Yang saya hormati, Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.
Bila para pegawai dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) nak tangkap saya dulu, depa tak suruh saya tunjuk muka. Depa hendap saya di Restoran Thaqwa. Sambil-sambil minum tea tarik di Restoran Thaqwa dan sambil-sambil makan satay di Warung Madu Tiga depan Restoran Thaqwa tu, depa hendap saya.
Saya yang bodoh tak tahu langsung yang depa tu dok intip saya. Under surveillance rupa-rupanya aku!
Last-last, depa mai kot dapur rumah saya tengah-tengah malam buta. Saya yang gemok nak lari ke mana?! Kalau lari pun tak guna. Baru setengah langkah, depa dah dapat tangkap.
Yang mai tu muda-muda belaka. Stamina kuat. Menyerah dirilah saya, Tan Sri.
Yang sahih, depa tak suruh saya tunjuk muka supaya depa dapat tangkap saya. Depa yang hendap saya, ekori saya dan tangkap saya. Hebat latihan bekas Pengarah JSJK, Datuk Ramli Yusoff!
Berkaitan:
"Tunjuk muka jika ada dalam negara"

Sinar Harian (17/1/10): Pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin digesa tampil menunjukkan diri jika benar dakwaannya mengatakan beliau berada di dalam negara ini melalui laman laman webnya.
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, sekiranya benar Raja Petra berada di dalam negara ini, dia hendaklah menyerah diri berikutan bersangkut dengan dua waran tangkap yang dikenakan.
“Kalau betul dia (Raja Petra) di Malaysia, tunjukkan muka... kalau tak bersalah dia tak perlu takut.
“Dia cakap dia bukan di luar negara, itu dia yang cakap sebab siasatan kita selama ini kita percaya dia berada di luar negara dan keluar menggunakan dokumen haram,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini, semalam.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan Raja Petra di laman webnya susulan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mengesahkan Raja Petra yang menjadi buruan polis sejak hampir 9 bulan lalu kini berada di London.
“Apa yang saya boleh maklumkan di sini, kita masih percaya dia berada di luar negara dan kita masih menyiasatnya termasuklah menggunakan bantuan polis Interpol,” katanya.
Dalam kenyataan terbaru Raja Petra di dalam laman webnya, beliau mendakwa pihak polis masih gagal membuktikan bahawa beliau berada di luar mahupun di dalam negara.
“Kamu (Musa) anggap saya keluar Malaysia dan masuk negara lain secara haram atau menggunakan pasport asing walaupun sebenarnya kamu tidak tahu.
“Ini bermaksud, kamu pun tidak tahu sama ada saya masih berada di dalam negara kerana kamu gagal mengesan bukti bahawa saya masih tidak berada di dalam negara,” katanya.
Akhbar pada 20 Disember lalu melaporkan bahawa Raja Petra dipercayai bersembunyi di Apartment Trinity Court di Gloucester Bayswater, London.
Dalam kenyataan sebelum ini, Raja Petra mendakwa dia kini berada di Poland menyambut sambutan Tahun Baru bersama beberapa wanita asing.

Cantik? Klik 

ini kes benggap dan bahlol lagi lah....
Itulah kita tak boleh 100% percaya secanggih terhadap teknologi dan peralataan moden,sampai sekarang kes pencarian, akhirnya gagal di kesan atau selesai kah .