Sedap!! Klik gambar di atas!

Takkan mesyuarat PAS keluar kenyataan kufur!

Kenyataan yang saya sokong penuh yang dipetik dari berita Malaysiakini 5/1/10 bertajuk "PAS tolak tindakan agresif dan provokatif":
PAS ingin menjelaskan bahawa berdasarkan kepada kaedah Islam, penggunaan nama Allah pada asasnya adalah dibenar untuk digunakan oleh agama samawi seperti Kristian dan Yahudi.

Walau bagaimanapun, penggunaan kalimah Allah secara salah dan tidak bertanggungjawab mestilah dielakkan supaya ianya tidak menjadi isu yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama dalam negara ini.

PAS memberikan peringatan kepada semua pihak supaya tidak menyalahgunakan perkataan Allah bagi mengelirukan atau menjadikan politik murahan untuk mendapat sokongan rakyat.

Al-Quran telah menyarankan cara yang betul menggunakan perkataan Allah, sebagaimana yang dinyatakan dalam Surah Ali Imran ayat 64:

قُلْ يَا أَهْلَ الْكِتَابِ تَعَالَوْاْ إِلَى كَلَمَةٍ سَوَاء بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمْ أَلاَّ نَعْبُدَ إِلاَّ اللّهَ وَلاَ نُشْرِكَ بِهِ شَيْئاً
وَلاَ يَتَّخِذَ بَعْضُنَا بَعْضاً أَرْبَاباً مِّن دُونِ اللّهِ

Yang bermaksud: Katakanlah hai ahli kitab, marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahawa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan dia, dengan sesuatupun dan tidak (pula) sebahagian kita menjadikan sesama manusia seperti pemimpin dan sebagainya, sebagai tuhan selain Alllah.
Petikan berita mStar Online 4/1/10 bertajuk "Kufur jika sokong guna kalimah Allah - Haron Din":
Mana-mana umat Islam yang menyokong keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan penggunaan kalimah 'Allah' dalam akhbar mingguan Herald-The Catholic Weekly dalam penerbitannya boleh membawa kepada kekufuran.

Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din berkata, menyokong kepada sesuatu perkara yang salah di sisi Islam juga secara tidak langsung boleh menyebabkan berlakunya kekufuran dan syirik.

"Saya menyeru kepada sahabat-sahabat saya supaya mempertimbangkan semula pendirian mereka.

"Kalau kita sokong perkara yang kufur, kita pun secara tak langsung akan kufur sama," katanya dalam sidang media di kediamannya di sini hari ini.

Tokoh agama itu turut melahirkan kekesalannya terhadap beberapa penulis blog termasuk di kalangan beberapa pemimpin parti-parti politik yang menyatakan sokongan mereka kepada keputusan berkenaan.
Selepas ini adakah akan keluar kenyataan "akhbar salah petik kenyataan saya"? Dan, dalam berita bertajuk "Islam perlu bersatu", Mingguan Malaysia 3/1/10 melaporkan:
Umat Islam di negara ini diseru bersatu tanpa mengira fahaman politik bagi mempertahankan penggunaan kalimah Allah sebagai hak mutlak agama Islam.

Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa berkata, kebenaran penggunaan kalimah Allah yang diberikan kepada mereka yang bukan Islam bukanlah isu politik sebaliknya satu pencerobohan terhadap agama rasmi negara ini.

“Keputusan mahkamah itu bukan sahaja melanggar peruntukan Perlembagaan Persekutuan malah melanggar akidah umat Islam dan ini tindakan yang tidak dapat diterima.

“Dalam hal ini, seluruh umat Islam perlu bersatu membantah kebenaran yang diberikan selain menyokong rayuan yang akan dilakukan Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) terhadap keputusan itu,“ katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Saya terhidu bau sesuatu dalam laporan Mingguan Malaysia itu. Anda ada terhidu bau apa-apa? Bukan macam bau Umno ka? Saya tak tuduh. Saya tanya ja. Pelik sangat bau yang saya terhidu ni!!


Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Inilah ulama akhir zaman, ulama politik.
    1. TGNSA dan TG Hadi, bagaimana pula lafaz syahadah . "tiada tuhan yang berhak disembah kecuali Allah dan Muhammad itu PesuruhAllah"

    2. Bagaimanapun pula pandangan PAS terhdap fatwa Majlis Fatwa kebagsaaan. Tak betu kerana ahli UMNO ke?

  2. Malaysia Insider fokus lapur kenyataan PAS agak berbeza dari apa yang difokus dalam Harakahdaily berkaitankenyataan PAS mengenai kalimah Allah?

