Sedap!! Klik gambar di atas!

Najib ampuh, rakyat lumpuh

Hari ini 01/01/10. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bangkit lebih ampuh dengan menaikkan harga barang keperluan rakyat. Gula dan roti putih kini lebih mahal untuk membolehkan Najib bangkit lebih ampuh. Rakyat miskin mengeluh. Poket kami kian lumpuh.

Baguslah. Untuk Najib, lebih ampuh. Untuk rakyat, makin lumpuh.

29 Disember lalu, kawan saya Zakhir Mohamed menyiarkan posting bertajuk "Sembilan bulan: Aspirasi akar umbi Umno dan rakyat belum diterjemah lagi?" Posting tersebut dan komen-komen di bawah posting tersebut menghantar satu kesimpulan mengenai Najib: Nato (No action, talk only).

Sempena awal tahun ini, marilah kita belajar bagaimana nak spin berita. Sila baca berita Utusan Malaysia hari ini bertajuk "Rakyat puas hati cara Najib jalankan tugas sebagai PM". Antara lain, berita itu melaporkan:
Lebih separuh daripada 1,027 responden yang terlibat dalam kaji selidik Merdeka Center berpuas hati dengan cara Datuk Seri Najib Tun Razak menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri.

Golongan India dan Melayu mencatatkan peratus responden berpuas hati yang paling tinggi iaitu 68 peratus responden India sementara 64 peratus responden Melayu berpuas hati dengan kepimpinan Perdana Menteri.

Sementara bagi responden Cina pula, 36 peratus bersetuju dengan cara Perdana Menteri berbanding 25 peratus tidak bersetuju dan 38 peratus lagi tidak memberikan sebarang respons.

Ini merupakan kaji selidik Merdeka Center bagi suku ketiga 2009 untuk mendapatkan pandangan umum di kalangan pengundi berdaftar yang ditemu bual melalui telefon.

Kaji selidik yang disiarkan dalam laman web Merdeka Center www.merdeka.org itu dijalankan pada 4 September 2009 sehingga 14 September 2009.
Itu spin Utusan. Mari lihat dari perspektif yang lain:
Menurut tinjauan Merdeka Center yang ditunjukkan oleh tokoh perniagaan berkenaan kepadanya, kadar penerimaan terhadap prestasi Najib sebagai Perdana Menteri yang mencapai tahap sehingga 65 peratus dalam tempoh 19 Jun hingga 1 Julai telah merudum lebih 10 peratus dan berada pada tahap 56 peratus dalam tempoh 4 hingga 14 September lalu.

Dalam tempoh antara 19 Jun hingga 1 Julai itu juga, sebanyak 74 peratus responden Melayu dan 74 peratus responden India berpuas hati dengan pencapaian Najib sebagai Perdana Menteri, manakala tahap sokongan masyarakat Cina pula melonjak sehingga 48 peratus.

Bagaimanapun, tahap penerimaan itu merudum kepada 64 peratus di kalangan masyarakat Melayu, 68 peratus di kalangan masyarakat India dan hanya 36 peratus sahaja di kalangan masyarakat Cina (lihat rajah di bawah).
Dengan kursus ringkas dari Utusan itu, anda dah belajar cara memutar (spin) berita?


Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. aku suka betui baca cerita hang bakaq..

    hang x pernah letih penat buat cerita ikut kepala otak hang. bkn aku setuju dgn depa sgt, tapi hang punya fitnah tu memang 'class A'.

    takpa la hang banyak masa..hang dah lagu tu nak buat camana..

    semuga Allah selamatkan kita semua dari azab kubur..

    - hang luku

  2. Sebenarnya, yang spin berita ialah Pak Bakar. Dulu, masa Merdeka Review kata Najib tak ramai sokong, Pak Bakarlah yang paling gembira.

    Sekarang, Merdeka Review kata ada masa turun, dan ada masa naik, tapi secara umumnya sokongan ke arah menaik, itu Utusan pulak yang konon spin.

    Belajar baca graf dulu Pak Bakar. Turun dan naik tu perkara biasa tapi yang kita nak tengok ialah range dia turun dan naik tu, dah makin menaik ke tidak? Kalau dulu masa orang suka cuma 30% dan masa orang tak suka 20%, sekarang ni masa orang suka dah naik 60% dan tak suka 40%.

    Target BN/Najib cuma nak range dalam 70%-80% saja sebab TAK MUNGKIN orang akan suka kita 100%. Dapat menang 2/3 balik next GE, cukuplah.

    Orang macam Pak Bakar yang benci Najib 200% takkan berubah walau Najib buat apa sekalipun. Jadi, lebih baiklah fokus rakyat yang atas pagar ramai tu.

    Kesimpulannya Pak Bakar, biaq pi la nak kata Utusan spin pun. Aku yang sekolah sikit2 ni tahu yang memang graf tu menuju ke arah menaik. Itu belum analisis graf ekonomi lagi Pak Bakar.

    Dah tentu Pak Bakar tetap rasa ekonomi tengah merudum selagi graf tak tunjuk 100% ye? Tunggu kiamat pun takkan sampai 100% Pak Bakar ooi.

