Saya kenal Datuk Ibrahim Ali. Dia juga mungkin kenal saya. Secara peribadi, dia ada banyak sifat-sifat yang baik. Dia baik walaupun selalu kelihatan sombong dan ego. Antara kebaikannya yang saya ingat sangat ialah beliau seorang yang pemurah. Memang, banyak kali juga dia belanja saya minum. Tetapi segala puji bagi Allah s.w.t., saya tidak pernah meminta atau mengambil walau satu sen pun darinya.
Sebagai manusia biasa, sudah tentu Ibrahim mempunyai banyak kelemahan. Tak payahlah saya tulis.
Ibrahim kini kelihatan sedang bersusah payah untuk menampilkan dirinya sebagai hero Melayu sekaligus hero Umno.
Sebagai hamba Allah Yang Maha Esa, saya tidak membantah malah bersyukur dengan ketetapan-Nya yang menetapkan saya menjadi orang Melayu. Saya bersyukur emak saya, pak saya, isteri saya dan anak-anak saya diketegorikan sebagai bangsa Melayu. Itu ketetapan Allah kepada kami dan saya amat bersyukur dengan ketetapan-Nya itu.
Saya juga benci dengan orang-orang yang terus melabelkan orang yang bercakap tentang kepentingan dan nasib bangsa Melayu sebagai 'asabiyyah.
Bagi saya, 'asabiyyah ialah bersikap double standard terhadap saudara, kumpulan atau gang sendiri. Kalau orang lain kita kutuk. Kalau gang kita sendiri, kita tolong dia buat jahat dengan membela kejahatannya atau menyembunyikan kejahatan penjawat awam yang menjadi gang kita.
Umpamanya, kalau orang lain mengamalkan kronisme kita hentam dengan penuh histeria. Kalau kena pemimpin parti yang kita sokong, kita jadi histeria bila salah lakunya dikritik. Jangankan kritik, tegur pun tak boleh.
Tak ikut saluran kononnya. Membuka pekung di dada kononnya (sila baca posting bertajuk "'Asabiyyah Barisan, 'asabiyyah Pakatan (III)").
Walaupun saya selalu memohon Allah yang kita kasihi membantu saya menjauhi 'asabiyyah seperti memohon perlindungan dari neraka, saya kasih dan saya sayang bangsa saya, Melayu.
Tetapi, saya terpaksa memohon maaf kepada Ibrahim kerana saya langsung tak memerlukan orang-orang seperti beliau untuk mempertahan dan membela bangsa saya.
Berkaitan:
Perkasa to defend against ‘disrespectful non-Malay leaders’ (Malaysian Insider 25/1/10)

Cantik? Klik 

Aku terpaksa setuju dengan hang bakaq yang Melayu tidak memrlukan seperti Ibrahim Ali. Tetapi sebelum hang buang dia, ingatlah, Ibrahim Ali ini ibarat kain buruk, dibasuh bersih bersih boleh juga buat lap meja di warung.
Tapi kalau kain baru, buat lap bontot - ada harga ke tidak.
Kalau kain baru buat serban - tapi mulut keluar fitnah - ada nilai ke tidak.
kah kah kah...
Hero malaya?
Hero UMNO? bertanding atas tiket PAS...
kah kah kah
bila la dia nk letak jawatan mp pasir mas.
Hy Islam yg mempunyai mkna di sisi Allah SWT. Tidak ade perbezaan kaum di akhirat kelak. Yg ade cuma Islam & kafir. ISlam meliputi semua dan tidak hanya terbatas kpda mana2 kaum. Perjuangkn Islam, bukannya dok sibuk perjuangkn kaum. Klu kita kuat kaum tp Islam lemah, tkde nilainya lsg.
engko nak perli tokguru nik aziz la ni.. lantak engko la.. ko jangan bantai idola engko dah la yg deagr katanya nk lantik adik dia di GLC Perkayuan Kelantan..jadi tak jadi aku tak ambik tahu..
