Sedap!! Klik gambar di atas!

Di mana Allah s.w.t. di hati mereka?

Malaysian Insider hari ini menyiarkan berita bertajuk "Rosmah denies role in PM’s decisions" (komen-komen di sini). Utusan Malaysia pula menyiarkan berita bertajuk "Persepsi saya penentu keputusan Najib tidak benar - Rosmah". Macam pernah dengar berita macam tu (membaca penjelasan handalan Datin Seri Rosmah Mansor, teringat pula hujah yang begitu hebat dan terer Mamu dan Mami dalam TV9 semalam).

Ada, ada. Memang ada berita macam tu. Di ambang kejatuhannya, Tun Abdullah Ahmad Badawi sekali lagi bercakap perkara yang sama yang diulang-ulangnya seperti yang dilaporkan Utusan Malaysia 11/3/08 bertajuk "Khairy tidak pengaruhi saya - PM" (lihat juga posting blog ini 24/8/06 bertajuk "Khairy pengaruhi PM atau tidak?").

Bila ada persamaan antara dahulu dan sekarang, teringat pula liputan-liputan bertajuk "MM asked to meet Rosmah" (Singapore Straits Times 13/6/09), "When Lee Kuan Yew meets Rosmah" (MySinchew 15/6/09), "Promoting Rosmah" (The Nut Graph 13/8/09), "Rosmah - the rousing rose" (Malaysian Mirror 27/6/09) dan "Eyebrows raised over Rosmah-Kuan Yew meet" (18/6/09).

Berita fasal Rosmah dalam Utusan itu menyebut perkataan persepsi. Boleh jadi tuduhan bahawa Abdullah dipengaruhi menantunya, Khairy Jamaluddin juga persepsi. Tetapi kerana persepsi itulah Abdullah dihambat dari kerusinya sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno. Akhirnya, orang tua mengantuk itu jatuh terjelepuk.

Adakah pembangkang menaruh harapan episod Abdullah akan berulang lagi? Jangan harap! Orang-orang Umno tahu, jika mereka serang Najib, parti mereka akan mengalami nasib yang sama seperti yang dialami pada pilihan raya umum 8/3/08.

Perhitungan mereka tepat. Melantak makanan ruji mereka (isu perkauman) ternyata lebih menguntungkan. Bila mereka yang buta perut telah digilakan oleh perkauman, Rosmah tidak lagi menjadi isu besar (Ah, entah kenapa saya teringat pula jeritan yang selalu saya dengar - "Hidup 1Puaka!")

Dari segi keselamatan dan ketenteraman awam, memang orang memandang strategi Umno itu salah dan apa-apalah. Tetapi dari segi kepentingan kuasa parti perasuah itu, strategi yang mereka pilih semakin membuahkan hasil. Pilihan mereka semakin kelihatan tepat. Barangkali, berkat ajaran Yahudi-Yahudi 'asabiyyah dalam Apco Worldwide.

Nasib Umno lebih bertuah lagi apabila ada pemikiran-pemikiran terjajah di kalangan pemimpin-pemimpin Islis (Islam tetapi nasionalis) tertentu yang hilang akal untuk memanfaatkan Fasal 153 Perlembagaan Malaysia. Mereka begitu kuat beri'tiqad bahawa Umno mesti dipertahankan untuk kepentingan Melayu Islam dalam negara ini.

Tertanya-tanya pula saya yang bukan ahli politik ini, di mana Allah s.w.t. di hati mereka? (Imej di atas copy and paste tanpa izin dengan memohon maaf dan ucapan terima kasih dari blog Susan Loone)

Menarik:
Ahli PAS bukan macam gerabak keretapi (Misai Merah 20/2/10)
Councillors strike back at Penang Malay chamber president (The Edge 19/2/10)
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Kita takkan tahu apa yang ada dihati orang lain Pak Bakar. Dulu pun aku ingat hati orang PAS semuanya ikut Al-Quran dan Sunnah. Tapi rupanya orang fasiq dan munafik ada di mana-mana melangkaui parti dan bangsa.

    Begitu jugak dengan pengaruh Rosmah ke atas Najib. Aku tak adalah sampai nak kata tak ada langsung pengaruh, tapi nak kata Rosmah lebih menguasai Najib berbanding think-tank Najib sendiri, tu tak betullah. Berbeza dengan Pak Lah, think tank Khairy yang lebih menguasai Pak Lah berbanding think tank Pak Lah. Sebab tu lah terjadi apa yang telah terjadi.

    Sorang pemimpin politik takkan boleh berdiri dengan sendirinya. Dia mesti consult think tank dia. Setakat yang aku nampak, Rosmah tak pernah lebih sudu dari kuah lagi setakat ni.

    Tapi tak apalah Pak Bakar.

    Pak Bakar memang dah dijadikan Allah sebagai pengomen tegar. PAS pun dia komen, UMNO lagilah. Cuma jangan duk asyik komen orang lain, keluarga sendiri pun dah tak terjaga sudahlah.