    -Malaymind-

  3. Gula naik lagi. Ha ha ha seronoknya! Undilah BN lagi!

    Teh o naik harga, roti canai naik harga, mungkin budu pun naik harga lepas ni. Ha ha ha undilah BN lagi!

    Minyak?

  4. perangai ngok totok umno lagu tu....membodek dan mengikut aje....mukadimah awal tahun baru harga gula naik...takpa totok punya pasal semua ok.apa nak jadi melayu umnongok nieeee

  5. itu nasib penduduk miskin yg tertindas akibat gula dan roti naik harganya.. macam mana pulak dengan nasib bakal2 graduan IPTA yg mengambil ijazah pendidikan? najib nak buat apa kat kami? tlg rujuk berita harian 31 disember 2009 spt dibawah:
    http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/Nasional/20091231005055/Article/
    http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesday/Mutakhir/20091230140420/Article/

    kenyataan terbaik yg diberikan oleh timbalan menteri pendidikan :
    Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata ia kerana kementerian terpaksa memberi keutamaan kepada graduan Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) lulusan 27 Institut Pendidikan Guru (IPG) di seluruh negara. “IPG melatih guru bagi memenuhi keperluan Kementerian Pelajaran berbanding IPTA yang kebanyakannya bertujuan memenuhi permintaan sektor swasta." SWASTA?? i repeat.. SWASTA??? he look so sure with his word..

  6. oi....loya la aku dok baca 2 komen penjilat slogan rakyat didahulukan ni...
    dok sembang pasal graf ...pasal sokongan menaik pa bala buat apa...

    ingat lah ;

    masuk je tahun baru, rakyat telah didahulukan dengan rega gula naik...
    kemudian rakyat didahulukan dengan tepun naik....
    lagi rakyat didahulukan dengan roko naik....
    pasni rakyat didahulukan dgn mainyak naik ikut pasaran...waktu pasaran minyak turun dulu tak pula nak ikut pasaran...rakyat didaulukan lah kata kan....

  7. Blah Ar Najib x guna langsung,2010 semua naik..gaji x naik2..motherfcuker btol..
    Sapa yang rasa nak jilat buntut najib 2 jilatlah puas2..bwat susah aku je goverment nie..Guns dont kill people goverment kills people.

  8. mana2 PENCACAI UMNO termasuk BLOGGERS PRO UMNO iniLAH BALASAN YG TERBAIK YG DIBERIKAN OLIH PEMIMPIN2 UMNgok/BN pd KORANG DAN RAKYAT MARHAEN YG BENCI KT UMNgok/BN untuk TAHUN 2010...yuran kad KREDIT NAIK,GULA NAIK,ROTI NAIK dan macam2 lagi harga barang NAIK, hang tak caya pi tengok kat HYPER /SUPERMARKET dan kedai2 RUNCIT..aku tengok hampir SEMUA BARANG NAIK...BARUA PUNYE PIEM/UMNgok

  9. boleh percaya ka graf menunjukkan orang suka najib semakin meningkat. sapa yg buat bancian tu. malaon mana tu..ntah2 silap mata tak...

  10. Dari dulu lagi aku tengok style malaymind datang sini tunjuk pandai. Org tengok perubahan atau penurunan dalam masa yang relatif singkat tapi dia melalut entah apa2. Aku nampak Malaymind ni memang jenis bodoh tahap bontot bik mama bila dia ingat org bodoh sangat dan kata - Dah tentu Pak Bakar tetap rasa ekonomi tengah merudum selagi graf tak tunjuk 100% ye? Tunggu kiamat pun takkan sampai 100% Pak Bakar ooi.

  11. kerajaan dah takde duit beb... aku tahula kerja kerajaan..

  12. byk indicator yg menjerumus ke arah kenaikan harga brg. ada amik tau pasal tu?? slain tiada pilihan, aku tak rasa kerajaan suke dicemuh utk buat decision mcm ni.. lg plak di saat kerajaan tgh berusaha menarik sokongan.

  13. Apa nak sibuk sangat dah lebih 10 tahun minum teh o taada gula. kalau tidak gula dalam darah lebih bacaan 10.

  14. tulah apasal tak bodek najib. tengok aku.... aku tak kisah barang apa nak naikpun. aku jumpa najib mintak projek. projek tak perlupun aku dapat juta-juta. apalah sangat naik 20 sen?

  15. Najib PM Malaysia terbaik buat masakini. Tun DM pun tak OK sangat; rakyat bahagia dan suka pada Barisan Nasional, nadi kepada negara Malaysia pun. Ini dah kira OK lah, kalau Najib bahalol dan benggap, Malaysia mungkin jadi lebih teruk macam kat Pakistan ataupun Iraq. Rakyat mati kena bom pulak, sini di Malaysia yang mati kena bom pun dah lama dah nak masuk 3-4 tahun dah. Itu dah kira OK sangat tu. Lagi pun orang yang kena sakit kencing manis ini pun banyak orang Melayu, maka eloklah orang Melayu terus sokong Najib naik harga barang yang mampu menyakitkan orang Melayu macam rokok, susu, harga jualan motor berkapasiti rendah, daging kambing etc. Biarlah si Najib benggap yang hidup mewah di Malaysia ni. Kalau bukan Najib yang bahalol tu, nak bagi sapa lagi???? Muhyiddin????? Habis di jual Johor ke Singapura nanti!

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008