Bernama melaporkan berita bertajuk "Sudah ada petanda BN akan tawan semula Kedah - Shafie" (komen-komen di sini). Saya bukan anak Kedah. Tetapi, Kedah sentimental bagi saya. Di negeri itulah saya meningkatkan ilmu fasal pilihan raya, fasal hati nurani orang-orang PAS dan pelbagai perkara yang sangat berharga sejak awal tahun 80an dahulu.
Bagi saya, orang PAS Kedah ada tiga pilihan:
1. Merelai Umno dan Barisan Nasional (BN) merampas kembali negeri itu.
2. Terimalah sahaja pemerintahan bukan Umno kini yang tidak ada apa-apa perbezaan dengan pemerintahan Umno atau mungkin lebih buruk lagi. Cakap pandai apa gunanya kalau con man pun boleh tipu dengan mengumpan peluang di Papua New Guinea kononnya. Lesap RM4 juta.
3. Melakukan islah supaya Kedah diperintah oleh orang yang benar-benar serius mahu melaksanakan kehendak perjuangan PAS - maksudnya buat takat kemampuan yang munasabah dan bukan berdalih untuk memberi justifikasi kepada ketidakmampuan yang tidak munasabah (bukan tak mampu, sebenarnya tak mahu). Maqasid syari'ah konon!
Saya nak tanya kawan-kawan di Kedah: Hampa tak rasa letih ka berjuang macam nak mampoih, sampai ceramah pun polis semboq ayaq beracun di Kedah tu, tiba-tiba bila dah perintah sama ja atau lebih teruk dari Umno perintah?
Ka dah letih berjuang ka?
Tak munasabah pulak. Dengan Umno, dengan polis hampa berani nak mampoih siap tendang dada ASP dari atas pentas ceramah PAS, tiba-tiba dengan Menteri Besaq Kedah la ni hampa menikuih?
Bagi saya, orang PAS Kedah ada tiga pilihan:
1. Merelai Umno dan Barisan Nasional (BN) merampas kembali negeri itu.
2. Terimalah sahaja pemerintahan bukan Umno kini yang tidak ada apa-apa perbezaan dengan pemerintahan Umno atau mungkin lebih buruk lagi. Cakap pandai apa gunanya kalau con man pun boleh tipu dengan mengumpan peluang di Papua New Guinea kononnya. Lesap RM4 juta.
3. Melakukan islah supaya Kedah diperintah oleh orang yang benar-benar serius mahu melaksanakan kehendak perjuangan PAS - maksudnya buat takat kemampuan yang munasabah dan bukan berdalih untuk memberi justifikasi kepada ketidakmampuan yang tidak munasabah (bukan tak mampu, sebenarnya tak mahu). Maqasid syari'ah konon!
Saya nak tanya kawan-kawan di Kedah: Hampa tak rasa letih ka berjuang macam nak mampoih, sampai ceramah pun polis semboq ayaq beracun di Kedah tu, tiba-tiba bila dah perintah sama ja atau lebih teruk dari Umno perintah?
Ka dah letih berjuang ka?
Tak munasabah pulak. Dengan Umno, dengan polis hampa berani nak mampoih siap tendang dada ASP dari atas pentas ceramah PAS, tiba-tiba dengan Menteri Besaq Kedah la ni hampa menikuih?










Cantik? Klik 






Bhai Pak Bakaq,
Diorang tulur suda tada.... hahhaa
salam pak bakaq
tepat sekali!
TERUSKAN BERJUANG ORG KEDAH...ISLAM PASTI MENANG AKHIRNYA...
tuan penarik beca sy amat berbesar hati sekiranya tuan dapat meng'link'kan blog sy di blog tuan,,,
sekian..terima kasih..
Bakaq, rakyat kacam kita, sama saja antara UMNO atau PAS perintah, di Kedah atau di Kelantan. Tetapi sekurang kurangnya kalau PAS perintah cara loklaq pun tak lah kurang ajaq macam UMNO.
Tetapi bagi negeri negeri dan negara, PAS tidak mampu menang, biaq lah UMNO perintah cara depa, PAS toksah dok bantai teruk sangat kalau pun tak sokong.
PAS dan UMNO kenalah perintah cara win win. tok sah dok merodok sesama sendiri sangat tapi dok biaq tempat lain orang lain dok bermaharajalela. Penang hampa dok diam pulak, biaq ke PKR dok melalak sorang sorang, awat tak bantu.
