Sedap!! Klik gambar di atas!

Mengawal kepunahan

Orang Putih kata damage control. Apa nak buat, kadang-kadang terpaksa "fire fighting" untuk mengawal kepunahan.

Dalam berita bertajuk "Kelantan denies losses in RM23 mil bazaar buyback", Malaysiakini hari ini melaporkan:
The Kelantan government has denied that it suffered a loss to the tune of RM50 million in the Tok Guru Bazaar buyback.

State Local Government, Tourism and Culture Committee chairperson Takiyuddin Hassan said on the contrary, the state government would rake in profit by selling retail spaces at the complex.

"We don't lose anything, we will provide outlets, which will be jointly developed by Kelantan Menteri Besar Corporation (PMBK) and Sensa Timur Sdn Bhd.

"To reciprocate, the companies will provide us level one and level two of the bazaar worth RM40 million to us.

"The decision to buy back the ground floor of the bazaar at cost of RM23 million was made at a state executive council meeting recently. We will recoup the investment by selling retail spaces," he told reporters here today (Kalau malas nak baca BI, lihat Malaysian Insider 16/1/10 "Exco: Kelantan nafi rugi RM50 juta beli balik Bazar Tok Guru") .
Hari ini juga, dalam berita bertajuk "Kerajaan Kelantan buat silap - Nik Aziz", Utusan Malaysia melaporkan:
Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui kerajaan negeri telah melakukan kesilapan sehingga menanggung kerugian besar dalam projek pembinaan Bazar Tok Guru.

Kerugian dikatakan melibatkan nilai sebanyak kira-kira RM50 juta.

Nik Abdul Aziz berkata, pihaknya terpaksa menebus balik bangunan yang sebelum ini diserahkan kepada Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) setelah projek itu kemudiannya diserahkan kepada sebuah syarikat swasta untuk dibangunkan.

“Bazar ini saya sebut hari itu kita akan bagi kepada para peniaga yang terpaksa keluar dari Pasar Arked Uda dan Pasar Lama MPKB.

“Tapi kesilapan berlaku (secara) teknikalnya, sehingga terjadi benda lain. Akhir sekali kita tarik balik benda yang kita sudah buat itu, maka kita terpaksa beli.

“Kerajaan akan beli daripada syarikat tu, bayar, dan kita akan jual balik kepada peniaga yang terpaksa keluar itu,” katanya ketika ditemui pada Majlis Memasak Bubur Asyura di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Kemunting, Beah, Bachok dekat sini hari ini.
Apa pun, saya tabik kepada Tok Guru yang sanggup mengakui kesilapannya. Tak ramai pemimpin yang sanggup buat gitu. Yang tak pemimpin pun tak sanggup buat gitu. Tok haru yang mengakibatkan kerugian itu buat bodoh ja...

Hanya nak tanya, siapa yang kenyang bila kerajaan Kelantan rugi RM50 juta? Makanlah duit rakyat tu!! Tak celaka? (Betulkah apa yang ditulis oleh Sheih dalam posting bertajuk "Rakyat Kelantan kehilangan RM50 juta angkara almenantunya Nik Aziz bernama Ariffahmi"?)

Macam-macam hal bila ada keluarga tertentu berkuasa. Ingat tak dulu ada berita bertajuk Harakah Daily bertajuk "SU Akhbar Nik Aziz minta Berita Harian mohon maaf"? Saya tak nak la campur hal tu. Ustaz Mohd Saiba Yaacob bukan apa-apa kepada saya.

Tapi hari ini saya dapat cerita lain pula. Alahai Labu! Tak taulah macam mana pula dalam mahkamah nanti bila Mohd Saiba mengambil tindakan undang-undang terhadap Berita Harian jika akhbar itu enggan memohon maaf.

Orang yang dituduh bohong takkan nak duduk diam sahaja. Dia lalu menulis apa sebenarnya berlaku. Ada pulak Mamat yang forward apa yang dia catit kepada saya. Baca dan adili sendiri:
Transkripsi temubual di antara wartawan akhbar Berita Harian, Akmal Ilham, dengan Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan, Mohd Saiba Yaakob, di Restoran Sup Abah, Jalan Sultanah Zainab, Kota Bharu, Kelantan, pada kira-kira pukul 12.45 tengah hari 27 Disember 2009. Sebahagian kecil daripada kandungan temubual ini telah digunakan oleh Akmal Ilham untuk menulis artikel yang disiarkan di dalam akhbar Berita Harian pada 29 September 2009. Sebelum artikel yang kemudiannya dipertikaikan oleh Mohd Saiba Yaakob dan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ini disiarkan, Akmal Ilham telah mendapat persetujuan untuk menyiarkannya dari Mohd Saiba Yaakob melalui perbualan telefon mereka pada kira-kira pukul 6 petang 28 September 2009. Akmal Ilham tidak pernah berniat untuk menyiarkan transkripsi temubual ini tetapi terpaksa berbuat demikian apabila Mohd Saiba Yaakob menafikan pernah menemui atau bercakap dengan Akmal Ilham yang mana penafian ini menyebabkan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menghentam Akmal Ilham dengan di antara lainnya melabelkan Akmal Ilham sebagai "Melayu tapi anti Islam" di dalam sidang media beliau di JKR 10, Kota Bharu, Kelantan, pada 29 September 2009. Kedua-dua kenyataan Mohd Saiba Yaakob dan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ini disiarkan oleh portal berita Harakahdaily dan akhbar Harakah.

Akmal Ilham: Godioh?

Mohd Saiba: Tok Guru nak panggil Timbalan Pesuruhjaya baru ni, hak adanya TMB seorang jah, jadi TMB jah pergi. Ustaz Nik Amar, Husam tak dok. Jadi kalu, kalu Tok Guru royat kor Husam mungkin Husam royat kor Annual Bakri. Wallahu a’lamlah Husam tahu doh kor dok.

