Sedap!! Klik gambar di atas!

PAS Kelantan dalam zon selesa?

Berita Malaysian Insider bertajuk "Dr M: Ku Li patut guna saluran sesuai" yang bersumberkan berita Bernama melaporkan Tun Dr Mahathir Mohamad berkata:
"Mungkin boleh beri kesan (tindakan bekas Menteri Kewangan Tengku Razaleigh Hamzah menyatakan pendirian berkenaan isu royalti minyak), macamana pun kita (Barisan Nasional) tidak boleh dapat (Kelantan) kerana orang Kelantan ada dia punya idea sendiri".
Ada dua perkara yang terlintas dalam fikiran saya. Pertama, kasihan Datuk Ibrahim Ali. Penat dia tubuh Perkasa...

Kedua, saya berharap kawan-kawan dalam PAS Kelantan tidak merasa selesa dengan kenyataan Dr Mahathir itu. Saya tahu depa tengah kerja kuat sekarang. Depa tak duduk saja. Harap-harap depa tak rasa selesa.

Saya lebih risau PAS di negeri saya, Perak. Pertambahan pengundi Melayu naik gila-gila khabarnya. Tak tahu dari mana datangnya kira-kira 50,000 pengundi di kawasan-kawasan yang hendak dipertahankan pihak tertentu.

Saya tak tuduh depa duduk saja dalam comfort zone. Tapi saya sentiasa risaukan PAS Perak. Bagaikan hidung tak mancung pipi tersorong-sorong, saya dah banyak kali tawarkan diri untuk membantu apa yang saya reti buat. Tak sio deme!

Tak pa lah. Bila kita suka kritik, itu harga yang mesti dibayar.

Saya juga berharap Haji Mohammad Nizar Jamaluddin lebih banyak merujuk kepada kawan-kawan dalam PAS Pusat dan Perhubungan PAS Perak dari pihak lain.

Berkaitan:
Saya tak layak kritik Tengku Razaleigh - Dr. M (mStar Online 2/2/10)
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Kalau boleh, gerakan daftar pengundi oleh Pakatan tidak dibuat atas nama parti kerana nanti pihak2 yang sentiasa mahu menolong gerombolan akan pindahkan pengundi yang kita daftarkan ke kawasan2 yang mereka suka demi memastikan gerombolan kekal memerintah.

    Parti yang uruskan, tapi individu tersebut pergi daftar sendiri...

  2. PAS Kelantan dok kerja kuat? C'monlah Pak Bakaq, orang ramai (yang bukan PAS totok) tak tengok kerja kuat sebagai dok pi ceramah siang malam, hentam UMNO kiri kanan, tapi tingkahlaku masing-masing lebihkurang sama saja macam orang UMNO. Ramai pengundi atas pagar nak tengok diorang kerja bangunkan Kelantan, tapi apa yang diorang buat. Kalau tanya orang-orang kuat PAS sendiri di Kelantan pun akan cakap ada dua tiga orang YB saja dlm kerajaan PAS yg betul-betul bersungguh buat kerja. Yang lain, dok tidoq, mamun dan mamai tak tau pun apa yang sedang berlaku (tak faham pun nak ulas sesuatu isu). Jangan dok berangan tinggi sangat, jatuh nanti boleh pi terus.....

  3. Jangan terpedaya dengan kata2 Tun M. Tun M bukan tau pun deria politik Kelantan. Ambo orang Kelantan, ambo tahu PAS Kelantan akan sakit dalam pilihan raya akan datang kalau tak cepat berubah.

  4. Pak bakaq.....http://otakrakyat.blogspot.com/2010/02/ku-li-merintis-jalan-kejayaan-umno.html

    Dr M ahli politik....Ku Li ahli politik...Golongan "'kelate murtad"" jer kurang otak politik....PAS ....Haram main tipu...

  5. kawe akn undi PAS selagi tok guru msh ado. Bilo tok guru tkdok, kawe kna pk smula la gano. Tp Klate loni pn dh byk membangun.

  6. Pak Bakaq,

    Anta sepatutnya wajar risau bukan saja diPerak tapi dinegeri-negeri lain juga.Bila SPRM umumkan terdapat lebih dari 4 juta rakyat belum mendaftar sebagai pengundi,UMNO cepat-cepat bertindak buka kaunter pendaftaran.PAS? habuk pun tarak.JK Pilihanraya PAS Pusat tak buat apa pun,tak arahkan apa pun.Tidur lena termaklum semua tunggul-tunggul lapuk.Kawasan-kawasan tunggu arahan,Perhubngan Negeri pun tunggu arahan,namun arahan tak kunjung tiba.Nak buat pandai-pandai takut kena sergah pulak macam yang berlaku diGrik,Perak.Jadi semuanya berehat,tunggu dan lihat.

  7. Anon 6
    Anta mana tahu Pas tak buat kerja.Kerja daftar pengundi ni cawangan dan DUN yang
    buat. Pas pusat beri arahan kpd negeri.Negeri arah kawasan.Kawasan pantau DUN/cawangan. Kalau cawangan/DUN buat kerja sebagaimana diarah pendaftaran
    pengundi Pas akan berjalan lancar.

  8. Anon 7,

    Anta kata: PAS Pusat beri arahan........Soalnya: Arahan itu sudah dibuat ke?
    Anta kata: Kalau cawangan....... Soalnya: Kerja ni sudah berjalan ke?
    Anta kata: pendaftaran pengundi AKAN... Komen: "akan" bermakna belum buat lagi.

    Setahu ana banyak kawasan diLembah Kelang ni,tak nampak pun pusat-pusat pendaftaran pengundi yang dikelolakan oleh PAS. Ana tahu apa yang ana katakan sebab ana duduk diPerhubungan Negeri.

  9. ada orang bodoh rupanya... kerja kuat tu... bukan pasal ceramah... orang cerita pasal proses ngundi tuh... kalau bodoh tak tau pasal strategi amnu nak menang undi... tak yah la nak mengomen... nampak bangang!!

    orang bukan cerita pasal pemimpin tu... tapi pasal ahli tu sendiri...

    kalau ko nak undi benda lain tu... gi lah undi... dah suka nak duduk ngan amnu... kalut apa lagi dengan pas...

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008