Dalam posting Sheih bertajuk "Menteri Besar derhaka kepada Tuanku?", ada dua gambar yang benar-benar tidak ingin saya lihat - gambar kedua dan gambar keempat. Saya merayu sungguh-sungguh kepada Allah Yang Maha Agung lagi Maha Berkuasa, tolonglah, tolonglah sangat-sangat lindungi saya dari melakukan perbuatan seperti itu.
Mengenai pemikiran Sheih dalam posting itu, saya dan kawan saya itu bercerai pandangan. Bercerai habis-habisan. Insya Allah, sehingga saya mati.
Dengan siapa-siapa pun yang tidak ma'sum, yang kita sokong ialah pemikiran. Contohnya pemikiran dalam menentang rasuah (walaupun dilunakkan dengan perkataan seperti sedekah, derma, infa' atau taja), kronisme dan nepotisme. Itu saya sokong.
Yang kita lawan pun pemikiran. Bila ada pemikiran yang karut dan khurafat, saya memohon bantuan Allah untuk menolak pemikiran yang amat jijik itu habis-habisan. Saya merayu perlindungan Allah dari apa jua pemikiran, perlembagaan dan undang-undang tubuh yang karut dan khurafat.
Saya manusia yang sangat lemah. Cakap besar tak boleh. Yang mampu saya lakukan hanyalah merayu sungguh-sungguh perlindungan Allah dari melakukan atau dipaksa melakukan apa jua perbuatan karut dan khurafat. Tolonglah, ya Allah!
Menarik hari ini:
Umno lubuk duit , jutawan segera (Misai Merah 25/2/10)
Ostrolia jangan campur urusan SPR...ok? (Firdaus Omar 25/2/10)
TGNA bertemu dengan tokoh Hindu Sanggam (Ustaz Hamzah Jaafar 25/2/10)

Cantik? Klik 

tak boleh sembah sultan ke pak bakaq?
maaf saya orang seberang. jika tak boleh, apabila bertemu dgn sultan-sultan nak tunjuk hormat bagaimana?
remgold.
Salam Pak Bakaq, Kalau kickdafella punya blog aku tak heran lah. Orang kena buang kerja memang jarang muhasabah diri. Kreat yang bukan-bukan untuk orang benci Tok Guru. TGNA yang dah hampir tiga selinder pun nak kerap jumpa tuanku, susahlah. Bagaimana pula nak kata dengan Najib hingga la ni tak tengok DYMM Yang Dipertuan Agong di Jerman? Dia lagilah pulak sihat wal'afiat. Adakah durhaka juga namanya?
Pak bakaq tak payahlah hang doa banyak-banyak macam kena sawan, orang tau mana satu berita atau laporan yang munasabah untuk dimengertikan. Doalah banyak-banyak agar kes-kes rasuah,penyelewengan,putar belit penghakiman dimahkamah itu berjalan dengan adil dan telus ...itu lagi bagus. Yang ni aku setuju 100%.
Sekali lagi diingatkan kpd diri ini dan kpd yg sudi agar mengambil berat akan sabda junjungan Rasulullah saw apabila menerima sesuatu perkhabaran atau berita.
Org yg cerdik ialah mereka yg belajar dari kesilapan org lain.
Org yg bodoh adalah mereka yg belajar dari kesilapan diri sendiri.
Org yg tidak mahu dan tidak dapat belajar dari kesilapan dan kesalahan org lain bahkan berulang kali tidak belajar dari kesilapan diri sendiri adalah terdiri dari mereka yg .......
Salam,
kawe pon terkejut bilo terbuka blog sheih tadi !!!!
pusing 360!
serang pribadi membabi buta !
husam ok, TGNA tidak!!!
sedangkan husam bergerak dgn arahan dan persetujuan TGNA!
sheih tanggung dunia akhirat apa motif dio
Saya setuju dengan Bang Bakaq dalam kenyataan ini:
"ada dua gambar yang benar-benar tidak ingin saya lihat - gambar kedua dan gambar keempat. Saya merayu sungguh-sungguh kepada Allah Yang Maha Agung lagi Maha Berkuasa, tolonglah, tolonglah sangat-sangat lindungi saya dari melakukan perbuatan seperti itu."