Akmal Ilham: Jadi tak panggil lagih?

Mohd Saiba: TMB jahlah, baru ni nya.

Akmal Ilham: Oh, TMB sorang jah?

Mohd Saiba: Hor. Jadi…

Akmal Ilham: Anta tahu tu dari mulut Tok Guru sendirikah…

Mohd Saiba: Dari Rusdi.

Akmal Ilham: Dari Rusdi?

Mohd Saiba: Rusdi terlibat kan dalam hal ni, Rusdi jong memanggilnya. Arif pun royat.

Akmal Ilham: Yalah.

Mohd Saiba: Arif royat.

Akmal Ilham: Arif royat pulak? Hari tu hak di rumah anta tu, nama gapo doh, Shaari, hak mula-mulanya, pah tu Arif royat pulak?

Mohd Saiba: Dia royat beres dah, begitulah, dia pun, Arif pun suruh Tok Guru pecat Annual Bakri, kot-kot mana pun kena pecat.

Akmal Ilham: Kawan tu tak tau lagilah?

Mohd Saiba: Bekalilah.

Akmal Ilham: Kalu kawan tu tahu dia buleh pintas.

Mohd Saiba: Hor lah. Rusdi pun royat kor ana, dia kata, “tak sah royat ke dialah, tak sah royat ke Annual Bakri, rahsia”.

Akmal Ilham: Oh, kalu royat takut nya pintas kat kawan ‘tu lah?

Mohd Saiba: Dia pun salah aboh dia, ana ‘gi hari Khamis baru ni, berkecek dengan Pegawai Khas Tok Guru tu, Haji Zawawi. Oh, dia ni masuk bersalam, tanya khabar, Annual Bakhri.

Akmal Ilham: Ya?

Mohd Saiba: Hor.

Akmal Ilham: Tak rajin ah?

Mohd Saiba: Hor, tak rajin lagih. Dan dia pun salah aboh la. Pah dia pun duk royat la kelemahan Tok Guru dalam, royat ‘depan Haji Zawawi…

Akmal Ilham: Haji Zawawi, Pegawai Khas baru?

Mohd Saiba: Hor, dia duk runsinglah Tok Guru, takut wartawan tanya ni, masa tu Tok Guru duk mesyuarat di bilik gerakan, ‘bawah DUN tuh. Dia royat Tok Guru ni ada beberapa kalilah dia jawab tu tak kemas, orang boleh manipulasi. Pah tu ana ‘gi ‘bilik Rusdi, Rusdi pun royat, semetar Annual Bakhri masuk, dia (Rusdi) buat ‘ginih, hehe, ana berhentilah, pah tu, dia masuk buat artikel dalam blog, hak 16 haribulan, loni, masa hari Khamis lepas 24 kan, dia celeklah hak jawapan Tok Guru hak, hak tak kemaslah, wi kor Rusdi pulak.

Akmal Ilham: Hak Awang Adek tu lah?

Mohd Saiba: Hal Ariflah, hal Arif.

Akmal Ilham: Yalah, hal Awang Adek.

Mohd Saiba: Dok, hal kedudukan Arif di PMBK.

Akmal Ilham: Hm.

Mohd Saiba: Tok Guru kata, masa dia sebut nama Arif nak lantik di PMBK, LA senyap, LA tak komenkan, senyap. “Jadi kalu ada orang kata lantik menantu salah”, Tok Guru kata, “saya tak tahu, masa saya sebut tu LA…

Akmal Ilham: Tak kata gapo…

Mohd Saiba: Hor, senyap. Jadi Annual Bakhri kata, aih, benda, benda-benda begini ni serupa kita langgar lampu merah, kita nak buat alasan tak tahu mana buleh terima.

Akmal Ilham: Hm.

Mohd Saiba: Ah, dia duk menyalah kor Tok Gurulah akhir-akhir tu. Jadi…

Akmal Ilham: Tok Guru Haji Hadi pun persalah ke dia tak mendapat nasihat politik yang betul masa anta duk di Mekah, tu Haji Hadi royat.

Mohd Saiba: Dalam suratkhabar?

Akmal Ilham: Kenyataan akhbar, kenyataan media. Dia kata: Tok Guru Nik Aziz mungkin niat baik cuma penasihat politik dan perundangan dia bagi nasihat tak betul.

Mohd Saiba: Hor, serupa ana royat maknanya, hehe.

Akmal Ilham: Hor, serupalah, sebutir dengan hak anta royat di gotu (usrah) PAS Kota Bharu.

Mohd Saiba: Eh, ana tak royat lagi kor anta dih? Jadi sebelum ana gi ‘Mekah tu, hari ‘gapo ana ‘gi? Hari Rabukah.

Akmal Ilham: Hor.

Mohd Saiba: Jadi, hari Selasa sehari sebelum ana ‘gi ana cuti.

Akmal Ilham: Hm.

Mohd Saiba: Jadi, esokan ana cuti ana jumpa Tok Guru pagi ni, royat…

Akmal Ilham: Hm, hak gotu tu, hak PAS Kota Bharu, royat dah, royat dah.

Mohd Saiba: Oh, dia gi duk cepir, sudah ana kecek nak tubik tu, “oh, Tok Guru ni, dah sudah tuan dia ada”, dia pun, “ni, hak masalah hak sebut dalam PAS Kota Bharu”, Allahu Rabbi.

Akmal Ilham: Kira (lepas anta) balik ni dia ‘jadi baik, jadi maksudnya dia ada berasa ‘dah ada benda tak kena, mugo dia tau dah kontrak dia memang habis hujung bulan ni, dok?

Mohd Saiba: Tak tau.

Akmal Ilham: Memang Wan Nik lah bunyi, tapi Tok Guru tak sebut lagi ‘depan dia dok?

