Sedap!! Klik gambar di atas!

Gerombolan yang menjahanamkan negara, bangsa dan agama Islam

Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim meninggalkan PKR kerana "tidak mahu dilihat sebagai sebahagian daripada 'gerombolan yang menjahanamkan negara, bangsa dan agama Islam'". Saya tidak berminat menyangkal pandangannya.

Tinggal lagi, saya nak tahu juga, bilakah Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng nak buat keputusan penting supaya tidak dilihat "sebagai sebahagian daripada 'gerombolan yang menjahanamkan negara, bangsa dan agama Islam'"?

Begitu juga beberapa Ahli Parlimen yang lain yang khabarnya gian nak mengkatak.

Bilakah mereka hendak bersama-sama beberapa kerat pemimpin PAS yang berkendak dalam gelap dengan Umno? Barangkali mereka juga berbuat demikian kerana "tidak mahu dilihat sebagai sebahagian daripada 'gerombolan yang menjahanamkan negara, bangsa dan agama Islam'"? Pemimpin-pemimpin berkenaan tidaklah mengkatak. Tetapi, cakap-cakap mereka sering kedengaran mesra Umno. Maklumlah, akhafu dharurain.

Hebat dan Islamik sungguh Umno. Sejak selepas pilihan raya 8/3/08 dulu, sesiapa yang "tidak mahu dilihat sebagai sebahagian daripada 'gerombolan yang menjahanamkan negara, bangsa dan agama Islam'" mestilah berkawan dengan Umno atau tidak melawan parti itu. Ia tidak lagi dilihat sebagai mudharat yang paling celaka.

Kalau nak memilih mudharat yang lebih ringan, puilihlah Umno - akhafu dharurain.

Saya tidaklah berani berkata sebaliknya walaupun hati saya tidak pula berpendapat begitu. Masalahnya, tak boleh tulis di sini. Takut kena saman. Oleh sebab saya tak berani tulis, terpaksalah saya simpan dalam hati. Terpaksalah saya simpan dalam hati keyakinan teramat yakin saya bahawa Umno berada di tempat teratas teramat atas dalam senarai gerombolan yang menjahanamkan negara, bangsa dan agama Islam, terutama selepas persempadanan semula kawasan pilihan raya 2003 dulu.

Terpaksa simpan dalam hati sahaja. Saya betul-betul tak berani nak tulis begitu.

Berkaitan:
Zahrain - "agama, bangsa, & negara" & the RM2 company (Malaysia Today 13/2/10)
Zahrain quits (Malay Mail 12/2/10)

Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Pak Bakaq tak payah tulis. Rasanya semuanya sudah pun tertulis di kepala hotak manusia yang waras dan mampu berfikir dengan menggunakan mata untuk melihat serta punya telinga yang mampu mendengar.

  2. 1. Seorang ahli PAS telah membuat aduan salahlaku pemimpin besar parti kepada J/Kuasa Disiplin Parti.

    2. Kita juga dikejutkan dengan gesaan oleh peguam parti agar mengkaji semula hukuman yg diputuskan oleh J/Kuasa Disiplin terhadap Dato Hasan Ali dan YB Khalid Samad

    PERCAYALAH, DUA-DUA KES DI ATAS TAK AKAN KE MANA-MANA NYA. DUA-DUA PENGADU TIADA LOCUS STANDI DAN ADUAN MEREKA AKAN DIBAKULSAMPAHKAN.

    KERANA APA?

    KERANA ABDUL RAHMAN TALIB AKA TULANG BESI BUAT ADUAN ATAS NAMANYA SEDANGKAN IKUT PERLEMBAGAAN PARTI ADUAN HENDAKLAH DIBUAT OLEH ORGANISASI (CAWANGAN, KAWASAN, NEGERI, DEWAN ETC). SEBAB ITULAH JUGA ADUAN ABDULLAH KARIM SEBELUM INI DIBAKULSAMPAHKAN OLEH SUU AGONG.

    KERANA MENGIKUT PERLEMBAGAAN PARTI JUGA LAWYER HANIPA MAIDIN TIADA HAK MENGGESA KEPUTUSAN JK TATATERTIB DIKAJI SEMULA. YANG ADA HAK HANYA MEREKA YANG DIKENA TINDAKAN, DALAM KES INI KHALID SAMAD.

    LAIN KALI KAJI DULU PERLEMBAGAAN PARTI SEBELUM BUAT APA-APA TINDAKAN KALAU TIDAK MAHU MEMBUANG MASA. JADI PEGUAM PUN KALAU SETAKAT FAHAM PERLEMBAGAAN NEGARA TAPI TAK FAHAM PERLEMBAGAAN PARTI SENDIRI TAK DE FAEDAHNYA.

    Fasal 75 (2) Perlembagaan PAS menyebut:
    Sebuah JK Tatatertib hendaklah ditubuhkan di peringkat pusat. Adapun Perhubungan Negeri, Kawasan-Kawasan, Cawangan-Cawangan dan Dewan-Dewan bolehlah melaporkan apa-apa tindakan dan perbuatan ahli-ahli yang didapati melanggar tatatertib parti kepada SU Agung atau Pejabat Agung untuk tindakan sewajarnya oleh JK Tatatertib itu.

