Sedap!! Klik gambar di atas!

Masya Allah! Dia kata, Umno tak lagi anggap agama dan politik berbeza

Semalam, Malaysiakini menyiarkan berita bertajuk "Presiden PAS terjun laut selamatkan mangsa lemas". Hari ini Utusan Malaysia pula menyiarkan berita yang bermaksud "Presiden PAS terjun masuk perangkap selamatkan Umno lemas".

Akhbar yang baru-baru ini dituduh akhbar pembohong itu melaporkan, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Umno kini melalui satu perubahan yang baik apabila parti itu tidak lagi menganggap agama dan politik sebagai dua perkara berbeza.

Katanya, ia juga merupakan satu proses anjakan paradigma kepada Umno (sumber akhbar tersebut dari blog Presiden PAS).

Saya terkenang kisah pak lebai gila betina yang saya dengar di kampung dulu. Adik beradik semua mengingatkankan pak lebai itu tentang perangai sebenar betina durjana itu. Tetapi apa nak buat. Adik beradik kata betina celaka itu jahat, dia kata baik. Adik beradik kata betina sial itu busuk, dia kata wangi.

Pak lebai itu tak boleh ditolong lagi.

Peristiwa hari ini mungkin tidak berbeza. Kejantanannya sentiasa mengeras mengingatkan jalang itu. Dia tidak peduli hakikat bahawa semua orang tahu jalang itu dahulu pernah menyundal dengan Orang Putih (kalaulah Almarhum Ustaz Abu Bakar al-Baqir masih hidup, tentu dia boleh cerita). Bila Orang Putih balik negeri, dia menyundal dengan hartawan Cina dan India pula.

Bila orang Melayu berpakat hendak melawan sifat jalangnya, dia tuduh pula orang Melayu jadi perkakas bangsa lain - dia mahu orang terlupa bahawa dialah jalang paling laknat yang menyundal ke celah kangkang sesiapa pun yang boleh merasuahkan nafsu syaitannya. Jangankan maruahnya, ugama Islam pun dia jual asal dapat mentekedarah rasuah.

Umno "tidak lagi menganggap agama dan politik sebagai dua perkara berbeza"? Tak baiklah kalau saya kata he must be blind!

Saya hanya berharap agar apa yang berlaku itu menambahkan lagi kebencian rakyat kepada Umno.

Berkaitan:
Tiada percanggahan antara 2 orang Tok Guru (Blog Presiden PAS 17/2/10)
Penulis blog: Waspada dominasi 'geng' Terengganu (Malaysiakini 17/2/10)
Jangan robohkan doktrin wala' taat dan thiqah dalam PAS (Ustaz Idris Ahmad 17/2/10)
Umno mula alami perubahan baik - Hadi
Utusan Malaysia (18/2/10): Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Umno kini melalui satu perubahan yang baik apabila parti itu tidak lagi menganggap agama dan politik sebagai dua perkara berbeza.

Katanya, ia juga merupakan satu proses anjakan paradigma kepada Umno.

"Oleh sebab itu, perbincangan mengenai perkara asas antara Pas dan Umno terutama Islam amat penting," katanya ketika ditemuramah sebuah stesen televisyen dan disiarkan melalui blognya (http://presiden.pas.org.my/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=238:tiada-percanggahan-antara-2-orang-tok-guru&catid=1:berita&Itemid=106) hari ini.

Abdul Hadi sebelum ini pernah menyatakan bahawa parti itu sedia bekerjasama dan berbincang dengan Umno dalam setiap perkara termasuk yang berkaitan dengan hal politik dan agama.

Bagaimanapun, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu Pas lebih tegas dalam pendiriannya sebelum membuat tawaran untuk berbincang dengan Umno mengenai sebarang isu.

Abdul Hadi berkata, Pas telah mula 'meneroka' kerjasama tersebut apabila dijemput menghadiri perjumpaan dengan Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Tun Abdullah Ahmad Badawi baru-baru ini.

Beliau berkata, Pas sentiasa terbuka dan positif terhadap perbincangan tersebut demi kebaikan semua pihak.

"Ada perkara yang boleh disatukan untuk kepentingan, keadilan, hak dan kebaikan semua. Walaupun ada persepsi negatif tetapi semua itu boleh dibincang, perkara yang boleh disatukan, boleh diraikan kita perlu bertolak ansur," katanya.

Beliau berkata, sebarang perbezaan pendapat antara Pas dan Umno tidak lagi boleh dilihat sebagai satu prinsip yang jumud dan tidak boleh dirungkaikan melalui perundingan.

