Tadi saya tanya Haji Mohamad Sabu, adakah orang Islam di Malaysia ni bodoh sangat sehingga boleh dikelirukan dengan penggunaan nama Allah oleh orang-orang Kristian? Dia jawab:
Adakah mereka tidak pernah bersembang dengan orang-orang yang ditahan kerana Kristianisasi itu?
Berkaitan:
Allah (lagi) - Faisal Tehrani 4/12/09
"Tak bodoh apa?!! Yang murtad berlambak dah!"Dalam Operasi Lallang 1987, Mat Sabu dan ramai yang lain pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bersama beberapa orang yang terlibat dengan Kristianisasi. Haji Khalid Abdul Samad pun ditahan juga. Dekat dua tahun juga mereka merengkok di Kem Kamunting.
Adakah mereka tidak pernah bersembang dengan orang-orang yang ditahan kerana Kristianisasi itu?
Berkaitan:
Allah (lagi) - Faisal Tehrani 4/12/09










Cantik? Klik 






salam bakaq...hang pi tanya khalid samad tu..TGNA dan ramai pemimpin tidak setuju keputusan mahkamah.adakah mereka semua metaliti umno????dia ni apa punya spesis pun tak tahu.lagaknya mengalah mursyidul am dan presiden pas pulak....
Salam..
Haron Din dah bersuara sekarang..sesiapa yg menyokong penggunaan nama 'Allah' terhadap majalah kristian adalah org yg kufur. sapa nak jawab ni pak bakaq. Kalau dah tau org yg murtad dah berlambak kt malaysia ni, yang dok pi sokong si kristian tu buat apa. Ni dah la akhir zaman jgn la jd stupid idot..lol
salam pak bakaq,
apa komen tentang harun din mengatakan kufur pada orang sokong keputusan mahkamah tentang isu kalimah Allah.saya juga teringat kata2 ulamak musyidul am pakatan,khalid samad.apa dalil dan fatwa akan dikeluarkan untuk pertahankan sokongan terhadap kalimah Allah boleh digunakan kristian.
Betui tu..
Kalau nak tambah angka murtad tu, sokonglah ramai ramai niat suci puak gereja (herald) tu..depa tu ke arah 1Malaysia.
Assalamualaikum Pak Bakaq.....
Apa khabar..? harap-harap sihat walafiat mental dan fizikal ...insyaallah
Saya tengok Pak Bakaq sejak akhir2 ni pun turut sama menari dgn lagu yg didendang oleh umno....maklumlah org melayu ni kalau dah joget sakan tu dia lupa semua.
Pak Bakaq tak nak "counter-attack" ke segala serangan umno kpd rakyat.Seluruh rakyat cuba dilekakan oleh umno dgn kes majalah herald dan nama Allah.
Ada cakap2 yg mengatakan Pak Bakaq sekarang menjadi alat umno utk menyerang Pas secara khusus dan PR secara am....secara jujur saya masih menganggap ianya satu tohmahan sehingga ada bukti yg konkrit.
Pak Bakaq tak nak komen apa yg dikatakan oleh AG bahawa tiada pegawai TUDM yg terlibat dlm kes kehilangan engine jet F5E....hanya anggota LLP yg terlibat.
Selain itu dakwa AG lagi ialah dokumen penghantaran engine tersebut dikatakan hilang apabila sampai kenegara berkenaan.
Alaaa haiiii AG....engine itu dihantar dari butterworth ke airod disubang.
Bagaimana dokumen perjalanan domestik boleh digunakan utk penghantaran antarabangsa.Tak semua rakyat malaysia yg terlupa walaupun sedang hangat dgn kes nama Allah.
Adakah AG nak kata kastam malaysia tak kenal dokumen ??
Pak Bakaq tak nak ulas ke.....??
oklah gitu...kita redha ke kalau kristian kata..Allah bapa,anak Allah,cari firman Allah dalam al-quran dalam soal ni...
Uslub quran dalam isu nama Allah ni bagaimana?jidal?soal jawab?insya`,khabar atau apa?
Allah ahad dan assamad milik siapa?milik semua ke?Allah yang mana satu? dimaksudkan ni...
mail
Dalam kes penggunaan nama Allah ni biarlah pihak2 yg benar2 layak shj yg keluar kenyataan.
Kita ada ramai ulamak mewakili berbagai parti dan pertubuhan...mereka yg lebih faham bab2 ni tambahan pula perkara ini juga telah menarik perhatian para ulamak di luar negara.
Dalam hal2 yg tidak jelas hukumnya berdasarkan nas(Al-Qur'an dan Hadis yg sahih) biarlah mereka yg ahli dlm bidangnya yg bersuara.
Ada banyak perkara yg mencemaskan yg berlaku dlm negara yg juga perlu kita hadapi.
Janganlah ada yg menjadi mata rantai kpd usaha pihak2 tertentu dlm usaha yg merugikan dan melalaikan umat Islam terhadap tanggungjawab mereka yg sebenar.
