Sedap!! Klik gambar di atas!

Harga minyak - email dari kawan baik

(Menarik: Kes Perak - Apabila perlembagaan ditafsir seperti surat wasiat - Mohamed Hanipa Maidin 21/2/10)

Assalammualaikum wbt Dear Pak Bakaq,

1.Saya merujuk kepada pos Penarik Beca berkenaan Mekanisma Baru Harga Minyak.

2.Kita rakyat malaysia ni terlalu baik dalam menerima apa saja yang disajikan oleh Kerajaan UMNO/BN.

3.Macam mana kalau ini kali kita " fight back " melalui "peaceful resistance" ?

4.Bersama ini saya sertakan email yang saya dapat daripada kawan.Saya perlukan pertolongan Pak Bakaq untuk disiarkan dalam Penarik Beca.Besarlah harapan saya agar email yang disertakan ini dapat dilink up pula dengan blog-blog yang lain.Kalau boleh,pembaca-pembaca Penarik Beca yang budiman dapat siarkan pula melalui email,facebook dll.

5.Jom kita mulakan "civic resistance'.

Terimakasih.
Hai Kawan - kawan,

Pada 1st Mei tahun ini, kerajaan bercadang menaikkan kadar petrol seliter kepada RM3:90. Harga petrol sebegini cukup untuk memenatkan kehidupan seharian kita semua. Kerajaan menaikkan harga petrol atas alasan Kerajaan tidak sanggup menanggung subsidi. Tapi saya hairan, ke manakah pergi nye keuntungan Petronas setiap tahun yang sejumlah RM90 Billion dan tidak termasuk cukai pendapatan lain???

Kita semua setuju dengan kenaikan petrol RM3:90 SEKIRANNYA Kerajaan setuju dengan tuntutan kita.

1. Mansuhkan semua bayaran TOL bagi semua lebuhraya.

2. Wujudkan lebih daripada 120 buah pusat perubatan yang bertaraf hospital dan menawarkan perkhimatan perubatan yang percuma (Kami tidak mampu membiayai kos perubatan di swasta) .

3. Wujudkan lebih daripada 200 institusi pengajian tinggi (Kami tidak mampu membiayai kos anak kita untuk belajar di Universiti Swasta) .

4. Diskaun 50% terhadap penggunaan elektrik dan air.

5. Mansuhkan cukai ke atas tanah, pembelian rumah dan sebagainya.

6. Tiada cukai pendapatan bagi individu yang berpendapatan kurang daripada RM7K sebulan.

Kerajaan harus sedar, kita hidup bukan senang!!!! Kita mempunyai perbelanjaan yang tersendiri seperti bayaran pinjaman perumahan, pengajian, kereta, mendidik anak - anak dan kos kehidupan seharian. Kerajaan jangan asyik memikirkan keuntungan semata - mata sehingga menyusahkan kami semua.

Sekiranya, anda setuju dengan tuntutan ini. Sila forward mail ini kepada rakan - rakan anda. Terima kasih.

Semoga kerajaan sudi meringankan beban kita semua yang akan hadapi kelak.
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Cadangan kawan tu memang elok, tapi kita 'k.i.v' dulu..forwardkan kepada kerajaan pakatan yang akan memang pada PRU13 nanti..kerajaan sekarang manalah tahu buat benda benda yang baik macam tu. Kerajaan UMNO sekarang kerajaan zalim.

    Benda benda murni yang macam tu, turunkan harga barang, hapuskan cukai, perubatan percuma, biasiswa pada semua orang, diskaun api air, rumah percuma, naikkan gaji, adil, guna Tuhan yang sama, bebas seks depan belakang hanya terbuat oleh kerajaan pakatan sahaja. Kita tunggulah kerajaan rakyat tu...

  2. mcm tk bp sesuai aje..