Mohd Saiba: Hm, dok. Zamakh Shari.

Akmal Ilham: Eh?

Mohd Saiba: Zamakh Shari.

Akmal Ilham: Zamakh Shari pulak dah? Hari tu kata Wan Nik?

Mohd Saiba: Wan Nik tak jadi.

Akmal Ilham: Tak jadi?

Mohd Saiba: Bila sebut Zamakh Shari, Ariflah. Nik Abduh cadang, Arif tulong royat kor Tok Guru. Arif pun masuk alik Abduh loni.

Akmal Ilham: Hor, ya lah.

Mohd Saiba: Jadi Tok Guru kata, “Zamakh Shari hak Bio Tek kah”? “Hor”. Dia kenallah bekali. Dulu pun cadang dia dah SU Akhbar hak sebenar sebelum ana nya. Cuma Tok Guru kata, eh, dia ada dengar nama lain, ah, Fandi Jeli.

Akmal Ilham: Fandi?

Mohd Saiba: Hor, Fandi Jeli.

Akmal Ilham: Tak rajin dengar eh?

Mohd Saiba: Haji Fandi Jeli.

Akmal Ilham: Oh, Haji Fendi.

Mohd Saiba: Haji Fandi Jeli.

Akmal Ilham: Hor, hor.

Mohd Saiba: Masa tu Fandi duk ‘Mekah. Arif baik jugaklah dengan Fandinya sebab projek-projek di PMBK tu. Jadi Arif tanya Fandi. Dia kata, eh, ana tak sir la syeikh, nak berhenti, nak meniaga. Arif kata, ‘ginilah, anta tak sah buat keputusan lagi, anta balik, duduk, nak balik, duduk di airport Jeddah, anta balik ni kita ‘jumpa, hor, ‘jumpa dah lah ni.

Akmal Ilham: Ana rasa Haji Fandi kurang sesuai.

Mohd Saiba: Eh?

Akmal Ilham: Ana berkecek dengan orang parti tu banyak masalah jugak dia, bab-bab claim begapo ni kan, masalah jugak ‘situ tuh, tambah dulu dia pernah, pernah kan, dia kan hak itu tuh, claim.

Mohd Saiba: Pah dia pun ada, dia orang Husam jugak, dia buleh gi ke Husam jugak.

Akmal Ilham: Zamakh Shari pun orang Husam jugak.

Mohd Saiba: Eh, dok.

Akmal Ilham: Pah duk belit dengan Husam kat Nur gapodio tuh?

Mohd Saiba: Eh, tu kerja Bio Tek.

Akmal Ilham: Dok eh, dulu sebelum ni eh?

Mohd Saiba: Eh, dok.

Akmal Ilham: Di Nur Az Zahra dulu kan?

Mohd Saiba: Eh dok, tu dia buat program jah, program MSK, nak guna tempat.

Akmal Ilham: Zamakh Shari Bio Tek lah ni?

Mohd Saiba: Hm.

Akmal Ilham: Dok eh, anta sendiri lagu mana yar buleh terseret sama nya? Kalu anta berhenti sendiri tak dok masalah, ni tidak disambung jugak. Memang Rusdi royat kata Tok Guru kata tak sir wi nampak sangatlah?

Mohd Saiba: Hor, tak sir wi nampak sangatlah. Dia nak buang Annual Bakhri, “Saiba tak dok apa-apa tapi gak”, dia tu lah, tapi kalu, kalu dia buang Annual Bakhri dulu ana kedian tu bene ana jugaklah maknanya, tubik dia dulu. Ana pun mujur jugak, sebab ana duk rancang nak gi ke KUIS.

Akmal Ilham: Hm, pah tu nak sambung ngaji.

Mohd Saiba: Hor.

Akmal Ilham: Dia sebelum sambung ngaji tu ‘dan ngajar dulu dok, cuma lepas tuh?

Mohd Saiba: Kalu ‘dan ngajar gak…

Akmal Ilham: Dok eh, masa nak ngaji, masa ngaji tu maksud KUIS akan sponsor lah? Loan loan rumah begapo tuh?

Mohd Saiba: Dari segi kerja keselamatan gajilah.

Akmal Ilham: Dok eh…

Mohd Saiba: Duk di KIAS pun, baru ni ‘bincang jugak, Shaari, Arif ni, kata KIAS gaji kecik, kata, seribu tujuh seribu lapan jah, jadi kohor turunlah, tapi esokan, Rusdi kata kita akan naik dua increment, daripada SU Akhbar tu tukar naik dua increment, macam dua tahunlah naik.

Akmal Ilham: Oh, gaji berhenti. Sebelum berhenti…

Mohd Saiba: Ana, ana.

Akmal Ilham: Yalah, sebelum berhenti maksudnya gaji naik, gaji…

Mohd Saiba: Di KIAS, di KIAS.

Akmal Ilham: Oh, di KIAS.

Mohd Saiba: Di KIAS tu gaji naik dua kali.

Akmal Ilham: Dok eh, masuk tu gaji naik dah kor…

Mohd Saiba: Masuk tu naik, kekal hak SU Akhbar, pah tu naik dua, dua tahaplah. Kalu lani RM3000, kalu ana sambung SU Akhbar RM3100, di KIAS tu RM3200. Duk ‘sini RM100 jah naik, duk ‘sana naik RM200.

Akmal Ilham: Anta tahu tu bila? Anta tahu anta sendiri kena tu.

Mohd Saiba: Eh?

Kamarul Zaman: Anta tahu anta sendiri kena jugak tu bila?

Mohd Saiba: Guano?

Akmal Ilham: Anta tahu anta sendiri tu kena jugak tu bila? Baru tahu hari ‘ni lah?

Mohd Saiba: Dok, hari Khamis lepas lagi.

