Sedap!! Klik gambar di atas!

Nak nanti PAS suruh undur? Sendiri mau ingat la!!

Kali ni, saya tak nak tulis isu keselamatan Umno yang nampak begitu terancam kini. Bab keselamatan negara pula, saya yakin negara yang kita cintai ini akan selamat selagi tidak ada pihak yang bertindak bodoh melayan provokasi pecacai-pecacai puak-puak yang kita tahu siapa yang nampak galak sangat dok pi serang gereja-gereja. Kalau mereka bangang dan layan provokasi tersebut, perkara itulah yang puak yang buat provokasi tu nak sangat.

Saya mohon sungguh-sungguh kepada Allah Yang Maha Esa yang sama-sama dikasihi oleh orang-orang Melayu, tak kira parti sokong apa pun, agar tidak tidak ada masjid dan surau yang diserang sebegitu rupa. Saya tak nak sangat depa dapat peluang yang depa nanti-nantikan untuk cetus huru-hara.

Saya merayu kepada orang-orang Melayu agar sama-sama menyedari bahawa bangsa kita hanya boleh maju dengan keimanan kepada Allah s.w.t. dan ilmu pengetahuan. Kita tak mungkin jadi tuan tanpa keimanan kepada Allah dan ketinggian ilmu. Tak pa kalau kita berleter 24 jam pun supaya anak-anak kita sembahyang, baca Quran, baca buku sekolah, buat kerja sekolah dan tolak pemimpin-pemimpin politik yang buruk kelaku, tak kira pemimpin Umno, PAS atau parti apa pun.

Kita semua ada kelemahan. Saya lagi banyak kelemahan. Kita pakat-pakat jaga la diri kita dan keluarga kita dari penipuan pemimpin-pemimpin politik yang buruk kelaku.

Hari ini, sejak pagi tadi lagi saya nak copy and paste berita dalam Sinar Harian bertajuk "Alwi dakwa bukti baru penyelewengan PMBK" dan nak print screen berita itu. Pagi tadi tak larat. Ni dah buat dah di bawah ni.

Berita itu ialah mengenai keselamatan anak menantu pembesar PAS. Saya tidak fikir kita patut merasa bimbang tentang keselamatan mereka. Tak berbaloi langsung. Menyampah aku!!

Yang patut dibimbangkan ialah keselamatan PAS di Kelantan dalam pilihan raya umum akan datang.

Baru-baru ini, seorang pemimpin kanan PAS melihat sendiri saya memujuk seorang anak Kelantan yang tinggal di Kuala Lumpur. Anak Kelantan itu, yang mengundi di Bachok, begitu keras hati nak menolak PAS dalam pilihan raya akan datang. "Nak kena ajar," katanya. Kepada beliau, itu sahaja cara untuk menyedarkan begitu ramai pemimpin dan "tok wakil" PAS Kelantan yang beliau dakwa sudah sampai ke peringkat "tak dengar cakap".

Bila ditegur, katanya, asyik jawab "cukup, cukup" atau "pade, pade" (pa-de tu maknanya padan. Maknanya, bila ditegur, depa akan jawab "padan, padan").

Akhirnya, saya hanya mampu memberitahu beliau, "Tak pa la hang tak nak undi PAS pun. Tapi jangan celakakan tangan hang dengan mengundi Umno. Kalau hang nak undi Umno, lagi baik jangan balik mengundi langsung".

Dalam hati, saya sakit sungguh kepada pemimpin-pemimpin PAS tersebut serta keluarga mereka. Sakit hati sangat-sangat!!

Dalam hati saya tertanya-tanya, kenapa mereka tak nak sedar diri dan berundur? Nak nanti parti suruh berundur? Ya Allah... Sendiri mau ingat la!!

Berkaitan:
Mengenang 13 Mei
Bukit Gantang, hantu Altantuya dan 13 Mei
Kapak besi terbang untuk Kickdefella (Sheih 11/1/10)
Alwi dakwa bukti baru penyelewengan PMBK
Sinar Harian (11/1/10): Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) sekali lagi menjadi tumpuan apabila ada pihak yang mendakwa berlakunya salah guna kuasa dalam pembelian kek untuk Hari Raya Aidilfitri diberikan kepada Menteri Besar dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PMBK.

Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri Kelantan, Datuk Md Alwi Che Ahmad berkata, beliau mempunyai bukti resit pembelian kek seberat 10 kilogram setiap enam biji kek, bernilai RM650 sebiji kek, yang diberikan kepada enam pihak termasuk Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Abdul Ariffahmi Abdul Rahman.

“Apa yang dikesalkan ialah kek itu diluluskan oleh CEO PMBK sendiri untuk dirinya dan bapa mentuanya, Nik Abdul Aziz.

“Ini satu salah guna kuasa dan penyelewengan menggunakan wang PMBK untuk membeli kek sempena hari raya bagi kepentingan sendiri. Walaupun ianya satu perkara kecil tetapi rasuah tetap rasuah,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Sehubungan itu, Md Alwi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kok Lanas meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kelantan menjalankan siasatan terhadap dakwaan itu kerana SPRM juga sedang menjalankan siasatan berhubung penyelewengan dan salah guna kuasa dalam PMBK.

“Jadi perkara ini mesti ada dalam siasatan SPRM, justeru saya minta SPRM umumkan apakah hasil siasatannya setelah tiga bulan telah berlalu.

“Kita khuatir jika lambat diumumkan berlakunya konspirasi untuk cuba menyembunyikan bukti dan fakta oleh pihak terbabit,” katanya.

SPRM mula menjalankan siasatan ke atas Abdul Ariffahmi sejak awal November lalu setelah timbul pelbagai dakwaan mengenai PMBK.

Siasatan SPRM itu dikatakan berkisar tentang salah guna kuasa Abdul Ariffahmi dan pelantikannya sebagai CEO yang dipercayai melanggar akta suruhanjaya berkenaan.

Isu itu kemudian memuncak apabila Pegawai Perhubungan Korporat PMBK, Syed Azidi Syed Abdul Aziz ditamatkan kontraknya secara mendadak.

Pada masa sama, Nik Abdul Aziz mengakui beliau dan keluarganya menerima tajaan haji bernilai RM65,000 yang turut melibatkan Abdul Ariffahmi dan beberapa ahli keluarganya.

Apabila isu itu mendapat liputan meluas media, Nik Abdul Aziz atas nasihat kepimpinan Pas Pusat mengarahkan menantunya itu meletakkan jawatan sebagai CEO PMBK.
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. kalau nik aziz berenti nak ganti sapa?

  2. Betul... nak ganti dengan sapa, husam lagi haru!!!! orang kalau gila jawatan tak leh nak cayo.

  3. Tok Guru Bakaq, mursyidul Am PAS yang baru. Wow... Hampeh, kucar kacir Islam jadinya.

  4. Mintak SPRM siasat segera kes kek ini, expired date kek tu nak dekat dah, nanti barang bukti lupus lak, saya mintak pak bakaq mengepalai demo supaya kes ini disiasat segera, himpunan 100,000 kek.hahahahahahahah..

  5. Kalau tak nak Husam, pilih aje Takiyuddin Hasan kaki joli atau Nik Amar kaki ampu Tok guru....Biar runtuh kerajaan Kelantan...biar senang UMNO berjoget gembira!!!

  6. senang jeee bagi kat UMNO, dah orang pas semua tak leh nak percaya .... biar joli katak dia orang dengan royalti minyak nanti..... pak bakaq mesti setuju punya?

  7. Tak apa kalau Ariffahmi beli kek RM650 kpd Mertua nya pakai duit PMBK kira halal lah tu. Mulia sungguh hati Menantu ku.

  8. -lantik nik abduh gnti nik aziz, dia bijak sbab bole tau yg mane satu pembantu2 sesat ayahandanya, die tegas sbb tak suke ulama mee celup bg knyataan brkenaan agama dan memegang jwatn dlm parti, die petah brkata2 sbb die tau care brdebat yg digemari para malaikat n diredhai agama, die pndai drift n guna enjin turbo sbab die pndai membeli kereta yg besar n mewah..

