Dalam postingnya yang bertajuk "Umno Juara Rakyat: Tiada lagi makanan asrama Sabtu/Ahad", Misai Merah cerita:
Satu soalan yang saya nak tanya kepada diri saya ialah hang sedaq dak bakaq bahawa setiap hujung minggu, ketika perut hang kenyang, ada ramai anak-anak di "negara makmur" ini yang menangis kelaparan? Ya Allah....
Apa langkah bersama kita untuk membela nasib anak-anak kelaparan itu? Anak-anak kelaparan di dalam negara makmur yang semakin hebat dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) apabila kedudukan Malaysia pada tahun 2009 terus menjunam ke bawah kepada kedudukan ke 56 berbanding kedudukan ke 47 pada tahun 2008.
Bab makan ni perkara asas. Juara rakyat atau juara keparat?
Berkaitan:
Ketuanan dewa-dewa Melayu
Ramai ibu bapa mengeluh dan merasa bimbang dengan langkah baru Kementerian Pelajaran Malaysia yang tidak lagi menyediakan makanan asrama pada hari Sabtu dan Ahad serta Jumaat dan Sabtu mengikut negeri yang bercuti untuk pelajar -pelajar sekolah yang tinggal di sekolah berasrama penuh. Makanan Asrama telah dihentikan kerana mahu berjimat cermat.Persoalan yang saya nak tanya ialah:
Para pelajar terpaksa membeli makanan dengan wang sendiri walaupun yuran makanan asrama telah dibayar semasa hari pertama daftar persekolahan minggu lepas (Lebih detail lagi baca posting Pak Teh bertajuk "Isu murid asrama sesi 2010 - kena balik kampung setiap minggu ? Tiada makanan Sabtu Ahad?")
1. Adakah anak-anak sekolah itu boleh pulang ke rumah setiap hujung minggu? Kalau boleh, bolehlah mereka makan di rumah.Beberapa bulan lalu, kawan saya beritahu bahawa anaknya yang belajar di Maktab Rendah Sains Mara diberi bijirin sahaja untuk sarapan pagi. Dia cerita, kalau hari yang ada makanan lain macam nasi lemak ka, barulah budak-budak di sekolah anaknya belajar tu berebut-rebut turun ke dewan makan. Kalau ada kawan depa pi check, tengok-tengok bijirin sahaja, depa tak nak pi ke dewan makan.
2. Jika tak ada duit nak balik rumah dan nak makan pun tak ada duit, siapa tahu mereka menitiskan air mata kerana menahan lapar?
3. Jika anda orang miskin seperti saya, masihkah lagi anda mahu menghantar anak ke sekolah berasrama?
Satu soalan yang saya nak tanya kepada diri saya ialah hang sedaq dak bakaq bahawa setiap hujung minggu, ketika perut hang kenyang, ada ramai anak-anak di "negara makmur" ini yang menangis kelaparan? Ya Allah....
Apa langkah bersama kita untuk membela nasib anak-anak kelaparan itu? Anak-anak kelaparan di dalam negara makmur yang semakin hebat dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) apabila kedudukan Malaysia pada tahun 2009 terus menjunam ke bawah kepada kedudukan ke 56 berbanding kedudukan ke 47 pada tahun 2008.
Bab makan ni perkara asas. Juara rakyat atau juara keparat?
Berkaitan:
Ketuanan dewa-dewa Melayu

Cantik? Klik 

kenapa kerajaan semakin membuat dasar yang tidak popular di kalangan rakyat?
mula2 GST.
pastu Tol
sekarang makanan asrama pulak?
apa benda nih?
Makan bijirin cereal tuh lebih baik untuk kesihatan. Cuba Pak Bakaq gi test tekanan darah Pak bakaq sendiri. Banyak mana kolestrol akibat banyak makan nasi lemak?????
Kerana memang itu itu matalam mereka memiskinkan rakyat supaya jadi peminta sedekah dinegera sendiri dan mudahlah mereka mengula-gulakan (baca merasuah) bila pilihanraya. Apa yang di susahkan biar melarat dan menangis air mata darah pun mereka tahu golong ini tetap mengundi mereka.
