Sedap!! Klik gambar di atas!

Tahniah Umno!

Banyak SMS yang saya terima. Siap maki hamun. Ada yang kata "belum memerintah dah zalim". Cukuplah saya siarkan SMS berikut dari seorang aktivis penting PAS:
Apa punya keputusan ni. Org yg pertahankan PAS dan kerajaan PR digantung. Tapi org huru-harakan kerajaan kerajaan PR dan sentiasa ambil sikap yang berlawanan dengan kerajaan PR hanya diberi amaran. Keputusan ini beri signal yang salah kepada rakyat.
Tahniah Umno! Tahniah Umno! Tahniah Umno!

Berkaitan:
Khalid digantung, Hassan lepas (Malaysiakini 29/1/10)
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. lembaga disiplin umno bebaskan kj politik wang....pengerusi tu tak pakai kopiah masa buat keputusan so dia double standard.

    pengerusi lembaga disiplin pas pakai kopiah masa buat keptusan....so dia dihindarkan dari sifat mazmumah.....

    http://corongkita.blogspot.com/2010/01/kembar-tak-seiras-tuan-ibrahim-tuan-man_29.html

  2. salam pak bakaq....

    kena buat rayuan plak kut...nntah lah
    bagaimana plak jika yb khalid terima keputusan dengan belapang dada?
    keputusan dr hasan ali mungkin kerana situasi Selangor kut? kalau tindakan sebaliknya akan memberi impak besar pada kerajaan S'ngor.

    tahniah ameno!

  3. Ha ha ha...itu le hakikat orang Melayu....semuanya mengaku islam dan beriman, tapi bila di uji....(sekali lagi HA HA HA)...'habok pun tak rak'....dari Sultan, PM, AG, IGP, Hakim, Mufti, Ulama, VC, Professor, UMNO, PAS, PKR.... Name it apa saja, CONFIRM...memang semuanya baka bangsa "HIPPOCRATES".

    Nama berbin kan islam, pakaian berserban macam islam, mengaji dan menghafal al'quran macam islam, sembahyang macam islam, puasa macam islam. haji umrah macam islam, bezikir macam islam, berceramah dan berdawah bercakap pasal islam, sambut raya melebihi islam....TAPI BERTIDAK MACAM "MUNAFIQIN" YANG BENCI KAN ISLAM....APA BEZA NYA PAS DENGAN UMNO?

    Dah tak kuasa lagi aku nak layan kaum pengecut ni .............PUT STOP

  4. Tunggulah pilihan raya nanti. Hasan Ali confirm masuk UMNO sebab isu baiah dah habis masa tu. Yang tinggal puak-puak yang diperbodohkan oleh Hasan Ali.

    Semoga YB Khalid bersabar dan menerima dengan penuh redha. Nanti rakyat akan ajar mereka.

    Teruskan perjuangan YB Khalid. Selalunya hero kalah dulu. Insya-Allah...

  5. Pak Bakaq,
    Sebenarnya keputusan ini memang sudah diduga.Dewasa ini,siapa saja dala PAS yang menentang Fraksi UMNO(baca:Geng Perpaduang) akan dihalau keluar dari PAS.Sekiaranya mereka tidak terdaya untuk dihalau keluar,mereka akan diaibkan,dimalukan dan diketepikan.Itulah hakikatnya.

  6. sunggoh malang PAS mempunyai pemimpin saperti tuan man and the geng bak kata tok guru CELAKE lah mereka ini yang buat keputusan yang tidak adil dan mencemarkan maruah perjuangan PAS belum berkuasa penoh dah berlaku Zalim

  7. nampak sangat PAS sudah menjadi sebuah parti politik banggang benggap dan bahlol. hipokrit kata orang; presidennya pulak lembab lagi toye tak boleh nampak good leadership dalam team, mesti kena kasi cantas. yang toye dan bermuka muka dibela. nasib baik obama tak duduk kat malaysia, kalau ye mungkin dia dah bunuh diri dari diseksa dengan kebodohan melayu di dalam PAS. agak agak monyet dapat memimpin PAS lebih baik dari orang terengganu kot. mungkin?

  8. ISH, ISH, ISH jangan kata apa-apa kat depa......semua depa tuu alim-alim belaka .... depa buat apa pun tak pa, pasai depa pakai serban dan ketayap .... jadi macam tok-tok guru zaman dulu ..jangan tanya..ikut saja ..kalau tanya ..kena jerkah ..hampa nak jadi munafik ... lawan cakap orang alim pakai ketayap

  9. hehe, bkn ke itu yg org pas dok canangkan ke?. sekarang, amek ko.....

