Dalam berita bertajuk "Henti tuding jari," Berita Minggu hari ini melaporkan Datuk Seri Najib Tun Razak mahu segelintir pihak berhenti menuding jari dan menuduh kononnya Umno terbabit dalam insiden cuba membakar empat gereja di sekitar Lembah Klang, kelmarin.
Persoalannya, kenapa orang tuduh Umno? Apa buruk kelaku Umno yang menyebabkan orang tuduh parti itu terbabit dalam dalam serangan-serangan terhadap gereja itu?
Lebih dari itu, mengapa Najib menggelabah sangat? Kalau betul orang-orang Umno tak mendalangi serangan itu, janganlah menggelabah. Berusaha la bersungguh-sungguh control awak punya body language tu..
Dah banyak kali Najib tidak dilihat berjaya nak kontrol body language dia, termasuk dalam kes Altantuya Shaariibu, Sukhoi dan Scorpene.
Berkaitan:
Umno pasang perangkap dalam isu kalimah "Allah" (Free Malaysia Today 8/1/10)
Henti tuding jari
Persoalannya, kenapa orang tuduh Umno? Apa buruk kelaku Umno yang menyebabkan orang tuduh parti itu terbabit dalam dalam serangan-serangan terhadap gereja itu?
Lebih dari itu, mengapa Najib menggelabah sangat? Kalau betul orang-orang Umno tak mendalangi serangan itu, janganlah menggelabah. Berusaha la bersungguh-sungguh control awak punya body language tu..
Dah banyak kali Najib tidak dilihat berjaya nak kontrol body language dia, termasuk dalam kes Altantuya Shaariibu, Sukhoi dan Scorpene.
Berkaitan:
Umno pasang perangkap dalam isu kalimah "Allah" (Free Malaysia Today 8/1/10)
Henti tuding jari
- PM tolak tuduhan Umno dalang kejadian bakar empat gereja
- Polis dapat petunjuk kesan suspek baling bom api
Berita Minggu (10/1/10): Datuk Seri Najib Razak mahu segelintir pihak berhenti menuding jari dan menuduh kononnya Umno terbabit dalam insiden cuba membakar empat gereja di sekitar Lembah Klang, kelmarin.
Perdana Menteri berkata, Umno tidak harus dipersalahkan di sebalik kejadian itu kerana ia bukan parti bersifat perkauman yang mahu merampas dan mengetepikan hak kaum lain di negara ini.
Beliau yang juga Presiden Umno, berkata, parti itu mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan tidak bertanggungjawab berkenaan dan berharap pihak berkuasa dapat menahan dan menghukum dalang yang terbabit dengan kejadian itu.
"Kita menegakkan prinsip adil dan saksama kepada semua kaum...sebab itu apabila saya mengambil alih tampuk kepemimpinan negara, saya menekankan prinsip dan semangat 1Malaysia.
"Jadi, apabila berlaku apa-apa insiden, jangan tuding jari kepada Umno mengatakan parti ini rasis...bila ada gereja terbakar, kata Umno jahat.
"Kalau polis dapat cari siapa yang melakukan perkara ini, kita akan hukum dia dengan adil dan saksama," katanya pada sidang media selepas melancarkan Program Juara Rakyat anjuran Umno di Bandar Bukit Sentosa, Rawang, dekat sini semalam.
Hadir sama isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor; Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri, Puan Sri Norainee Abdul Rahman; Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Datuk Seri Shafie Apdal.
Turut hadir Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; Ketua Penerangan, Datuk Ahmad Maslan, barisan Majlis Tertinggi (MT) dan pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN).
Selain penulis blog dan portal berita, terbaru, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada sidang media selepas menutup Taklimat Isu Semasa di Shah Alam, semalam menuduh Umno menolak agama dan al-Quran yang menyebabkan berlaku perbuatan membakar gereja.
Sementara itu, selepas melawat Gereja Metro Tabernacle di Desa Melawati di sini, petang semalam, Najib mahu mana-mana pihak tidak mempolitikkan kejadian itu.
