Bagi saya, kenyataan Setaiusaha Agung PAS, Haji Mustapha Ali tak ada salahnya (lihat berita Malaysian Insider 14/2/10 bertajuk "PAS: Khalid kena rayu, tak boleh berdiam diri"). Dia beri pandangan sebagai pentadbir. Tetapi, saya lihat pandangan itu dibantai dan diseligi cukup-cukup - dalam blog-blog dan di dalam perbualan sesama ahli dan penyokong PAS.
Kenapa jadi gitu? Bagi saya, perkara sedemikian tidak akan berlaku jika tidak ada perpecahan. Bila ada perpecahan semuanya dipandang buruk dan busuk - seburuk dan sebusuk Umno.
Bila ada perpecahan, pasti ada pihak yang merasa tidak diperlakukan dengan adil kerana ada pihak yang dilihat bertindak tidak adil, tidak rasional, tidak munasabah dan memijak-mijak prosedur yang sepatutnya.
Sejak Allahyarham Tan Sri Asri Muda berundur dalam Muktamar PAS 1982 di Dewan Bahasa dan Pustaka, amat jarang pemimpin PAS dibantai habis-habisan secara terbuka dan bertalu-talu seperti itu sebelum peristiwa hitam berkendak politik dalam gelap dengan Umno.
Adakah "agen Yahudi" atau sesiapa sahaja yang memecahbelahkan PAS? Bangang sangatkah orang-orang PAS sehingga mudah dipecahbelahkan sebegitu rupa?
Semua orang bebas memilih. Semua orang mempunyai hak demokratik untuk mencari jawapan yang tulus atau mengambil jalan mudah menuding jari dan memaki-hamun "agen Yahudi" atau siapa-siapa sahaja.
Berkaitan:
Yahudi rosak kerana orang-orang alim mereka (Al-Bakistani 15/2/10)
'Tulang besi' adu salahlaku pemimpin PAS (Malaysiakini 12/2/10)
Abdullah Karim jawab Tuan Ibrahim (Malaysiakini 13/2/10)

Cantik? Klik 

Pada pandangan ana, sebab mengapa SU Agong beria-beria minta Khalid Samad merayu minta kaji semula hukuman ialah bagi melindungi isu sebenar, iaitu bahawa Khalid Samad sebenarnya tak perlu dibicara, apalagi dijatuh hukum, kerana laporan yang dibuat ke atas Khalid Samad tak memenuhi kehendak Perlembagaan PAS (hanya dibuat oleh Dewan Harian PAS Selangor). Cikgu Pa takut benda ni dijadi isu sekarang, terang kesalahan terletak atas kepala dia kerana memanjangkan laporan yang tak sepatutnya dipanjangkan ini kepada JK Tatatertib. Kenyataan Cikgu Pa ini menampak seolah-olah dia belas kepada Khalid Samad kerana dijatuhi hukuman tidak adil. Hakikat sebenar ialah ia dibuat untuk melindungi kesilapan diri dia sendiri.
tak ada bza sngt pun pak bakaq dulu dan sekarang, cuma dulu saluran maklumat tak macam hari ni, jadi nampak la hari ni macm huru hara yang luar biasa dalam PAS. Dulupun pas kena tibai bertalu-talu jgk oleh ahli2,tapi siapa tau. contohnya pak bakaq sendiri, dari dulu lagi mmg kritikal dgn pas, tapi masa tu saluran maklumat tak macam hari ni, hanya org disekitar pak bakaq sahaja yg tau atau respon.
jadi org pas tak perlulah risau sngt dgn perkembagn yg berlaku hari ini, pemimpin parti atau keputusan parti dikritik ahli sndiri tu perkara biasa, mmg la, kalau dh tak perform atau buat perkara yg tak selari dgn sesetengah pihak mesti kena punya, benda ni fitrah zaman berzaman.
