Sedap!! Klik gambar di atas!

Kenyataan siapa ikut Quran? Presiden PAS atau Dr Hassan?

Sinar Harian hari ini melaporkan bahawa Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hassan Mohamed Ali dengan lantang menegaskan, penggunaan kalimah Allah tidak boleh digunakan oleh penganut agama lain bagi mengelak salah faham umat Islam.

Sebelum itu, dalam kenyataan selepas mesyuarat Jawatankuasa Politik PAS, Presidennya Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyatakan, "PAS ingin menjelaskan bahawa berdasarkan kepada kaedah Islam, penggunaan nama Allah pada asasnya adalah dibenar untuk digunakan oleh agama samawi seperti Kristian dan Yahudi".

Dr Hassan membuat penegasan itu berdasarkan enakmen dan fatwa yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa yang tidak membenarkan penggunaan kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam.

Tok Guru Presiden bercakap berdasarkan "kaedah Islam". Dr Hassan pula memberi amaran berdasarkan "enakmen dan fatwa".

Menurut Tok Guru Presiden, al-Quran telah menyarankan cara yang betul menggunakan perkataan Allah, sebagaimana yang dinyatakan dalam Surah Ali Imran ayat 64:

قُلْ يَا أَهْلَ الْكِتَابِ تَعَالَوْاْ إِلَى كَلَمَةٍ سَوَاء بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمْ أَلاَّ نَعْبُدَ إِلاَّ اللّهَ وَلاَ نُشْرِكَ بِهِ شَيْئاً
وَلاَ يَتَّخِذَ بَعْضُنَا بَعْضاً أَرْبَاباً مِّن دُونِ اللّهِ

Yang bermaksud: Katakanlah hai ahli kitab, marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahawa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan dia, dengan sesuatupun dan tidak (pula) sebahagian kita menjadikan sesama manusia seperti pemimpin dan sebagainya, sebagai tuhan selain Alllah.
Justify Full
Untuk rekod, Dr Hassan juga menghadiri juga menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Politik PAS yang berakhir dengan kenyataan Tok Guru Presiden itu. Tidak diketahui adakah beliau berjuang bersungguh-sungguh untuk mempertegaskan pendiriannya. Mungkin beliau berbuat demikian. Maklumlah, beliau ada hujah berasaskan "enakmen dan fatwa".

Saya rasa, perasaan Dr Hassan selepas mesyuarat itu boleh dibaca dalam posting Mohd Sayuti Omar bertajuk "Pendirian PAS macam rokok Marlboro Light: Berangin tetapi tidak menyengat".

Semalam, apabila kebetulan entah macam mana dapat bercakap dengannya, saya beritahu Ketua Penerangan PAS, Ustaz Idris Ahmad bahawa saya tak sokong pendirian sikap Ahli Jawatankuasa Politik PAS, Khalid Abdul Samad yang lurus bendul macam jawab soalan matematik dan bersikap terlalu naif konon kita tak tahu apa niat orang kerana itu dalam hati mereka dan kita tak nampak sedangkan ada ayat al-Quran yang mengingatkan kita semua supaya berwaspada "وَلَن تَرْضَى عَنكَ الْيَهُودُ وَلاَ النَّصَارَى حَتَّى تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ".

Saya juga tak setuju dengan sikap Timbalan Presiden yang saya rasa seperti jurucakap Umno yang membawa kad keahlian PAS. Lihat laporan Mingguan Malaysia 31/12/09 "Islam perlu bersatu". Saya juga tak setuju sikap "trigger happy" yang senang-senang menembak istilah kufur. Senang-senang nak kafirkan orang (lihat Lihat berita mStar Online 4/1/10 bertajuk "Kufur jika sokong guna kalimah Allah - Haron Din").

Untuk makluman, PAS sudah berpuluh tahun tidak kedengaran mengkafirkan orang kerana tokoh-tokoh utama mengkafirkan orang seperti Mohd Noor Idris dan lain-lain semua dah pakat-pakat masuk Umno.

