Sedap!! Klik gambar di atas!

"Umno? Apa tu? Kertas jamban jenama baru?"

Bukan saya yang kata ayat di atas. Saya tak kata lagu tu. Saya hanya memetik sahaja. Ayat itu terdapat dalam satu tinjauan pendapat yang dibuat oleh Haris Ibrahim (Anda boleh pergi mengundi di sini manakala komen-komen pula di sini. Gambar tinjauan tersebut di bawah).

Walaupun dalam banyak hal saya tak bersetuju dengan Haris, tetapi saya yakin tindakan membuat tinjauan seperti yang dibuat olehnya perlu dibuat lebih banyak lagi. Saya tak buat tinjauan di sini. Tetapi orang-orang yang saya jumpa di Gombak dan Shah Alam (tempat lain saya tak pi) tak seorang pun yang tidak menuding jari kepada pihak yang kini menggelejat kepanasan.

Itu yang saya jumpa in person. Yang hantar SMS pula, ada seorang yang menafikan pendapat umum itu. Yang lain semuanya menuding jari kepada puak tu.

Itu satu hal. Hal yang lebih menarik minat saya ialah berita Malaysiakini bertajuk "SPR jangan serah kepada PM, desak PAS". Berita itu memetik Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad berkata:
Sebarang draf cadangan pindaan terhadap undang-undang serta peraturan SPR yang melalui pintu pejabat perdana menteri pastinya menimbulkan kesangsian kerana ia boleh dipinda sesuka hati oleh perdana menteri mengikut kepentingan partinya.
Dalam posting bertajuk "Bangsa ISA bunuh kerusi Melayu Islam", saya tulis:
Siapa kurangkan kerusi Melayu dalam Dewan Rakyat? DAP?

Dalam ucapannya di Dewan Rakyat pada 24 Jun 2003, Ahli Parlimen Kepong Dr Tan Seng Giaw menyatakan: "Kelantan, Terengganu dan Kedah masing-masing mempunyai pertambahan pemilih 16.2 peratus, 21.76 peratus dan 17.4 peratus. Kita tidak lihat kerusi baru di tiga negeri ini".

Bila keris puaka makan tuan, bangsa ISA menggelejat meniupkan api perkauman.

DAP memang menang banyak di Perak hasil persempadanan semula kawasan pilihan raya 2003 yang dibuat oleh bangsa ISA. Tetapi, adakah DAP bertanding di kerusi majoriti Melayu?

DAP bertanding di Gerik (73.49 peratus Melayu)? Kerusi Gerik dimenangi oleh Ketua Wanita Gerakan, Datuk Tan Lian Hoe.

Siapa korbankan kuasa politik Melayu Islam? DAP atau bangsa ISA? Siapa musuh sebenar Melayu Islam? DAP atau bangsa ISA? Ada akai, pakai.
Kalau rajin, boleh baca pengkhianatan-pengkhianatan Umno terhadap orang-orang Melayu di sini, di sini dan di sini. Sambil itu, saya nak tanya sekali lagi apa yang saya dah tanya sebelum ini:
Benarkah ada pakatan jahat di dalam PAS untuk menyokong persempadanan semula kawasan pilihan raya yang akan dibentangkan oleh kerajaan Datuk Seri Najib Tun Razak?
Saya tanya ja. Jika benar ada pakatan celaka itu, isu besar tu. Jika ada, ia merupakan persekongkolan paling durjana membunuh Melayu dengan memastikan Umno terus berkuasa!!

Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Persempadanan semula bukan isu baru, dah banyak kali ubah dan akhirnya Pembangkang menang di beberapa buah negeri.

    Kemenangan bukan atas faktor persempadanan, bukan juga atas faktor pembangkang kuat dan betul tetapi lebih kepada rakyat meluat kepada paklah lalu menghukum UMNO, tetapi yang kalah banyak ialah komponen BN yang lain, UMNO masih kekal menang.
    Selepas menang mengejut pembangkang mula buat kerja kotor, fitnah berterusan...akhbar harakah adalah antara contohnya, tak ada yang baik langsung di pihak pesaing. Anwar Ibrahim mewakili contoh individu yang menggalakkan 'kadok putih dan hitam naik junjung'.

