Sedap!! Klik gambar di atas!

Ketuanan Melayu adalah boneka Cina yang sebenarnya

AlhamduliLlah! Hari ini saya jumpa ayat yang saya nak ucapkan selama ni. Sebelum ni, tak terbentuk ayat itu dalam pemikiran saya. Terpaksa buat ayat panjang. Saya selalu kata, siang hari terjerit-jerit fasal Ketuanan Melayu. Di malam hari pula, merangkak ke celah kangkang tauke Cina mengemis rasuah -makan babi sebenarnya sebab Tun Dr Mahathir Mohamad kata rasuah macam makan babi.

Beliau juga kata Umno adalah parti perasuah. Rasuah pula, kata Dr Mahathir, macam makan babi. Cuba fikir baik-baik dari mana depa korek duit nak jamu perwakilan yang laparkan rasuah (makan babi) sebagai tukaran kepada undi yang hendak diberi?

Akhirnya hari ini dapat ayat yang tepat. Ketuanan Melayu adalah boneka Cina yang sebenarnya. What a perfect expression - walaupun saya lebih suka nak kata Ketuanan Melayu adalah pecacai Cina.

Terima kasih kepada Batsman. Terima kasih yang tidak terhingga.

Dalam tulisan bertajuk "Ketuanan Melayu - The Real Chinese Puppet" beliau menjelaskan:
In Malaysia, there is a twist to the story. The Malays constitute the majority. The elites of all races depend on Ketuanan Melayu to impose their rule and get what they want. Even the Chinese elites support Ketuanan Melayu. This is because they can offer the technical and commercial skills still lacking among ordinary people to rake in stupendous profits while depending on the Ketuanan Melayu police and judiciary to protect their dirty deals.

Malaysia is like a luxury hotel for them to stay in and do business. Eventually when their advantage starts to dry up, they even use Ketuanan Melayu as an excuse to take their money out and emigrate to foreign countries, claiming the very discrimination that they have helped put in power for the last 52 years. Ketuanan Melayu is the real puppet of the Chinese elites, not PAS or Anwar Ibrahim.
Ringkas ceritanya, golongan elit semua bangsa di negara ini bergantung kepada Ketuanan Melayu. Golongan elit bangsa Cinalah yang paling banyak mendapat manfaat dari Ketuanan Melayu. BK Tan bergantung kepada Ketuanan Melayu. Tengku Goh bergantung kepada Ketuanan Melayu. Dari kalangan bangsa India, Datuk VK Lingam contohnya bergantung kepada Ketuanan Melayu.

Sebut sahaja nama tauke-tauke Cina - dari Tan Sri Robert Kuok, Tan Sri Vincent Tan, Tan Sri Ting Peck King, Datuk Patrick Lim, Tan Sri Tan Kay Hock, Datuk Siew Ka Wei sehinggalah kepada Joe Low, semuanya kaya raya dengan membonekakan Ketuanan Melayu. Tan Sri Ananda Krishnan juga kaya raya dengan membonekakan Ketuanan Melayu.

Ah, Datuk Seri Samy Vellu dan anaknya Vell Paari juga begitu berkuasa dan kaya raya dengan membonekakan Ketuanan Melayu.

Ketuanan Melayu menjadi hamba pecacai mereka.

Malang tak terhingga, seperti yang saya tulis dalam posting bertajuk "Katak, musang berbulu ayam dan babi":
Pun begitu, parti makan babi dijangka akan terus berkuasa. Nak salahkan pengundi?

Nak salahkan pengundi lagu mana? Dalam PKR ada katak berlambak-lambak. Dalam PAS pula musang berbulu ayam berkeliaran.
Selagi PKR menjadi istana katak dan PAS pula menjadi mahligai mewah kepada musang-musang berbulu ayam, selagi itulah parti makan babi terus berkuasa. Ketuanan Melayu pula akan terus menjadi pecacai dan boneka tauke-tauke dan lintah-lintah darat.

Yang rajin baca buku dan berusrah dengan literature Ikhwan Muslimin, fikirkanlah marhalah perjuangan hampa. Jangan lupa, PAS berjaya diislahkan oleh Almarhum Ustaz Yusof Rawa yang dikasihi dan rakan-rakannya kerana PAS pada masa itu tidak laluk dengan candu masyarakat yang bernama thiqah dan wala'.

Berkaitan:
Dr M says the Chinese are the real masters of the country (Malaysian Insider 21/7/09)
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Artikel dan ulasan yang menarik dari Pak Bakaq. Syabas! Tapi heran ya, kenapa sekarang ni Pak Bakaq selalu sangat petik ulasan Tun M?