Assalaimualaikum w.b.t dan salam kemuafakatan kepada semua para pembaca semua. Izinkan saya di sini, untuk memberi cadangan kepada Ibrahin Ali supaya supaya dia sendiri tubuh parti dia sendiri atas nama dia sendiri. Bukan apa cadangan saya itu, saya mencadang sebegitu kerana, sepanjang 34 tahun saya pandai membaca dan mengira, yang saya dok tengok, dok baca, dok congak2, hasilnya saya dok nampak kelih, berahin ali sorang je yang JUJUR KONONNYA.... BETUL KONONNYA....IKHLAS KONONNYA.... BAIK KONONNYA.... BIJAK KONONNYA..... MACAM-MACAM HAK BAIK la kononnya. Semua parti hak dia masuk, kalu UMNO buang dia, dia kata sebab dia betoi dan UMNO salah, sebab tu UMNO buang dia. Bila PAS ambil dia jadi calon masa dia dok hegeh hegeh naik pentas PAS dok ceramah rata riti, dia kata sebab dia baik sebab tu PAS ambil dia... Jadi loni, jenis dia ni, tak leh dok dengan orang. Dia ni kena dok sorang-sorang. Jadi cadangan saya supaya dia tubuh parti sendiri. Biar dia jadi presiden. Biar dia jadi calon DUN dan Parlimen... kita pakat tengok, setara mana hebatnya dia..... mace mana berahim agak2....mari la kita pakat tengok kelihhhhhh....
saya sebagai orang melayu, termasuk mak bapak tok nenek saya juga orang melayu. sebab kami semua keturunan dan darah daging melayu, kami tidak perlu la pada berahim ali untuk memperjuangkan atas nama bangsa melayu kononnya. tengok semula la, berapa kerat hak jadi ahli perkasa yang kononnya NGO rakyat tu. Kalu ada 1,000,000 boleh la kecek besar kata orang melayu sokong NGO perkasa tu... buek malu dan abis boreh jeerrr. cukup la, berapa orang dok ikut awak masa UMNO buang awak dulu. dan berapa ratus ribu orang pula dok berarak di tengah jalan dan tepi jalan dalam memperjuangkan DSAI yang dibuang oleh UMNO. Walaupun macam-macam tuduhan yang telah dilemparkan kepada DSAI... muhasabah la berahim diri sendiri sebelum nak kata kat orang... ALLAH S.W.T maha mengetahui segalanya.... ALLAH HU AKHBAR
kalau dalam filem melayu dia ni macam salleh kamil
ha.. ha..ha.. aku suka cerita kau ni. walau berbagai sudut kita boleh tafsirkan seseorang itu, namun mamat sorang ni, ia seperti bertnduk yg payah ditfsir.
Cerita sikit apa yang berlaku kat Rumah Kelantan Jalan Stonor?
telinga saya waktu itu dengar dengan sahih...tok braheng ali ketika di luar umno berucap berdegar2 di berek 12 kota bharu bahawa dia akan jilat pung*** dr mahathir jika dia masuk semula parti united malay NO tu........ alih2 pastu dia masuk umno semula. tu kisah sebelum dia kena jadi 'banduan' sokmo hidup seperti kini.
sebelum dia jadi mp atas lambang bulan pru08 lalu, (sebelum prk dun pengkalan pasir) tika dia masih dalam umno dan berucap di kg pulau melaka lebih kurang 0.5km dari rumah TGNA sambil perkenalkan seorang ustaz bersamanya : " sepuluh orang nik aziz banding dgn ulama muda nih tak padan lagi. ucapan ulama muda ini akan membantu kita tolak rumah nik aziz ke laut!"
banyak yg celu*** ucapan hero perkasa 'ntah hapa2 ni. mungkin nama beliau dah tercatat dalam malaysia book of record atau guinness world of record sebagai hero melompat parti terbaik dalam politik. juara kategori kluk-klik. sengoti nih.
Persoalan Melayu? Tang mana hebatnya Bangsa Melayu nie? Tang mana yang kita nak banggakan dengan Melayu? Tak malu ke dengan Bangsa Cina dengan India? Tamadun Bangsa Cina dan India jauh lebih hebat dari Bangsa Melayu. Tamadun diaorang beribu tahun dulu dari Bangsa melayu. Tapi kalau kita ambil ISLAM, Tamadun ISLAM jauh lebih hebat dari mana-mana Tamadun Bangsa yang ada didalam dunia nie.
Hero tang mana? Menyalak je ke?
-madir-
perjuangan apa ya
pengundi PASIR MAS dan satu MALAYSIA kecewa...title satu2nya MP bebas yg tdk terikat dgn mana2 pihak sudah hilang dr sdr atas kepentingan material yg tak seberapa. sdr telah terlepas peluang menjadi seorang negarawan yg akan dikenang kerana berani bercakap apabila masuk mana2 parti. kami pgundi P.MAS akan meratapi kehilangan ini..kami benci kpd mu. kamitdk memerlukan kamu lagi