Sambil meminta rakyat berbilang kaum dan agama di negara ini bertenang dan tidak mengikut perasaan, Perdana Menteri menegaskan Islam melarang umatnya merosakkan mana-mana rumah ibadat agama lain.
"Ada pihak tuduh kerajaan berhubung insiden ini...biarlah mereka tuduh...ini namanya cuba putar belit. Mereka cuba menuding jari kerana mereka ada agenda politik. Jadi saya mengutuk cara seperti ini sebab kita tidak boleh mempolitikkan insiden ini.
"Kita mesti mengambil sikap bertanggungjawab untuk menenangkan keadaan dan mencari penyelesaian terbaik," katanya.
Turut menyertai beliau ialah Hishammuddin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon; Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai; Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin dan Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan.
Perdana Menteri yang tiba pada jam 5 petang meluangkan masa hampir 20 minit meninjau sendiri keadaan gereja terbabit yang mengalami kerosakan, terutama di bahagian pejabatnya di tingkat bawah.
Serentak itu, beliau mengumumkan peruntukan RM500,000 kepada Gereja Metro Tabernacle bagi membolehkan pentadbiran gereja berkenaan membangunkan rumah ibadat itu di tempat lain.
Beliau berkata, peruntukan itu adalah tanda simpati kerajaan terhadap insiden yang berlaku dan peruntukan berkenaan akan disalurkan kepada pihak Assembly of God supaya mereka dapat membangunkan gereja di kawasan baru.
"Lawatan saya ini menunjukkan betapa seriusnya pandangan kerajaan terhadap kejadian ini. Perbuatan seperti membakar tempat orang lain beribadat satu perbuatan terkutuk bukan saja di sisi undang-undang negara tetapi juga dari segi Islam," katanya.
Ditanya sama ada kerajaan akan memberikan bantuan kepada gereja lain yang terbabit dalam serangan bom api, Najib berkata: "Tempat ini (Gereja Metro Tabernacle) dulu kerana yang ini paling berat sekali (mengalami kerosakan)," katanya.
Sementara itu, Musa berkata, polis percaya bukan kumpulan sama yang melakukan serangan bom api ke atas empat gereja di sekitar Lembah Klang kerana modus operandi mereka berbeza.
"Polis sedang menyiasat kejadian ini dan kita masih belum pasti warga negara yang terbabit. Kita sedang berhubung dengan saksi kejadian dan percaya akan mendapat petunjuk.
"Selain meningkatkan kawalan keselamatan di gereja, kita juga menambah bilangan anggota untuk memantau keselamatan di masjid dan surau. Sebagai contoh, di Petaling Jaya saja ada 62 gereja manakala jumlah keseluruhan gereja di Selangor dan Kuala Lumpur sudah melebihi 600 buah.
"Pada masa sama, kita meminta pentadbiran gereja supaya turut meningkatkan kawalan keselamatan dengan menyediakan pengawal," katanya.
Hishammuddin yang juga Menteri Dalam Negeri mengesahkan polis menerima lima laporan membabitkan kes rumah ibadat, termasuk sebuah surau di Klang dirosakkan setakat jam 2 petang semalam.











Cantik? Klik 






org ngok je yg ckp umno tak terlibat...nmpk sgt umno terdesak..pirahhhhhhhh..
Bakaq, masa hang kena gari dulu pun aku tengok mengelabah juga melalui body language hang, so jangan la dok kata orang. Hang boleh la dok depan komputer tekan keyboard, lepas tu pi pekena roti canai, tak dak apa2 komitment, pas tu tekan lagi keyboard hentam lagi, lagi dan lagi..
Saudara,
Salahkah kalau Dato' Seri Najib meminta orang berhenti menuduh UMNO? Atau saudara mahu PM setuju orang tuduh UMNO? Dia Presiden UMNO, dia kena pertahankan lah partinya. Apa kata kalau orang tuduh PAS pulak? Nik Aziz dengan Haji Hadi suka ke?