"Dengan itu, Pas bersedia untuk adakan perbincangan dalam perkara yang boleh dirungkaikan, diselesaikan secara bijaksana berpandu kepada prinsip fleksibel seperti di dalam al-Quran," katanya.

Ditanya apakah wujud percanggahan pendapat antara beliau dan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Abdul Hadi berkata: ''Tidak ada sebarang percanggahan dengan beliau.''

Jelasnya, jika ada, ia adalah perbezaan pendapat dalam aspek-aspek tertentu namun bukan berkaitan soal agama.
Menarik:
Is Najib on his way out? (New Mandala 8/2/10)
Is Najib On His Way Out? Part II (New Mandala 14/2/10)
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Kalau benarlah kenyataan Tok Guru tu (kalau akhbar utusan tak manipulasi kenyataan tok guru) nampaknya memang pemimpin PAS dua tiga kerat ni gila talak nak masuk BN balik. Macam zaman Asri dulu.

    Teringat lagu S.M. Salim 'apa nak jadi'. Awat lepa dah kena 'manderam' kot! Gula-gula 'kuasa' dan 'harta benda' sebelum kuboq panggil mari. Aku harap tok guru Hadi ada prinsip. Tak jadi begini atas alasan agama dan perpaduan ummah. Pakat dengan UMNO macam 'melepas anjing tersepit'. Hampa tengoklah nanti.

  2. Pak Bakaq ni ada sakit jiwa ni.....bawa2 bertenang.... kebencian tu boleh makan diri tau..udah ke tu....

  3. aku langsung tak percaya berita utusan meloya..budak sekolah menengah pon taknak baca laporan utusan yg memperbodohkan akal kita..!

  4. hangpa kene brainwash dgn diri endiri. emua org lain tak betul.

    mind set dah diset sendiri.... org lain semua negatif.

    last-last haboq pun tak ada.. asyik komplain


    nasib baik dah ada periok nasi... kalau tak

    tunggu duit negara kebajikan... tunggu duit hasil usaha org lain

    ....

  5. kalau dah tahu sumber dari pembohong kenapa jadi tukang hebahkan.....kecuali ada niat yg sama dgn syaitan al-khannas atau mempunyai fikiran yg tidak cerdik.

  6. sebenarnya dah kena brainwash dgn SB masa masuk lokap dulu.

    mat sabu yg bertahun duk di kemunting pun SB tak mampu nak brainwash

    hang ni tak de quality la nak jadi pejuang

    baik duk diam-diam

  7. Inilah syaitan yang menjadi bloggers

  8. pengkomen2 dalam nih dah kena penyakit gila umnongok daa.kalau pak bakar tulis ada sebut kalulah benar kan? ha sudah la tu. apa yang hangpa semua nak OSA kan pak bakaq pulak,puak2 nik dah termakan pil wala' dan terminum tonik sighah edaran dereh ahmad dah ni? dah tak da ubat dah ,hangpa tunggu la woi2 semua umno jeghot tengkok hangpa dengan waya lam.
    OKE YA SELAMAT BUNUH BUNUH DIRI DENGAN UMNO.BYE BYE

  9. Ya Allah selamatkan Tok Guru Haji Hadi yang kami hormati dari menjadi mangsa cercaan pengikutnya sendiri. Begitu juga peliharalah beliau daripada menjadi kuda tunganggan kepada musuh dan munafiqin dalam kalangan beliau sendiri.

  10. Pak Bakar,

    Yang hang duk percaya sangat Utusan Meloya tu kenapa? Lepas tu, siap api-apikan lagi supaya orang benci TGHA tu pulak?

    Meh aku kipas hang sikit Pak Bakar.. Jangan panas lagi hehehe

    p/s: Cerita hang pasal jalang kat atas tu macam best terutama sekali part 'Jangankan maruahnya, ugama Islam pun dia jual.."

    Setahu aku UMNO tak bermodalkan ugama pun. Mana boleh jual sesuatu yang mereka tak ada?

    Yang jual ugama ni parti lain kot? 2008 hari tu dah jual negara Islam dah kan, next PRU ni tak tahulah apa lagi yang nak dijualnya.

    -Malaymind-

  11. Melayu bro... kalau dah melayu tetap melayu. Melayu Islamlah katakan.

  12. Pembetulan fakta terhadap apa yang dinyatakan oleh telingatuli;
    PAS dahulu sertai Perikatan dan kemudiannya Barisan Nasional kerana majoriti undi ahli-ahli PAS yang nak masuk bukan kerana paksa kuasa veto Dato' Asri. Dan Dato' Asri hj. Muda tidak pernah masuk UMNO sampai ke akhir hayatnya.

