Sedap!! Klik gambar di atas!

Keadaan terkawal, tapi selepas dua, enam lagi gereja diserang

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan keadaan negara terkawal. Ketika berceramah di Kerteh, Terengganu semalam, Naib Presiden PAS Haji Mahfuz Omar mempersoalkan kenyataan Najib itu.

"Kalau keadaan terkawal, selepas dua gereja diserang pagi Jumaat lalu, tentulah tidak ada lagi diserang," kata beliau.

Dalam berita bertajuk "Church in Seremban attacked", Malaysiakini semalam melaporkan:
The Sidang Injil Borneo (SIB) church in Negri Sembilan was the latest target of an attempted arson, which left its front wooden doors charred.

This morning's attack brings to eight the total number of churches targeted since Friday.
Jangan persoalkan, itulah salah satu tanda kehebatan Malaysia di dalam era Najib. Memang hebat. Awal pagi tadi, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Haji Mohamad Sabu memberitahu saya, Afghanistan diserang oleh jet-jet penyerang tanpa pemandu (UCAV). Kira hebat la teknologi Amerika Syarikat tu. Tapi Malaysia lagi hebat, katanya. Malaysia di zaman Najib ada F-5E tanpa enjin!

Hampa nak hebat tara mana lagi?!!

Berkaitan:
Gereja terbakar dibaling bom petrol (Malaysiakini 8/1/10)
Gereja keempat diserang bom api (Malaysiakini 9/1/10)
Gereja, pondok pengawal sekolah di Taiping dilempar bom api (Malaysiakini 10/1/10)
Hisham: 7 gereja sasaran cubaan bakar, vandalisme (Malaysiakini 10/1/10)
Pintu gereja di Seremban dibakar (Malaysiakini 11/1/10)
KDN tolak dakwaan gagal bertindak (Utusan Malaysia 12/1/10)
Keadaan negara terkawal – PM (Utusan Malaysia 12/1/10)
PM: Tiada niat tutup kes enjin jet TUDM hilang (Malaysiakini 21/12/09)
Selain enjin pesawat, peralatan lain turut lesap (Malaysiakini 22/12/09)
Sirul dan Azilah versi India
PM jamin keadaan terkawal
NAJIB menyampaikan sijil MS ISO 9001:2008 kepada Setiausaha SPA, Datuk Lamien Sawiyo pada majlis makan malam di Putrajaya, malam tadi. Hadir sama, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

Kejadian bakar gereja tak babitkan kumpulan besar

Berita Harian (12/1/10): Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberi jaminan keadaan di negara ini terkawal di sebalik beberapa cubaan membakar gereja kerana kejadian itu tidak membabitkan kumpulan individu yang besar.

"Majoriti rakyat Malaysia amat sederhana dan cintakan keamanan manakala keganasan tidak pernah dikaitkan dengan soal amalan beragama di negara ini.

"Malahan pengenalan agama Islam dibuat melalui cara aman," katanya ketika ditemubual sekumpulan 10 wakil media dari India dalam rangka lawatan ke negara ini, di pejabatnya di sini semalam.

Perdana Menteri ditanya sama ada cubaan membakar gereja baru-baru ini trend yang ditiru atau sama dengan apa yang bermula di Pakistan tujuh tahun lalu.

"Kami begitu dirahmati. Kami berharap dan akan melakukan yang terbaik untuk mengekalkan hubungan harmoni yang terjalin di antara pelbagai etnik dan kumpulan agama di negara ini.

"Kami akan mengambil tindakan terhadap sebarang bentuk ekstremisme yang dilakukan oleh sesiapa atau mana-mana kumpulan, " katanya.

Mengenai sama ada amalan sekular di negara ini akan diubah selepas ini, Najib menjawab: "Kami mampu mengawal keadaan. Kami berupaya menguruskannya."

Untuk mengatakan tahap ketegangan telah memuncak berikutan keputusan mahkamah berhubung penggunaan kalimah Allah sebenarnya diperbesarkan kerana kejadian (serangan ke atas gereja) adalah reaksi yang hanya membabitkan sekumpulan kecil individu, kata Najib.

Sementara itu, menurut kenyataan Kementerian Luar, terdahulu wakil media India itu mengadakan perjumpaan dengan Menterinya, Datuk Seri Anifah Aman di Wisma Putra dan dengan beberapa menteri Kabinet yang lain.

"Lawatan wakil media India ke Wisma Putra memberikan peluang besar kepada Menteri Luar untuk bertukar pandangan dengan kumpulan itu mengenai isu penting kepada Malaysia.

"Ini termasuk dasar luar Malaysia terhadap hubungan dua hala dan kerjasama dengan India di forum serantau dan antarabangsa, harapan daripada lawatan akan datang perdana menteri ke India dan perkara lain kepentingan bersama membabitkan kedua-dua negara," menurut kenyataan itu.

Najib dijadual melakukan lawatan rasmi ke republik itu awal minggu depan.