Lain kali kalau mau buat komen fikirkan lah dulu.
Salam Bakaq.
Tak baik tuduh Dewa suci Umno.
Terutamanya YB dari Pakatan Rakyat Selangor,jangan main tuduh-tuduh dan fitnah.
Jangan ingat risikan PDRM dan Tentera makan gaji buta.
Lambat siang depa dah tahu sapa bakar gereja tu.
Rekod imigresen pun boleh hilang.
ISA,Akta hasutan,OSA,Akta Polis Sek.27,Akta Mesin cetak...dll.
YB-YB dari Pakatan Rakyat Selangor tak takutkah ?
Tak takutkah perangkap ? Jerat tak pernah lupakan kancil !
Ramlee.
Anon 2
Tu sbb aku mintak PM berusaha la bersungguh-sungguh control body language dia ketika dia menunaikan kewajipannya untuk membela parti dia. Harap maklum, tak salah dia menunaikan kewajipan membela parti dia. Itu kerja dan tugas dia. Kalau tak, buat apa jadi presiden..
Bakaq ni dengan cara terkininya nampak minat sungguh nak 'mengganti' raja petra yang lari pi london. Gaya, bakaq dah ada, minda dan IQ pun kira otak no 1 (otak belacan). Makin hebat sejak blognya kena celako dengan orang tua tu.
Teruskanlah Bakaq gaya 'batu api' hang tu asalkan bahagia.
Anon 2 ni SB kot, saja dia ingatkan Pak Bakaq kisah lama agar Pak Bakaq seriau. Takpe Pak Bakaq, teruskan usaha anda. Kalo x pandai control body language. Blaja control body dari Datin Rosmah. Harharhar!!!
Jelas ini kerja orang yg menangguk di air keruh. kalau kita kaji 'special activities' serta clandestine dan covert actions CIA dan Mossat, inilah salah satu kaedah yg dipakai untuk menggugat kestabilan dan keselamatan negara lain. Mungkin ada suku sakatnya di sini kot.
ice.
Tak baik main tuduh-tuduh. Tok aku kata kalau tuduh dewa kena sumpah. Kata tok aku lagi, minta simpang tok nenek anak cucu nak tumpang lalu! Hampa tak takut ka!! tak baik tau bedosa!!
Argghhhhhhhh.......Aku dah bosan dgn cerita politik. Balik2 sangkut politik. Balik2 sangkut politik. Apa kata kita jangan sembang politik seminggu?
mulut boleh berbohong tetapi gaya bahasa badan kita menyatakan yang sebaliknya. sekarang susah nak perdaya semua orang!
enjin jet pun boleh hilang cekap ape nye...
Komen Chey anak Malaya, Assasin dan Jebon tak berani nak siar. Silap2 ke dalam tak pasai2 aku...
La la la la.... Pejuang Islam konon.. Si Arman ni... Bini Tudung pun tak reti pakai.
http://www.facebook.com/profile.php?id=650356311
Kuat dia ni... Ketua WIRA PERKASA SELANGOR. Cakap berdegar-degar.....
Tapi dok bangga dengan arak
http://www.facebook.com/photo.php?pid=2010741&id=567392676
Dok syok kat The Club Kho San, Thailand...
http://www.facebook.com/photo.php?pid=2010741&id=567392676#/photo.php?pid=2010725&id=567392676&fbid=81711182676
http://www.facebook.com/photo.php?pid=2010741&id=567392676#/photo.php?pid=2010742&id=567392676&fbid=81712427676
Apalah jenis orang ni... ARMANDPJU
Kata pejuang...tapi takut ke dalam pulak, tapi jadi batu api tak takut pun. Untuk elak hukuman dan penjara dunia hang bolehlah pilih-pilih yang mana hang nak siar atau tidak tapi hasutan dan fitnah yang hang buat tu semuanya Allah ambil kira untuk balasan akhirat nanti.