  13. pak bakaq,

    aku sambut bola tanggung hang kat sini

  14. 1. mmg kita diajar spy memperhalusi berita malah kalau boleh terus tolak berita terutamanya datang dr Berita Hairan, Utusan & TV3. Pimpinn atasan kan dah ckp...yang kite pergi percaya buat ape? pelik aku kalu dh name nye degil tua, mmg tak boleh nak dibawa berunding. Al-Quran pun dah bgtau supaya kite selidik dulu sumber sesuatu berite, terutamanya yg dtg dr sumber yg fasiq.

    2. ok, kalau betul TGHH ckp mcm tu, kite nak kene pk jgk, bntuk soalan yg mcm mn wartawan tya kat TGHH. Katakanlah cth soalan yg wartawan utarakan pd TGHH: "TG, dikatakan UMNO sudah tidak lg memisahkan atr politik dgn agama, ape pndangn TG?"
    TGHH pun jawab: "ohhh...itu satu anjakan paradigma bagi UMNO yg selama ini memisahkan atr agama dgn sistem politik...tetapi hendaklah UMNO menunjukkn perkara ini scr realiti, jgn bermain dibibir shj.". Agak2nye puak fasiq dlm Utusan, BH & TV3 akan quote statemnt TGHH yg mane? Sudah pastilah yg menguntungkn diorg...jgn kiter tersgt mudah diputarkn kepala oleh musuh yg lg jelas & nyata.

    itupun penarik beca tak ble nak pk...

  15. Pak Lebai yang cerita kampung Pak Bakaq tu mungkin dah sampai tahap ilmu tertinggi tak dapat tercapai fikiran normal seprti Pak Bakaq.


    Bye bye Pak Lebai ILA Al-LIQAQ RAJOL JAID, TOk Le Heah.

  16. PAS Kelantan rela, membunuh karier politik Ustaz ismail Noh, apabila tidak di calonkan semula sebagai calon PAS bagi Parlimen Pasir Mas semasa PRU-12 lalu. Kepimpinan PAS Kelantan di bawah YAB Tuan Guru Dato' Nik Aziz dan Husam Musa rela menyerahkan kerusi Pasir Mas kepada Ibrahim Ali (Calon Bebas cap Bulan), yang dirasakan Ibrahim Ali boleh membuat sesuatu demi untuk menyelamatkan PAS Kelantan.

    Sekarang siapa hendak dipersalahkan jika Ibrahim Ali kembali kepada tabiat asal, sebagai pelacur poltik murahan , sebagaimana yang berlaku hari ini. Bertambah pening kepala Tok Guru Nik Aziz, walhal husam Musa boleh berdiam diri. Tahniah Husam, rahsia besar semakin akan ku robek.

  17. apa sudah jadi,alih alih nak masuk dalam kain sarung umno jugak.Masya Allah apa yang ada dalam kepala Presideng perpaduang ler ning.Lupakah anda pada wasiat ulama' terdahulu yang melarang wala tarkatu ilallazina zolamu..akhir ayat.pak bakaq ulas sikit lagi..man Nawa

  18. pak

    tok guru nik aziz pun ada juga sebut dlm kuliah2nya sesekali ..lebih kurang camni " umno pun lo ni doh x sebut dah politik suku ugama suku macam dulu2 " dll seerti...

    ..x yah buat isu la benda camni pak..

    mz

  19. Hampa ingat cerita utusan tu betui ka? Kalau hampa pecaya, hampa pun sama macam utusan. Hampa yang meloya! Kalau betui la berita tu, TGHH yang meloya tetelan ayak masin melalut-lalut kata umno dah baguih, dah terima agama berpolitik. Aku telan ayak kelapa saja!!

  20. woi Anonymous 3:26:00 !!! tulis ayat Quran pun tak reti, 'wala tarkanu' BUKAN 'TARKATU' la ngok... tu lg mau komen2 org. ko ni sah genetik UMNO.

    satu lg, tu bukan wasiat ulama' @ sape2 la, jauh sekali nasihat dr ko...itu adalah peringatan dr ALLah.

    & satu lg, ko faham dak ape maksud ayat tu? "dan jangan kamu condong kepada kezaliman" (lebih kurang maksudnye), pastu ko ckp sblm ayat yg ko clap taip tu "ulama' terdahulu yang MELARANG", ape MELARANG pulak, MENYURUH la ngok. bengang betul aku kalu org tak reti ni buat2 reti.