  2. Bodohlah kalau bakaq yang kutu dan tak mengaji ni kalau dia tak ambik peluru yang dibagi percuma oleh Tun.

  3. memang betul tu... dalam pas ada musang taik namanya

  4. Tepat sekali expression pak Bakaq tu. Sesuai sangat untuk kumpulan UMNOgok ini. Saya dan (saya percaya) berjuta-juta rakyat 1 Malaysia setuju dengan Pak Bakaq dalam hal ini.

  5. "........PAS berjaya diislahkan oleh Almarhum Ustaz Yusof Rawa yang dikasihi dan rakan-rakannya kerana PAS pada masa itu tidak laluk dengan candu masyarakat yang bernama thiqah dan wala'."

    menarik ayat ini.
    bahaya sungguh ada ustaz/ulamak yg mabuk ditampuk kuasa dgn bersenjatakan thiqah dan wala' ni.
    masa dulu ada ke isu thiqah dan wala' masa nak bermuktamar pemilihan jawatan?
    kena tanya ketua dewan ulama ni.

  6. "........PAS berjaya diislahkan oleh Almarhum Ustaz Yusof Rawa yang dikasihi dan rakan-rakannya kerana PAS pada masa itu tidak laluk dengan candu masyarakat yang bernama thiqah dan wala'."

    menarik ayat ini.
    bahaya sungguh ada ustaz/ulamak yg mabuk ditampuk kuasa dgn bersenjatakan thiqah dan wala' ni.
    masa dulu ada ke isu thiqah dan wala' masa nak bermuktamar pemilihan jawatan?

  7. Assalamualaikum Pak Bakaq..

    Kenapa selalu kata thiqa' dan wala' dlm Pas adalah candu masyarakat.

    Setahu aku candu adalah menghayalkan dan setiap yg menghayalkan itu ditegah dlm Islam.

    Adakah thiqa' dan wala' itu benga haram yg diamalkan dlm Pas?

    Adakah haramnya kedua perkara itu dari nas yg sahih atau ijma' ulamak?

    Minta sedikit penjelasan........?

  8. sama je UMNO dan PAS ni...satu juai bangsa yang satu lagi juai agama

  9. menarik. tidak dinafikan tuan yang sebenar bukanlah melayu sebab Tun M ada kata dulu pembayar cukai terbesar negara yang menyara kerajaan adalah bukan melayu, tetapi cina.

    amoi cina memang cantik, si mamat Ferrari Todt pun boleh mengalah dengan amoi ipoh nun.

    daging salai babi baunya wangi dan lebih sedap dari satay kajang, tengok sajalah sampai mana pasaran daging salai... bukan sehingga cina aje, kat negara arab saja yang takde daging salai babi.

    melayu elit biasa makan daging salai, tak kan tak makan sandwich burger etc masa minum beer di london....

  10. Bhai Pak Bakaq,

    Betul tue... peluru free... amik jer la.. hahaha

  11. Alhamdulillah, Pak Bakaq dah pandai.

  12. Aku pun sedih kenapalah Ketuanan Melayu jadi Hamba kepada Ketuanan Lain .

  13. Anon 7

    Maha Suci Allah yang sangat2 kita kasihi dari mengajarkan benda yang bukan2 kpd hamba2-Nya.

    Bila ajaran Allah letak atas kepala kita dan kita jadikan panduan hidup, ia jadi petunjuk, penawar, pembantu, apa saja yg baik2 dan positif.

    Bila nas dijadikan kuli untuk mewajarkan perbuatan kita, manusialah yang merosakkan ajaran suci Tuhan Yang Maha Suci.

    Saya bagi contoh;

    Kita pi Mekah. Tauke haji janji menu sekian2 untuk kita. Tiba2 dia bagi kita makan entah apa2. Bila kita persoalkan, dia kata" "Di Mekah tak boleh komplen2. Ada hadith"

    Wajarkah kita telan bulat2 kata2 tauke haji yang menipu itu?

    Cukuplah satu contoh untuk renungan bersama.

  14. orang makan rasuah = makan babi.. wakakaka

    mesti sedap bagi anak isteri dan orang kampung makan babi..wakakak

  15. Saya cabar bakaq jadi anak jantan kali ni...

    Saya yakin bakaq tentu dah faham taktik pecah belah yahudi dan menimbulkan "keraguan" apabila gagal menyerang Islam secara berdepan.

    Satu dari taktik yg diajar yahudi kpd goyim mereka ialah membuat tuduhan secara umum.