Sementara itu, berucap pada majlis makan malam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) di sini malam tadi, Najib mahu perkhidmatan awam di negara ini menjadi profesional sepenuhnya tanpa kecenderungan politik dan menyokong serta menterjemah apa juga hasrat kerajaan yang dipilih rakyat.

Perdana Menteri berkata, prinsip itu adalah tonggak utama dan satu prinsip suci yang diamalkan oleh perkhidmatan awam di negara ini.

Beliau berkata, prinsip itu menjadi tonggak kepada perkhidmatan awam negara ini sejak dulu yang mana ia menjadi sektor yang profesional sepenuhnya.

Pada majlis itu, Najib turut menyampaikan sijil MS ISO 9001:2008 kepada SPA dan melancarkan kaedah pengambilan secara profiling (Myrecruitment) suruhanjaya itu.
Selangor tetap larang
Sultan titah Mais haramkan bukan Islam guna kalimah Allah

Berita Harin (12/1/10): Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menitahkan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) supaya teguh dengan pendirian mengharamkan penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam bagi memelihara akidah umat Islam dan keharmonian beragama.

Titah itu yang disampaikan baginda pada Majlis Menghadap Pegawai Mais di Istana Mestika di sini, 5 Januari lalu, diumumkan Pengerusi Mais, Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa, pada sidang media selepas sesi taklimat dan perbincangan dengan 38 pertukaran bukan kerajaan (NGO) Islam di Dewan Seminar Masjid Negeri di sini, semalam.

Mohamad Adzib berkata, pada majlis menghadap itu Sultan Sharafuddin Idris Shah turut menitahkan semua pihak supaya mematuhi keputusan Jawatankuasa Fatwa Selangor pada 10 Jun 2008 yang memutuskan kalimah Allah adalah kalimah suci khusus bagi agama serta umat Islam dan tidak boleh digunakan agama bukan Islam.

Selain itu, baginda menitahkan Mais supaya memaklumkan kepada rakyat bahawa ada undang-undang yang menghalang penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam, iaitu Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan dan Pengembangan di Kalangan Orang Islam) yang diwartakan sejak 1988.

Sehubungan itu, beliau berkata, Mais dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dengan bantuan polis akan menguatkuasakan segera enakmen itu yang tidak pernah dikuatkuasakan sebelum ini.

Mohamad Adzib berkata, Mais juga membuat 14 ketetapan antaranya istilah Allah bagi umat Islam berbeza dengan istilah God bagi penganut Kristian yang percaya Tuhan berkonsepkan 'trinity'.

"Apabila Allah dipakai dalam konteks kristianiti, maka ia memberi pelbagai implikasi yang membahayakan masa depan umat Islam dan mengelirukan kerana Allah itu boleh bermakna Tuhan Yang Esa atau 'trinity'," katanya.

Beliau berkata, Mais berpendirian keputusan Mahkamah Tinggi pada 31 Disember lalu yang membenarkan gereja Katolik menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan Herald-The Catholic Weekly sebagai tidak selaras dengan Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan agama Islam sebagai agama rasmi.

Katanya, keputusan itu juga bertentangan dengan Enakmen Kawalan Pengembangan Agama Bukan Islam di Kalangan Orang Islam yang digubal berdasarkan Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan kalimah Allah hanya boleh digunakan orang Islam.

Mais berpendirian bahawa isu penggunaan kalimah Allah bagi merujuk agama bukan Islam tidak wajar dibicarakan kerana mahkamah bukan tempat yang sesuai kerana membabitkan perkara 'non-justiciable' yang terletak di bawah kuasa Majlis Raja-Raja Melayu.

Selain itu, katanya, penolakan permohonan Majlis Agama Islam Negeri untuk mencelah dalam kes itu adalah bertentangan dengan Perlembagaan dan Enakmen Pentadbiran Agama Islam negeri yang memperuntukkan bahawa pihak majlis berkuasa selepas Sultan atau Raja yang mempunyai kuasa dan pihak berkepentingan dalam mempertahankan Islam.

Mohamad Adzib berkata, Majlis Agama Islam Negeri mempunyai tanggungjawab mengikut peruntukan undang-undang untuk menasihatkan Sultan dalam semua perkara membabitkan hal ehwal Islam kecuali hal berkaitan hukum syarak dan pentadbiran keadilan.

"Justeru, Mais sudah mengarahkan peguam untuk membuat rayuan ke mahkamah lebih tinggi untuk menjaga kepentingan umat Islam dan merayu Majlis Agama Islam Negeri lain untuk merayu atau mencelah demi mempertahankan Islam," katanya.

Katanya, Mais juga merayu Majlis Raja-Raja Melayu sebagai ketua agama negeri yang mempunyai kuasa terhadap isu itu supaya campur tangan kerana ia menyentuh bidang kuasa Raja-Raja Melayu dalam urusan agama, selain secara langsung menyentuh sensitiviti umat Islam.