Hari ni pun, nak kata ramai yg menyerang pas secara terbuka, aku rasa nak bariskan 20 org pun susah (yang memang ahli pas). tapi tak mustahil utk wujudkan ratusan ahli pas menentang pas secara terbuka, sistem menjadi ahli pas ni, bila-bila masa je boleh digunakan untuk sabotaj pas, bukan ada securiti langsung. nama jer gerakan islam. tak percaya, masuk la pas, bawak duit banyak sikit utk derma buat bangunan, bayar program dan macam2...confirm bukan setakat dicalonkan bertanding dalam muktamar, besar kemungkinan akan dipilih sebagai pemimpin, walaupun beberapa bulan sebelum tu anda seorang penyangak dalam umno, pofesor kangkung di universiti atau org yg dah tak ada tempat dalam mana-mana persatuan.
Kalau nak tgk org pas marahkan kan pas secara terbuka, daftarkan 3-4 ratus org jadi ahli pas. 3-4 bulan lagi suruh org ni buat onar...pas nak kata apa? mmg mereka ahli pas.
kesimpulannya, pandai-pandailah membawa diri, zaman dah berubah, org masih tak brubah tapi cara mereka dah berubah.
Yang salah terima sahajalah kesalahan dan hukuman yang dijatuhkan. Itulah kehendak tuhan. Nama saja ahli parti islam tapi bila kena hukum tak nak terima hukuman. Masih jaja ke sana sini tak nak terima kenyataan, termasuklah konco-konconya melalui blog-blog yang celaka. Lepas tu kata akar umbi semua tak sokong kepimpinan sekarang. Orang akar umbi rata-rata tak tau pun apa yang berlaku haru biru di atas sana tu tu. Aku sarankan pas bila pilih pimpinan dan wakil tu tapis la sikit yang elok-elok sikit dan wala'
PAS mula berpecah belah bila menyertai Pakatan rakyat.Sebelum in PAS berdikari tanpa memihak mana2 parti. PAS dulu lawan UMNO sendirian berdasarkan Islam. Sekarang PAS lawan UMNO berdasarkan prinsip Pakatan Rakyat, orangramai dah tak nampak kekuatan Islam pada PAs lagi. Bila Pakatan rakyat menang banyak kerusi PRU lepas, orang PAS dah naik Syeikh, ada yang dah mula gila kuasa dan dah fikir nak tubuhkan kerajaan Persekutuan kerana dendangan pemimpin Pakatan rakyat yang lain.
PAS dulu kerusi banyak kalah tetapi bersatu hati demi perjuangan Islam. PAS dah berubah.Biasanya orang dah berubah sukar nak terima teguran. Harap teguran saya ini tidak disalah ertikan. Wallahualam.
pak bakaq, dulu mana ada blog,
dulu kena pi ceramah baru tau,
PAS haruslah keluar dpd PR. Tak serik2kah PAS diperalatklan oleh DAP dan PKR? Jgnlah PAS bercita2 utk meraih kuasa politik melalui PR. Tengok sajalah contohnya di Perak, Penang, dan Selangor betapa hinanya PAS diperlakukan oleh DAP dan PKR.
Lagi pun nampak gayanya, PR sedang karam.
Eloklah PAS keluar sebelum ianya karam bersama!
Mustafa Ali adalah seorang politikus yang licik.Dia suruh Khalid Samad buat rayuan kerana hendak melindung diri sendiri bukan kerana dia sukakan Khalid Samad.Selaku S/U Agong,dia terlibat menerima,menokok-tambah atau meneliti laporan dan dikemukakan kepada JK Disiplin.Munkin laporannya mengenai Khalid Samad lebih "pedas" dibandingkan laporannya tentang Hassan Ali dan sekarang dia berasa bersalah.Mustafa Ali tidak menyangka keputusan JK Disiplin boleh "meletup" sedemikian rupa.Dari segi ini,bacaan politik Mustafa Ali telah silap dan "back-fire".Atas hakikat inilah dia coba untuk membuat "damage control" malangnya dia sudah terlambat.
Manusia merancang tetapi perancangan Allah adalah yang terbaik...