    Memang diakui sejak zaman Rasulullah hingga kini gerakan Islam dirosakkan dari dlm oleh agen2 mereka.

    Menuduh secara rambang hanya akan menyuburkan agenda yahudi menimbulkan keraguan awam terhadap gerakan Islam...jadi sekiranya kita memusuhi yahudi dan takutkan Allah saya minta hentikan kegiatan tersebut.

    Saya ulangi cabaran kpd bakaq sila kemukakan tuduhan secara jelas...siapa nama orgnya...apa tuduhannya dan sertakan bukti dan saksinya sekali.

    Kerana tidak terlindung sebesar zarah jua pun bagi Allah apa yg tersembunyi dlm hati kita.

    Mengambil contoh bagi kes terpencil utk memburukkan sebuah gerakan Islam adalah satu taktik yg mudah difahami.

  16. King

    Bawa alat perakam hang, bawa saksi hang, aku sebut apa yang hang nak aku sebut. Oleh kerana hang yang nak aku sebut, datang ke tempat aku di Tmn Melewar.

    Nak cabar buat apa? Dah banyak kali aku sebut dalam blog ini. Sampai ada yang nak saman aku tetapi selepas itu tak jadi saman pula.

    Kat posting mana aku sebut dlm blog ini? Hang carilah sendiri. Malas aku nak search.

    Satu lagi, kenapa tak tanya Ustaz Ahmad Awang siapa musang berbulu ayam yang cadangkan PAS berkerjasama dengan Umno selepas pilihan raya umum 8/3/08 dulu?

    Adakah hang nak tuduh Ustaz Ahmad Awang pun agen juga?

    Siapa yang didedahkan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi bertemu dalam gelap dengannya? Nak tuduh Abdullah agen apa pulak apabila kebenaran kenyataannya tidak dinafikan?

  17. Aku dah tengok posting hang yg lepas2 tu.

    Yang aku tak etuju apabila kau kata dlm Pas banyak musang berbulu ayam berkeliaran.

    Kau kalau nak ungkit hal itu lebih baik tulis "dlm Pas ada sipulan bin sipulan berjawatan sekian yg merupakan musang berbulu ayam," mcm tu lebih kurang sebagai contoh.

    Jadi bila kau lempar tuduhan tu tepat kena pada individu tersebut.Jgn buat tuduhan secara umum.

    Ada faham tak dgn apa maksud cabaran aku tu.

  18. Saya laa ni dok penin.!! Bukan pasai mengkedarhah ayak setan atau yg sewaktu dgn nya!!
    Bukan penin-mabuk haram, tapi penin dek kerana keliru...kira penin halal lah..!!


    Laa ni diKedah ada lah terdengar cerita, yg bertaraf "khabar angin" !! Tapi diri ini terpanggil jugak utk mengetuk "keyboard" komputer ini. Antara perkhabaran nya ialah ,pasai Parti PAS Kedah. Laa ni , bila di anjurkan ceramah2 dan pelbagai macam program lain nya. Konon nya di ceramah tersebut tidak lagi berlaku acara pengutip2 derma mengeliling pengujung2 dgn tadahan meminta derma.


    Konon nya laa ni PAS Kedah dah ada sumber kewangan yg tetap (Alhamdulillah syukur). Tak payah lagi menagih-meminta derma seumpama demikian lagi. Kononnya ada sponsor2 tetap yg dulu berkiblat kan BN/Umno kini beralih arah kpd PAS/PR pulak dah !!


    Laa ni depa kata BN/Umno pulak yg dok buat kerja tadah menadah minta derma. Semacam mana yg pernah dilaku kan oleh PAS (Kedah..) ketika waktu dulu2. Tapi kalau nak ikutkan PKR-DAP/PR pun masih dok buat kerja minta derma jugak.


    Pendek cerita apa saja sumbangan ke...derma tadah keliling ke !! Soal nya yg derma tu mesti ikhlas !!! Dan yg terima Derma...sumbangan ke mesti jujur telus dan ikhlas juge le!!


    PAS Kedah dan PR yang laa ni dilihat comel lote...dan ramai dok menghurung,dok kerumun .Mesti lah berwaspada kerana takut kena yg haram dan tak berkat..!!Wallahu a'alam !!

  19. ya bakaq....aku semakin merindui tulisan2 mu....aku kira hang betui2 jantan kali ni bakaq...dengan KING pun hang nak berlaga....