Akmal Ilham: Hari Khamis lepas lagi?

Mohd Saiba: Ana tahunya Rabu malam Khamis. Shaari panggil, Shaari, Abduh, Azhar, oh, ramailah, pah tu Arif sendiri pun ada.

Akmal Ilham: Di mana?

Mohd Saiba: Di tempat makan Taman UDA, berjumpa.

Akmal Ilham: Oh, tak royat getek.

Mohd Saiba: Ehm, dia…

Akmal Ilham: Masa 2002 dulu…

Mohd Saiba: Ana pun tak tahu jugak, dia panggil nak buat makan dia kata, ana ingatkan nak buat makan sungguh tapi duk berbincang. Jadi esokannya Rusdi pulak royat, royatnya hak Tok Guru royatlah, Tok Guru akan buat surat ke KIAS, suruh Dr Johari lantik ana di KIAS.

Akmal Ilham: Suruh Dr Johari?

Mohd Saiba: Gaji tu naik dua increment.

Akmal Ilham: Annual, Annual?

Mohd Saiba: Oh, Arif tanya (pasal) Annual. Tok Guru nak marah benar kor Annual tu. Annual tu biar dia pencen, umur dia pencen dah, umur dia tu umur pencen dah.

Akmal Ilham: Tok Guru nak marah?

Mohd Saiba: Hor, sebabnya…

Akmal Ilham: Kes Arif ni lah?

Mohd Saiba: Dia kata Arif bodoh kan, royat dah kan?

Akmal Ilham: Dia royat Arif bodoh?

Mohd Saiba: Hm, tak royat lagi kor anta?

Akmal Ilham: Tak royat lagi, bila nya?

Mohd Saiba: Jadi…

Akmal Ilham: Dia kata bila?

Mohd Saiba: Bekali Tok Guru pun nampak dah hak ana kata tak dapat nasihat yang betul begapo, bekali dia ‘mikir nampak kan. Pah tu bila ana gi ‘Mekah ni, Annual Bakhri telefon kor sapodio ada orang telefon kor dia kor guano, berkecek hal PMBK lah, Annual Bakhri kata, “Arif ni bodoh”, dia kata.

Akmal Ilham: Dia royat kor kawan tu?

Mohd Saiba: Jadi kawan tu nyo tape suara Annual Bakhri…

Akmal Ilham: Oh.

Mohd Saiba: Buwi kor, sampai kor Tok Guru lah.

Akmal Ilham: Oh.

Mohd Saiba: Jadi Tok Guru panggil Rusdi, Arif, Annual Bakhri, pasang tape ah, Tok Guru mintak penjelasanlah. Jadi, Rusdi kata, dia tak jawab.

Akmal Ilham: Dia tak jawab? Annual tak jawab?

Mohd Saiba: Tak jawab, kenaling jugaklah dia, tak jawab, dia wok gi bawak isu Arif ke lain, dia mempertikaikan Arif dalam isu lain.

Akmal Ilham: Isu bodoh tu tak jawab?

Mohd Saiba: Hor, tak jawab.

Akmal Ilham: Maknanya dia mengakulah?

Mohd Saiba: Hor. Dia bawak isu lain hal hak dia ada tak itu dengan Ariflah.

Mohd Saiba: Pah tu Tok Guru ada buat kenyataan akhbar, interviewlah, oh interview, dengan ‘gapo ana tak cerat, di pejabat MB lah. Tok Guru kata, dah orang duk pertikai Arif kan, tak pandai buat kerja begapo, tak perform, dia kata, dulu dia lantik Fadhilat dulu tak buat kerja apa jugak, tak buat kerja mana jugak. Dia tubik dalam suratkhabarkah begapo, oh marah Fadhilat, marah, bunyi kata…

Akmal Ilham: Bunyi nak saman?

Mohd Saiba: Hor, nak saman dan nak bongkar semua rahsia hak Tok Guru hak PAS Kelantan mintak balak buat PUTIK kalu tak mintak maaf. Bekali Annual Bakhri berpakat dah bekali, Annual Bakhri pun, dia nak, persampai kor Tok Guru, Tok Guru suruh buat surat. Buat surat ni, berat ayat Annual Bakhri buat, mintak maaf sebab semasa berkecek tu saya ni tak ingat, maknanya semacam nyanyuklah. Pah tu Annual Bakhri bawak Tok Guru pergi serah surat tu di rumah Fadli, Tok Guru mintak maaf…

Akmal Ilham: Fadli Samat?

Mohd Saiba: Fadli tok laki Fadhilat tu lah.

Akmal Ilham: Hor hor. Fadli mana?

Mohd Saiba: Bekas pengarah KPK.

Akmal Ilham: Oh, tok laki Fadhilat tuh?

Mohd Saiba: Hm, tok laki Fadhilat hak orang Husam dulu…

Akmal Ilham: Hm, ya lah.

Mohd Saiba: Jadi wok gi dumoh serah surat mintak maaf, jadi tahu kor Arif, Arif kata, “kurang hajar ni, baso kurang hajar buat begitu, jadi menghinakan diri Tok Guru”. Jadi banyaklah isu-isunya.

Mohd Saiba: Pah, sebelum ni Husam duk royat masalah Kifalah, hak mati buwi Kifalah kan, tertunggak lani, ramai tak bayar.

Akmal Ilham: Ya lah, suratkhabar duk main isu ni.

Mohd Saiba: Dia kata PMBK, duit sampai PMBK, PMBK tak bayar, duk sekat duit. Haji Hashim pun royat kor ana.

Akmal Ilham: Husam royat gitu?

Mohd Saiba: Hor, Haji Hashim orang kuat Husam kan. Jadi Husam, duk geger-geger, pah dia royat kor Tok Guru. Tok Guru tanya Arif, Arif royatlah benda sebenarnya.