    Satu lagi, kalau nak komen kenalah buat homework dulu. Kalau tak kenal Rosmah, jangan ulas berdasarkan busuk hati sendiri. Kena ingat Pak Bakar, kebanyakan prasangka itu adalah dosa.

    -Malaymind-

  2. Seperti di era Paklah, persepsi yang dinafi akhirnya makan diri dan menjadi kenyataan. Persepsi Rosmah ke atas Najib sudah ujud sebelum Najib menjadi PM dan persepsi itu semakin menjadi jadi sekarang dan berterusan.

    Suka atau tidak, benar atau tidak persepsi ini sudahpun merosakkan Najib dan lebih malang lagi di pihak 'Rosmah' sendiri tidak nampak unsur unsur meredakan keadaan atau menghilangkan terus persepsi ini sebaliknya makin ming dan galak, umpama badan yang digaru makin asyik sedangkan kulit yang digaru sebanrnya sudah calar dan berdarah.

    Bagi musuh Najib di luar - mereka sudah pun war warkan secara meluas. Bagi musuh Najib di dalam - mereka hanya mampu tersenyum sinis menanti saat dan ketika Najib menderita.

    Persepsi atau kebenaran, Najib sudah tahu - terpulanglah kepada dia untuk keluar melalui pintu hadapan, pintu belakang atau terjun tingkap..

  3. dari komen dia pun kita dah tahu siapa idola dia.... itu pasallah dia terasa bila kita kutuk bini najib tu... dasar penchachai umno najis... lepas tu boh nama malaymind... apa semua melayu macam kau ke tergila2kan umno berserta najisnya...?

  4. malay mind coment kau memang hebat,kalau semua orang berfikiran macam kau aman negeri malaysia ini.hujah hujah kau selalu mematikan hujah hujah pak bakar yang selalu mengunakan persepsi dan buruk sangka. coment rpk pun dia boleh termakan.gasak kaulah bakar dah memang kau dijadikan gitu oleh tuhan.kepada malaymind teruskan membuka minda orang orang melayu dengan coment moment anda. Amas.

  5. Manusia suka buat alasan pertahan diri.Kadang-kadang alasan itu makan diri sendiri. Dalam satu majlis Si Fulan terberak dalam seluarnya. Diam-diam dia keluar salin pakaian. Dia terlupa buang seluarnya yang penuh najis. Orang ramai tertanya-tanya siapa pula buat hal, bau najis dalam majlis. Ramai menuduh Si Fulan. Demi mempertahankan imej dirinya fulan pun berkata "Seluar itu memang aku punya, tapi najis itu bukan aku punya" Orang ramai senyum sinis.

  6. Allah swt is above politik...tak payah dok main2 isu melayu islam

  7. Di mana Allah s.w.t. di hati mereka? - susah nak komen mengenai hal sedemikian. bila orang dah ada power dan duit$, susah jugak nak ingat ALLAH SWT sebab tak de masa untuk dekati ALLAH SWT dalam sembahyang. lebih lebih lagi jika hidup mereka ada tight schedule, dan sembahyang itu sendiri makan masa yang lama dan tak profitable berbanding dengan meeting 5-minit boleh kaut untung atas angin berbilion bilion. bukan senang nak jadi orang miskin bila dah kaya, pak bakaq.

  8. Sdr Mohd Ali Ismail, komen Sdr terpaksa diedit

    Pak Bakaq,Tak ada angin tak kan pokok bergoyang!Cerita yang Pak Bakaq bawa ni bukannya baru di dengar dari satu mulut ka satu mulut tetapi sudah lama tersiar cuma sama ada nak dipercayai atau tidak.Macam macam lagi cerita didengar cerita pasal Rosmah dan yang paling serius dan sensasi adalah penglibatan R****h dengan pembunuhan Altantuya,wanita Mongol tu.Banyak orang kita Melayu tak senang hati dengan perkembangan ini dan keraguan timbul dengan kewibawaan Najib.Jika persepsi ini tidak hapuskan, rakyat Malaysia tetap menolak BN PRU13.

  9. thatguy, komen anda terpaksa diedit:

    malaymind,

    aku bukan nak menyibuk..tapi r****h memang angin satu badan...ada satu majlis..di mana sebelum sampai dia dah gaduh ngan n***b dalam keta..alih yang kena pengajur yg sediakan makan tengahari waktu tu terus jadi sasaran..tau dia kata apa.."sy nak pinggan warna kuning...kalau tak sy takmau duduk.." bayangkan mana nak cari...tepaksa la penganjur lari ke rumah dia amik pinggan kat sana..

    sebab tu kalau sy kata r****h ni memang kuat jelesnya...dan kuat mengongkong sy pecaya..cuba tengok rupa..kat situ pun dah kenai..

  10. hehehhe..minta maap pak bakaq...terima kasih!!

