Sedap!! Klik gambar di atas!

Di ambang ulang tayang permukahan politik

Saya mengucapkan terima kasih tak terhingga kepada Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo kerana pandangannya dalam posting bertajuk "Bincang dengan Umno: Nik Aziz elok rujuk J/kuasa Pas Pusat terlebih dahulu".

Walaupun beliau merujuk kepada berita bohong Bernama 4/2/10 bertajuk "Selepas tolak kerajaan perpaduan, Nik Aziz mahu PAS-Umno duduk semeja bincang isu agama" (baca cerita sebenar dalam posting Zainulfaqar Yaacob 5/2/10 "Nik Aziz ajak berdialog, supaya Umno kembali pada Islam!". Lihat juga berita Harakah Daily 6/2/10 "PAS sedia dialog dengan Umno isu Islam, rakyat"), tetapi sedap sungguh bila Jalal kata:
Justeru saya menyarankan agar keputusan untuk mengadakan perbincangan, musyawarah atau muzakarah dengan Umno mengenai isu Islam ini diputuskan oleh Jawatankuasa Pas Pusat terlebih dahulu.
Betul kata Jalal tu. Sebelum revolusi dalam PAS pada Muktamar PAS 1982 dulu, antara sebab penentangan terhadap Yang Dipertua Agung PAS pada masa itu, Allahyarham Tan Sri Asri Muda dan gangnya ialah rasa tidak senang terhadap tindakan Asri yang dikatakan kerap bertindak sendiri tanpa pengetahuan Jawatankuasa Agung PAS ketika itu.

Selain itu, Asri dan gangnya juga dituduh nasionalis. Tentu ramai yang masih ingat tema-tema ucapan dasar Muktamar PAS selepas Asri digulingkan. Antaranya "Menggempur pemikiran 'asabiyyah" pada tahun 1984 ("Ke arah pembebasan ummah" pada tahun 1983 dan "Bertindak menentang kezaliman" pada tahun 1985).

Apa yang berlaku kini tidak ada bezanya sebelum revolusi 1982 itu. Bezanya, Asri dan gangnya tidak beruntung kerana pada masa itu majoriti ahli PAS tidak laluk dengan candu masyarakat yang dihiaskan dengan nama thiqah dan wala'.

Mungkin ramai yang tidak tahu, sejak beberapa bulan sebelum pilihan raya umum 8/3/08 lalu, siri-siri berkendak politik dalam gelap telah diadakan dengan Umno tanpa pengetahuan Jawatankuasa PAS Pusat. Seorang ahli Majlis Syura Ulama PAS memberitahu saya, Majlis Syura hanya diberitahu setelah pertemuan-pertemuan itu diadakan. Bila didedahkan permukahan atau perselingkuhan politik itu, ada orang nak saman saya. Nasib baik Tun Abdullah Ahmad Badawi mengaku.

Umno nak sangat berkawan dengan PAS apabila kuasanya dilemahkan oleh tsunami 8/3/08 itu. Selepas pilihan raya 2004, mungkin ramai yang dah lupa betapa bagak dan berlagaknya Umno terhadap PAS.

Umno zalim bila dia merasa dirinya kuat. Tanpa kekuatan politik, ia terpaksa beralah kepada kuasa rakyat. Kezalimannya kudung.

Sebab itulah sejak beberapa bulan sebelum pilihan raya 8/3/08 itu, ia sanggup berselingkuh politik dengan beberapa pemimpin PAS. Ia tahu tapak kuasanya akan goyah. Ia memerlukan sokongan PAS.

Malangnya, beberapa pemimpin PAS dengan penuh ghairah menjadi pecacai Umno dalam skima 'asabiyyah bersama itu. Skima 'asabiyyah itu diberi pelbagai nama dan warna. Intipatinya tetap sama, membantu Umno meneruskan kezalimannya - melakukan dosa 'asabiyyah.

Wathilah bin al-Asqa pernah bertanyakan makna 'asabiyyah kepada Nabi Muhammad s.'a.w.w, lalu Nabi yang suci menjawab: "('Asabiyyah ialah) kamu menolong kaummu atas kezaliman" (Riwayat Abu Daud)

Adakah pecacai Umno itu sahaja yang bersalah? Saya teringat posting saya bertajuk "Mengapa Tok Guru Nik Abdul Aziz marah?" Antara lain saya tulis:
Dengan kemampuan Barisan Alternatif (kini dikenali Pakatan Rakyat) memenangi begitu banyak kerusi dalam pilihan raya 8/3/08 itu, saya fikir tak ada siapa lagi di dalam PAS yang teringin nak berselingkuh politik dengan Umno. Rupa-rupanya tidak.