Terima kasih pak Bakaq pasai ada sentimentel value pulak kat negeri Kedah, tanah puteri lindungan bulan tempat semayam baginda sri merong mahawangsa . aku terus saja merujuk kepada perkara di atas,apa yang berlaku tidak lain dan tidak bukan akibat virus thiqah dan walak tak ktahuan hala yang telah menyerang sebahagian besar ahli2 Pas di negeri ini semenjak lama dah.inilah natijahnya atau manifestasi yang kita perolehi. Ketidakmampuan dalam semua aspek, pengurusan parti ka ,stretegi ka, visi ka, semua jadi kaku dan kayu. Selepas era ustat Halim arsat graduan ukm,maka jawatan SU perhubungan telah di amanahkan kepada lulusan darjah 6 dan SRP.Contoh ni di kemukan supaya khalayak boleh nilai apa yang telah berlaku dan akan terus berlaku....abih macam mana si mangkuk hayun tak boleh pekena sampai 4 juta projek papua new guiney. Pepatah mengatakan orang bodoh adalah makanan si cerdik. Kalau nak menang pilihanraya kena Transform laa...BADWI PAS
bukan menikuih kami faham perjuangan, keras dgn musuh berlembut, sayang pada rakan seperjuangan.bukan macam hang takdak keja len nak pelaga saja.elok hang pi isi borang umno kot-kot boleh dapat lembu pawah boleh wat sembelih jamu anak bini supaya jadi bebal macam ayah dia.berjuang bukan ikut perasaan tapi ikut islam yangni kena faham cek oi.
orang kedah rata2 suka dengan azizan..hang dok sebok buat apa??..kedah sepuloh kali bagus dari kelantan yg konon nya islamik tapi mb rm65k makan rasuah
Pak Bakaq,,,,,,JIKA UMNO nak memerintah Kedah semula ..BN memerlukan PEMIMPIN yg Benar2 nak bekerja MAJUKAN MELAYU KEDAH tak kira dari parti mana,,,,Pemimpin yg Benar2 TEGAS dan BERANI mempertahankan kebenaran dan KEKUATAN MELAYU,,,,,Sekarang PEMIMPIN dari 15 bahagian yg ada SEMUANYA BALACI DAN KUNCU DET KHALID yg ternyata Melingkup KEDAH dan Pengalaman POLITIK MEREKA hanyalah MENGAMPU PEMIMPIN,,,,sebab tulah PAK LAH yg sangat lemah dibodek dan KJ bodak HINGUS pon mereka JILAT ....sebab mereka ini semuanya dilatih TAAT dan PATUH pada KETUA dan sangat PAKAR BODEK,,,,walaupun semua rakyat tak suka dan benci,,,,,,,,UMNO KENA BERSIH SEMUA INI JIKA MAHU KEMBALI BERKUASA,,,,BIAR GENERASI BARU DGN PEMIKIRAN BARU DAN FAHAM KESUSAHAN MELAYU SEKARANG MEMIMPIN,,,,,begitu juga dgn PAS biar PEMIMPIN YG BENAR2 PRAKTIKAL tentang ISLAM dan BUKANNYA PEMIMPIN YG PERDAGANGKAN ISLAM KERANA KUASA dan POLITIK SEMPIT,,,,,,GENARASI MUDA DAH KENAL dan FAHAM SLOGAN "ISLAM" PAS,,,,,,"ISU2 bersangkut UMAT ISLAM tak ada pemimpin PAS berani PERTAHAN,,,,,,,,???????? salam
depa x dak teluq la bakaq!!!
Sama saja kat mana-mana pak bakaq dgn PAS ni. Kat Selangor, kat Terengganu serupa saja. Dulu bukan main lantang maki hamun UMNO, tapi bila dah perintah, bila keadaan dia perintah pun serupa tu jugak, bila orang maki, dia boleh marah balik. Boleh pulak tu hukum sapa yg bangkang!
pa wau nun dal ya kap betui la kat depa ni!
yang dok condem mb kedah tu pasai pa. pi la jumpa mb bg idea, bukan ikut perangai umno jugak. hang pun 2x lima cam umno.
kalau di Selangor ada wala' dan thiqah,
kat Kedah pun kena wala' dan thiqah jugak!
Berjuanglah wahai pejuang2 gerakan Islam..
hari tu menang yang tak disangka-sangka. sebelum ni mana ada kertas keja. tup tup menang.tu yang nampak macam tak buat keja.
minta usul bubarkan parti pas
Memang semangat juang orang PAS tinggi melangit, tapi bila depa dah dapat apa yang dijuangkan, terkulat-kulat tak tau nak buat apa. Di Kelantan, dah berpuluh tahun memerintah pun, masih lagi kebingungan. Kesian orang Kelantan. Kesian orang Kedah.
Syok juga baca idea-idea yang bernas dari beberapa ulasan dari artikel ini dan didapati semuanya hanyalah sembang kosong belaka dan tiada satu pun unsur-unsur nasihat yang bernas dan ilmiah yang patut dijadikan panduan. Perpatah berkata"ketuk tong drum" bunyi mengaum tapi kosong.
Kepada penulis artikel ini dinasihatkan supaya memohon maaf sekiranya tajuk artikel 'Orang Kedah Dah Letih Berjuang' ini mempunyai unsur-unsur fitnah didalam tulisannya. Jika penlis tidak memohon maaf, laporan polis akan dibuat selepas tujuh (7) hari mulai dari 8.2.2010 dan selepas itu anda akan mengalami nasib seperti mereka-mereka yang pernah menfitnah didalam blog.
Terdapat salah fakta didalam tulisan beliau yang membolehkan ia menjurus kearah FITNAH. Tetapi kalau sudah banyak duit, tak perlukan memohon maaf dan menarik balik artikel ini.