    1.mansuhkn tol tu tk bp utk naikkn rega myk tu tk bp praktikal la. Cmne dgn kwsn yg tkde tol??
    2. mslh pusat perubatan percuma tkknla kerajaan nk bg. Spital gov skrg pn depa dh tk blh nk support.
    3.Mewujudkn lbh byk IPT?? Automatik, kualiti pendidikan jatuh merudum, pastu penganggur bersepah. Spttnya beri pendidikan percuma utk IPT yg sedia ade. Tk pn, perbaiki lagi skim pinjaman boleh ubah oleh PTPTN.
    4.Yg letrik tu aku tk th nk komen. Tp air di bwh kerajaan negeri. ssh tu.
    5. psl cukai2 tu maybe aku stj kot.

  3. WOW!!

    RM 3.90 seliter biar benar Pak Bakaq?
    Kalau betul, memang sah um-NGOK gali
    lubar kuboq sendiri tu, Kalau hari nie
    aku naik motosikal pegi/balik keje baru RM 3
    lepas nie sehari pegi/balik keje dah jadi
    RM6.00??

    WOW!!!

    Kalau betul, kenaikan harga barang pasti
    lagi menggila la?? Tapi takkan gaji masih
    takat tang tu je kot?

    Tunggu dan lihat.

    -madir-

  4. sambungan....

    7. Tukar kerajaan BN pada PRU ke-13 nanti.

    habis cerita...

  5. Mana dia dapat harga seliter RM3.90 ni. Harga sedunia baru US80.00 se tong.

  6. cerita ni merepek la pak bakaq...
    jahat-jahat kerajaan bn pun... takde la derang bongok sangat nak naikkan rege minyak sampai 3.90... tu kerja carik mati... ngundi dah dekat dah...

  7. K'jaan S'ngor pun zalim gak.
    Ari tu kata nak tolong bayarkan bill tadika anak aku, tp nak masuk 3 thn ni, anak kau dah darjah 1 dh sekarang... janji tinggal janji. Tu baru janji2 kecik dah tak mampu nak tunaikan.

    Moral of d story... cakap mmg senang.
    Masa lom dpt kuasa janji itu ini... semuanya manis2 belaka.
    Tp bila dh ada kuasa.... cuma air 20 hengget tu ajer la dijadikan 'gula2' utk org S'ngor. Cukai pintu naik jugak, rumput kt kwsn perumahan aku dah dekat setahun tak potong. Nasib baik jiran aku ada mesin, boleh jugak kami gotong royong potong sndri.

    Ni nti klu menang PRU13, nak JANJI boleh turunkan harga petrol ke?
    JANJI boleh hapuskan tol ke?

    Bagi penyokong setia... lantaklah, mungkir janji ker, munafik ker... sokong tetap sokong, JANJI rock!!

  8. sebulan aku bayar cukai pendapatan sebanyak 180.00.. banyak tu! jika 500,000 sahaja rakyat yang bayar spt aku beerti cukai pendapatan yang dpt dikutip ialah 90 juta sebulan... setahun kiralah sendiri.. tapi biasalah KERAjaan BN mana pernah cukup duit. duit shopping rosmah sekali gi dubai dah 600,000.00!

  9. disebabkan harga setong masih <100usd la kita pelik, pasal apa nak naikkan lagi harga minyak..

  10. Harga petrol sepatutnya RM7.70 seliter. Namun gaji yang sesuai untuk jurutera yang mempunyai 2 tahun pengalaman ialah RM13,500 sebulan.

  11. jika benar naik harga minyak RM3.80 seliter, maka benggap lah rakyat malaysia keseluruhannya kerana menerima penuh tanpa usaha murni untuk menjayakan hak rakyat 1Malaysia. kepala otak betul... makan pasir minum air longkang nampaknye bulan May depan dan hari raya kita tengok muka muka jiran aje sebab tak mampu bayar duit minyak balik kampung jenguk orang tua kita. lepas tu, datanglah bala dari ALLAH SWT kerana rakyat muda gagal menjaga orang-tua mereka sehingga daif. duit zakat diguna pulak untuk majlis rumah terbuka orang orang pemerintah. elok lah ye!!!