    -jgn plih husam, die tak bijak sbb membawa kes royalti mnyak ke sana ke mari utk rakyat klantan n kijang care yg ditubuhkn lngsung xde ape2 pekdah, die tak tegas sbb brani melawan tokey2 n bkal tokey2 balak utk dpt kawasan balak yg lbih luas..die x petah brkata sbb bile rmai yg memperlecehkan keupayaan die, die cume snyap je,lbih2 bile psangan sehati brdansa duk pukul keliling kmpung crite keburukan die, die x blas blik, die lbih suke brjpa face to face..

    -p/s: salam kamunting n kemuncup!!

    -zargus-

  9. Tok guru walaupun dah tua, tapi jika masih berupaya tak perlu diganti tak apa. Ariffahmi, jangan tunggu lama2 cepat2 letak jawatan, nanti orang kata kau amik gaji buta 3 bulan. Ada Ir kat depan nama tu takkan tak dapat cari kerja lain kot.
    Keluarga TGNA perlu menjauhi jawatan2 yang berkait dengan beliau dan janganlah mencampuri urusan pentadbiran negeri. Jangan pandai2 wajibkan exco letak jawatan. Nanti orang tuduh TGNA dengar nasihat anak menantu dalam urusan pentadbiran.
    Macam cerita tiga abdul, tukang penasihat yang punya angkara, sume kena jual. Jangan sampai kelantan tergadai.

  10. pak bakaq,

    sekarang dah ada orang sebut Ariffahmi sebenarnya tidak submit pun surat letak jawatan ceo pmbk tetapi cuma beri memo yg bukan letak jawatan pun.

    hairan juga sebab sampai ketika ini Nik Aziz sendiri pun tidak bersuara mengesahkan Ariffahmi sudah submit surat letak jawatan dan ia telah di approved. jika hari terakhir Ariffahmi bulan Mac 2010 pun sampai sekarang Nik Aziz tak confirm kan lagi, jangan harap lah hendak melihat Ariffahmi keluar segera dari PMBK sebelum dari tarikh tu.

  11. Anonymous NO. 5.

    Setuju tu. Sebab Husam jenis jiwa sentimental sikit. Tibul isu ni ah 2 kali menangis depan Tok Guru Nik Aziz, sebab menafikan yang dia sebut nak letak jawatan apabila Puteri Tok Guru cabar.

    Tangisan Husam bukan apa..........takut-takut Tok Guru setuju menerima perletakan jawatan Husam atau Tok Guru suruh "Husam tulis surat letak Jawatan" macam Anual Bakri Haron. Sebab bunyi di pecat nampak tak comel.

    Bakal Mb yang berjiwa sentimental ni, kekadang seronok juga. Selain dari menangis, Husam juga suka mengugut Tok Guru. Semasa kerajaan Kelantan ada 2 undi (2004-2008) Husam telah beri kata dua pada Tok Guru pilih ambo atau Pilih Dr. Izani (Bendahari Perhubungan PAS Kelantan) Kalau pilih ambo, Bendahhari ambo nak pada Anuar Tan, kalau pilih Dr. Izani, ambo nak berenti......................Ini lah Husam

    masa dia rasa kuat, dia ugut, masa dia rasa terqncam dia menanggis.....

  12. salam sume....
    apa ni kes kek pom nak bising......
    si alwi 2 ckp jew la lebih....
    hbs dia 2 dapat tajaan dr tabung haji bt g haji 2...
    xnk la kamu srh sprm siasat dia?
    pak bakaq pom...
    hang ni....
    dok pecaya alwi 2 knp?
    slh ke bg kek?
    hbs hang selama ni dok bg komisyen bodoh smp berjuta2 xnk la g demo....
    aduh apa nk jadi...
    ke hang ni kepala biru?

  13. Husam tukang cari duit, Ariffahmi tukang perabih duit! Anon no 11, hang tukang apa?

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008