Sedap!! Klik gambar di atas!

Bagus juga bila Umno kemaruk kuasa

Hasil persempadanan semula kawasan pilihan raya 2003 yang dibuat oleh Umno (lihat posting "Bangsa ISA bunuh kerusi Melayu Islam" dan tentu depa kata depa tak buat, Suruhanjaya Pilihan Raya -SPR- yang buat!), pembangkang memenangi lebih banyak kerusi dalam Pilihan Raya Umum 8/3/08.

Akibatnya, dengan penuh histeria Umno menggelejat nak menunjuk-nunjuk kepada orang-orang Melayu bahawa depalah yang lebih Melayu, lebih Islamik.

Bila tiba Maulidur-Rasul, depa menggelejat nak tunjuk depa sayang sangat kat Nabi Muhammad s.'a.w.w. yang kita kasihi. Punya la sayang, sampai gila nak berarak. Sedangkan, Bekas Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Mahadzir Mohd Khir yang mungkin tak berbohong berkata:
"Di Kedah saya tidak tahu jika diadakan perarakan. Tapi kita lebih banyak buat kenduri di masjid-masjid".
Tahun ni, depa berarak sakan. Utusan Malaysia pun sakan bagi publisiti. Baguslah!

Berkaitan:
Sambutan Maulidur Rasul meriah (Utusan Malaysia 27/2/10)

Menarik:
P. Pinang dakwa Pusat sabotaj?
PULAU PINANG 26 Feb. - Setelah dikritik hebat pelbagai pihak ekoran pembatalan perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul, kerajaan negeri hari ini mendakwa Kerajaan Pusat pula cuba mensabotaj majlis berkenaan yang diadakan di Dewan Sri Pinang di sini hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Agama Islam negeri, Abdul Malik Kassim mendakwa, Kerajaan Pusat cuba mensabotaj majlis itu apabila enggan meminjamkan kenderaan siar raya milik Jabatan Penerangan untuk digunakan ketika perarakan.

"Mereka menolak permohonan kerajaan negeri untuk meminjam kenderaan siar raya bagi memperdengarkan selawat ketika perarakan hari ini dengan alasan ada tugas lain iaitu memberi penjelasan mengenai dasar Kerajaan Pusat.

"Kami melihat tindakan itu sebagai satu daripada usaha Kerajaan Pusat untuk mensabotaj kerajaan negeri kerana tindakan itu dibuat pada saat-saat akhir," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri di Dewan Sri Pinang di sini hari ini.

Dalam perarakan itu, Abdul Malik mendakwa kerajaan negeri terpaksa menyewa dan meminjam empat kenderaan daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) serta Kastam Diraja Malaysia untuk memperdengarkan selawat bagi mengiringi perarakan.

Abdul Malik berkata, surat penolakan permohonan pihaknya meminjam kenderaan siar raya daripada Jabatan Penerangan Pulau Pinang itu diterima pihaknya pada Rabu lalu melalui faks.

Menurutnya, surat itu ditandatangani Pengarah Jabatan Penerangan negeri, Mohamad Fatkhul Hatta Robiki bertarikh 24 Februari dialamatkan kepada Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Hal Ehwal Islam Pulau Pinang (JHEAIPP).

"Surat itu memaklumkan bahawa Jabatan Penerangan negeritidak dapat meminjamkan kenderaan siar raya untuk digunakan ketika perarakan Maulidur Rasul peringkat negeri kerana mempunyai tugas lain yang didakwa telah dibuat permohonan lebih awal.

"Tugas berkenaan adalah untuk menyampaikan dasar-dasar Kerajaan Persekutuan yang dibuat pada satu majlis di tempat lain," katanya. (Utusan Malaysia 27/2/10)
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Pak Bakaq,

    Di masjid-masjid di Selangor, skrip khutbah jumaat JAIS dengan sewenang-wenangnya mengatakan amalan 'menyambut maulidur rasul' adalah sunnah.

    Khutbah jumaat semalam sebenarnya JAIS hendak mengutuk puak wahabi bila berkata wahabi akan mengkafirkan sesiapa yg 'membaca talkin, tahlil, membaca yassin beramai-ramai, menyambut maulidurrasul' (antara yg disebut) yg 'merupakan sunnah'.

