Saya pernah tulis:
MECD backers told to ask PM


Kecuali Haji Mahfuz Omar, saya tak jumpa ulasan pemimpin PAS yang menyambut kutukan Muhyiddin kepada Anwar itu sebagai usaha Muhyiddin membuka jalan kepada pembangkang untuk menunjukkan siapa pengkhianat Melayu sebenarnya.Anda baca pula berita NST semalam yang saya copy and paste di bawah. Banyak yang tersirat di sebalik yang tersurat. Kalau tak reti-reti jugak, pi tanya Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Bukankah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengorbankan begitu banyak kepentingan Melayu (baca: Umno - bila Umno sebut Melayu, tu solekan luar ja dan pembohong hidup-hidup!) melalui dasar liberalisasinya termasuk mengkudungkan Foreign Investments Committee (FIC)?
MECD backers told to ask PM
MIRI (NST 22/1/10): Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin yesterday advised the six organisations calling for the reinstatement of the entrepreneur and cooperatives development ministry (MECD) to submit their suggestion to the prime minister.Usahawan Bumiputera tetap dibela
"Let the prime minister decide. It's under his purview.
"This is a responsible and receptive government. We won't shut out anyone," he said.
Datuk Seri Najib Razak, when announcing his cabinet after taking over the helm of government from Tun Abdullah Ahmad Badawi last year, had not included the MECD in the list of ministries under his administration.
Meanwhile, Umno Youth chief Khairy Jamaluddin said the movement did not agree that the ministry be reinstated.
He said the issue should not be raised as the ministry had been dissolved months ago and its agencies absorbed into other ministries.
Khairy added that the dissolution of the ministry had not affected the future of Bumiputera entrepreneurs as agencies formerly under it, such as Mara and Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (Tekun), continued to function as normal.
"I hope that the public and leaders of non-governmental organisations will not fall into the trap with the thinking that without the MECD, the Malays cannot survive.
"This is a very weak excuse because it becomes a hindrance to the entrepreneurs when the respective agencies still exist," he said after chairing the Negri Sembilan Umno Youth meeting.
The call to re-establish the ministry was made by six non-governmental organisations -- Confederation of Malay Entrepreneur, Malay Unity Action Front, Malaysian Book Contractors Association, Ukhuwah Community and Bukuonline Cooperative, Malay Chamber of Commerce and Federation of Malay Economic Bodies.
Pelbagai jabatan, agensi khusus hulur bantuan: PM
Berita Harian (22/1/10): Kerajaan belum berhasrat mewujudkan semula Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi kerana tanggungjawab menjaga kepentingan usahawan Bumiputera kini dilaksanakan oleh pelbagai jabatan dan agensi khusus bagi memastikan kepentingan mereka sentiasa diberi keutamaan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata rakyat Bumiputera tidak perlu bimbang kerana pelbagai agensi seperti Mara dan Ekuiti Nasional Berhad (Ekuinas) memang dipertanggungjawabkan bagi membangunkan dan meneruskan agenda membela usahawan Bumiputera.
"Walaupun tidak ada Kementerian Pembangunan Usahawan, ada agensi untuk membangunkan usahawan Bumiputera ditempatkan di kementerian lain seperti Mara di Kementerian Luar Bandar.
"Seorang Naib Presiden Umno (Menteri Pembangunan Luar) ditugaskan di situ. Jadi, tanpa kementerian (Kementerian Pembangunan Usahawan) ini pun agenda mewujudkan usahawan Bumiputera masih diteruskan.
"Kita juga ada instrumen baru seperti Ekuinas yang ditugaskan untuk membangunkan usahawan dan syarikat Bumiputera yang berpotensi. Kita tidak lupakan agenda ini...cuma ia disesuaikan dengan keadaan semasa," katanya di sini, semalam.
Ekuinas adalah entiti pengurus dana ekuiti swasta berkaitan kerajaan untuk mewujudkan gagasan syarikat Malaysia yang dapat berdaya saing hingga ke peringkat global dan pada masa sama memastikan penyertaan ekonomi Bumiputera yang lebih kukuh dan mapan.
Menerusi pelaburannya, Ekuinas memainkan peranan penting memperkasakan penyertaan ekonomi Bumiputera dan pada masa sama, membina perkongsian tulen di antara Bumiputera dengan bukan Bumiputera, sekali gus bakal memberi manfaat kepada seluruh lapisan masyarakat serta ekonomi negara.
Baru-baru ini enam pertubuhan Melayu meluluskan resolusi menuntut kerajaan mewujudkan semula Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MeCD) bagi menjamin kepentingan dan masa depan usahawan Bumiputera.
Resolusi diluluskan pada Forum Usahawan Melayu Kini di Persimpangan: Digugat dan Digigit, anjuran bersama Gabungan NGO Usahawan Melayu, Badan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM), Persatuan Kontraktor Buku Malaysia (PKBM) serta Koperasi Ukhuwah dan Komuniti Bukuonline.












Cantik? Klik 






Post a Comment