  3. tuan, saya sangat2 yakin selepas ini mahkamah rayuan akan membatalkan keputusan mahkamah tinggi..... KEMUDIAN UMNO AKAN MEMPROMOSIKAN DIRI MEREKA SENDIRI SEBAGAI HERO YANG MEMPERJUANGKAN ISLAM!!!.... nampak sangat hala tujunya.

    orang yang kurang berakal atau dalam kata lain sebagai 'bengap' aje yang tak bole baca cerita karut marut org umno nih.... maaf cakap la ya, dah muak tengok sendiwara umno nih. Yang MENJAHANAMKAN ISLAM ORG2 UMNO GAK!!

  4. Nama ALLAH sape2 pun bleh guna tp...klau bg kat depa yg bukan islam guna faham2 je leee..org islam sndiri pun ada yg memang tk tau guna nama ALLAH. Bleh ke tgh meneran (berak) meratip nama ALLAH? byk lg kesalahan2 yg umat islam sndiri salah guna nama ALLAH. Sya nk cadang kat majalah tersebut jgn guna nama ALLAH je..guna jgk nama DEWA2 HINDU, BUDDHA dan apa2 lg lah..pastu kita tnya kat penganut agama hindu,budha depa nk bgi tak nama dewa tuhan depa bg kat majalah tersebut guna?????? heehehehehehehe

  5. umno melalui akhbar2 milik mereka semakin giat mensensasikan isu ini....

    saya melihat mereka sudah tiada isu lain utk mengalihkan perhatian masyarakat.

    ini mengesahkan yg mereka sudah tertekan habis...

    saya syorkan agar PR mengambil peluang ini mengadakan satu mesyuarat peringkat tertinggi utk mengambil langkah bijak dan terus mengenakan kpd umno.

  6. Bencinya org syiah klu org ahlul sunnah wal jamaah nak bersatu.........sejahat2 org katolik sekurang2nya terang2an...jahat kau halus.

  7. NAMPAK SANGAT DUA EKOQ AGEN UMNO(meminjam kata2 TGNA) MENJUSTIFY DIRI MEREKA ADALAH AGEN UMNO.SUDAH TERANG LAGI BERSULUH WAHAI SEMUA YANG AKAN JADI PERWAKILAN PAS DI MUKTAMAR AKAN DATANG. BADWI PAS

  8. HAIRAN ,
    KEPALA HOTAK ENGKAU,ORG DOK TENGAH MEMBELA KALIMAH ALLAH,
    ENGKAU ASIK NAK MENUDOH YANG BUKAN BUKAN,KALAU DAH KEPALA TKSUB SANGAT PAS/DAP/PKR
    ORG BUAT YANG BAIK PUN DI KATA JAHAT,DASAR MANUSIA TAK BERILMU.

  9. Timbalan Presiden perlu hadir bersama UM no untuk bantahan kalimah Allah oleh pihak bukan Islam.

  10. Ini dinamakan politik yang menggunakan strategi atau pendekatan menakut-nakutkan. UMNO selalu menggunakan taktik menakut-nakutkan dengan pembangunan dan kemajuan, kalau parti lawannya memerintah, negara akan mundur, huru hara, rakyat akan makan ubi. PAS pula menggunakan taktik menakut-nakutkan dengan neraka, kafir, kufur, bala dan yang sewaktu dengannya.

  11. Allah swt mempunyai kaedahNya sendiri untuk semua mengenali aset dalam pas.

    pas kata, "bukan islam boleh guna perkataan Allah".
    haron din kata, "kufur jika sokong bukan islam guna kalimah Allah".
    harun taib kata, "ia satu penghinaan".
    nasharudin mat isa kata, "islam perlu bersatu" (islam ada dua ke?}.

    ketiga2 mereka bukan calang2 orang dalam pas, masing2 timbalan mursyidul am (yang tidak wala' kepada mursyidul am), ketua dewan ulama pas pusat (mempersoal penulisan blog tgna), dan timbalan presiden pas ("tgna bukan pas").

    amat benar peringatan oleh badwi pas.