  20. memang betul banyak katak2 dan musang2 bulu ayam dlm pakatan nie...
    dari bawah sampai atas.
    cth: seorg sidang dulu umnogok bila pr perintah perak masuk pas tujuan nye nak jadi sidang juga.
    sekarang ape pun tak dapat jadi tok naik aje...
    dlm Keadilan katak2 diberi makan haruan aje dan dlm pas musang2 nie di sembelih aje.

  21. King

    Mai kita jumpak la. Senang sikit. Aku cerita apa yang hak nak tau. Tok sah bimbang, aku pun tak gila nak bergaduh dengan hang.

    Aku hanya nak penuhi hajat hang. Dalam perjumpaan itu nanti, jika hang setuju, aku mohon perlindungan Allah dari bercakap kasar kat hang.

    Utk makluman hang, perkataan musang berbulu ayam baru sehari dua ini aku gunakan. Sebelum ni, macam-macam perkataan aku guna. Aku dah debik benda ni lama dah.

    Sambil itu, sila baca SURAT TERBUKA " MOHON MAAF " DARIPADA KETUA PENERANGAN PAS PUSAT

  22. Aku bukan nak tunjuk pandai dan bukan juga nak tunjuk berapa banyak yg aku tahu berkenaan hal dalaman Pas.

    Seperti kata Tuan Ibrahim kalau tak boleh bantu Pas jgn menyusahkan Pas.

    Semasa kawasan aku cadang buat program dgn Hassan Ali awal tahun 2000 dulu aku yg selalu buat kerja, awal2 lagi isytihar tak mahu terlibat....yg tu aku bagi tahu senyap2 kat pengerusi.

    Dia masuk mesyuarat dia kata dlm mesyuarat yg aku ada masalah peribadi dan tak dpt participate dlm program tu.
    Selesai masalah ....tak dak isu apa timbul.

    Kalau kita tak setuju dgn seseorang tu kita boleh jauhkan diri dari apa2 hubungan dgn mereka tapi jgn kerana segelintir ahli maka keseluruhan organisasi hendak dipalitkan sama.

    Mungkin kita tahu sesuatu tapi kita tak tahu apa "perancangan Allah,"

    Aku nak kalau hang nak hentam sesiapa ka ....hang hentamlah individu tersebut tanpa bagi tuduhan secara umum yg akan menimbulkan keraguan khususnya kpd mereka yg kurang arif dgn mainan perang saraf politik.

    Aku tak bercadang nak memanjangkan isu ni keluar dari ruang blog ni.Prinsip aku kat mana aku mula ...aku akan habiskan disitu juga.Gaduh laki bini takkan nak bawak kekedai kopi kut.......

    Aku pun dah lama tak bergaul dgn kepimpinan Pas peringkat kawasan hingga ke pusat.
    Tapi masih aktif diperingkat cawangan.
    Dan aku dapati disana byk yg boleh disumbangkan.

    Berkenaan musang berbulu ayam tu aku dah maklum lama dah....tapi aku nak buat apa..?
    Aku tak tergamak nak sebutkan nama2 mereka disini........Rasulullah pun tak izin anak kpd abdullah bin ubay utk pancung kepala bapak dia...


    Masing2 ada peranan sendiri.Aku masih ingat dgn peringatan yg aku dpt direct dari TGNA kalau tak silap tahun 96/97 dulu ....masa tu negara tengah teruk kena jerebu

    TGNA bagitau "kita akan diuji oleh Allah ....dan Allah akan pisahkan golongan yg benar2 beriman dgn yg tidak ikhlas dlm perjuangan....akan sampai ketika bilamana hanya tinggal mereka yg benar2 beriman dan ikhlas shj.....(dan seterusnya).."
    lebih kurang begitulah nasihat dan peringatan yg aku dan sahabat lain terima waktu itu.Ada banyak lagi...tapi tak perlulah dituliskan disini.

    Kesimpulannya aku simpan apa yg aku tahu.....hang simpan apa yg hang tahu..

    Sampai masa dan ketikanya.....kita akan tahu apa yg perlu dibuat.

  23. King

    Aku hormati pendirian hang.

    Nak habaq sekali lagi, aku bukan nak ajak hang berjerkah tempik. Takkan tak boleh sambil berbeza pandangan sambil minum teh. Bukan nak ajak "laki bini" bergomol di kedai kopi.

    Bila2, boleh minum teh tarik sekali? Aku kat sangkutu@gmail.com

  24. Kata orang bisnes sekarang - berniaga dengan PKR dan PAS lebih mahal daripada berniaga dengan orang UMNO.

  25. Forumer no 8,

    lekeh sungguh pandangan politik hang. Hang tak `loceh' lagi kottt !!!

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008