Malaysiakini hari ini melaporkan berita bertajuk "Aktivis Islam rancang adakan demonstrasi". Walaupun saya tak percaya sikit pun puak-puak tu, saya tak bantah. Itu hak demokratik mereka. Hanya saya merayu agar mereka bantah sama kenyataan-kenyataan berikut:
Sambil tak membantah hak demokratik puak tu nak membantah, saya harap depa tak membantah dan memprotes bertompok-tompok - yang menguntungkan projek politik Umno dibantah dan yang tidak menguntung projek politik Umno pula tidak dibantah.
Selepas ini, saya harap mereka bantah juga orang-orang Cina dan Hindu di kampung saya yang saya dengar sejak dari kecil lagi selalu berkata "Tuan Allah pun tidak suka, Tuan Allah pun marah".
Kepada puak-puak Herald-The Catholic Weekly pula, tak payah buat-buat innocent la. Kalau orang kata Cina dan Hindu di kampung aku yang selalu sebut perkataan "Tuan Allah" tu innocent, tu aku percaya.
Saya tak bantah penjelasan Dr Abdul Wahab Arbain di sini. Ada beberapa ayat al-Quran lagi yang seumpama ayat-ayat yang dipetik oleh Ustaz Abdul Wahab itu yang saya dengar dari dua orang ustaz sebelum posting ini ditulis. Tetapi, politik dan muslihat apa di sebalik sikap beria-ia sangat nak menggunakan perkataan Allah dalam majalah Herald-The Catholic Weekly itu?
Kadang-kadang tak boleh baca selapis ja. Kena baca banyak lapis.
Saya prejudis? Kenapa tak boleh?
Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan - kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak pada 20/4/1983 kepada para wartawanHarap-harap Najib berani bersumpah dengan kalimah waLlahi, wabiLlahi, wataLlahi dia tak pernah sama sekali mengeluarkan kenyataan di atas.
Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawabkan jika berlaku huru-hara,ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu. Rakyat harus menyoal perlaksanaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan, pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu - kenyataan Najib pada 20/4/1992 kepada para wartawan.
Sambil tak membantah hak demokratik puak tu nak membantah, saya harap depa tak membantah dan memprotes bertompok-tompok - yang menguntungkan projek politik Umno dibantah dan yang tidak menguntung projek politik Umno pula tidak dibantah.
Selepas ini, saya harap mereka bantah juga orang-orang Cina dan Hindu di kampung saya yang saya dengar sejak dari kecil lagi selalu berkata "Tuan Allah pun tidak suka, Tuan Allah pun marah".
Kepada puak-puak Herald-The Catholic Weekly pula, tak payah buat-buat innocent la. Kalau orang kata Cina dan Hindu di kampung aku yang selalu sebut perkataan "Tuan Allah" tu innocent, tu aku percaya.
Saya tak bantah penjelasan Dr Abdul Wahab Arbain di sini. Ada beberapa ayat al-Quran lagi yang seumpama ayat-ayat yang dipetik oleh Ustaz Abdul Wahab itu yang saya dengar dari dua orang ustaz sebelum posting ini ditulis. Tetapi, politik dan muslihat apa di sebalik sikap beria-ia sangat nak menggunakan perkataan Allah dalam majalah Herald-The Catholic Weekly itu?
Kadang-kadang tak boleh baca selapis ja. Kena baca banyak lapis.
Saya prejudis? Kenapa tak boleh?











Cantik? Klik 






kesalahan umat islam la ni..sebab kita tak mendesak agar kebaikan islam dilaksanakan..sebaliknya sibuk mempertahankan diri dari desakan orang lain..pertahanan yang paling baik adalah menyerang...we are the best ummah...whats wrong to push for a better world..
Bhai....
Moga biler diorang guna perkataan Allah tue... dibukakan oleh Allah akan pintu rahmat untuk mereka menerima hidayah.... gua tak kisah kalu diorang nak guna perkataan Allah... sebab Allah adalah Tuhan yang patut disembah oleh sekalian alam... tidak kira yang kafir mahupun yang beriman....
"Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan" - Surah Ar-Rahman
PB,
Pihak kerajaan biasanya berjaya di mahkamah rayuan. Cth kes Perak n SPRM. Mungkin yg ni pun berjaya. Fail kan dulu.
*Pak Bakaq, teh o ais dah naik sekupang..hahahah.
Tok Penarik Beca
Pernah lihat video video tentang kegunaan "Allah" oleh puak puak Kristian bangsa Arab seperti dicetak dalam blog ini: http://malaysianunplug.blogspot.com/2010/01/malay-muslim-groups-and-umno-in.html
Apa kata? Wajar atau tidak?
orang dok pertikai pasal isu nama saja, tapi tak ambik pusing pun dgn kesan dari keputusan ni. esok-esok klu ada yg pakai t-shirt atau sticker kereta yg tulis meraban kita dah sedia ka nak bersoal jawab? kena tangkap minum tuak pun kecoh satu dunia, ni pulak bab akidah. Depa dok banding dengan europe, indon, negara arab. puak - puak disana tu cakap sungguh dlm hal ni, di sini, baca ayat quran pun boleh kena warning
Pka Bakaq..
Kenyataan Najib aja ke?
kenyataan Maday tak ada ke?
Maday punya kenyataan lagi hebat.....
Nak hak samarata. Nak keadilan utk semua.
Bukan ke itu yg diperjuangkan oleh PR ? Bila falsafah perjuangan terlalu general, inilah akibatnya.
Aku takut Malaysia jadi macam Iraq je. Dari kuku besi yg aman kepada demokrasi yg huru hara.
salam,
kalau ada nanti yang tulis kat cermin kereta mereka `jesus anak allah', kita nak kata apa apabila anak bertanya? ayah, tuhan ada anak? kita tentang pasal penggunaan dalam bible. tapi bab lain pun dah masuk. pikir dgn tenang dan bukan salahkan sesiapa pun...
bakaq,aku agak pelik dengan perangai si khalid tu..MP shah alam.semuannya dia bersetuju semua apa yg dituntut oleh kaum bukan atas islam membenar.aku pun pun tahu nama Allah juga digunakan pada zaman nabi lagi.tetapi kitab injil pada masa itu adalah tulin.janganlah nak menjaga undi kaum bukan semua semua kita bersetuju.aku harap beliau MP pas penggal terakhir.kita harus sedar,mereka cuma menggunakan nama Allah untuk memesongkan akidah umat islam.belia2 kita pun bukannya pegangan agama islam yg kukuh.sekiranya lambang nama Allah diletakkan bersama lambang salib dipamerkan dimajalah dan digereja,adakah umat islam bersetuju khasnya sikhalid dan pas setuju?.pada siapa aku nak berharap dan parti mana dapat mempertahankan agama...aku semakin celaru dengan segelintir pemimpin pas yg lebih mementingkan undi kaum lain aje tanpa mempedulikan bantahan penyokong pas beragama islam...aku harap bakaq teruskan hentam pemimpin pas klon...
kalau dibenarkan...aku pun tak dapat nak gambarkan huru-hara dinegara ini.banyak sticker,t shirt,topi dll akan dicop lambang salib dengan perkataan Allah sekali.apa akan terjadi generasi akan datang,mungkin mereka memperkatakan agama itu sama.semua menyembah Allah tapi cuma cara berbeza.MP Khalid samad tong kosong pasti tersenyum melihat undinya bertambah.tanpa memikir kesan muslihat dan taktik agama itu untuk menyebarkan agama mereka kepada generasi akan datang.semakin aku ingat khalid sama semakin aku ingat sharir.spesis sama tapi tak serupa.sorang berjuang atas nama kaum.sorang lagi liberal semua agama.
salam pak bakaq...saya sedang menunggu ulasan anwar dan TGNA tentang hal ini....