    wallahu'alam

  12. Salam Saudara, sy rasa isu ini kita should stop politiking tapi kita kena bagi info dan pemahaman sewajarnya. Untuk pengutuhan akidah.Saya tidak menyokong dan tidak pula menghalang. Isu ini hanya sekadar penggunaan perkataan untuk subjek*(bersalahan Allah dengan sesuatu yang ada) sembahan bagi 2 agama langit yang mana subjek* itu ialah subjek* yang sama tetapi dengan pemahaman akidah atau iman yang berbeza. Merujuk surah Al-Hasyr 16, Syaitan berkata" berlaku kufurlah engkau. dan apabila orang itu kufur syaitan berlepas dirinya dengan berkata sesungguhnya aku takut pada Allah yang Maha Menguasai. Dan juga dalam surah yg sama ayat 23-24. telah menjelaskan Dialah Allah dengan segala sifatNya jadi Dialah Yg akan mengawal KesucianNya. Bukan mana2 parti politik bahkan mana2 kaum di dunia sekalipun. Dalam satu surah telah menjelaskan segalanya bagi mereka yang mahu mencari petunjuk. Wallahualam.

  13. tertaubat la bakaq.. berhentilah dari terus duk kutuk tok2 guru.. kalu kau ni kata kau jemaah setia pd tokguru nik aziz, hang kena dengaq sema laa.. jangn duk dengaq yg elok dgn nafsu dan cita2 hang saja.. tobat la bakaq..kembali ke panggal jln. hang tu dah tua..

  14. Saya percaya umno akan menggunakan kuasa mereka utk memastikan isu lambat diselesaikan oleh mahkamah sekiranya itu menguntungkan mereka..

    Sekiranya perkara sebaliknya berlaku maka kes ini akan diselesaikan dgn segera.

    Hairan Bin Ajaib Pak Bakaq lansung tidak menyentuh sebitu banyak isu terkini.....sebaliknya giat mempromosikan isu ini yg mana sudah diketahui adalah tajaan umno.

    Usaha terdesak umno utk menimbulkan susana tidak selesa atau mungkin kalau boleh ketahap kronik.....utk mereka kemudiannya muncul sebagai juara dlm menyelesaikan masalah ini....

    Apa sudah jadi beb....??

  15. Harun Din kata 'kufur' Nasarudin kata 'kena pertahankan hak agama Islam' PAS kata 'boleh'. al-Quran kata 'boleh malahan mengajak semua manusia bertuhankan Allah' Umno kata 'tak boleh'..Adooi rasa nak pitam!! lagu mana hangpa ni!! hangpa pakat dayung..hangpa juga pakat tebuk lubang..awat hangpa ingat yang tebuk lubang tu tak mampuih kaa, kalau karam!!

  16. AA.,

    Baru baca posting mengenai isu ini di blog Dr. M. Komen saya, tak ada ke insan kat Malaysia yg boleh tulis macam itu.. yg sarat dgn fakta tapi amat mudah difahami rakyat marhaen, yg berilmu mahupun yg jahil..
    At that age ... compare dgn 28 juta rakyat Malaysia... akan saya simpan setiap penulisan nya sebagai bacaan sampingan anak cucu...

  17. Kan ada kalimah..wa la tusyriku...apa yg HD cakap tu satu aspek..tauhid ahadiah/samadiah..kalau kita kata sama je cam kita..apa macam?

    tapi dalam bentuk umum..syaitan pun mengaku Allah tu tuhan dia..

  18. Hai,,,takkan bila nak bersatu mesti bau UMNO,,,,jadi betul lar PAS suka berpecah belah...selagi berpecah belah maka bukan UMNO,,,JIka muka depan akhbar tertulis...Islam perlu berpecah belah maka baru bukan UMNO maka perlu sokong...Saudara ini bab agama bukan bab politik...benci dalam politik tapi dalam agama perlu bersatu,,,,jadi kalau kafir DAP laknatuaalah karpar SIngh kata langkah mayat dia dulu kalau nak tubuh negara islam maka ia perlu disokong?????JIka kata Islam perlu bersatu...maka perlu ditentang kerana ia adalah berbau UMNO....lebih baik berbau umno demi Agama dari berbau Dajal menjahanamkan Agama.

    Saya bukan suka sangat UMNO tapi saya tengok PAS dah semakin kebulur undi non-muslim sehingga mengadaikan khalimat suci Allah...saya ingat PAS lagi garang dari UmNO tapi rupa-rupanya DAP dah jinakkan PAS....