    JAIS sekarang ni sudah semakin jauh langkah diorang dalam membodek tuan-tuan mereka.

    Bayangkan jika khutbah ini dibaca di setiap masjid, dan didengar dan dipercayai oleh sejuta orang.

    Rasulullah saw menyambut maulidurrasul?

  2. Anon 1

    Bab hukum hakam saya tak reti dan tak boleh kata apa2.

  3. Anon 9:06:00 AM;

    Nak minta sokongan Bakaq kepada wahabi/salafi ka?

    Ko tak tahu ka Bakaq ni syiah, anti salafi nombor satu la wei...

  4. Aku pun anti Wahabi/salafi oi...

    Don 4672

  5. Ni ada lirik lagu untuk umno dan juak-jauknya:

    Kali pertama aku
    mengenalimu...

    Mahu bersama
    mahu bersama...

    Raut wajahmu bersih...
    Menyakinkan hati ini
    aku terpaut...oohhhh.....

    Semua dusta palsu
    Aku tertipu...

    Kerperibadianmu
    berubah mengikut nafsu...

    Panggilanmu gelaranmu
    baru ku tahu...

    Lakon layarmu hebat
    terpukau ku melihat
    Isihati upahan
    sampai bila
    kau mahu tersesat
    Tidak kau penat
    hidup penuh muslihat...
    Mahkotamu Raja drama...

    Kau masih berpura-pura
    Kata-katamu hanya propaganda..

    Mengejar hijau ungu
    Mata kelabu...

    Ini bukan kau yang
    Pernahku kenal dulu...

    Panggilanmu gelaranmu
    baru kutahu...

    Lakon layarmu hebat
    terpukau ku melihat...
    Isihati upahan
    sampai bila
    kau mahu tersesat
    Tidak kau penat
    hidup penuh muslihat...

    MAHKOTAMU RAJA DRAMA...

    Panggilanmu gelaranmu
    baru kutahu...

    KAU BERTAPA
    BAGAI MAHARAJA DIATAS LEMBAH
    LAKON LAYARMU YANG TERHEBAT
    MEMUKAU MATA MELIHAT
    TIDAK KAU PENAT
    HIDUP PENUH DENGAN
    TIPU MUSLIHAT...

    SAMPAI BILA RAJA DRAMA
    SAMPAI BILA RAJA DRAMA...

    TIDAK KAU PENAT
    HIDUP PENUH DENGAN
    TIPU MUSLIHAT...

    SAMPAI BILA RAJA DRAMA
    SAMPAI BILA RAJA DRAMA...

    TIDAK KAU PENAT
    HIDUP PENUH DENGAN
    TIPU MUSLIHAT...

    Hayati lirik ini dan renung diri dalam-dalam.

  6. Sambutan Maulidur Rasul dah berlalu
    cerita-cerita panas berkenaan perarakan masih dibincangkan,
    Kerajaan Negeri yang diperintah PR kena kutuk habis
    sebab tak adakan perarakan, sedangkan negeri-negeri dibawah BN tak
    adakan perarakan semua senyap...
    Bagi saya adakan perarakan lagi baik boleh tunjukan semangat
    keislaman kepada penganut ugama lain. Tengok tu penganut hindu sampai
    tutup jalan kat batu caves tak ada pun orang komplain,
    tapi kita umat Islam bila saja tiba sambutan Maulidur Rasul bergaduh pasal
    perarakan.... Insaflah, jaganlah perbesarkan isu remah temeh.. Amin!

  7. Tunjuk Mai kat saya Nas al Quran atau hadis yang mengatakan maulid Rasul boleh di adakan secara perarakan.atau boleh di buat secara sambutan atau meraikan hari keputeraan Nabi Muhammad saya rasa berarak ramai ramai belum tentu dapat pahala silap haribulan boleh dosa.Nabi suruh kita buat ka?..atau nabi pernah pesan pada umatnya ka supaya meraikan tarikh kelahirannya..kah? .Bukan kah lebih baik pada hari itu kita beselawat banyak banyak atau sembahyang sunat dan berdoa dah tentu dapat pahala.Yang saya tahu Yahudi telah mula menceroboh masuk ke Masjid Di baitul Muqadis tepat pada tarik kelahiran Nabi tempoh hari sedangkan kita dok bincang bab Maulud Nabi..apa punya mongkok

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008