Saya mohon Idris supaya mengambil jalan tengah di antara pendirian Khalid dan sikap "trigger happy" yang senang-senang menembak istilah kufur. Dan saya rasa kenyataan Tok Guru Presiden amat seimbang.

Tak payah nak jerkah sampai pecah rengkung. Tak payah nak pedas (teringat pula cerita seorang OKT yang satu lokap dengan saya dulu yang mendakwa antara cara siksaan polis ialah memasukkan carrot yang dilumur cili yang pedas gilerr ke dalam dubur orang yang disiksa).

Orang yang ada akal dan tak bangang boleh memahami kenyataan berikut dari PAS:
Walau bagaimanapun, penggunaan kalimah Allah secara salah dan tidak bertanggungjawab mestilah dielakkan supaya ianya tidak menjadi isu yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama dalam negara ini.

PAS memberikan peringatan kepada semua pihak supaya tidak menyalahgunakan perkataan Allah bagi mengelirukan atau menjadikan politik murahan untuk mendapat sokongan rakyat.
Ha, sekarang saya nak tanya. Tok Guru Presiden mengingatkan supaya jangan main "politik murahan".

Siapa yang nampak sangat main "politik murahan" sekarang?

Dan yang lebih penting untuk ditanyakan ialah kenyataan mana yang ikut Quran? Kenyataan Tok Guru Presiden atau kenyataan Dr Hassan yang nampak macam menjerkah-jerkah kenyataan Presiden PAS.

Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Salam Bakaq,

    Pas dah mengaku pulak orang Kristian kat Malaysia ni ahli Kitab. Jadi boleh kahwin la ye macam kat Indonesia tu? Dulu kemain membantai Astora Jabat pasal isu ni. Sekarang apa dah jadi?

  2. Salam, gue dlm hal ni..setuju dgn Haron din and HA...utk jaga org islam yang d bawah..supaya tak jadi macam indonesia.

    Dibawah ni geu copy paste..apayang prof al attas kata..nampak lebih logik..and tambah lagi p ke link faisal tehrani

    http://rausyanfikir.com/2010/01/prof-al-attas-view-on-polemical-usage.html

    tq

  3. diamlah mu babi..penulis blog haram jadah..orang sibuk isu kalimah ALLAH..mu sibuk nak melaga2kan pemimpin PAS. mu ni la kerja2 bodoh dalam pas mu tau..

  4. Tok Guru Pres jugak pesan jangan salahgunakan kalimah Allah...........selars dengan la tusyriku dalam ayat tu.

    Ni le hasan Ali sebut larangan yang dibuat dalam Enakmen Pengawalan Pengembangan Agama lain yang dah ada sejak tahu 80 an lagi


    Dalam sidang ahkbar 2 benda besar yg disebut

    1.Jgn salahguna kalimah Allah
    2.Jgn politikan isu ni

    yang no 1 tu le,apa yg dimaksudkan oleh HD dll...isk isk benda gini takleh nak faham ke?takpe kalau bodoh pun bukan jadi pemimpin.heheheh

    Takkan nak sokong Allah ada anak pulak..

