Malaysian Insider hari ini melaporkan berita bertajuk "KL church torched" (gambar di sebelah juga ihsan Malaysian Insider). Malaysiakini pula melaporkan berita bertajuk "Church fire-bombed ahead of protests". Untuk seluruh dunia, Reuters melaporkan berita bertajuk "Malaysia church torched amid Allah row".
Tidak ada bezanya puak pembakar gereja itu dengan puak-puak laknat yang membakar masjid dan pusat-pusat Islam di Amerika Syarikat, Britain, Australia dan negara-negara Barat yang lain.
Selepas ini, bolehkah kita marah kalau puak-puak tu bertindak balas membakar masjid dan pusat-pusat Islam di negara-negara tersebut? Memanglah, dalam negara ini kita bukan minoriti. Tetapi, jangan aniayakan saudara-saudara seagama kita yang menjadi minoriti di tempat-tempat lain.
Saya harap puak yang membakar gereja itu bukanlah orang-orang upahan atau mereka yang dibangangkan oleh hasutan puak gila yang menggelejat dengan penggunaan kalimah Allah oleh majalah Herald The Catholic Weekly. Jika golongan itu yang melakukan perbuatan tersebut, betullah apa kata Tengku Razaleigh Hamzah bahawa kontroversi mengenai penggunaan kalimah Allah oleh majalah Herald kelihatan "lebih kepada sentimen perkauman berbanding agama".
Perbuatan itu hanya dilakukan oleh racist. Hamba Allah s.w.t dan pengikut Nabi Muhammad s.'a.w.w. tak buat gitu. Berikut saya petik ingatan RasuluLlah kepada tentera-tentera Islam yang saya salin dari buku "Sirah Nabi Muhammad s.'a.w. - Pengajaran dan pedoman" tulisan Ustaz Mustafa Sibaie, Muraqib Am (Ketua) Ikhwan Muslimin Syria yang pertama:

Berkaitan:
'Umno instigating racial tension' (Malaysiakini 8/1/10)
Lagi gereja diserang, Naib Presiden PAS kutuk (Malaysian Insider 8/1/10)
Najib angrily denies Umno raising tension in ‘Allah’ issue (Malaysian Insider 8/1/10)
Ku Li on Msia’s regime crisis, race politics and the kalimah Allah issue (The Edge 8/1/10)
Pakatan wants Umno to take responsibility for church attacks (Malaysian Insider 8/1/10)
Updates from Masjid Negara (The Edge 8/1/10)
Updates from Masjid Jamek Kg Baru (The Edge 8/1/10)
Updates from Shah Alam state mosque (The Edge 8/1/10)
Tidak ada bezanya puak pembakar gereja itu dengan puak-puak laknat yang membakar masjid dan pusat-pusat Islam di Amerika Syarikat, Britain, Australia dan negara-negara Barat yang lain.
Selepas ini, bolehkah kita marah kalau puak-puak tu bertindak balas membakar masjid dan pusat-pusat Islam di negara-negara tersebut? Memanglah, dalam negara ini kita bukan minoriti. Tetapi, jangan aniayakan saudara-saudara seagama kita yang menjadi minoriti di tempat-tempat lain.
Saya harap puak yang membakar gereja itu bukanlah orang-orang upahan atau mereka yang dibangangkan oleh hasutan puak gila yang menggelejat dengan penggunaan kalimah Allah oleh majalah Herald The Catholic Weekly. Jika golongan itu yang melakukan perbuatan tersebut, betullah apa kata Tengku Razaleigh Hamzah bahawa kontroversi mengenai penggunaan kalimah Allah oleh majalah Herald kelihatan "lebih kepada sentimen perkauman berbanding agama".
