkan Allahyarham Tan Sri Asri Muda dan gangnya dalam tahun 1982 dulu adalah hujah yang mendakwa Asri dan gangnya itu berpegang kepada fahaman nasionalis.
Adakah orang-orang nak berkawan dengan Umno itu tidak berpegang kepada fahaman 'asabiyyah, iaitu menolong Umno melakukan kezaliman?
Wathilah bin al-Asqa pernah bertanyakan makna 'asabiyyah kepada Nabi Muhammad s.'a.w.w, lalu Nabi yang suci menjawab: "('Asabiyyah ialah) kamu menolong kaummu atas kezaliman" (Riwayat Abu Daud)
"Kita sudah lama terbuka dengan semua termasuk dengan Umno. Kita juga sudah bersedia untuk berdialog bukan sahaja isu kalimah Allah tapi semua isu melibatkan ekonomi, sosial, kebajikan dan sebagainya".Sepanjang siang dan malam tadi, orang-orang PAS yang saya jumpa melahirkan kebimbangan apabila Presiden PAS berkata parti yang dipimpinnya bersedia berdialog mengenai "semua isu".
Saya sendiri tertanya-tanya, "semua isu" adakah termasuk persempadanan semula dan penambahan kawasan pilihan raya yang baru?
Penambahan kawasan pilihan raya yang baru memerlukan sokongan majoriti 2/3 dalam Dewan Rakyat. Umno dan Barisan Nasional (BN) tak ada majoriti 2/3 itu. Adakah perbincangan "semua isu" termasuk kuntau lidah Melayu bagi mendapatkan sokongan PAS kepada penambahan kawasan pilihan raya yang baru?
Teringat pula antara hujah yang digunakan untuk menggulingkan Allahyarham Tan Sri Asri Muda dan gangnya dalam tahun 1982 dulu adalah hujah yang mendakwa Asri dan gangnya itu berpegang kepada fahaman nasionalis.
Adakah orang-orang nak berkawan dengan Umno itu tidak berpegang kepada fahaman 'asabiyyah, iaitu menolong Umno melakukan kezaliman?
Wathilah bin al-Asqa pernah bertanyakan makna 'asabiyyah kepada Nabi Muhammad s.'a.w.w, lalu Nabi yang suci menjawab: "('Asabiyyah ialah) kamu menolong kaummu atas kezaliman" (Riwayat Abu Daud)










Cantik? Klik 






GOMBAK, 6 Feb: Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, PAS sudah lama bersedia untuk berdialog dengan Umno/Barisan Nasional, bukan sahaja dalam isu Islam tetapi juga isu berkaitan kepentingan rakyat.
Presiden PAS berkata, pihaknya sudah menghadiri dialog di Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim) yang merupakan salah satu badan di bawah kerajaan dan ramai pemimpin Umno yang hadir dan wakil mereka ada di dalam dialog berkenaan.
“Dan kita telah memberi pandangan kita berhubung isu penggunaan kalimah Allah ini.
"Kita sudah lama terbuka dengan semua termasuk dengan Umno. Kita juga sudah bersedia untuk berdialog bukan sahaja isu kalimah Allah tapi semua isu melibatkan ekonomi, sosial, kebajikan dan sebagainya," katanya ketika ditemui di majlis taklimat khas Presiden PAS berhubung isu penggunaan nama Allah oleh orang bukan Islam di Anjung Rahmat, di sini, hari ini.
Sementara itu di KOTA BHARU, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menjelaskan tujuan muzakarah yang dicadangnya dengan pemimpin Umno hanya untuk mengetahui kenapa parti itu menolak dasar perjuangan Islam.
Menurutnya lagi, pada masa yang sama ingin mendapat penjelasan kenapa parti itu juga melawan perjuangan PAS yang ingin menegakkan Islam...........
IDEA KERAJAAN PERPADUAN HAJI HADI DIHALANG...IDEA DUDUK SEMEJA PULA DICETUSKAN......2 minggu lagi apalagi idea yg timbul?
dah la,banyak lagi kerja yang harus dilaksanakan seperti yang diamanahkan oleh rakyat...
apa nak jadi dengan TGNA sekarang ni. dulu hj adi dan ustaz Nasa nk bicang dengan umno dia marah sekarang dia nak bicang tak apa pulok tak apa. tak perlu la kite nk serang umno pasa mereka tolak islam. nanti balik pada kite pulak. sebab umno yg tubuh dulu kite yg lawan mereka. bukan mereka lawan kite. sejarah laa kan. lagi satu kalau umno tak boleh bersama PAS kerana tolak islam.. bagaimana pulak dengan pakatan kita dengan PKR dan DAp. adalah mereka betul-betul menerima islam seperti kehendak kita sedangkan ahli2 mereka ramai bukan islam sedangkan umno kebanyakan islam ahlinye kita boleh kata mereka tolak islam. kalau betul parti keta perjuangkan islam.. pemimpin kite perlu jadi ketua. bukan pakturut. sekarang yg nampak cam ketua DSAB dan pemimpin DAP.
woi pak bakaq...hang bukan presiden PAS!