Dalam mesyuarat pada petang 9/3/08 di pejabat Perhubungan PAS Kelantan, dengan begitu beraninya Haji Mustapha Ali bagai mengarahkan Nasharudin bertemu dengan Umno, Haji Husam Musa bertemu dengan PKR dan Haji Mohamad Sabu bertemu dengan DAP untuk mengadakan perundingan (Saya hairan mengapa tidak ada siapa pun yang mempersoalkan arahan itu. Saya juga tertanya-tanya adakah orang-orang seperti Husam dan Mat Sabu lembab sangat otak mereka nak membaca kilas politik Cik Gu Pa ketika itu?)
Memang, menghapuskan satu kemungkaran atau fitnah jangan sampai timbul kemungkaran atau fitnah yang baru, tetapi kalau kemungkaran yang sama diulang berkali-kali, apa pilihan yang ada?

Berkaitan:
Tidak ada muzakarah tertutup dengan Umno!! (Al-Bakistani 8/2/10)
Wala' kepada yang ma'sum dan tidak ma'sum (Al-Bakistani 8/2/10)
Siqah (Al-Bakistani 9/2/10)
Khir Toyo ragui keterbukaan Nik Aziz, Hadi (Malaysiakini 8/2/10)

Menarik:
Hatib bin Abi Balta'ah, sahabat yang mendedahkan rahsia jamaah (Ustaz Ahmad Awang 8/2/10)
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. bravo....

  2. Dalam politik semuanya serba mungkin. Jangan heran apa yg berlaku walaupun ada yang dirasakan tak mungkin. Yang takut sangat pas berbincang dgn umno pasai apa, pkr dah tak boleh cari makan ke? Hidup pas dan umno

  3. Umno zalim bagi golongan tertindas seperti ahli2 pas. Tanpa kekuatan politik rakyat, ia terpaksa beralah kepada kuasa rakyat. Kezalimannya kudung sementara dan akan melakukan kezaliman bila mendapat kuasa kembali atas kedaifan politik pemimpin pas sendiri. TETAPI ANTARA UMNO DAN MUAWIYAH, pemimpin Pas mencintai siapa?

    Terdapat hadis yang mungkin akan mengejutkan sebagian orang terutama akan mengejutkan para ustaz pecinta Muawiyah ya itu hadis yang menyatakan Muawiyah mati tidak dalam agama Islam. Kami akan mencuba memaparkan hadis ini dan sebelumnya kami ingatkan kami tidak peduli apapun perkataan [baca: cacian] orang yang telah membaca tulisan ini. Apa yang kami tulis adalah hadis yang tertulis dalam kitab. Jadi kami tidak mengada-ada

    Hadis tersebut diriwayatkan oleh Abdullah bin Amru bin Ash dari Rasulullah SAW sebagaimana yang tertulis dalam kitab Ansab Al-Asyraf Al-Baladzuri 2/120-121.

    عن عبد الله بن عمرو قال كنت جالساً عند النبي صلى الله عليه وسلم فقال يطلع عليكم من هذا الفج رجل يموت يوم يموت على غير ملتي، قال وكنت تركت أبي يلبس ثيابه فخشيت أن يطلع، فطلع معاوية

    Dari Abdullah bin Amru yang berkata aku duduk bersama Nabi SAW kemudian Beliau bersabda ”Akan datang dari jalan besar ini seorang laki-laki yang mati pada hari kematiannya tidak berada dalam agamaKu”. Aku berkata “Ketika itu, aku telah meninggalkan ayahku yang sedang mengenakan pakaian, aku khawatir kalau ia akan datang dari jalan tersebut, kemudian datanglah Muawiyah dari jalan tersebut”.

    Bagi pencinta & pembela Muawiyyah, saya ingin mengucapkan, “Ingatlah, di akhirat nanti semua manusia akan berkumpul dgn siapa yang dicintainya. Mereka akan meminta pertolongan kepada siapa pemimpin yang dicintainya”.

    Mat Karkoon, Sg Dua

  4. TULE , KUTUK ASRI N GANG LEBIH-LEBIH SANGAT DULU ,
    MELAMPAU DAN BIADAP JUGA KADANG-KADANG
    WALAUPUN ASRI TETAP ADA SALAH MCM ORANG LAIN JUGAK
    NAH , SEKARANG ROH ASRI SUMPAH KORANG PULAK
    YANG BENGANG TU , BERIA-RIA KITA DIAJAR BASUH UNTUK MELIHAT
    KHIANATAN DAN JAHATNYA UMNO TU , TIBA-TIBA KITA DIMINTA
    " PERPADUANG " ......
    Perpaduan nak bagi orang tu makan orang ni telan ka ..........
    duhai pak bakaq - hang dan aku ni terus terusan dikelepek kelentong je le
    nampaknya , mcm kes nizar hari ni , mula-mula yang kita dengor ,
    nizar dapat 3 undi hakim , zambry 1 , berkecuali 1 .
    tapi akhirnya zambry tibai 5-0 , hahahaha ........
    selamanya kita diklepek dan diklentong dan ....
    kadang-kadang menjadi bangang masuk cerita MUAWIYAH plak apa hal ?

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008