1) Selagi tak der undang2 Anti Murtad jangan harap saya akan sokong. Kena ditambah pula majlis2 Ilmiah tentang perbandingan agama mesti dilakukan secara terbuka kalau boleh buat live dalam TV. Panggil pemuka agama Nasrani dan Bijak pandai Islam untuk berhujah. Sama ada perkataan Allah ini boleh mengelirukan umat islam masih lagi menjadi tanda soal tetapi fakta bahawa ramai orang islam yang murtad mmg tak boleh dinafi. Jika ada seorg murtad disebabkan perkataan ini, ia juga merupakan tragedi.
2) Di Malaysia sejak bila kita sudah gunakan Istilah Allah untuk rujuk tuhan pada umat Islam. Pada masa dulu kita tak pakai perkataan Allah(Batu Bersurat Terengganu misalnya gunakan Dewata Mulia Raya, Penduduk Hindu bali walaupun sembah banyak Dewa tapi mereka percaya pada satu tuhan yang dipanggil Sang Hyang Widi). Gunakan hujah berdalilkan Alquran adalah sesuatu yang tak berapa tepat kerana Allah di dalam Al quran merujuk pada istilah bahasa arab dan mustahil Allah menggunakan istilah bukan bahasa Arab seperti memasukkan perkataan Yahweh, elohim dan sebagainya. Tak jadi hal besar pun kalau Kristian tak dapat guna perkataan Allah. Tak rosak akidah mereka jika tak digunakan perkataan Allah. Apa la salahnya jika ada perbezaan dari segi perkataan untuk rujuk tuhan bagi agama masing2 walhal perkataan sahaja lain sedangkan maksudnya sama walaupun konsep ketuhanan tu kena diterangkan secara mendalam.
Kadangkala saya lihat pihak2 yg menyokong pengguanaan nama Allah bagi org nasrani seolah berlebih-lebih. satu Ketika dulu apabila isu agama anak bukan islam kekal mengikut agama asalnya walaupun salah seorang ibu atau bapanya masuk islam. Org yg sama tanpa melihat tentang peruntukan undang2 dan tanpa melihat keputusan mahkamah tentang hak penjagaan, bersetuju dengan cadangan itu. Di bawa pula dalil daripada Alquran dan sunnah untuk dijadikan hujah. Eh tolongla jangan cepat sangat beri pendapat tanpa fikir dan kaji dulu. Yang menyokong penggunaan perkataan allah oleh orang bukan Islam tak kan jadi kafir dan yang tak sokong tak termasuk golongan zalim, tapi kena fikir tentang kesesuaiannya pada umat Islam di Malaysia ni.
Fauzi
Assalamualaikum kepada saudaraku yang mengucapkan "Aku naik saksi bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah (Yang Esa) dan "Aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah" yang hidup di permukaan planet ini. Ingat...!! kita berada dalam fasa kiamat, tanda-tanda amat jelas kelihatan di sekeliling kita. Tanggungjawab mempertahankan Islam termasuk penggunaan nama Allah Yang Esa adalah tanggungjawab setiap penganutnya tanpa mengira apa bangsa sekalipun. Jangan kerana politik kita berpecah belah, kembalilah kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Iblis laknatullah dan kuncu-kuncunya yang terdiri dari orang-orang kafir dan orang yang mengikut hawa nafsu yang jahat iaitu terdiri dari bangsa jin dan manusia sedang mengumpul para pengikutnya ke neraka. Moyang kita Nabi Adam Alaihissalam dan isterinya Siti Hawa tertipu dengan pujuk rayu iblis laknatullah hingga terhalau dari syurga dan diperintahnya hidup di dunia ini sehinggalah kiamat. Hidup di dunia ini umpama terlelap seketika di waktu asar. Kemudian selepas mati kita berada di alam barzakh sehingga dibangkitkan semula. Peliharalah solatmu dan gemarlah bersedekah dan carilah harta dari jalan yang halal, bantulah saudara di sekelingmu yang amat memerlukan pertolongan, buatlah amal jariah dengan seikhlas hati, salam dari saudaramu, Muhammad Asri.
kepada semua agak-agak kalau kita sokong perjuangan demontrasi UMNO ni kita boleh terpesong ke tidak?aku rasa mungkin kita boleh jadi murtad dalam tak sedar kerana Umno perjuangkan yang halal di haramkan tapi yang haram di halalkan.Contohnya bunuh orang boleh,judi boleh,beer boleh siap ada kilang lagi di Malaysia,liwat pun boleh seperti kata PI Bala yang PM Umno kaki liwat.Habis kalau orang agama lain nak pakai nama Allah bagi ganti God dalam majalah diorang biarlah.Yang penting akidah kita kuat tak mudah terpesong.Semua jabatan agama dalam Malaysia kuatkan dakwah pada umat Islam bukan makan gaji buta sokong puak munafik Umno.Cis Ulama busuk yang ada sekarang ni diri sendiri pun tak terdakwah ada hati nak hasut umat tentang perkara yang tak haram di sisi Allah.yang memang dah haram di sisi Allah sokong pula.Bahalul.chey anak gerik
Bila ulamak tak mau keluar pandangan maka ular dalam semak pun keluarkan pandangan masing masing. Huru hara jadinya
Nampak benar Haron Din tak layak jadi Timbalan Mursyidul. Cakap pun dah macam orang UMNOnggok..banyak melayu dari Islam. Cuba jadi rasional macam Khalid Samad. Baca http://www.khalidsamad.com/2010/01/isu-kalimah.html
Quote"Pak Bakaq tak nak komen apa yg dikatakan oleh AG bahawa tiada pegawai TUDM yg terlibat dlm kes kehilangan engine jet F5E....hanya anggota LLP yg terlibat.