    Wahai pemimpin PAS...penyokong-penyokong dan kami tukang sangkut poster sedang memerhatikan bagaimana pemimpin PAS berjuang mempertahankan khalimah suci Allah....Kalau nak ikut buntut Karpal Singh dan Laknatuallah DAP...maka PRU tahun akan datang lihatlah hasilnya....UMNO kami tak undi..tapi PAS jangan harap nak terima Undi kami.....Lebih baik tukar nama dari parti Islam seMalaysia ke Parti Liberal.
    Aku tak suka Tun Mahathir...tapi bila dia menentang penggunaan Kalimah suci Allah oleh kafir...Aku akan menyokong beliau dalam isu ini....politik tak bawa aku kesyurga tapi jihad mempertahankan khalimah suci Allah...sandaran aku dihari kemudian...Mungkin Haji Hadi akan selesa berkata ..Gereja Allah,

  19. Berhentilah....taksub kepada politik...cuba berhenti seketika untuk politik...nanti bila isu boleh kafirkan orang islam...dan UMno bantah,,,maka kita akan kata ini dipolitikkan oleh UmNO sedarlah bangunlah jangan dok berangan sangat..sambil kafir ambil kesempatan..ini buka bab UMNO ke PAS ke PKR ke DAP ke...tapi hal kesucian Islam,,,,,tak hina ke......nak pertahankan khalimah ALlah pun kita sanggup kata...tak perlu kerana ini politik UMno....sampai bila kita nak berpolitk...ingat bila mati nanti ALlah akan tanya kita dari parti mana...????Bab politk biar berlawan samapai habis tapi bab Agama bersatu lah,,,,ini bila bersatu...kita kata itu suara UMNO...sebab suara PAS ialah mari berpecah????

  20. Betul tu Anon 18 dan 19

    Mari kita bersatu dengan jalang untuk cegah zina!

  21. Anon 18, dah kau tu memang UMNO kau mestilah sokong, nak menyamar apa lagi

  22. Anon 20,

    Ya aku setuju. Dari bersatu dengan jalang untuk cegah zina, baiklah berzina dengan jalang untuk cegah bersatu? Macam ni punya orang pun ada ke?

    Kalau aku cakap, kata aku tunjuk pandai pulak.

    Masalahnya, aku cuma komen yang aku rasa aku boleh komen je. Tak semua artikel Pak Bakar aku ulas, walaupun kebanyakannya aku baca.

    p/s: Pak Bakar, orang yang mengucap syahadah WAJIB jatuhkan UMNO? Memanglah hang ni ada darah UMNO la Pak Bakar. Org yang pernah cakap gitu - Hj Nakhaei dan skg Hj Hadi, dah mula suka UMNO dah. Aku tunggu masa hang pulak.

    Harap-harap, selepas ditolak oleh orang PAS sendiri, hang baru tau langit tak selalunya biru (BN), laut tak selalunya hijau (PAS). Tak ada politik yang bersih dalam dunia ni. Malah, takkan ada orang yang bersih yang boleh hidup dalam dunia politik.

    Yang kita boleh buat, cuma kurangkan saja mudarat mereka-mereka ini. Hang pun kata, politik adalah persepsi. Hang ingat hati perut (persepsi) orang semua-nya BAIK BAIK SAJA KE? Lagikan hang tu, TGNA pun hang bantai. Tu manusia paling maksum antara ahli - ahli politik dah tu.

    -malaymind-

  23. Salam Pak Bakaq,

    LAGI SATU PROPAGANDA UMNO UNTUK PECAH-BELAHKAN PAS!
    "DIVINE AND RULE" ... TELITILAH DENGAN HATI-HATI.


    picolotikusmondoq

  24. Sudah tiba masanya yg org Islam di Malaysia ini menanggalkan topi/pakaian politik mereka (samada PAS UMNO PKR) dan bersatu menentang pengunaan kalimah ALLAH oleh yg bukan Islam.

    Jom kita bersatu atas persaudaraan Islam.
    Jika tak leh, kenapa ?

    Ingat kita kini meminjam usia utk masa depan anak-anak kita. Susah sangat ke nak tanggalkan topi/pakaina politik tu ?

    Nani Cheras.

  25. salam to all,

    suatu pertanyaan? pernahkah nabi menghalang kafir quraisy & kafir nasrani dari menggunakan kalimah Allah? adakah Nabi pd masa itu tak tahu kedua2 puak kafir itu mensyirikkan Allah? pernahkah Nabi mhalang kaum kafir dari menamakan anak2 mrk Abdullah? adakah kita semua mahu mengkufurkan Nabi Muhammad saw kerna baginda tdk melarang kaum kafir quraisy menggunakan nama Allah? adakah kita lagi pandai dari Nabi Muhammad?

    apa beza kaum kafir quraisy/yahuni/nasrani pd zaman Nabi dgn kafir pd zaman ini? adakah kafir di zaman Nabi lebih bagus dari kafir di zaman ini?