Akmal Ilham: Hak sebenar guanoh?

Mohd Saiba: Hak sebenarnya… Pah Tok Guru panggil PKN.

Akmal Ilham: PKN?

Mohd Saiba: Haji Fauzi, Pegawai Kewangan Negeri.

Akmal Ilham: Hor, hor.

Mohd Saiba: Panggil PKN, Arif, Husam, gi menghadap dia di pejabat, Husam tak ‘gi, dia hantar Khalili, buat nota tulis tangan dia, Khalili…

Akmal Ilham: Khalili mana?

Mohd Saiba: Khalili ni jenis hak jaga kifalahlah, orang Husam jugaklah bekali, Husam sendiri tak ‘gi. Jadi ‘depan Tok Guru tu PKN royatlah, ni bukti, kita bayar belaka, bukti, cumanya masalah tertunggak ni kita duduk anggarkan mula-mula 3 juta sebulan ‘bayar, dia ‘jadi 5 6 juta, lebih daripada (hak anggar), jadi hak tu jadi tertunggak, tersekat, bayar bayar, PMBK tidak sekat. Hor, ‘situ Tok Guru nampak Husam tak betul.

Akmal Ilham: Nak peruduh Ariffahmilah?

Mohd Saiba: Hor, jadi Tok Guru marah kor Husam. Dengar cerita Husam nak berjumpa Tok Guru, Tok Guru tak sir berjumpa.

Akmal Ilham: Bila nih?

Mohd Saiba: Ni ah, dalam masa terdekat ‘ni.

Mohd Saiba: Pah tu, oh, bukan royat kor ana saja, orang lain royat. Ada gu Husam, dia makan dengan gu baik Husamlah. Dia royat Husam pun ‘sungut, politik tak kuat, di Pusat tak leh gi doh, di Kelantan pun tak kuat, tak leh ‘gi. Pah tu Husam masuk alik Tengku Mahkota lani. Sebelum ni Tengku Mahkota marah kor Husam.

Akmal Ilham: Hor, hor.

Mohd Saiba: Lani ‘jadi dia masuk, ‘jadi, Tengku Mahkota kata, “akan datang Husam Timbalan Menteri Besar”.

Akmal Ilham: Dok eh, dia masuk kot mana pulak?

Mohd Saiba: Dia masuk kot Datin Nah. Datin Nah.

Akmal Ilham: Datin Nah mana eh?

Mohd Saiba: Datin Nah ni orang, orang kata peliklah, dia dengan Raja ‘Puan pun baik benar, hor.

Akmal Ilham: Ada masalah ni baik dengan Tengku Mahkota pulak?

Mohd Saiba: Hor.

Akmal Ilham: Datin Nah?

Mohd Saiba: Datin Nah.

Akmal Ilham: Bukan Datin Wan Nab mak Ilani tu?

Mohd Saiba: Datin Nah, ana pun tak tahu.

Akmal Ilham: Datin Nah kor Datin Nab?

Mohd Saiba: Memang dia baik dengan Raja ‘Puan.

Akmal Ilham: Kor bini Datuk Sukri?

Mohd Saiba: Ai… Datuk Sukri mana?

Akmal Ilham: Datuk Sukri Mohamad, lawyerlah, 46 dulu.

Mohd Saiba: Dia ni, Datin Nah ni, ni hak projek-projek, Bazar Tengku Anis dia buat, Lawyer Nordin tu bawah dia lah, lawyer dia, projek dia gapo, di Wakaf Che Yeh kah dialah, syarikat ‘gapo doh?

Akmal Ilham: Sensatimurlah.

Mohd Saiba: Bekali.

Akmal Ilham: Sensatimurlah.

Mohd Saiba: Bekali.

Akmal Ilham: Anta sendiri guano, tak ralat?

Mohd Saiba: Eh?

Akmal Ilham: Tak dok ralat gapo dok?

Mohd Saiba: Tok Guru… Tunggu hari Selasa ‘ni lah.

Akmal Ilham: Dok eh, tapi Tok Guru tak sebut ari tu, kor anta sendiri tak sebut?

Mohd Saiba: Kor ana persampai ‘dah. Sekalo demo bersusah ‘dah nak suruh sain, tulis surat sambung kontrak bersusah ‘dah demo, ni senyap, buat tak tau jah, mugo ana pun tahu ‘dah.

Akmal Ilham: Tapi ana mesej kor Annual Bakhri takdi, memang dia tak tahu sungguh.

Mohd Saiba: Tak tahu gapo?

Akmal Ilham: Tak tahu sungguhlah dia bahawa dia itu lagi...

Mohd Saiba: Oh, dia kata gapo? Tak tahu orang nak buang dia?

Akmal Ilham: Hm, tak tahu. Ana tulis gini: “Dan sesungguhnya setiap perbuatan baik akan dibalas dengan kebaikan jua oleh Allah manakala setiap pengkhianatan akan menerima balasannya yang setimpal jua, dan sesungguhnya Allah itu Maha Besar”. Ha ha.

Mohd Saiba: Oh, dia jawab?

Akmal Ilham: Ana (tulis), pah dia jawab.

Mohd Saiba: Dok eh, tu ayat sapodio tuh?

Akmal Ilham: Ayat analah.

Mohd Saiba: Oh.

Akmal Ilham: (Annual Bakhri jawab:) “Ya, mari kita sama-sama membina keyakinan bahawa Allah tidak akan membantu orang-orang yang zalim, jika begitu Allah akan berbuat apa kepada orang-orang yang seperti ini”. Maknanya dia tak tahu langsunglah, maknanya tak tahu, tak tahu nak kena. Tapi apabila (ana) mesej ‘gitu bermakna dia tahu ada benda tak kena lah tu, ana tak royat tapi gak, ya lah, ‘mutar itiklah tengok hari ni dengan esok, tension.