Perbuatan itu hanya dilakukan oleh racist. Hamba Allah s.w.t dan pengikut Nabi Muhammad s.'a.w.w. tak buat gitu. Berikut saya petik ingatan RasuluLlah kepada tentera-tentera Islam yang saya salin dari buku "Sirah Nabi Muhammad s.'a.w. - Pengajaran dan pedoman" tulisan Ustaz Mustafa Sibaie, Muraqib Am (Ketua) Ikhwan Muslimin Syria yang pertama:
"Jangan kamu belot (jika diadakan perjanjian) atau mencuri rampasan perang (sebelum diagih-agihkan). Jangan kamu membunuh kanak-kanak, wanita, orang tua yang tak berdaya dan pendita yang memencilkan diri di gereja. Jangan kamu memusnahkan pokok kurma, memotong pokok atau meruntuhkan binaan".Ah, dari membakar gereja orang, lebih baik duduk di rumah ajar anak-anak tentang Perkara 11(4) Perlembagaan Malaysia dan ajar mereka bagaimana nak buat riuh-rendah dan histeria gila bila ada pihak yang melanggar peruntukan perkara tersebut yang melarang penyebaran ajaran bukan Islam kepada orang-orang Islam. Lebih baik lagi kalau ajar mereka membaca Al-Quran:

Berkaitan:
'Umno instigating racial tension' (Malaysiakini 8/1/10)
Lagi gereja diserang, Naib Presiden PAS kutuk (Malaysian Insider 8/1/10)
Najib angrily denies Umno raising tension in ‘Allah’ issue (Malaysian Insider 8/1/10)
Ku Li on Msia’s regime crisis, race politics and the kalimah Allah issue (The Edge 8/1/10)
Pakatan wants Umno to take responsibility for church attacks (Malaysian Insider 8/1/10)
Updates from Masjid Negara (The Edge 8/1/10)
Updates from Masjid Jamek Kg Baru (The Edge 8/1/10)
Updates from Shah Alam state mosque (The Edge 8/1/10)










Cantik? Klik 






korek.. korek.. korek
Very well said, Penarik Beca
amat sedih melihatkan gelagat orang melayu terutamanya, baik dari PAS UMNO PKR etc, sudah hilang pertimbangan sehingga mengamok perihal perkara yang kecil dibiarkan isu penting iaitu bekerja keras menguasai ekonomi ilmu pengetahuan baru moden sains dan matematik masih di tahap amat membenggapkan bangsa melayu itu sendiri. majoriti masih lagi ditahap kais pagi, makan semalam. suatu masa nanti, kemungkinan melayu hanya tinggal di kamus kamus Oxford Cambridge setelah hilang dibumi bagaikan orang asli Australia dengan cawat cawatnya.
Sudah-sudah la....adakah hampa semua fikir dgn menghalang majalah Herald tu guna nama Allah akan mengurangkan kemurtadan orang islam kat M'sia ni....sedangkan orang murtad makin lama makin banyak pak bakaq woiii...kalau iman senipis kulit bawang yg dipotong 7...hampa halang lagu manapun...orang islam tetap murtad jugak woiii...
Ini kerja - kerja orang yang diamarah syaitan yang direjam.
membakar gereja ni sama je dengan mengarak kepala lembu. pelaku2-nya memang lembu.
saya sokong entri ini.
syabas pak bakaq
Kerja bakar rumah ibadat ni, kalau dalam negeri Kelantan selalunya kerja si katak lompat. Dia berugamakan melayu tot. tot sama dgn partisanya tul. Islamnya taktau ke mana.
Perbuatan ganas bukan ajaran Islam. Allah tidak kasih kepada pelaku ganas. Jika mereka dari kalangan Muslim pastinya mereka Muslim yang jahil.
"Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan dan menerangkan kebenaran, dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa juga) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa, dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan" (al-Maidah:8)
Tidak ada isu perkauman kecuali keagamaan.
Tidak ada isu keagamaan kecuali 'pengganas' yang mengambil kesempatan menghuru harakan negara.
salah tu bakar gereja! Betul ke pyangbuat tu orang Islam? Pak Bakaq dah selidik ke? Kalau betul orang Islam, hantar dia ke kusrsu pemulihan iman.
Puas hati korang terutama orang PAS yang menyokong kerajaang perpaduang. Lepas ni orang kristian pulak buat kat masjid kita, kemudian jadi rusuhan kaum yang tak dapat dikawal.
Apa punya bodoh puak-puak ni yang boleh menari ikut gendang UMNO? Manapergi FRU yang ramai-ramai tu?