a'kum tuan,
berbalik kpd isu murid asrama tak disedia makan pada hari sabtu dan ahad... sya rasa kementerian dah ada jawapan kot. cuma nak nak khabar ttg naiknya yuran makan asrama. bagi pendapatan bawah rm5000,kekal rm1.00. bagi pendapatan rm5001 dan ke atas, rm3.00. 200% naiknya.
tidak kisah naik tu tapi nampak sgt tak pikir panjang org yang buat keputusan tu. tak cerdik langsung. ada kawan pendapatan rm5050, blm tolak hutang rumah, kereta, anak tiga org duk asrama.... yng untung adalah kumpulan orang meniaga, kontraktor, dan mereka yang tak ada slip gaji. pakai keta mewah tapi isytihar pendapatan bawah rm5000.
kenapa pembuat keputusan tak pikir panjang supaya tak menimbulkan marah org pada kerajaan atau lebih nampak adil. patutnya, buatlah pendapatan bawah rm5000, dinaikan 50 sen jadi. rm1.50, yang rm5001 ke atas, rm2.00, naik rm1.00. barulah kami yang pendapatan rm5001 ke atas tak rasa sakit hati sgt. cadangan tambahan, rm10001 dan ke atas naikkan 3.00 ke...
ada beberapa keputusan KPM menunjukkan mereka tak buat kerja smart... nampak seperti sekadar lepas batuk ditangga shj,
Anon 15
Hang tlg tunjuk kata mana2 yang aku kata aku pejuang.
Bakaq,
Hahaha...Depa dah anggap hang boleh ganti RPK! So hang kena banyak sikit tulih supaya prolific macam RPK gak.Tulih kena yg panas2 sikit biaq tebeliak bijik mata depa.
Satu lagi aku penat la tengok kes Almenantnya kat KB tu, baru2 ni Kickdefella dah samakan si Amalina tu macam Iblis...Adoi, this is really hitting below the belt la bro.Hang tak terpanggil ka nak tolong damaikan depa sikit? Benda ni dah melalut jauh.Cakap kat depa sudah-sudah la tu...
Mohon maaf atas komen saya kalau tersinggung, maaf.
Anon 15
Surat Terbuka Untuk TGNA
Firman Allah bermaksud “ Dijadikan kepada manusia perhiasan,,cintakan nafsu syahwat daripada perempuan2 dan anak-anak….hingga akhir ayat “
Bersyukur ke Hadrat Allah swt kerana Rakyat Kelantan dikurniakan seorang Pemimpin yang beriman sebagai Mursyidul Am dan Menteri Besar untuk memimpin kami ke jalan yang diredhai dunia dan akhirat.
Alhamdulillah berkat usaha dakwah TGNA selama ini kami yakin bahawa Islam itu selayaknya memerintah Dunia agar kita semua tidak alpa dalam kesesatan.
Sebagai manusia sudah tentunya kita tidak dapat lari dari kesalahan dan kesilapan.Justeru TGNA mengajar kami agar sentiasa bermuhasabah dengan apa yang kita lakukan setiap hari supaya rahmat Allah sentiasa melingkungi kehidupan kita seharian.
TGNA yang dirahmati Allah,
TGNA mengajar kita tentang beberapa kisah zaman Nabi terdahulu untuk renungan bersama agar kita dapat mengambil pengajaran yang baik sebagai bekal ke akhirat.Jauhilah apa yang telah diuji terhadap Syeikh Barshisha dan Syeikh Bal Am yang tewas dengan pujuk rayu syaitan laknatullah.
Kerana kasih sayang berlebihan terhadap anak isteri menyebabkan syaitan punyai ruang untuk menyesatkan hamba Allah yang tidak tertanding amalannya seperti kedua-dua Syeikh di atas.
Saya mohon maaf dunia akhirat andainya tutur kata ini mengguris hati TGNA.Biar apapun anggapan TGNA terhadap saya,sebagai rakyat kecil saya rasa terpanggil untuk menyuarakan apa yang terbuku di hati rakyat Kelantan.Biarpun begitu saya prinsip wala’ kepada pemimpin tetap menjadi pegangan saya.