  21. "Akhbar yang baru-baru ini dituduh akhbar pembohong itu melaporkan, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Umno kini melalui satu perubahan yang baik apabila parti itu tidak lagi menganggap agama dan politik sebagai dua perkara berbeza."

    Betul lah tu, kalau umno dah anggap agama dan politik bukan suku. Maknanya dakwah pas selama ini diterima. lain la kalu tok guru kata umno berubah kepada baik kerana umno buang agama!!

    Kalau UMNO betul nak kan islam, PAS boleh berundur diri...ingat tu..

    Apalah artikel nih...!!

  22. Artikel ni berniat jahat -Pak Bakaq, jangan masukkan diri anda dalam blog celaka!!!!

  23. Kutuk..jangan tak kutuk..!! Nuar Al-J gerenti happy...!!!! Huhuhu...
    Kalau hang confuse Bakaq, hang pi tanya Mat Sabu...

  24. Syeikh bakaq,

    Dalam Islam dia suruh kita berjuang tegak Islam. Bila buat kerja, PASTI akan ada salah silap. Allah akan nilai keikhlasan hambanya berjuang menegak kalimahNYA walau tidak menang di dunia.

    Tapi bidang mcm hang ni, dok komplen sana sini, dok laga org t laga org ni, Allah tak sebut pun dlm Quran. Tak dak jaminan Allah untuk skop kerja mcm hang ni.

  25. anom 22...

    Ingat tak dahulu bila pak bakq keluar cerita bahawa ada pimpinan PAS mengadakan perjumpaan dalam 'GELAp" ..Masa tu riuh ,kalut semua orang kata Pak bakq fitnah/pembohong /syiah dll.. masa tu tak kena lagi "Celaka "....Even bila wartawan tanya TGHH pun beliau berkata mana-ada perjumpaang !!!! Alih-alih Pak lah kata "ada perjumpaan bukan sekali tapi dah 3 x !!!

    INGAT tak peristiwa ni wahai saudara 2 ku yg berfikiran waras ,yg aku rasa walaq membabi -buta !!! Mari lah sama-sama kita muhasabah diri

    DR SYED GOMBAK SETIA

  26. Aku nak puji hang 10X... dengar ni...
    Bakaq Blogger Berok!!!Bakaq Blogger Berok!!!Bakaq Blogger Berok!!!Bakaq Blogger Berok!!!Bakaq Blogger Berok!!!Bakaq Blogger Berok!!!Bakaq Blogger Berok!!!Bakaq Blogger Berok!!!Bakaq Blogger Berok!!!Bakaq Blogger Berok!!!

  27. bodoh punya pak bakaq..........................bodoh lebih daripada budak tadika lg.......mcm tu pon boleh percaya...berapa umno byq hang nak porak peranda kan PAS...bodoh punya org tua....hg tunggu lah balasan tunai dari Allah nanti...

  28. hentam jangan tak hentam...dulu THHA pernah buang pas syiah...ala..korang fikir la sendiri

  29. Yang ramai sangat pencacai UMNO dan Geng Perpaduang mengutuk Pak Bakaq ni amat menghairankan.Dah termakan cili ke? Pak Bakaq cuma menyebut apa yang ditulis oleh Utusan Meloya dan apa yang Hadi Awang kata kepada Utusan Meloya.Kita ada 2 pilihan:
    (1) Tak usah percaya kepada laporan Utusan Meloya tu.Dan Hadi Awang mesti keluarkan kenyataan menafikan,dia tak ada berkata sedemikian rupa kepada Utusan Meloya.
    (2) Terima apa yang ditulis oleh Utusan Meloya.Sekiranya Hadi Awang benar ada membuat kenyataan begitu,jelas dan soheh Hadi Awang memang telah termakan julab UMNO dan dan segala tomahan yang mengatakan beliau kemaruk nak tidur sebantal dengan UMNO - benar.