  11. dah tau perangai sekaoq cam setan awat dot tatang lagi...cam kat malaysia nie dah tak dak yang baguih dah ka...tgk muka pun dah nampak puakanya...siapa lagi dapat selamatkan malaysia???harap menteri yang dok ada hampeh...cam tak sekolah aje...yang nampak baguih pun kat alasan2 naik barang,cukai lain2 tu hampeh tak leh pakai...tunggu pru 13 kami nak ajaq hang pa...

  12. Kita balik saja pada basic.

    Pertama, kita takleh benci orang hanya kerana mukanya. Aku sendiri pun tak suka muka Rosmah tapi apakan daya, Allah jualah yang buat mukanya tu. Aku rasa ilmu Islam korang dah cukup tinggi dah, tak payahlah aku yang jahil ni bagitau apa dosanya.

    Kedua, kita kena ada bukti sebelum kita cakap buruk pasal orang. Cerita pasal dia gaduh dengan Najib lepas tu nak pinggan kuning tu bolehlah dijadikan sandaran kalau kita sendiri yang tengok atau yakin dengan sumber dan sanggup bertanggungjawab dunia dan akhirat. Hal ni applicable untuk semua perkara - Saiful kata Anwar liwat pun kena ada bukti, Pak Bakar kata Najib ada kaitan dengan Altantunya pun kena ada bukti. Tak payah cakap berjela-jela berdasarkan persepsi atau kerana 'pokok yang bergoyang'.

    Ketiga, kena ingat kubur kita memang asing-asing dan kita bertanggungjawab atas dosa kita sendiri. Hangpa nak kutuk Rosmah ke, nak kutuk Anwar ke, nak kutuk Saiful ke, Tuan Guru Hj Hadi ke, Tuan Guru Nik Aziz ke, terpulanglah. Tapi, pastikan konsep yang asas ni ada dalam kepala.

    Keempat, aku sokong UMNO bukan bermakna aku setuju dengan najis yang ada dalam UMNO. Ni aku dah berapa kali cakap tapi malangnya mangkuk hayun yang kutuk aku membuta tuli ni tak pernah nak faham.

    Jadi, tolonglah kutuk aku dengan hujah. Setiap isu pasti berlainan dan aku takkan sentiasa boleh menang pun.

    p/s: Aku tak pernah sebantal dengan Najib dan Rosmah, jadi aku pun tak leh nak komen lebih-levih. Lainlah kalau itu pengalaman sendiri kan.

    Hazi, UMNO dah kena ajar dah PRU ke 12 lalu. Yang tak belajarnya cuma beberapa kerat orang UMNO yang masih duk eksyen tak sedar diri saja.

    PRU ke 13 ialah masanya untuk ajar PAS yang jual perjuangan agama kerana politik, PKR yang kutuk orang tapi dia sendiri buat dan DAP yang hina Islam saja.

    -malaymind-

  13. Ada time sikit, aku jawab la:

    Malaymind

    1.Mana boleh benci siapa-siapa pun kerana muka dia. Muka sapa2 pun Allah yang buat. Macam kita perleceh mana2 baju, tak elok la, apa la, tukang buat baju yang terasa.

    2. Suka tak suka, hang pun tau, politics banyak ditentukan oleh persepsi. Orang Putih kata, politics is perception. Persepsi pula tak terbina sendiri. Tak pernah berlaku, duduk tak duduk, tiba-tiba tersembul persepsi.

    3. Aku boleh reka cerita bahawa Malaymind penjilat Najib. Tetapi jika perkara itu tak berlaku, akhirnya aku yang jadi mangsa pembohongan yang aku cipta sendiri. Orang pasti kata aku pembohong. Persepsi payah nak hidup atas pembohongan. Ini bukan zaman Joseph Goebbels - saluran maklumat tak mewah masa tu. Bodohlah kalau siapa2 bercita2 nak jadi another Joseph Goebbels.

    4. Pak Bakar kata Najib ada kaitan dengan Altantunya pun kena ada bukti. Oi kawan, check balik semua posting aku. Aku tak tuduh. Aku tanya. Aku pun takut kena saman dek Najib oi! Aku bukannya ada duit. Masuk jail aku tak berani.

    5. kena ingat kubur kita memang asing-asing dan kita bertanggungjawab atas dosa kita sendiri. Hello Ustaz, kat mana nak letak ajaran Islam fasal amar ma'ruf nahi munkar? (Ini tak bermakna sama sekali aku mendakwa aku ni dok buat amar ma'ruf nahi munkar).

    6. aku sokong UMNO bukan bermakna aku setuju dengan najis yang ada dalam UMNO. Ni aku dah berapa kali cakap tapi malangnya mangkuk hayun yang kutuk aku membuta tuli ni tak pernah nak faham. Aku tau. Dan, aku tak pernah lupa tu. Masalahnya, kadang2 sikap dan hujah hang yang mengaji tinggi tidaklah lebih baik dari aku yang tak mengaji.

    Lagi satu, Arab kata "Lisanul-hal afsah min lisanil-maqal". Maksud dia lebih kurang, apa yang kita buat lebih fasih berbicara dari apa yang kita cakap. The phrase needs no elaboration

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008