Saya mintak Bang Bakaq doakan saya sekali. Saya ini hamba yang banyak dosa bergunung ganang pada Allah namun tak sanggup saya sembah orang lain selain dia. Dah la pahala sikit, dosa banyak, nanti pahala yang sikit tue pun Allah tak pandang psal buat benda yang tak patut. Habis lah saya!
Tak mau saya. Ya Allah, jauhkan lah aku dari apa yang aku tengok ni!
Reme (no 1)
Mesti hang selalu tengok TV. Pernah tengok bagaimana Dr Mahathir menghormati raja? Benda yang baik, apa salah ikut.
apasal mamat ni sengal dan bebal tak tentu pasal?!
mamat ni org umno kah? kuat pertahankan ketuanan 'Melayu'..
nak kritik dan tegur pun biar berpada2 dan kena masanya.
Rukun Iman mana la mamat ni ikut..?!
'Ya Allah, lindungilah kami..'
Pak Bakaq....antn:No.6 !!
Tun Dr.Mahathir ada buat benda BAIK juga lah rupa nya...selama ni !!!
ALLAH SWT Yang Esa lagi mengetahui atas segala nya..!!
Maha Suci Maha Agung ALLAH SWT.
ALLAH Hu-akhbar !!
Anon 9
Apasal yg ko terlompat2 sngt? Ko Mahathir ke? Sah2 ko ni jenis bangang tak boleh diajar!! Apa nakheran, memang begitu perangai Umno.
sembah sembah melainkan ALLAH SWT nih akan di jawab bila mati nanti, dan tak akan terjawab pun bila roh badan di balun oleh ular ular api di dalam kubur nun. rakyat kelantan orangnye makan semalam kasi pagi, buat membazir dan menyeksa rakyat aje bila harta dan bahagian mereka di gunakan untuk perkara bertentangan. sembahyang 5 waktu sehari pun tak tentu ada, nak sembah sembah melainkan ALLAH SWT. ALLAH SWT nak tarik nyawa seseorang itu amat mudah caranye, dan bila dah kena heart attack dah tak guna nak sembah ALLAH SWT kat kain sejadah. renungilah kita wahai umat umat yang jahil kecil dan hina.
Semoga Allah menjaga kebajikan TGNA. Semoga Allah menjauhkan beliau dari segala fitnah yang datang dari mereka mereka yang hatinya dipenuhi perasaan hasad dan dengki. Amin.
Semoga Allah menjaga kebajikan TGNA. Semoga Allah menjauhkan beliau dari segala fitnah yang datang dari mereka mereka yang hatinya dipenuhi perasaan hasad dan dengki. Amin.
Alhamdullillah.
Dia orang pun tak mungkin jumpa sama lu, so tak payah doa lah, ini kan mentelah doa, sampai mampus hang tak jumpa depa.
Muahhhhhhhhhhh, ohhh, Muaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaah,
maka dipanggillah segala ulama2 melayu utk menghalalkan perbuatan merafak sembah yg dilakukan oleh husam musa & nik aziz. kononnya asalkan tiada niat tak apa hatta sujud mcm yg dilakukan oleh org siam kpd raja mrk. begitulah melayu menganggap raja mrk sbg Tuhan kedua.
hujah yg biasa aku dgr "hal yg dah lazim dilakukan oleh org melayu tdk lg dianggap khurafat asalkan niatnya betul..." dlm kubur nanti cuba try jwb lagu tu..
amboiii lunaknye hang teguq TGNA. kalu TGHH wat cam tu alamak 365 hari hang umpat. hang ni "the real" cakap ikut pungung la.