  30. Pak bakaq nak amik alih tugas yahudi menyampaikan suatu perkhabaran yg dia sendiri tak tau sahih ke dak

    dan lagi dia sendiri tak pasti apa yg dimaksudkan....cuma mengambil kesempatan dari tahap pemikiran melayu yg kurang matang dan masih hijau dlm seluk beluk politik...

    ditambah dgn budaya melayu suka menyangka itu dan ini.....berburuk sangka serta juga menukuk tambah...

    hasil kajian puak yahudi dan agennya....maka berita spt ini cukup sesuai utk menimbulkan keraguan ,perdebatan dan membuat andaian yg cukup sinonim dgn budaya melayu...


    dan seterusnya biarkan melayu terus tenggelam dgn dunia mereka agar memudahkan yahudi dan para goyim mereka melaksanakan perencanaan mereka...

    tahniah bakaq....sumbangan anda amat dihargai oleh illuminati dan freemason

  31. Teruskan agenda melaga-lagakan kepimpinan ulamak

    Blogger upahan memang banyak

    Apa shj boleh dijadikan isu

  32. Apa pula aku tak boleh percaya,memang pak bakar pun dah tengok rakamang video dalam blog Presideng tu.Dema nak kata apa pulak!.Kenapa Presideng buat video dalam blog sendiri..sundiri mau ingatlah

  33. Ingat tulisan Pak Bakaq semasa PRU2008 semasa ziarah beliau ke T'ganu bersama YB (B) Tok Mat Sabu. Seram sejuk bila baca tulisan ini.

    Buatlah banyak bersabar drp duk halakan peluru kpd pimpinan PAS. Manusia semuanya tidak sempurna. Mungkin TG Hj Hadi melihat drp perspektif yang berbeza. Perjuangan di Malaysia janganlah sampai mewujudkan kekacauan kerana kedamaian itu ptg. Jika boleh bincang, bincang. Tak ada masalah. Yang ptg prinsip mesti kena jaga dan pertahankan.

  34. HAHAHAHA.... tahniah pak bakq,

    hat ni aku salute hang, genetik melayu dah b0odoh nak buat macam mane kan sian ahli pas aku dalam ni yg dh mkn pil walamak... hahahahah

  35. selagi yg memimpin itu bukan syiah begitu la kisahnya...

    kawan lama

  36. Aku tertanya-tanya ramai sangat pemberi komen sini yang anonymous apa pasai? Tak dak teloq kar? Rupanya profile dibawah ni tak berfungsi. Itu lah pasai.

  37. kalau dah ketagih macam tu lah jadi nya......
    tak ada yg ori, gas taik lembu pun dihidu utk hilangkan ketagihan!!!

  38. Manusia BODOH je yang baca utusan ni
    Hang masuk UMNO je lah pak bakaq
    kalu masih percaya akan lidah setan ini (utusan)

  39. Dah baca ke belum kenyatan penuh TGHH?

    Aku yakin tak baca lagi tu.Aku dah baca.

    Apa yg penting kehendak nafsu yg mahu menimbulkan polemik dikalangan gerakan Islam.

    Blogger apa ke jadah ambil maklumat yg tidak lengkap.

    Budaya umno tahun 60/70 an.

  40. anom 26 ,27 & 39

    harap baca komen anom 29 ! bacalah dgn mata hati supaya ianya akn menjadi rasional bukannya dgn hati yg terlalu emosi takut nanti jadi tak relevant ...

    anom 38

    suruh lah geng 2 UG masuk umno jer ,jgn lah suruh pak bakaq pulok ..mereka lah yg main dalam gelap ..kalau lah u kata utusan lidah setan ! Harakah tuu apa pulak ? berita 2 yg menyentuh kelemahan puak 2 UG tak disiarkan pulak ????? Saya nk tahu juga nanti bila muktamar PAS company mana pulok yg nak jadi sponsor ???

    Aku tak rasa semua manusia BODOH kalau baca utusan kerana dalam tuu ada juga isu kesihatan /berita luarnegara yg aku rasa boleh menambahkan ilmu ..orang ada ilmu tuu bodoh ke wahai anom 38 ?

    mari lah sama-sama kita muhasabah diri supaya kita tidak jadi orang -orang yg tidak tahu atau jahil atau dgn kata lain "bodoh"

    wahai penarikbeca sekiranya saudara rasa apa yg saudara buat ni betuul maka teruskan kanlah kerana saya percaya inilah diantara cara yg dianggap sesuai untuk mengkritik pemimpin parti , Kalau dulu zaman Khalifah omar, pedang akan digunakan untuk membetulkan nya !!!

    DR IKHWAN ROMPIN

  41. aku dok gelak kat tepi nie je la.... sandiwara politik.... dok pecaya wat pa... hari nie cakap lain.. esok niat lain.... lusa tulis lain.. tulat klentong lain... dah lali!
    setahu aku .. komen2 ahli politik (bab agama ka.. bab duania ka.. bab dalam kain ka..)sekadar menambah perencah politik malaysia je.. tak lebih dari tu.... esok lusa cerita lain lak yg lebih sensasi akan diputar!!!

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008