Sedap!! Klik gambar di atas!

Bincang apa pandangan Islam mengenai skandal

Dalam berita hari ini yang bertajuk "Selepas tolak kerajaan perpaduan, Nik Aziz mahu PAS-Umno duduk semeja bincang isu agama," Bernama melaporkan:
Selepas menolak perbincangan kerajaan perpaduan antara PAS dan Umno, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mahu Umno dan PAS duduk semeja untuk membincangkan isu-isu berkaitan agama Islam daripada berterusan menghabiskan masa bertelagah mengenai politik.
Saya sokong!

Dalam perbincangan itu, bolehlah dibincangkan apa pandangan Islam mengenai isu-isu seperti benda-benda tersembunyi dalam siasatan dan perbicaraan pembunuhan Altantuya Shaariibuu, kerugian skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) bernilai RM4 .6 bilion, kerugian MAS RM8 bilion dan lain-lain tidak terkecuali kerugian dalam pembinaan Bazar Tok Guru di Kota Bharu bernilai RM50 juta.

Harap dibincangkan juga apa pandangan Islam mengenai para pemimpin yang berkuasa di peringkat pusat atau negeri yang menerima sagu hati atau infa' dari tauke-tauke, tidak kiralah sebelum atau selepas sesuatu projek atau konsesi diberikan.

Harap dibincangkan juga apa pandangan Islam mengenai apa yang didakwa dan dituduh sebagai kebangangan kerajaan Kedah di bawah pimpinan Ustaz Azizan Abdul Razak yang mengalami kerugian kira-kira RM4 juta ringgit setelah ditipu hidup-hidup untuk melabur di Papua New Guinea. Lebih buruk kelaku lagi, orang yang terlibat jadi tukang kira kepada penipuan itu menjadi penasihat ekonomi pula.

Itu belum lagi apa yang dihebohkan mengenai cerita beli ladang lembu kononnya untuk supply daging kepada Nahdatul Ulama di Indonesia. Orang hebohkan, "siap buat ofis kat Jakarta. La ni senyap".

Bincang perkara-perkara seperti itu lebih bermanfaat kepada kepentingan rakyat dari berbincang mengenai puak jahat yang nak gunakan kalimah Allah. Buka Quran dan Hadith, isu seperti itu boleh selesai dalam perbincangan tak sampai dua tiga jam.

Soal satu lagi puak jahat yang nak politikkan isu itu sampai ke peringkat menggelejat menunjuk perasaan, serang masjid, surau, gereja, kuil dan sebagainya, itu isu politik. Dah nak jadi ahli politik, kena la pandai berpolitik lawan kerja jahat puak-puak jahat tu.

Berkaitan:
Bernama bohong, Tok Guru kata lain (Abdul Rahman Abdul Talib 6/2/10)
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. tang ni baru betui kat hang bakaq!!!!!

    tok pengulu

  2. kena tipu projek 4 juta

    yg buat tu org pas ke umno

    sori le aku tertinggal keretapi

  3. hehe Pak Bakar jangan panas bontot lagi.. Kita duduk semeja dulu yang pentingnya keh keh keh

    Mula-mula bincang pasal Islam dululah kan.. Dah sehati sejiwa dalam hal Islam, lepas tu kita bincanglah pulak pasal lain.. kan kan kan?

    TGNA tu dah berlembut dah sikit tu sejak dia tahu sokongan terhadap PAS makin berkurangan ni. Dulu orang kata, selagi parti sendiri tak lemah, selagi tu takkan nak duduk bincang dengan lawan.

    UMNO pun macam tu jugak. Dah kalah PRU, baru nampak insaf sikit. Walau aku sokong UMNO dan Najib, aku memang sokong je rakyat pancung je orang BN yang bongkak dan bahlul dan rasuah ni. Teruskan ajar UMNO tapi jangan la sampai member sendiri tak terajar atau bagi member korang (DAP) pijak kepala.

    Tapi, kalau ikut agenda yang Pak Bakar bagi kat atas tu, makanya tak jadilah nak bincang. Orang bincang, nak cari PERSAMAAN. Tapi, kalau nak bincang sebab nak KUTUK lawan, tak payah bincanglah. Biar saja Harakah, suara keadilan dan surat khabar Cina vs utusan Malaysia.

    Tapi, aku tau TGNA takkan nak bincang nak kutuk UMNO. Dia dah tau dah yang menang jadi arang, yang kalah jadi abu. Dia pun bakal nak diabukan dah di Kelantan tu.

    Bincang tentang apa yang mahu kita sepakat mengenai Islam je lah dulu? Hal skandal-skandal tuh biar mahkamah dan politik yang selesaikan.

    Islam ni berasaskan fakta je. Kalau tak ada bukti liwat, maka tak dijatuhkanlah hukuman liwat. Begitu jugak kalau tak ada bukti Najib suruh Altantunya dibunuh. Persepsi kenalah adil kan? Takkan Anwar patut dikata salah terus walhal bukti tak ada kan? Abih tu, Anwar pun dikira innocence until proven guilty, takkanlah Najib guilty until proven innocence? Hukum apa Pak Bakar pakai ni?

    Apa-apa pun, jangan panas bontot lagi.. TGNA dulu doa pecah perut najib, sekarang dah dapat hidayah Allah pergi berbaik dengan Najib dah. Tu lah berkat doa Tok Guru dan rakyat yang mengaminkan.

    Doa-doakan lagi.. aku suka aje sebab setakat ni doa tu lebih banyak memihak kepada UMNO je. Amacam?

    -malaymind-

  4. Betulkah cerita Kedah rugi 4juta tu Pak Bakaq?

    Sebagai rakyat Kedah, saya tuntut kerajaan negeri perjelaskan isu ini!

  5. Malaymind kata, Islam ni berasaskan fakta je. Betul.

    Tapi, otak yg ada kena fikir jugak:

    Kenapa Anwar dituduh liwat? TGNA, Lim Kit Siang dan org lain juga menjadi ancaman kpd BN. Mengapa mereka tidak dituduh liwat atau sekurang2nya kacau betina ka?

    Muhyiddin dan para pemimpin BN lain juga ancaman kpd pembangkang. Mengapa mereka tak dikaitkan dgn mana2 pembunuhan? Mengapa pula Najib yg dikaitkan dgn pembunuhan Altantuya?

    Aku tertanya2. Aku tak tuduh.

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008