  10. goodbye pas..tata..titi..tutu

  11. SALAM TO ALL

    APA nak jadi dengan sesetengah pemimpin PAS mutaakhir ini ? Ramai orang sudah jadi bingung dengan keputusan lembaga displin ... adakah anda Tergaman dan terkejut dengan keputusan itu ??? Pelik sungguh keputusan tuu tapi itulah realiti dan Hakikat yang ahli marhain PAs perlu terima !!!
    Pak bakaq ada juga kawan-kawan kita yg dah biasa dgn pemimpin atasan PAS kata mereka inilah keputusan yg sudah di ramal kan ...Kata mereka" sama-sama kat forum perdana sewaktuu ketika dahulu ,tak kan nak gantung aku kut " !!!!!

    ITU lah pemimpin berkualiti yang yg saudara pilih semasa pemilihan parti (Muktamar)..Tak perlu maki hamun pak bakaq ..itulah hakikat pilih pemimpin yg tak tau nak buat kerja (mungkin tahu satu bidang tapi jahil di bidang yg lain )!!!!

    Apa kah kesan atau impak keputusan lembaga displin ini kepada RAKYAT ie ahli PAS ,penyokong PAS dan orang yg mahu berjinak dengan PR khusus nya PAS ...Pada zahir nya punah dan hancuur ..Atau ada Pakar motivasi yg boleh membakar semangat mereka ini ??? Rakyat era 21 ini sudah CERDIK tak macam dulu lagi ,dulu mungkin mudah di tipu TAPI sekarang rasa saya SUSAH untuk di tipu ,kemudahan info dari internet /telekomunikasi/SMS yg canggih, Rakyat dapat berbagai info dgn cepat....

    Wahai pendokong ISLAM , PAS adalah Parti yg ingin kan ISLAM di mertabatkan di negara kita yg tercinta TAPI SESEtengah Pemimpin nya alpa ,lalai ,lupa diri lupa akan Halatuju asal perjuanngan PARTI ...yang salah Bukan Parti tapi orang yg berkuasa dalam Parti ...Pak bakaq setuju tak walaupun pak bakaq bukan ahli ??

    Mari lah sama-sama kita berdoa Kehadrat ALLAH agar ALLAH memberikan Petunjuk kepada kita dan Pemimpin kita agar kembali ke pangkal jalan ..Mungkin kita terlupa atau terlena dengan "ghanimah" yg mencurah-curah di selangor/kelantan ...Kalau payah sangat Kita doa je agar ALLAH buang Pemimpin PAS yg jiwanya UMNO /yg jadi Barua-Barua UMNO /atau yg berfikiran mcm umno dalam PAS samada mereka dengan rela hati bersara atau kalu susah sangat Berdoa agar ALLAH Pendek kan nyawa mereka .. AMEEN ..

    Saya terlalu kecewa !!!!kerana selalu nya kejadian aneh sebegini hanya berlaku dalam Parti lawan sahaja !!!Orang yg menjaga PARTI di HUKUM tapi yg merosak kan masa depan Parti Hanya di beri Amaran .. maasyaallah !!!!!

    Mungkin ini adalah LUAHAN HATI saya yg tulus ikhlas sebagai suatu peringatan atau teguran dari saya sebagai pengundi DUN GOMBAK SETIA....Apa yg berlaku mutaakhir ini khususnya dan di kedah ,kelantan,selangor, menyebab kan saya rasa gelisah adakah KEDAH /KELANTAN /SELANGOR akan terus di takbir oleh PR ,, SAtu lagi dgn keputusan lembaga displin ini khusus nya DUN GOMBAK SETIA adakah akan di menangi oleh parti PAS/PR lagi seandai nya calon yg sama menjadi calon PAS di PRU 13 ...sama-sama kita tunggu !!!!

    Sekarang ini pak bakaq dah lama aku tak dengar ustaz atau penceramah berceramah memuji "Khalifah umar abd aziz"...

    DR SYED
    GOMBAK SETIA

  12. Jelas,terang dan tak salah lagi - keputusan ini "keputusan Geng Perpaduang".Memang sudah hampir 2 tahun Geng Perpaduang ni merancang hendak "menghalau keluar" dan "mengenepikan" mana-mana pihak dalam PAS yang menentang mereka.Perkampungan Geng Perpaduang diIbu Pejabat PAS diJalan Raja Laut telah menyenangkan lagi kerja dan usha "menghapuskan" dan "menolak keluar" pihak-pihak yang tak sebulu dengan mereka.Sekarang telah jelas terbukti.Tak salah lagi.

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008