    Tolong datangkan kpd umat islam Msia ini satu hadis pun cukuplah yg menyatakan Nabi saw ada melarang kafir quraisy dari menggunakan kalimah Allah.


    MatKilau

  26. tak pelah berilah kebenaran pada Kristian guna Allah. Start hari ini aku guna perkataan Hyang bg merujuk tuhan(Allah). Baru la ikut bahasa kebangsaan sikit

    Iam_Khufu

  27. Teringat saya pada cerita beberapa orang buta yang nak tahu apa itu gajah...., lalu mereka berpeluang 'sentuh' gajah....! Ada yang kata gajah tu macam tali..., ada yang kata gajah tu macam batang pokok, ada yang macam ular..., dsbnya...!

    Dalam bab kalimah 'ALLAH' ni, ramai individu / pemimpin PAS dan UMNO dah komen. Yang jadi masaalahnya ialah apabila kita yang membaca komen ni yang membuat kesimpulan2 dari komen yang dipotong/edit sana sini. Komen2 pemimpin kita tidak disiarkan keseluruhannya baik dari PAS atau dari UMNO.

    Kenyataan yang PAS keluarkan secara rasmi amatlah jelas pabila dibaca KESELURUHAN kenyataan itu. Bolehnya sekian2..., tidak bolehnya sekian2...

    Memang kafir Quraish dulu pun guna perkataan 'Allah' untuk perkataan tuhan. Apalagi, ugama2 Kristian dan Yahudi pun mengakui bahawa pencipta segala kejadian ni memang 'Tuhan'... Dalam Al-Qur'an pun cerita macam tu. Kita semua pun tahu pengakuan ini.(Lainlah kalau tak terbaca al Qur'an!)

    Cuma yang 'bahayanya' isu ini, kita takut Akhbar Herald tu nanti tulis dalam paper dia lebih-kurang : "Marilah kita sembah Jesus Christ, anak Allah; Allah serta Roh Kuddus" - Ini adalah asas akidah mereka yang ternyata sesat. Pemimpin PAS dan UMNO sama-sama bimbang benda2 begini boleh mengelirukan generasi akan datang.

    Toksah gaduh ler.. Saya amat setuju dengan kenyatan rasmi PAS itu. Perdana Menteri, TPM, Menteri JAKIM, Menteri Rais pun buat kenyataan/ saranan yang mintak semua bertenang. Bab ni toksah main politik lah..., baik PAS atau UMNO.

  28. bagi aku mana2 parti tidak akan mempertahankan islam sekiranya mereka ingin kekal berkuasa dan menjaga undi.mereka lebih sayangan kuasa dari islam,kita lihat contohnya umno,menggunakan isu ini untuk menarik sokongan org melayu islam.pas pulak cakap berlapik2 untuk menjaga undi kaum bukan islam.pkr pula agak liberal dalam isu agama.sekira pas kalah teruk pada pru 12 lepas mungkin menjadi jaguh dalam isu ini.maaf aku bukan ahli mana2 parti...bagi aku parti2 yg ada dimalaysia ini menggunakan isu agama untuk menarik sokongan aje.tak lebih dari itu.umno lebih sudu dari kuah.orang murtad dimalaysia agak tinggi tidak pulak dijadikan isu.pas dialaf baru juga dilihat agak liberal berbanding tahun2 lalu.semuanya nak jaga undi.

  29. Salam

    Pada sapa2 yang kata Kristian tak leh pakai nama ALLAH sile lihat bidio nih,

    Haron Din cakap dlm sidang media penuh ngan emosi bukan dengan hujah,

    Kedua2 bidio di bawah menjawap Haron Din dan golongan yg mengharamkan Kristian Pakai nama ALLAH

    1.Is Allah in the Bible?

    http://www.youtube.com/watch?v=8XdW6_HvZ6Y

    2. The name of God is Allah even in the Bible - Ahmad Deedat

    http://www.youtube.com/watch?v=8vGQa-35Xok

    - - - - - -

    -Brader Cute

  30. Dr. Harun Din perlu dibawa ke jkuasa displin kerana membuat kenyataan yang bercanggah dengan keputusan mesyuarat parti. Tunggu apa lagi Tuan Ibrahim?