Akmal Ilham: Tapi tu hak Tok Guru, mesyuarat Dewan Harian begapo serupa hak nak ambik dia dululah…

Mohd Saiba: Hor.

Akmal Ilham: Dewan Harian hak lain kata tak sir ke dia pun…

Mohd Saiba: Tok Guru nak.

Akmal Ilham: Hor, Tok Guru nak. Annual tu dah ambo hak nak pakai, baju, ambo tau saiz, ambo nak pakai kor demo nak pakai anta nak pakai, royat begitu habislah.

Mohd Saiba: Hak ni begitu jugaknya.

Akmal Ilham: Hm, serupa Menteri jugak, Zaid naik jadi Menteri dia nak lantik sapo jadi Setiausaha Politik, Pegawai Khas, Setiausaha Akhbar, ikut dialah mugo hak dia. Apa parti nak controlnya?

Akmal Ilham: Dok eh, hak masa berjumpa Abduh hm ‘tu tuh, demo ni royat godioh? Taman UDA? Shaari gapo ni lah?

Mohd Saiba: Hm, mula-mula ana masuk lagih dia kata, “Eh, ni pensyarah KIAS nih”, Nik Abduh kata.

Akmal Ilham: Ha ha ha, dia royat doh.

Mohd Saiba: Shaari duk royat lama ‘dah, “Anta berhentilah, Ba, anta ‘gi KIAS”, banyak tahun, dua tahun, lama dah. Ana kata, “hor, tak dok masalah, bincanglah”, senyap, acap kali dah.

Akmal Ilham: Dok, gini, ana nak royat, plan, kalu anta nak duk ‘situ lagi, ‘geger suratkhabar, ana tulis dalam suratkhabar, wat tubik, tak jadilah benda ni, jadi Tok Guru apabila benda ni tubik ngulu, malulah, takkan nak umum jugak, kalu nak.

Mohd Saiba: Ana tak sir.

Akmal Ilham: Kalu tak sir tak apalah.

Mohd Saiba: Mujur ana baru.

Akmal Ilham: Cuma kalu royat ‘gitu bermakna dengan Annual Bakhri akan selamat, takut kawan tu wat gitu, (ana) nak pintas suratkhabar tu, ana nak pintas suratkhabar tu, sebab, yalah, takut suratkhabar gi ‘geger, dia ‘bocor kor suratkhabar gak, pintas ‘dulu tak jadilah, kemungkinan benda ni tak jadilah. Serupa hal ‘nilah, hal Arif ni, ah, Sli, Dr Rosli berkecek, kata mesyuarat dewan pemuda pusat dewan pemuda negeri akan bincang ambik, dia royat sebelum mesyuarat, tak jadi ah mesyuarat, jadi rahmat lah (pada Arif) bila Dr Rosli gi berkecek begitu.

Mohd Saiba: Pah dia sendiri kena…

Akmal Ilham: Hor, pah dia sendiri kena. Cuma ana tolong jugak dia tu, kesian kor dia, kata anta berhentilah, berhenti cepat-cepat, sebelum orang kondem anta anta berhenti, dia pun berhenti. Tak tahulah takut dia dengar buah orang lain lagi. Cuma ana royat ke dialah, mugo ana rapat sikit dengan suratkhabar gapo, berat ni tubik dalam suratkhabar esok ni, kata, prepare selalulah kata, selamat, parti pun selamat, orang tak becaro ah. Sebelum orang becaro hal dia nikah dua begapo, ore becaro, tak ‘dan ‘geger hal tu ‘geger hal dia berhenti, bereslah. AJK, dia AJK Kota Bharu dok, dia AJK jugak dok? ‘Jadi skrip novel.

Akmal Ilham: Dok eh, hak anta sendiri ni sapo dioh, hak nak ganti?

Mohd Saiba: Pensyarah KIAS.

Akmal Ilham: Pensyarah KIAS? Nama godioh?

Mohd Saiba: Ustaz Fadli Shaari.

Akmal Ilham: Ustaz Fadli Shaari? Orang ‘mana eh?

Mohd Saiba: Dia masa khemah ibadat terawih di stadium nih, oh, forum perang badar dia pengerusi, dia banyak pengerusi.

Akmal Ilham: Jawatan dia dalam parti godioh?

Mohd Saiba: Tak dok rasanya.

Akmal Ilham: Oh, tak kenal belaka tuh, orang ‘mana eh?

Mohd Saiba: Tok Guru pun tak kenal eh.

Akmal Ilham: Orang ‘mana eh? Sapodio jong (cadang), Abduh kah, Shaari?

Mohd Saiba: Ah, Abduh, Shaari, lama ‘dah dia royat kor ana nya, sebelum ‘ni lagi, dia duk sebut nama Fadli, Fadli.

Akmal Ilham: Dok eh, orang ‘mana asal?

Mohd Saiba: Aih, ana tak leh nak royat, Kelantan jugaklah.

Akmal Ilham: Dok eh, takkan tak dok gotuh?

Mohd Saiba: Biodata?

Akmal Ilham: Kegiatan dalam parti kor ‘gapo?

Mohd Saiba: Dok. Ada orang jemput ceramah ‘gitu jah, Kota Bharu rajin jemput.

Akmal Ilham: Kira orang muda dua-dua ah. Zamakhshari ni Abduh buleh pegangkah? Lama nya konar kokrang lain pulak?

Mohd Saiba: Ahli usrah Shaari sebelum anta masuk dulu lagi.

Akmal Ilham: Ya?

Mohd Saiba: Hor, sebelum ana kelik Kuala Lumpur dia ahli usrah ‘dah, baru ‘ni pun dia ada.

Akmal Ilham: Ya?

Mohd Saiba: Duk bincang hal Arif, Pak Lah KPK ‘gi.