Pak Bakaq tak usah ulas la isu PAS, umNO nih muak la den tengok, cari la isu yang ok sikit...
TGNA ajak sembang pasai Islam ja tapi Presideng dan dan kata bersambut gendang di palu, orang mengantuk di surung bantal,kecik tapak tangan nyiru kami tadahkan,tak tau lah aku politik menatang apa lagu ni. BADWI PAS
Jikalau Pas bergabung dengan UMNO, UMNO akan menang besar, PAS akan kalah teruk. Sebab, kaum-kaum yang lain akan mengundi BN lebih daripada PAS.
Jangan ingat semua perkara yang dikatakan oleh golongan yang dilabelkan sebagai ulama` ini betul belaka. Jangan guna dan telan ayat "Wajib wala' dalam semua perkara sama ada kamu suka atau tidak suka". Ini kerana jika ada perkara mungkar sama ada yang kamu suka atau tidak suka, ia wajib ditegah meskipun ia keluar daripada mulut Haji Hadi ataupun TG Nik Aziz sendiri apatah lagi jika dikeluarkan oleh at-Tantawi
SEINGAT AKU TUAN GURU NIK AZIZ PON MENCADANGKAN BENDA YANG SAMA....SO...BUKA PRESIDEN SAJA...IF NAK KUTUK..CUBA LA...TUAN GURU NIK AZIZ PUN MENGIYAKAN UNTUK BERBINCANG DENGAN UMNO...APA PASAL PRESIDEN KAMU HENDAK HENTAM...KAMU NI MEMANG PUAK YANG HENDAK MEMISAHKAN PAS POLITIK DENGAN GERAKAN DAKWAH..
Ustaz Hadi ni dalam bab kerjasama dengan UMNO cepat aje menyambutnya. Klu ketidakadilan kepada pimpinan PAS datang Shah Alam tak sampai setengah jam. Saya rasa dah sampai masanya Ustaz berundur. Nampak macam penat dan lesu aje kepimpinannya. Kita perlu kepimpinan baru yang lebih segar dan berwawasan ....
selamat menghentam tok guru....tok guru bg peluru...kita hentam dia blk...pakat ramai2 hentam tok guru...
Dia dah bersuara dah. Dalam isu YB Khalid Samad dia diam seribu bahasa. Bila sebut dialog dengan UMNO terus je naik syahwatnya. Mesti geng-geng ganu akan komen bila Nik Aziz cakap kenapa tak komen. Bila Hadi cakap je mesti ramai tak setuju.
Perlu diingat, "Action speak louder than words". Tindakan Hadi banyak membuatkan rakyat jadi confius. Jangan salahkan rakyat kalau rakyat dah tak berapa pecaya pada Hadi bila dah pernah ditipu oleh Hadi dan geng UGnya.
Ingat... ulama tak menipu.
hmmm,nampaknya seorang demi seorang menzahirkan sikapnya yang kurang macho.. Saya nak tanya saudara ni,arah tuju kita ke mana??? rujukan kita apa ??? apakah Islam melarang kita bermuzakarah,bermuqabalah??? Isu kalimah Allah tu,dlm Islam tak ada larangan,saudara ikut bab ni,bila bab lain tak boleh ikut, keredhaan siapa kita nak cari ni??? saudara lebih takut rakyat marah daripada mengahadapi kemurkaan Allah? itulah jadinya bila pandang PAS ni hanya parti politik,sudah lupa yg PAS ni parti da'wah dan tarbiah...ingatlah,kuasa menggerakkan hati utk sokong Islam itu dari Allah,itu jika kita berusaha mengikut acuan Dia,ikut jalan yg diredhai,tapi jika ikut jalan yg diredhai manusia,tapi Allah murka ,celakalah jawabnya....
Sah lah pauk2 UG masih lagi tak serik....khalid dah kena gam..siapa lagi nak berkokok? Hanipa, Dr Dzul, Mat Sabu or Mahfuz??? Ingat depa tu berani sangat ke? Lebih2 lagi mat sabu dan mahfuz, dah jadi macam tikus jatuh ke dalam beras..
balun jangan tak balun. dah dapat peluru free tu. bodoh la tak guna kalau orang dah bagi