  31. kenapa kita perlu menyalahkan org jika tidak memihak atau sependapat dng kita
    tuan2 ni adakah setaraf ilmu ugama dengan harun din atau nasarudin. jng lebelkan mereka sebagai ajen ke talibarut ker. politik biar betul. Allah memang untuk semua tapi SEMUAN bermaksud kepada mereka yang beriman dengan nyer jadi bagi puak2 kristen ni tak boleh lah pakai nama ALLAH senang jer kan. kalau benda yang kita sokong akan membawa kerosokan maka kufur lah kita bukan susah pun jadi apa yang harun din dan beberapa kenalan lain cakapkan adalah benar. kepada rakan penarik beca renung2kan lah dah muhasabah diri serta lihat diri kita ada kah setanding ilmu kita dengan harun din atau timbalan prisiden. ALLAH untuk Islam

  32. Aku heran kenapa ada orang Islam boleh sokong penggunaan kalimah Allah oleh orang2 kristian. Di mana rasa cinta kalian kepada Allah? tak terasa tercabar langsung. bangga pulak tunjukkan sikap keterbukaan pada orang2 bukan Islam.

    Pertama kali aku tengok dan baca sendiri kalimah Allah digunakan oleh orang kristian ialah 5 tahun lepas. Bab berkawan aku tak kisah dengan sapa2 pun tak kira bangsa dan agama. dah memang keje di syarikat swasta jadi pergaulan adalah luas. Kawan aku sorang ni India beragama kristian. Kuat pegangannya tiap2 hari mesti ada bahan bacaan keagamaannya. Satu hari aku menyibuk sikit nak tengok apa yang dia baca.
    Astagfirrullah, kalimah2 Allah dalam buku lagu agamanya. Kenapa guna Allah? Lantas jawapannya ialah org2 sabah dan sarawak tak faham 'god' atau 'tuhan', Allah lebih mudah penerimaannya. Hati aku memang sakit sangat masa tu tapi disimpan didlm hati. begitu lah cara mereka cari pengikut2.

    Dari pengalaman aku berkawan dgn orang2 kristian mereka sentiasa nak mencari persamaan kristian & islam. Pertanyaan ditanya pula lebih menjurus kepada persoalan hukum yang menunjukkan kristian lebih terbuka dan mudah dari Islam. Kerana aku sendiri dah tak tahan digasak persoalan2 akhirnya aku mengatakan antara Islam dan kristian cerita hanya sama atau hampir sama dari Adam hingga Isa tapi bila lahirnya Nabi Muhammad dan adanya Al-Quran sudah tidak sama sekali. Jika kristian boleh percaya nabi Adam hingga Isa kepada tidak percaya pada Nabi Muhammad? Takde jawapan dari kawan2 aku ni. Aku terangkan kepada mereka Islam bukan setakat bercerita pasal nabi2 dan ketuhanan tapi juga seluruh aspek kehidupan. Bagaimana nak bina keluarga, menjalankan perniagaan, jadi pemimpin dan berbagai2 lagi kerna Islam itu ada peraturan dan undang2 yang lengkap. Terdiam kawan2 aku ni.

    Sebab itu aku sangat2 tidak setuju bila kalimah Allah digunakan oleh orang kristian. Jelas dalam bible sendiri tak de perkataan Allah kenapa mereka nak gunakan jugak.
    Soal akidah tidak boleh disamaratakan. Ini bahaya! Insyaallah, generasi macam kita benteng keimanan masih utuh tapi bagaimana generasi anak, cucu dan cicit kita? Jangan nak samakan kita di Malaysia dengan Indonesia atau negara Arab kerana budaya setempat tidak sama. Tengok lah Indonesia yang majoritinya beragama Islam tapi jelaskah akidah mereka? Kerana tidak mahu membebankan fikiran dgn persoalan agama yang kebetulan asasnya lebih kurang sama jadi ramai rakyatnya boleh kawin campur antara Islam dan Kristian. Sampai perkuburan pun boleh campur!

    Di Malaysia syariat Islam jelas dilaksanakan. Agama rasmi Islam. Rukun Islam dilaksanakan secara sistematik. Ada kemudahan solat di merata-rata, pusat pungutan zakat, tabung haji, pendidikan Islam, perbankan Islam, mahkamah syariah dsbnya.
    Jelas ni hak kita sebagai orang Islam. Jangan bagi ruang orang kafir meracuni Islam!

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008