Selain itu dakwa AG lagi ialah dokumen penghantaran engine tersebut dikatakan hilang apabila sampai kenegara berkenaan.
Alaaa haiiii AG....engine itu dihantar dari butterworth ke airod disubang.
Bagaimana dokumen perjalanan domestik boleh digunakan utk penghantaran antarabangsa.Tak semua rakyat malaysia yg terlupa walaupun sedang hangat dgn kes nama Allah.
Adakah AG nak kata kastam malaysia tak kenal dokumen ??
Pak Bakaq tak nak ulas ke.....??unquote
Part nie, Pak Bakaq ,maleh nak ulas ulas.
Tak der ummph lar!!!
Silap hari bulan ,kena lagi.
Hat yg.melibatkan keburukan PAS,walau sebesar zarah pon akan di besar besarkan.
Kerana ia akan memenohi cita rasa PB.
Teruskan ler.
Kubur masing masing.
kenapa ada ramai pengkritik umno yg hebat2.....kemudian masuk dlm jap...pas tu bila keluar je nampak gaya sudah tukar lah...?
bukan nak tuduh sapa2...
sejak dari tahun 80-an lagi benda ni dah nampak.....sebsb tahun 70-an aku budak gi, tak amik tau pun pasal politik.
ada banyak kes juga.....melibatkan pemimpin dan ahli Pas dan Dap...cukup kuat hentam umno/bn ....siap ngan fakta dan hujjah yg baik sampai umno tak leh nak jawab
kemudian bila diorang kena tangkap......reman utk soal siasat lah katakan..
bila dibebaskan .....terus senyap....ada yg dah berubah pun
walaupun mcm tu namun ada juga yg tak terjejas malah makin kuat dan berani...contoh mcm Mat Sabu ngan Karpal Sing....dan ada dua tiga org gi.....yg lain hancuuuus....
harap pak bakaq tak terasa.......hanya rekaan shj....tiada kena mengena ngan pak bakaq atau sesiapa shj samada hidup atau yg sudah mati...
kpd fauzi...
kenyataan dlm perkara (2) yg berbunyi "gunakan hujjah berdalilkan Al Qur'an adalah sesuatu yg tak berapa tepat kerana Allah didalam Al Qur'an merujuk kpd istilah bahasa arab..."
sedar ke tak sedar ni apa itu Al Qur'an...?
tidak sebsar satu huruf pun dari Al Qur'an itu yg tidak sesuai atau tepat sebagai rujukan......sekiranya kita tau dan faham apa itu Al Qur'an.
bahasa arab dgn bahasa Al Qur'an tak sama.....walau zahirnya kedua-duanya adalah bahasa arab.
apakah ada yg lain dari Al Qur'an yg lebih baik dan tepat sebagai rujukan...?
biarkan mereka yg ahli dlm bidang ini yg bagi pandangan......kalau tak layak lebih baik DIAM....!!
salam semua,
persoalan pokok ialah, adakah penggunaan kalimah 'Allah' oleh bukan Islam, boleh atau tidak? jawapannya adalah jelas, BOLEH. apa yang diheboh2kan adalah 'kebimbangan' yang menyusulinya. jadi, bagaimanakah caranya hendak kita uruskan 'kebimbangan' tersebut? patutkah kita menghalang sesuatu yang Islam tidak melarangnya? fikirkanlah. di mana kita di dalam kegairahan mempertahankan Islam kita bersekongkol pula mahu menidakkan apa yang Islam bolehkan? Allah swt tidak melarang, siapa pula kita yang gila meraban mahu melarangnya? hubaya, hubayalah.
wallahu'alam
Salam semua..
Teman rasa heran juga sejak heboh dengan penggunaan perkataan Allah nie..Kita ada 14 mufti( betui ker nie..)tapi tak dengor apa pun kenyataan dari depa. Maksud teman satu kenyataan yang resmi ( maaf kalau terlepas pandang..). Depa nie dok buat apa tak tau..yang dok nampak kecoh skg nie yang bukan mufti..ada la sorang bekas mufti yg buat kenyataan.
Cuba bukak laman web www.zaharuddin.net.
Kat situ dia ada cakap, dari persoalan hukum, memang boleh. Tapi... (baca sendiri la)
Yang penting, hal itu bukan muktamad dalam Al-Quran atau Hadits - orang yang layak, masih boleh berijtihad.
Yang lagi malang, 'takut' nak sokong haramkan Herald guna kalimah Allah sebab 'takut' dipanggil UMNO. Kalau otak udang tu, otak udanglah sampai sekarang ni pun.
-malaymind-