Skim Bantuan Tuisyen utk sekolah rendah pun dh takdak..RMT pun dgq kata mcm smpai bln 4 ja..
Kenapa berkira sangat dengan anak-anak sekolah wahai Muhyidin Yasin. Kalau Gereja terbakar sekejap ja dah boleh infaq RM500,000.00.Repair bumbumg rumah kat tempat buat buat Program Umno Juara Rakyat berbelas juta leh umum segera ni budak-budak sekolah hang pa tak kesian ka?
kita berjimat,tp negara sentiasa rugi,bilion rm kerana salah guna kuasa. nampaknya kesan tempias kar bebudak dan jd mangsa?rujuk pkfz dll.err ada ke enjin lama?meh kita gi jual hehehe
mail
Salam Pak Bakar
Saya adalah pembekal makanan untuk pelajar asrama selama 20 tahun. Dari apa yang saya difahamkan bahawa hanya 200 hari dalam setahun budak budak asrama dapat makanan, berbanding 250 setahun dimasa lepas. Alasan pihak kerajaan ialah untuk menjimatkan kos. Cadangan saya ialah supaya kerajaan kekalkan 250 hari setahun dan turunkan harga tender kini antara 10.00 ke 13.00 untuk asrama bilangan penghuni nya lebih 300 orang, manakala bilangan kurang 300 orang, harga tender dari 13.00 ke 15.00. Jadi, yang banyak dapat tender adalah orang-orang politik, yang menumpang sekaki atas kenaikan harga ini, kerana untung untuk pelajar sekolah 300 murid ketas, boleh mencecah 50,000 sebulan. Ketika harga tender 4.00 ke 6.00 tidak ada orang politik yang beminat. Yang berminat orang saperti saya, hanya untuk mencari rezeki untuk membesarkan anak dan mencari pengalaman kerja. Kini ada juga saya dapat tender 10.00 keatas. Sebab itu saya boleh katakan untung buat kerja membekal makanan keasrama kini lebeih lumayan berbanding tahun 1990 hingga 2000. T.Kasih.
Bertambah seronoklah Kerajaan BN bila timbul isu Allah ni, segala penyelewengan dan kezaliman mereka kepada rakyat dapat disembunyikan bila timbul isu seperti ini.Isu enjin jet hilang,penyalahgunaan Subsidi Beras Untuk Rakyat(SUBUR). Kera di hutan dapat susu anak-anak sekolah mati kelaparan, kena ikat perut ,puasa . Zalim apa ni lebih daripada Yahudi. Budak-budak sekolah tu bukan tau apa pasal politik mereka nak cari ilmu saja woii..
saya menyokong anonymous 7:41:00 PM di atas tu. baik kekalkan bilangan hari dan turunkan harga tender. sudah2 la nak kaut untung sendiri. berapa banyak lagi untung nak kaut?
dengan pelajar sekolah pun nak berkira ke? sedarla semua, pelajar2 ni semua bakal pelapis generasi yang tak sedar diri dah tua tapi masih nak kaut untung sekarang. katanya nak jimat cermat.
ingat la...rumah kata pergi...kubur kata mari...
nak buat apa duit untung banyak2 tu kalau semua tu hasil kesengsaraan dan kesusahan rakyat? takkan itu pun nak mintak rakyat tolong fikir?
kata 1malaysia...
RAKYAT DIDAHULUKAN...pencapaian diutamakan...
pelajar2 sekolah asrama tu bukan rakyat? apakah nak pentingkan pencapaian pelajaran mereka je, tapi kebajikan terabai? lepas tu nak sponsor pendatang2 asing tanpa izin yang bersepah2 kat depot tahanan tu lebih dari rakyat sendiri?
mana lebih penting?
pelajar yang bakal memimpin negara tu ke atau pendatang yang sangat suka masuk negara ni tanpa permit sebab katanya rakyat malaysia pemurah?
mana tak pemurah? duduk dalam depot tahanan pun dapat makan jugak. HARI2 PULAK TU. takde plak saya dengar catuan untuk hari sabtu/ahad...
tolong laaaa...