  12. Kalau naik sampai macam tu, Kerajaan BN gali kuboq semdirilah jawabnya. Tak payah susah-susah PR ceramah sana sini. Jangan dok sebaq kabar angin. Kempen mengarut!

  13. Apa2 pun keputusan blum dibuat lg..tp kt kena sedia laa..Peghh 3.90 mampussssss. kete berbungkus la aku

  14. Semua nak free ke? Gaji nak banyak, cukai tak mau bayar, air & letrik nak diskaun, semua nak murah, payah la macam tu. Pindah duduk Brunei la. Nak minyak murah, korek telaga minyak sendiri la! Apa susah.

    Boleh pi kerja naik beca. Motosikal tinggal rumah. Pak Bakaq boleh kayuh, hehehehehe. Tapi takkan free. Pak Bakaq nak kena makan juga, makanan berkhaisat mahal. KAlau tidak mana nak larat kayuh.

  15. Saya setuju sesangat cadangan tu semua...
    Itulah yg Umno dulu dulu buat..Umno yang berKETUAKAN Tunku Raman,Tun Razak dan Tun Hussin On...
    Lepas tu UMNO dah jadi parti PERNIAGAAN..Hak Melayu banyak hilang harta melayu banyak kena sapu..Di sapu oleh Tok Tok Ketua...
    So UMNO balik lah KEPANGKAL JALAN..Ikut cara Tungku ,Tun Razak dan Tun Hussin .. UMNO akan dapat kemenangan yg cemerlang..inshallah
    Kalau tidak UMNO akan Tergolek DOG..INSHALLAH

  16. Blog bongkarsauh telah berpindah ke alamat baru seperti berikut:

    http://sauhdibongkar.blogspot.com/

    Pohon update link ke blog tersebut. Terima kasih.

  17. -3.90 seliter?..org melayu peduli ape ngan hrga tue..naik la hrga utk nbrg ape2 skalipun..yg penting skang, org melayu kna pkirkan cmner nk hapuskan dap yg menindas melayu..bngsa lain tindas x bole, tp bngsa sndri tindas, ludah, pijak, kt muke sndri, xpe..wala' beb..

  18. zargus ni dah lepas dari kandang mana? Kalau ikut cakap dan gayanya, mangkuk hayun umno tulah. Masih fahaman perkauman yang sempit tu lah jugak. Orang dah naik ke bulan , dia masih bawah tempurung. Bila DAP tindas aku? Yang pasti umno tu yang menindas aku. Tanah yang luas diberikan kepad kaum mana? Orang miskin macam aku ni tanah pun tak ada. Tunggu mati aje baru baru dapat tanah. Ingin sikit ke 3.90 tu. Tu baru seliterlah monyet. Pencacai umno lainlah. Dapat duit subsidi................

  19. Bodoh ek zrgus ni..
    haaaa makin kte ditindas r..
    myak naik org2 cina kaya..
    org2 melayu yg kaya brape kerat jekk..
    last2 myak naik giler2
    alamat makin terlungkuplah melayu woiiii..
    haaaa yg hampa punye parti komponene BN 2 cina gak...
    awat hampa x kata dyorg menindas melayu gak??????
    pasai depa BN kira ok r...
    lagi tr terang2 dyorag da tnjuk saseng dyorg..
    awat sblum ni pulau pinang dapat kat melayu ka????????
    bodoh tahap pa hang ni haaaa???
    palaotak dia..
    melayu umno semua bodoh..
    jerung nk duit jaaaaaa.
    tpiw x boleh pakai semua akai tkdak...
    yg dok kalut nak nek harga myak pasaipa tah...
    awat x dak duit dah nk belanja???
    da x de subsidi pastuh cekik anak beranak korg duit tuh..
    pastuh ckap r yg umno ni perjuangkan bangsa..
    juang dari segi ne tah???

  20. Aku rasa 1 liter RM 10.00 lagi baguih, biaq pakat mampuih...Ahli UMNO tak pa la..depa dikecualikan cuma RM 1.00 1 liter. Selama ni pun depa ok..tak gaduh bayaq apa-apa..

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008