    Jadi, faktor persempadanan ini janganlah buat isu, pembangkang perlu menunjukkan kualiti yang terbaik untuk memnang di masa hadapan, nasib menang yang macam lalu jangan diharap lagi.

  2. kalau tuan setuju dengan haris yang mengaku cintakan tuhan hindu mcm ganesh tu (baca blog dia ya..), saya tak boleh lah nak komen lagi...cuma simpati sahaja..visitors to his blog are mostly his admirers...so what do you expect?

    khairuddin

  3. Salam. Saya harap benci membenci sesama Islam janganlah diperbesar-besarkan. Bantu- membantu sesama kita perlu dititikberatkan. Fitnah sangat bahaya dan boleh menghancurkan perpaduan sesama Islam. Sebab itu Nabi S.A.W melarang sekeras-kerasnya fitnah. UMNO ada jasanya, begitu juga Pakatan. Bertakwalah semua....

  4. Keyakinan terhadap apa saja yang UMNO lakukan menjadi hilang dek pemimpinpemimpinnya yang selalu berbohong..temberang..auta..penipu..dan sebagainya,boleh dikatakan pemimpin UMNO hari ini berasal dari keturunan spesis biawak..lidah bercabang.

  5. DUMNO dah benggap idea, sekarang ada persempadanan SPR pulak. elok jugak, mana tahu MP 222 buleh jadi 300 orang dan banyak pulak dari PR menang sebab rakyat ada banyak option nak get rid DUMNO fellas dari gomen. kalau pahang dan johor 100% dapat kat DUMNO, tak kaya mana juga pemimpin DUMNO sebab negeri2 nih semua toye toye belaka...

  6. Jangan dibanggakan untuk kemenangan sepenggal. Kita tunggu PRU 13. Masa tu nanti kita tengok samada tsunami politik berulang kembali atau pun tidak. Kita imbas kemballi dimasa peralihan kuasa daripada TDM kepada pak lah.. PRU 11 Pak Lah menang agak besar. Pengundi sekarang semakin bijak. Persempadanan semula ada baiknya. Sekurang-kurangnya Adun akan dapat menjalankan kewajipan nya dengan lebih berkesan. Janganlah dipandang dari sudut yang sempit.

    Seperkara yang tidak boleh dinafikan adalah UMNO tidak tewas pada PRU 12. Kekurangan majoriti adalah disebabkan oleh tewasnya sebahagian besar kerusi-kerusi oleh komponen2 yang lain. Oleh itu PKR mahupun PAS janganlah terlalu angkuh dengan kemenangan yang sedia ada.

    Haruslah diingat bahawa orang yang kehilangan akan sentiasa berusaha untuk mendapatkan kembali apa yang hilang.

  7. pening siapa sebenarnya tisu tandas.

  8. Kpd Kluangman
    Selama 50 BN memerentah ,Malaysia kadok Putih dan Kadok Hitam naik apa pula? 50 tahun UMNO melingkopkan harta rakyat..tak nampak ka..buta ke nak saya terang satu satu ke?

  9. Tunggu je le kan dah ada peraturan beberapa tahun sekali kan ada kajian persempadan semula.

  10. cara mudah untuk mendapatkan kerajaan yang baik adalah dengan cara mengundi kepada calon yang baik-baik sahaja,tak kira dari parti apa.Kalau ramai yang bagus-bagus dari bn bermakna bn lah yang memerintah dan begitulah sebaliknya jika pr meletakkan calon yang bagus-bagus.Walaupun kalah mana-mana parti tu maka kita ada pembangkang yang terbaik.Pendek kata kita ada ahli parlimen dan dewan rakyak yang hebat-hebat belaka.Calon yang haprak kita bungkuskan.Hanya itu cara nak menyelamatkan malaysia. Tak perlu taksub dengan lambang sebab bukan lambang yang akan memerintah tapi manusia yang bertopengkan lambang.Banyak yang kata saya tiada pendirian,tapi hakikatnya ini lah yang perlu kita lakukan untuk mendapatkan pemerintah yang terbaik dari yang baik. Salam semua,fikir-fikirkan lah.......

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008