    Jadi sesiapa yang melaporkan apa-apa tindakan dan perbuatan ahli-ahli yang didapati melanggar tatatertib parti di atas kapasiti peribadinya sebagai ahli atau pemimpin PAS laporannya tidak menepati maksud fasal ini.

    In fact, kalau ikut kenyataan Khalid Samad di bawah
    (Ada yang mengatakan, kesalahan Khalid lebih serius! Serius atau sebaliknya boleh dinilai berdasarkan siapa yang membuat aduan. Dalam kes saya, aduan dibuat oleh Dewan Harian PAS Selangor, pendek kata PJ sendiri)
    maka hukuman ke atas Khalid Samad sebenarnya tidak sah kerana aduan dibuat oleh pihak yang tidak ada locus standi/kelayakan untuk buat laporan (Dewan Harian PAS Selangor bukan Perhubungan Negeri, sepatutnya aduan dibuat oleh Perhubungan Negeri).

    Soal adil tidak adil, Islamik tidak Islamik fasal ini suku kira tapi itulah peraturan.

    Khalid, the ball now is in your hand!

    Tapi kalau baca berita di bawah Khalid pun nampaknya tak faham juga Perlembagaan PAS!

    Khalid Samad: I will not appeal against my suspension | Print | E-mail
    Wong Choon Mei
    SHAH ALAM, Feb 13: PAS MP for Shah Alam Khalid Samad has decided not to appeal against his suspension by the party’s disciplinary board.

    “I will not be appealing. All the information is already in the hands of the central leadership. If they feel that the disciplinary board is wrong, they can review my suspension even if I don’t make any official request,” Khalid said in a text message to Harakahdaily.

    “If they don’t, it must be because they feel the disciplinary board’s decision is okay. So it is no point for me to appeal anyway.”

  3. Ini pengakuan Raja Petra di blognya. Kisah bagaimana duit dari George Soros utk bantu Anwar dan Pakatan dalam Pilihanraya 2004, akhirnya lebur begitu saja.

    Ini duit dari Soros je utk jahanamkan Malaysia. Dari sumber lain tak tau lagi. Baguslah, PAS kawan ngan PKR. Bagus sgt2 lah.

    Petikan:

    “Okay,” my US contact told me. “Then we will help arrange something for them. Ten or twenty million Ringgit is no problem for us. We can handle that.”

    ....

    I found out later from a very senior party leader that the money came from George Soros (see more here: http://www.georgesoros.com/). The four in fact personally met Soros in his office. And I was even told who had arranged for the meeting and the subsequent funding.

    http://malaysia-today.net/index.php?option=com_content&view=article&id=30164:anuar-shaari-and-george-soros&catid=22:the-corridors-of-power&Itemid=100085

  4. duit soros lebur hitam dalam teh tarik tak pe; ini duit rakyat malaysia yang dah papa merana yang lebur dengan besi buruk tak leh menyelam lagi burok.

  5. Apa yang berlaku dalam pakatan rakyat kini menampakkan kejayaan kerajaan BN melaksanakan dasar pecah dan perintah terhadap PR. Syabas dan tahniah kepada BN, perang psikologi kamu telah menampakkan kejayaan.Beberapa isu yang diutarakan BN telah menimbulkan krisis dalaman dalam PR antara pemimpin sehingga menyebabkan rasa syak wasangka antara satu sama lain. Yang banyak menerima kesan daripada isu ini ialah PKR. Sememangnya PKR menjadi fokus utama BN kerana di situlah terdapatnya tokoh yang mampu menggugat kepimpinan BN hari ini. Oleh kerana itulah seorang demi seorang pemimpin PKR menjadi sasaran mereka. Dan apabila mereka berjaya mengurangkan kerusi PKR dalam barisan PR, maka jawatan Ketua Pembangkang mungkin akan beralih kepada pemimpin PR yang lain. Maka sekurang-kurangnya BN dapat mengurangkan "stress" mereka dan secara tidak langsung dapat menjatuhkan kredibiliti dan maruah Datuk Seri Anwar Ibrahim pada kaca mata masyarakat. Harapan saya, Datuk Seri dan para pemimpin dalam PKR dan PR seluruhnya, jangan biarkan anda diperkotak-katikkan strategi halus BN ini, walaupun saya percaya sokongan rakyat terhadap PR semakin bertambah, tetapi menimbulkan keraguan di hati mereka... PADAH yang akan mengunjung masa depan negara. Tolonglah, semua harus mengambil tanggungjawab bersama, jangan egoistik kerana semua ini akan memalapkan Harapan Baru Malaysia.
    - Penyokong PR walaupun ahli salah satu parti dalam BN.

  6. BN bakal g jahanam..
    da sakit terukkkk..

  7. Ye BN bakal jahanam. Tapi yang lagi awal jahanam ialah PAS. Tak percaya? Cuba pegi buat survey berapa ramai dah orang kata PAS dah takut nak perjuangkan Islam sekarang ni.

    PAS hidup sebab agenda Islamnya je. Kalau dah tak ada agenda Islam, bungkus la tak lama lagi tu.

    -malaymind-

  8. PAS hidup sebab agenda Islamnya je. Kalau dah tak ada agenda Islam, bungkus la tak lama lagi tu.

    Malaymind

    i cant agree more

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008