Negeri lain dah masok 3rd gear..ni masih dok first gear. Terhegeh-hegeh pusing steering. Abang -adik punya hal.
Anony 02:07
Hek eleh.. Nk wat report plak. Bro terima la teguran. Lu wala', lu punya pasal. Gua org jugak, gua rase ngesal bagi sokongan kat PAS. Silap PAS kat kedah pasai bagi azizan jaga. Dia betoi tak boleh memerintah pon. Orang kata "lengai".
Paling gua hangin kat "pencacai" PAS yg rasa bangga sangat geng depa menang, tunjuk besaq kepala. Cakap pon meninggi, sedaq la, bukan ahli PAS kedah yg bagi PAS menang, kami2 ni sbenaqnya nk perubahan. Klau pon PAS Kedah x seteruk BN Kedah, tapi bagi gua memeng x layak pon.
So.. Terima la teguran..
WALA' tak menjanjikan apa2 kat lu org Kedah.
-Anak jati kedah-
Hangpa bagi Ustaz perintah hangpa, sapa suruh? depa buat macam skolah pondok la... kalau hangpa komplen, depa suruh sembahyang kat surau atau mesjid zahir nu? kalau hangpa bagi kotoq alor staq, depa kata jangan buang sampah, tu kira baguih la tuh.
Kalau rasa anak Kedah Jati aku rasa tak macam ni punya cakap tapi kalau celup tu adala mungkin tak pernah duduk Kedah dan cuma lahir saja di Kedah lepas tu pi duk merantau tempat lain, last-last mengaku anak jati Kedah. Kalau betui-betui Anak Kedah, dia tak mengeji Ustaz Azizan kerana ilmu agama yang biasanya didalam dada tu mungkin menjadi sekatan atau iman supaya merasa malu untuk mengutuk orang lain.
Dulu aku masa kecik2, tiap petang Rabu, selalu aku pi dengar orang baca kitab dan dari situ kita kenal langit itu tinggi ka, rendah. Teguran tu bagus tetapi kalau teguran yang memfitnah itu adalah punca kepada pergaduhan nak buat apa.
Aku rasa yang si dak kupunden ni bukan anak Jati Kedah mungkin berkahwin dan menetap di Kedah dan cari makan disini sebab kalau anak Jati Kedah beliau boleh berfikiran waras dan sayang akan negeri ini. Orang Kedah tidak akan mengutuk sama sekali pemimpin mereka kecuali mereka-mereka berhajat. Selamat Menjawab Kembali wahai si Kepunden.
Sebenar ramai yang masih mengharapkan perubahan segera setelah PAS memerintah Kedah tetapi ramai juga yang belum sedar bahawa selama pemerintahan Perikatan kemudian BN, Kedah masih menduduki tangga yang teratas sebagai negeri miskin di Malaysia.
Mereka mahu perubahan fizikal seperti membina bangunan, jambatan dan sebagainya secara segera sebagai kayu pengukur kepada perubahan tetapi perubahan kearah rohani macamana pula. Sekarang ni hampir setiap masjid di negeri ini mengadakan kuliah dan pengajian dan sila perhatikan berapa ramai jemaah yang hadir.
Jadi, eloklah kita pakat-pakat berubah sikap dulu bagi jadi baik, bagus dan berakhlak sebelum kita menyuruh pemimpin melakukan perubahan fizikal. Lagi pun kalau duk bangun-bangun kemudian runtuh siapa rugi. Tapi kalau bincang bab bangun dan runtuh ini memang syok.
Anony 20...
Gua mak gua lahirkan gua kat spital aloq staq. Bapak gua org seputeh (tmpat berebut dunia skang ni), mak gua org kola nerang. Bini gua org kola nerang gak. So bkan anak jati ka.
Anony 21...
Perubahan kadar kemiskinan kedah bg gua bkan bergantung kepada kerajaan mana yang memerintah kedah. Tapi bergantung sangat pada sumber hasil pertanian, terutama padi & getah.
Klu 10 tahun dulu harga getah & padi berape jer. Skang ni berapa bro. Kat kg gua hampir 95% ketua rumah dah ada keta. Berbanding 10 tahun dulu, klu dapat beli EX-5 pon dah kira beruntung.
Soal surau & masjid, kelantan yg 20 tahun PAS memerintah pon masih ada kes rogol, zina, minum arak, anak luar nikah bro. Klu kat masjid (gua penah gi smbhyang kat sana) yg ramai tu pon dh kire akhir hayat dh pon. klu nk tengok yg mude2 kene gi kt kawasan ade sekolah pondok. Same jer bro, bukan PAS memerintah menjamin kan perubahan rohani.
Maap la, sbb utama bagi gua keiklasan/usaha dari pemimpin2 yg kita lantik tu yg penting. Apa yg lu org nmpak usaha2 kearah pembentukan rohani yg dilakukan oleh PAS kedah?
Plz jawab: Letak ler ID bro!!!
Anony ni semacam ja gua rase..
He he...
Saya rasa pernyataan yang bernombor 2 tu, macam ada benarnya...
merong, ya benar, macam tau2 saja, hang ada share ka