  5. KENYATAAN MEDIA
    PESURUHJAYA PAS NEGERI SELANGOR

    Berhubung dengan isu pengguna kalimah ALLAH yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 31hb Disember 2009 yang lalu, PAS Selangor bersetuju dan bersependapat dengan pendirian dan kenyataan yang dikeluarkan oleh YAB Tuan Guru Mursyidul Am, Y Bhg Timbalan Musyidul Am dan semangat daripada kenyataan yang diutarakan oleh YB Dato’ Seri Presiden.
    2. Dalam hubungan ini, seandainya keputusan mahkamah itu dikekalkan, PAS Selangor bimbang akan berlaku penyalahgunaan kalimat tersebut. Penggunaan kalimat itu akan akan memberi tamparan kepada penganut agama Islam khasnya kerana kalimat ALLAH tersebut mempunyai erti yang sangat istimewa serta implikasi tersendiri bagi penganut agama Islam.
    3. PAS Selangor berpendapat, suasana yang ada di Selangor tidak mengizinkan sama sekali penggunaan kalimat tersebut selain daripada yang merujuk kepada agama Islam. Ditambah pula dengan adanya enakmen dan fatwa yang telah dikeluarkan oleh pihak yang berkuasa untuk tidak mengizinkan kalimat itu digunakan dengan sewenang-wenangnya. Jika sekiranya perkataan ALLAH ini dibenarkan, maka ianya akan mengundang penyalah tafsiran kalimat ALLAH tersebut khususnya dikalangan golongan bukan ahli agama termasuk orang awam.
    4 PAS Selangor memberi amaran kepada pihak-pihak yang ingin mengambil kesempatan daripada keadaan ini supaya berhenti dengan serta merta mengeksplotasi isu ini. Mereka yang akhir-akhir ini kelihatan begitu ghairah melaungkan bantahan terhadap keputusan mahkamah itu, sedangkan mereka tidak mempunyai kredibiliti dan tindakan mereka boleh diragukan. PAS Selangor mengesyaki wujudnya perancangan jahat pihak-pihak ini dengan cuba menangguk di air keruh.
    5. PAS Selangor ingin menyeru semua pimpinan parti di setiap peringkat termasuk ahli dan penyokong supaya tidak mengambil tindakan yang boleh merugikan perjuangan jamaah. Mereka diminta untuk sering merujuk kepada pimpinan negeri sekiranya wujud keraguan terhadap tindakan yang akan diambil.
    6. Akhirnya marilah kita berdoa supaya apa juga tindakan yang merugikan Islam dan masyarakat Islam tidak akan mendapat kejayaan disisi ALLAH SWT.

    YB DATO’ DR HASAN MOHAMED ALI
    Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor
    5hb Januari 2010

  6. semua nak tunjuk hero...

  7. Assalamualaikum Pak Bakaq dan Tuan/Puan,

    1)- Betoi lah tu, jangan salah GUNA perkataan "ALLAH" nanti timbul masaalah???

    2)- Dan dalam ayat al Quraan juga menyatakan perkataan "ALLAH" telah digunakan oleh 3 ugama Samawi, betoi gak lah tu!!!

    Komen Ana - 1) Masa kehadapan kita tak tau? depa tu bila dah bagi GUNA adaka jaminan tak di salah guna??? JADI SEBELUM DI SALAH GUNA, APA KATA KITA JANGAN BAGI GUNA, NANTI DAH TERLAMBAT, TAKDAK GUNA DAH.

    Komen Ana - 2) Dulu punya ugama Samawi yang dibawa oleh Nabi Musa a.s dan Nabi Isa a.s, betoi lah, memang di akui oleh Nabi Muhammad s.a.w dan dan kita di beritahu pun begitu. TETAPI.....yang si India n Cina di Malaysia ini yang menganuti nya, betoi ka yang ori dari Samawi tu, tolong lah jawab sat. Bukan kah Islam saja agama akhir zaman yang di Redhai Allah. Orang Islam je yang berhak guna "ALLAH" untuk beribadat dan berucap. Depa guna nak cakap saja takpa lah kot, tapi kalu nak guna dalam buletin atau apa2 saja alat penyiaran mereka, tak payah lah, guna sahaja perkataan "Tuhan", itu dalam bahasa malaysia lagi. Kita bukan duk di Timur Tengah, Palastine, Mesir.

    Wassalam.

    Terima Kasih

  8. Tahniah kepada YB Dato' Dr Hasan Mohamed Ali, you got balls. Jangan jual ugama untuk kepentingan diri sendiri.

  9. Isi kandungan blog ni dengan fahaman syiah pemiliknya ikut Quran ke bakaq? Kalau hang ada zaman Nabi atau sahabat2, silap2 hang kena bakaq sesuai dengan nama hang !