Akmal Ilham: UDA Murni tuh?

Mohd Saiba: Hor, dia ada malam tuh.

Akmal Ilham: Oh.

Mohd Saiba: Hak nak ganti Arifnya Husam nak ‘masuk orang dialah.

Akmal Ilham: Sapo dioh?

Mohd Saiba: Haji Ramli, Wakaf Bharu.

Akmal Ilham: Oh, Haji Ramli Wakaf Bharu? Memang bulehkah?

Mohd Saiba: Tapi, demo ni cadang Dr Izani.

Akmal Ilham: Oh, Dr Izani. Tok Guru nak kah?

Mohd Saiba: Sebut ‘dah kor Tok Guru.

Akmal Ilham: Tok Guru setujulah?

Mohd Saiba: Tok Guru suruh ‘bincanglah. Arif sendiri sebut.

Akmal Ilham: Oh.

Mohd Saiba: Arif sebut, demo ‘ni jong cadangnya. Sebelum demo ni ajak Arif usrah ‘bincang tu, Arif bersumpah nah, wallahi, wabillahi, watallahi begapo nah, dia dengan Husam ni balah besar.

Akmal Ilham: Dia royat?

Mohd Saiba: Hor.

Akmal Ilham: Oh, sebelum masuk.

Mohd Saiba: Lama dah dia royat kor ana Arif, Husam nak perjatuh dia, Arif sendiri royat. Eh, tak silap Arif sendiri royat kor ana.

Akmal Ilham: Ya?

Mohd Saiba: Husam nak perjatuh dia. Pah tu, orang lain pun royat, dalam mesyuarat Husam tang Arif.

Akmal Ilham: Ana sendiri dia panggil masa Tok Guru nak lantik…

Mohd Saiba: Oh, anta royat kor ana.

Akmal Ilham: Dia panggil, berkecek di…

Mohd Saiba: Dengan Dr Rosli begapo.

Akmal Ilham: Hor, hor, nak perjatuh Husam, Annual Bakhri. Husam, Annual Bakhrilah hak halangnya. Su, eh, Na, Na, mintak air batu sikit, ais.

Mohd Saiba: Arif pun royat kor Tok Guru, Annual Bakhri salah seorang yang nak perjatuh dia.

Akmal Ilham: Oh.

Mohd Saiba: Arif royat kor Tok Gurulah.

Akmal Ilham: Hor, hor.

Mohd Saiba: Pah tu timbul isu kata bodoh, kata bodoh begapo tuh.

Akmal Ilham: Dok eh, hak kata bodoh tu sapo dioh?

Mohd Saiba: Dia kecek dengan, geger hal Arif tu kan…

Akmal Ilham: Dok eh, dia berkecek dengan sapo dioh?

Mohd Saiba: Tak tau, ana tak tau.

Akmal Ilham: Tak tau?

Mohd Saiba: Hm.

Akmal Ilham: Orang parti jugaklah?

Mohd Saiba: Arif tak royat.

Akmal Ilham: Demo rakam ‘dah dih?

Mohd Saiba: Hor, ah, demo pun nak perangkap ‘dah bekali. Serupa anta duk mesej-mesej.

Akmal Ilham: Hor, hor.

Mohd Saiba: Bekali orang pun duk tunggu kata, senggeleng tape nah, oh, hahaha.

Akmal Ilham: Oh, mesej menyamar. Oh, sekali ni pisau, pisau tajam sungguhlah, dia duk royat kata pisau tumpul…

Mohd Saiba: Eh, zohor ‘dah kita nih.

Akmal Ilham: Hm.

“Tok Guru” adalah merujuk kepada Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan

“Annual Bakhri” adalah merujuk kepada Annual Bakhri Haron, bekas Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan

“Husam” adalah merujuk kepada Datuk Husam Musa, Ahli EXCO Kerajaan Negeri Kelantan

“Rusdi” adalah merujuk kepada Rusdi Abdullah, Setiausaha Sulit Khas Menteri Besar “Arif” adalah merujuk kepada Abdul Ariffahmi Abdul Rahman, menantu Menteri Besar Kelantan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PMBK

“Abduh” adalah merujuk kepada Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz, anak Menteri Besar Kelantan

“Shaari” adalah merujuk kepada Shaari Mustafa, anak saudara Menteri Besar Kelantan

“Azhar” adalah merujuk kepada Azhar Abdul Satar, anak saudara Menteri Besar Kelantan

“Fadhilat” adalah merujuk kepada Fadhilat Ismail, bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PMBK

“Dr Rosli” adalah merujuk kepada Dr Rosli Allani Abdul Kadir, bekas Pegawai Khas Datuk Husam Musa

“Pak Lah KPK” adalah merujuk kepada Che Abdullah Mat Nawi, ADUN Wakaf Bharu, Ahli EXCO Kerajaan Negeri dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perkayuan Kelantan (KPK)
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. panas betul pak bakar! huahuahuahua..arif oh arif...abduh oh abduh!

  2. PAS KELANTAN: Ranjau Sebuah PERJUANGAN
    .
    Firman Allah maksudnya “APAKAH KAMU INGAT AKU JADIKAN KAMU SIA-SIA,DAN KAMU TIDAK AKAN KEMBALI KEPADAKU”

    Bukan mudah mentadbir sebuah kerajaan islam.Banyak dugaan dan perancangan jahat parti lawan bersilih ganti.

    Kemenangan hari ini hasil dari benih pengorbanan yang ditanam oleh pejuang terdahulu. Bukan enteng harga sebuah perjuangan.Apatah lagi bila berjuang dilandasan Pas yang serba kekurangan.

    Kini kita bermegah kerana Pas mengetuai 2 buah kerajaan iaitu Kelantan dan Kedah. Pas juga menjadi rakan kongsi kerajaan di Selangor dan P Pinang.