Bukan nama sebenar
Aku sokong hang kata duduk dalam depot pun makan hari-hari free pulak tu. Budak-budak sekolah asrama tu kena juga bayar yuran makan asrama. PATI makan free satu sen tak bayar hantar balik negeri pun kita rakyat Malaysia yang bayar tambang!Duduk dalam jail dan lokap pun makan free hari-hari kah kah kah
Bagi sajalah peruntukan makan tu,nanti diaorang jumpa makanan ruji lain pulak(rokok), makin parah jadinya. Duit habis ke rokok, perut lapar jugak. Sekat sikit kelahiran perokok di negara kita terutamanya bagi yang Islam.
towardsmardhatillah said...
"Makan bijirin cereal tuh lebih baik untuk kesihatan. Cuba Pak Bakaq gi test tekanan darah Pak bakaq sendiri. Banyak mana kolestrol akibat banyak makan nasi lemak?????"
Budak-budak kena bagi makan kenyang-kenyang. Cereal ni hanya sesuai dengan orang tua-tua yang dah nak mampos banyak penyakit. Aku masa sekolah dulu pun belasah apa saja walaupun tak sedap.
Tolong fikirlah... jangan menyokong membabi buta aje apa UMNO buat. Yang banyak kat sekolah tu anak-anak orang kampung yang dah biasa belasah apa saja macam aku dulu.
pernah masuk curi makanan kat dewan makan sebab takder duit nak makan.. duit tinggal cukup cukup untuk tambang bas
hahaha,yg buat dasar ni gaji berpuluh2 ribu. Tk pernah tahu n rs mkna berlpr. Kerajaan UMNO mmg bodoh!!! Tahu memeras aje rkyt utk dptkn duit.
Ai, ada org orang dah panas dah nampaknya heheh
Jangan bimbang sedara-sedari sekalian. Apa yang UMNO buat tu, guna duit rakyat jugak. Segala bantuan 15.6 juta nak baiki flat, atau Klinik 1Malaysia yang bayar RM1, atau bantuan 500 ribu pada gejeja tu, SEMUANYA pakai DUIT RAKYAT. Jadi, tak usahlah berterima kasih atau bertepuk tangan untuk UMNO sampai bila-bila pun.
Macam contoh kerajaan PAS di Kelantan tu, mana ada dah orang yang kelaparan sekarang ni? Kedah pun. Selangor lagilah semua orang buang aje makanan merata-rata. Yang ini kita patut tepuk tangan dan berterima kasih. Bukan apa, ini BERKAT Kerajaan Pakatan Rakyat yang memerintah la ni.
Orang UMNO ni mesti bangang tak tahu ada rakyat yang tengah berlapar dalam kawasan mereka. Kat Penang tu contohnya, sebut saja Al-Khalifah Umar Abdel Aziz, terus bantuan makanan sampai. Mereka lagi baik sebab bagi Nasi Lemak, biar semua budak2 naik darah dan mati cepat. Ye lah, mati muda kan terus masuk Syurga? Inilah bentuk bantuan yang kita sebagai rakyat kehendaki. Kita mahukan kerajaan hantar kita semua ke syurga secepat yang boleh.
Kalau aku kata komen orang bodo, karang marah pulak.
Takkan nak salahkan Nik Aziz kalau ada jalan berlubang di Pasir Puteh, atau ada pengemis di Bandar Islam Kota Bharu atau ada perogol di Bachok?
Aku tau la ada yang dah panas dah kalau UMNO mula berubah jadi Juara Rakyat ni heheheh
More to come sedara-sedari. More to come. Nanti 191 bahagian UMNO wajib cari masalah untuk diselesaikan. Masa tu, bantuan sampai lagi. Masa tu, cakaplah ini semua duit rakyat juga. TAK PERLU terima kasih pada UMNO.
Atau kata saja ini semua gula-gula pilihan raya walau pilihanraya lagi 2 tahun pun. Katakan saja. Katakan saja!
-Malaymind-
Pekeliling baru dah keluar tarikh 8/1/2010. dah dinaikkan kepada 240 hari dah.
http://www.moe.gov.my/upload/galeri_awam/panduan/2010/1263276853.pdf