  10. "Katakanlah hai ahli kitab, marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahawa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan dia, dengan sesuatupun dan tidak (pula) sebahagian kita menjadikan sesama manusia seperti pemimpin dan sebagainya, sebagai tuhan selain Alllah."

    Tuan Guru Hj Hadi menggunakan 'kaedah Islam' bersandarkan Ayat Al Quran berkenaan. Mungkin Hj Hadi terlepas pandang utk membandingkan "bahawa tidak kita sembah kecuali Allah DAN TIDAK KITA PERSEKUTUKAN DIA...." dengan konsep Trinity dalam Kristian.

    Bacalah... dan Bacalah dengan penuh supaya kita tak ambil pengertian "separuh masak".

    |fazilogic|

  11. sekarang namapak gaya TEAM Erdogan dah mula perlahan2 alih sokongan kepada TG Hadi.

  12. Bangsa Melayu yang belum dimerdekakan oleh Islam. Nak buat macam mana dalam PAS masih ramai, termasuk Timbalan Mursyidul Am sendiri. Malu.
    Bijak sungguh perangkap UMNO..(bayar 2 juta sebulan pada PR firma Yahudi).
    Selamat menunton Sarkees!

  13. bila orang tidak islam mengatakan yang tidak betul mengenai tuhan, tak apalah... kepercayaan mereka. bunyi ayat macam setuju. tapi bila orang bukan islam guna perkataan Allah,... tukar dengan nama tuhan, baru kita rasa tercabar. seolah-olah allah bukan tuhan. kemudian aku teringat ada orang islam yang boleh cerita kat anak-anak mereka, itu tuhan-tuhan mereka, sambil menunjukkan kepada patong dan sebagainya. kemudian mereka cuba tukar perkataan tuhan kepada allah, mereka bertanya, takkan nak kata itu allah-allah mereka. mengapa? tidak bolehkah mereka mengajar kepada anak mereka itu semua bukan tuhan, tuhan adalah esa, tidak menyerupai segala sesuatu, jadi jika tukar tuhan kepada allah, kita masih boleh mengajar anak kita, itu bukan Allah, tiada suatu yang boleh menyerupai allah.

    nar

  14. "ALLAHYARHAM PARKIAM"


    Kalau Al-Pakiam Paderi Gereja Kristian ini meninggal dunia kelak, bolehlah kita sebut dalam bahasa melayu Allahyarham Parkiam....ini tak menyalahguna bahasa kot?


    Pas ke Tak Pas cadangan ini?

  15. Assalamualaikum Pak Bakaq dan Antum semua,

    Ana rasa lah, depa yg duk diatas sana nun, tak nampak dan tak tau, atau tak mau ambil tau, apa yang berlaku dan yang akan berlaku kelak di peringkat bawahan(grass root) nanti.

    Tiba2 kita ikut di belakang kereta ada stickers "Allah Crist", "Jesus anak Allah", "Allah Trinity". Apa macam??? Anak2 duk tanya, ustaz, tok guru ajak macam lain, mana satu betoi ni???

    Kalau depa nak sangat lah guna perkataan "ALLAH" tu dalam artikel di Herald depa tu, buat lah dalam Bahasa Arab dan edarkan kepada penganut2 mereka di east malaysia tu, rasa nya tak salah lah kut, Mafii Musykilaa.

    Kalau artikel dalam Bahasa Melayu guna saja lah perkataan 'tuhan' lagi senang faham depa tu kot. Awat lah makngot sangat!!!

    Wassalam, Syuqron kathiraa.

  16. satu )nk kata bodoh punya blog ni boleh jadi juga...bodo rasa pandai..

    kedua)agama samawi tuu satu sahaja iaitu islam dari adam sampai nabi kita S.a.w..cuma syariat yg berbeza...syariat yahudi dan kristian dah di pesong..tanya la ulama tauhid..(Rujuk kitab kubra yakiniat - Said Ramadhan Bouti )

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008