    Sebelum tahun 1990, Pas sinonim dengan 1001 susah, payah, derita, ditekan, dihina dll. Tiada istimewanya Pas kecuali LILLAHI TAALA. Kerja baik di dunia dengan balasan di akhirat… itulah Pas.

    Ya! Benar Pas ingin tubuh sebuah kerajaan islam.Soalnya bila? Arwah Nik Abdullah Arshad (ayahanda Nik Amar) pernah berkata kepada anak muridnya Hj Sulaiman Tapang “zaman kita ni hanya untuk tebas hutan ASSABIYAH dan tanam benih islam,buat laluan untuk pemimpin akan datang”

    Pak Nik lah seorang pejuang kental,seluruh jiwa diwakaf untuk perjuangan Pas.Usahkan solat,makan minum tak pernah sendirian,mesti berjemaah.Paknik Lah kenal erti bersendirian tatkala dijemput menjadi ‘tetamu’ ISA selama 2 tahun.

    Bahana kezaliman BN sangat dahsyat.Masyarakat terpaksa menjauhkan diri dari Pas kerana ancaman dan ugutan. Gerakan Pas bergerak melalui institusi agama seperti warga pondok.Berapa ramai Ulama pondok menjadi mangsa ISA kerana menyokong Pas secara terbuka.

    ALFATIHAH ! Semoga Allah merahmati arwah Hj Yaacob Berangan ( ayahanda TMB),Hj Omar Wakaf Bharu,Hj Hassan Lemal dan Paknik Lah ( ayahanda Nik Amar).ISA bukan pembunuh jiwa mereka.Semangat mereka tidak pernah luntur untuk melihat Islam ditegakkan melalui siasah.

    bersambung di cilipadi007.blogspot

  3. Ape yang kau mengarut ni syaitan..

  4. Nik Abduh tak habis dgn bodoh sombong dia. Aku boleh katok pala dia kalau jumpa. Nak jaga maruah diri konon. Pentingkan diri sendiri melebihi ayah dia.

  5. Pak Bakar, MB Kelantan yang juga ayah nik abduh dan amalina serta mertua arifahmi tak bersalah dalam hal ini,yang bersalah "perasaan ego lama memimpin", di tambah lagi beliau MB itu sudah menjadi "institusi agama dan negeri kelantan", MB kelantan yang juga Pak Saudara Azhar Dan Shaari ni juga dianggap sebagai kelantan dan ulama,kalau kritik jadi salah, akhirnya inilah yang berlaku, tidak ada budaya kritik dan menegur tok guru, padahal semua kritik itu tak semestinya negatif. apalagi "ego lama memimpin" inilah yang menyebabkan segala kritikan di jawab dengan "celaka blog itu" ,"kerja blog menfitnah". Adalah tidak sihat segala anak sedara,menantu dan anak pinak terlibat dalam pentadbiran. Inilah yang kita tentang mahatir-mirzan, pak lah-kj, dua naib presiden pas dan tegur menantu beliau krn mengambil iktibar dari peristiwa ini. Tapi krn " ego lama memimpin" maka tidak diendahkan.

  6. Sekarang ini mana ada lagi orang buat kerja utk PAS?
    Utk isi tembolok sendiri adalah. Kan sekarang ni semua perlu pitih? Tak ada pitih tak leh cakap!

  7. Ramai penipu dalam kerajaan kelantan sekarang.... buat malu islam.... aper yg ader pada pangkat ngan harta........

    Tok Guru bukan mahathir dia ketua islam tapi semua berebut mengampu Tok Guru macam mengampu mahathir.....

    Kalau kelantan kalah aku sokong bukan setakat aku jer semua keluarga aku sokong kelantan kalah biar puak2 gila harta ni rebah sama.....

  8. Pendedahan ini menunjukkan kepada kita sapa yang BERBOHONG dalam kes perletakan jawatan SU-SU MB Kelantan baru-baru ni.

    Boleh lagi ko kita pilih orang yang cakap BOHONG untuk memimpin? Kalau dalam pengajian hadis la-hok ambo dok dengar-pembohong ni namanya kazzab, kalu terdapat perawi kazzab dalam sanad maka hadis itu dikategorikan sebagai matruk(tak boleh ambik.

    Tapi mungkin ada 'fatwa' la kot di Kelantan yang membolehkan berbohong. Jika begitu teruskanlah pembohongan.

    Maka pilihanya adalah ditangan anda wahai para pengundi & penyokong sekalian. Tukar PEMBOHONG kepada mereka yang jujur dan benar.

  9. Su, eh, Na, Na, mintak air batu sikit, ais.

  10. Tak sangka begini cara org berugama menikam kawan2!! Saya kenal Ust Saiba ttp tak sangka begitu buruk perangai seorang yg kononnya warak. Memang betul ada campurtangan anak beranak TGNA dalam hal2 pentadbiran, hanya tunggu saat utk musnah. Enough is enough. There is a limit to everything. Kalu TGNA tak mahu dengar nasihat dan anggap apa2 berita negatif tentang anak berananya adalah fitnah, maka he is beyond help.

  11. anom ...
    tak der modal ke atau pun betuuuuul apa yg penarikbeca kata...

  12. SALAM TO ALL

    anom 3
    hanya syaitan yg sangat kenal dgn syaitan !!!!Kalau lah salah apa yg di dakwa oleh pak bakaq ni ,bawalah fakta ,kita akan nilaikan fakta saudara tuu..bukannya melalak tanpa usul periksa & bicara ...

  13. Hahahahaa.... Makin terserlah lah nama-nama 'Penasihat-penasihat' Nik Ajis, Menteri Besar Kelantan..., Negeri Serambi Mekah ... !!

    Mapuh negeri main dengan puok2 nih.. Gomo gi laa...

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008