Andai Sayyidina Ali menerima teguran seorang kanak-kanak,apa salahnya saya sebagai rakyat Kelantan menegur untuk kebaikan.”BERILAH PERINGATAN,SESUNGGUHNYA PERINGATAN ITU MEMBERI MENAFAAT KEPADA ORANG YANG BERIMAN”
TGNA yang dikasihi Allah,
Merenung sejenak saat-saat manis PAS Berjaya memerintah Negeri Kelantan pada tahun 1990,sungguh manis kejayaan yang dicapai pejuang agama setelah berjuang penuh onak duri.Bersama kemenangan kita semua menerima ujian pertama pada tahun 1993 iaitu berkenaan pampasan Empangan Pergau.
Setelah beberapa kali rundingan,Kerajaan Pusat masih mendera PAS Kelantan,pelbagai alas n untuk melengah-lengahkan pembayaran,nilai yang semakin mengecil dll.
TGNA menyeru rakyat Kelantan untuk solat hajat beramai-ramai di Kem Kijang PCB.Kami membulatkan hati menyokong usaha itu dan ribuan rakyat Kelantan bermunajat memohon pertolongan Allah…
Alhamdulillah Kerajaan Pusat segera membayar lebih dari yang diminta oleh TGNA.Bila rakyat dizalimi,Percayalah “PERTOLONGAN DARI ALLAH ITU DEKAT DAN BERGEMBIRALAH ORANG-ORANG YANG BERIMAN “
Sambung di cilipadi007.blogspot.com
wah terror la,bole baca body language.ni mesti master dalam bidang psikologi,tak pun pegawai penyiasat.betul tak?
biase la... kata AHLI SYURGA... semua leh nmpk maa, kalo stakat body language, tutup mata tutup telinga pun leh judge maa..hahahahaha....
Salam, bakaq, haaaaa pagi ni gue ingat dulu orang kata..sapa makan cili dia yang pedas.....sebab tu....PM...bagi warning...jangan tuduh umno...sebab umno bukan parti perkauman..sebab tu masa dulu-dulu..ketika aku masih remaja..ada pilihan raya...aku masa tu umur dlm 18 ke 19 begitulah...maka..semua remaja d kg aku...d bawa p kursus utk jadi pekerja pilihan raya..dlm kursus tu..d ajar nyayi lagu anak kecil main api..sapa yang pernah p kursus umno ni..sure tau pasal lagu ni..
selama 2 hari kami d ajar dgn agenda umno ni..sampai ada satu bro tu..yang beristeri wanita cina..tanya satu usul..adakah dia perlu cerai bini dia....masa tu semua orang senyappp...kemudian yang bagi ceramah tu..kata tak perlu...and kemudian yang umur bawah 21 tak perlu kempen..tapi..kena cari kawan-kawan and kempen mak bapak aje..
begitulah kursus d kg gue...and hari hari gue nyayi lagu tu...sampai bapak gue pun heran...masa tu..gue dgn kawan-kawan sampai mau bakar semua kedai and rumah cina d kg gue..itulah kesah umno yang tak perkauman d kg gue...tapi mereka lupa..yang mak gue pun keturunan cina...depa lupa juga...masa bangsal panas d kg gue juga ada bangsal panas dari mca...and masa tu..semua mamat gian d kg gue akan p dengar ceramah parti kepala lembu..kesian hilang wang deposit..lepas tu next pilihan raya pas pun hilang deposit..tapi setiap pilihan raya selalu pengundi bertambah..and dari kg gue lahirlah permata yang menjadi org penting dlm PAS hari ni..dia pun sama dgn gue bermak cina..kesan dari kursus tu gue jadi comfuse...and bila gue sambung belajar d kolej lepas SPM..gue pun...mulalah..open minda..and tak jadi macam umno and terus joint PAS bila gue kerja d KL..
Jadi umno yang tak perkauman nilah tempat bermula nye gue kenal sapa yang tak perkauman...eeeee...