"Kita juga merayu Yang di-Pertuan Agong menggunakan kuasa baginda mengikut Perkara 130 Perlembagaan Persekutuan untuk merujuk isu itu ke Mahkamah Persekutuan bagi membuat tafsiran mengenai Perkara 3," katanya.

Perkara 130 menyatakan Yang di-Pertuan Agong boleh merujuk kepada Mahkamah Persekutuan untuk pendapat mengenai perkara dalam peruntukan yang berbangkit dan mahkamah wajar mengumumkan pendapat itu dalam mahkamah terbuka.

Beliau berkata, Mais turut membuat ketetapan untuk mendesak kerajaan supaya isu mengenai agama Islam tidak lagi dibicarakan di Mahkamah Sivil oleh hakim yang bukan beragama Islam.
Sultan titah Selangor teguhkan pendirian
Sinar Harian (12-1-10): Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah agar Kerajaan Negeri teguh dengan pendirian mengharamkan penggunaan kalimah Allah oleh agama lain bagi memelihara akidah umat Islam.

Baginda menitahkan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) membincangkan dengan teliti mengenai keputusan Mahkamah Tinggi pada 31 Disember lalu yang membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh gereja Katolik.

Pengerusi Mais, Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd Isa berkata, baginda bertitah demikian ketika beliau, Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid dan Peguam, Datuk Salehuddin Saidin menghadap Sultan berhubung isu itu, 5 Januari lalu.

"Baginda turut menitahkan supaya Mais memaklumkan kepada rakyat bahawa terdapat undang-undang yang menghalang penggunaan kalimah Allah dalam memerihalkan agama bukan Islam," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat Mais bagi membincangkan keputusan yang dibuat Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Lau Bee Lan di sini, semalam.

Terdahulu 4 Januari lalu, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan Kerajaan Negeri boleh menghalang pihak yang menggunakan nama Allah bagi merosakkan Islam.

Sehubungan itu, Mais berharap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Majlis Raja-Raja Melayu untuk campur tangan dalam isu penggunaan kalimah Allah itu.

"Mais merafak sembah Seri Paduka Baginda untuk menggunakan kuasa di bawah Perkara 130 Perlembagaan Persekutuan untuk merujuk isu ini.

"Campur tangan Raja-raja Melayu dalam urusan ini amat diperlukan kerana ia bukan saja menyentuh bidang kuasa raja-raja dalam agama Islam tetapi sensitiviti umat Islam," katanya.

Mohamad Adzib berkata, Mais dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan pihak polis akan menguatkuasakan segera Enakmen Kawalan Pengembangan Agama Bukan Islam di Kalangan Orang Islam.
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Hang punya Hasad Dengki pada Najib memang cukup hebat.

  2. kakaha kakakakkakakakkkk haaaahhahahahahahhahahahahhaha...malaysia ku tercinta...

    terkawal...awas operasi lalalalallalallallalang 2...

    kali ni..gue ingat para bloggerrrrr banyak kot...jaga-jaga lho bakaq...

    TB tak apa...udah lari ke Indonesia....RPK d UK...Hang p hutan belumm aje..eeeee

  3. Hi budak budak yang kecik-kecik ni asik main api..memang nakal..kenakalan mereka nilah yang udah bakar gereja d MIRI pulak...nampak nye d msie ramai budak-budak nakal,

    yang selalu main api...

  4. Kalau ada manusia yang busuk hati 24jam macam bakaq dengan mahfuz memanglah jaminan terkawal Najib dan Hisahamuddin itu akan jadi 'jaminan kosong'.

  5. RAJA lekuk pun nak ada suara.kata ketua agama tapi perangai langsung tak ikut NABI MUHAMMAD SAW.MAIS pulak talibarut UMNO.HASSAN ALI kepala UMNO dalam PAS Selangor.Agak-agak HARUN DIN berani tak berfatwa kufur pada mereka yang menolak ISLAM dengan cara menghalalkan yang haram tapi mengharamkan yang halal ni.AKU nak tau!Chey anak Malaya.

  6. apa dah nak jadi.... macam tomyam seafood jadi sup ekor sudah. amerika senyum semua investor cabut lari dari malaysia ke thailand dan vietnam, lama2 malaysia tutup kedai macam zimbabwe. hancur sudah negara tanpa disedari oleh anak pribumi. robert kuok dah lari pelaburannya ke singapore sama macam anak lim goh tong dengan resort worldnya, khoo kay peng dah cabut pelaburannya ke china, hong leong dengan guoco nya di china dan hongkong. apa yang tinggal di malaysia hanya lah along2 dan ayam2 jalanan; maka jadilah malaysia seperti di era vietnam selepas perang vietnam tahun 70an-80an!

    benggap dan bahlol ye...

  7. Suspek pun dah dikenal pasti, taada orang lain Polis pun dah tahu. Curi engin kapal terbang ingat mula Melayu tapi rupa-rupanya bangsa yang satu lagi.

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008