Orang PAS (kerajaang perpaduang)ni boleh diam tak? BANGANG betul...
Stupid...
ano 3, mana kamu dapat berita yang pakatan rakyat terlibat? sampah betul natang ni
saya amat bersetuju dengan hal MURTAD lebih berleluasa di malaysia ni... itu yang dah tentu keluarnya.. ni yang duduk mabuk kat KELAB2 MALAM .. sihat walafiat kat KEDAI NOMBOR EKOR lagi teruk.. sebab mengaku ISLAM tapi lebih teruk dari orang bukan ISLAM... MALU2 MALU .. sangat malu..
Tindakan membakar tempat sembayang orang kristian bukan tindakan orang bodoh. Dan bukan tindakan orang yang fanatik terhadap agama islam. Tapi tindakan itu tidak lain hanyalah sandiwara untuk kelirukan rakyat yang ingin tahu lebih lanjut berkaitan kepincangan kepimpinan kerajaan yang ditadbir oleh Mohd. Najib Razak.
Sebelum ini diantara kita telah membantah penggunaan "ISA" sebagai akta yang tidak perlu diguna pakai dalam Malaysia tapi disebabkan ada perancangan rapi membakar gereja maka akta itu telah sebut kembali sebagai keperluan oleh kerajaan malaysia. Begitu hebat perancangannya.
Isu membakar gereja akan diulang tayang oleh media arus perdana agar rakyat tidak boleh berfikir pekara lain melainkan bercerita tentang bersatu demi agama, serahkan urusan pentadbiran dan keselamatan pada kerajaan dan akhir sekali sokonglah kerajaan Barisan Nasional.
Lihat kembali rakaman orang yang berdemo kononnya membantah penggunaan nama Allah didalam kawasan masjid, apa yang mereka laungkan, dan apa yang ucapkan dihadapan wartawan...? Tidak lain "bersatulah kita demi agama..."
Persoalannya, kita diajak bersatu dibawah payong siapa...? Alahaiii kesihannya UMNO yang ku tendang...!!
"Perbuatan itu hanya dilakukan oleh racist."
Yang buat itu belum tentu orang Melayu Islam. Baru2 ini kita semua terkejut orang Melayu sekarang sanggup buat macam2 perkara pelik2. Kes bunuh 4 beranak di gemencheh. Apa PAS buat. Pergi lah lawat keluarga yang susah tu. orang Melayu yang susah lain2 , pergilah bantu mereka sama. jangan yang ada kepentingan politik saja. Buat perkara yang orang UMNO jarang buat. Misalnya, bantu orang2 miskin di Negeri2 jajahan pakatan Rakyat Pulau Pinang dan selangor. Banteras maksiat. Serang kelab2 malam bersama JAIS dan polis. Ha sekarang PAS dah ada kuasa di selangor dan Pulau Pinang. Macama2 boleh buat untuk menaikkan nama PAS . Masalah ibutunggal. Kes khalwat. Maksiat berleluasa sejak zaman BN di Selangor tetapi sekarang PAS apa buat.Lagi pun ini juga janji PAS bila melawan UMNO masa pilihanrayua dulu.
Orang melayu perlu PAS mengembalikan kekuatan Islam. tetapi adakah dengan asyik bergaduh sesama Islam caranya?
PAS lagi tunjuk2 membenci UMNO, lagi orang Melayu nampak keburukan PAS sebabnya PAS banyak bercakap tapi tak ada sumbangan terhdapa perkembangan Islam di Selangor dan Pulau Pinang. Mungkin di Kelantan dan Kedah ada juga rakyat nampak perubahan baik.
UMNO dah semua dah sedia maklum perangai mereka. Tetapi sayang PAS pun sama,semakin berubah.
Assalamualaikum Pak Bakaq dan antum di luar sana.
Nak komen sikit ZBO!!!. Ini lah yang lagi kita takut, tak diguna pun, ada yg melayang iman nya,apatah lagi kalau di bagi guna, lagi lingkup lah anak2 yg belum faham dan belum cukup mendalam dalam urusan Ugama Islam nya, dan yang ibu bapa nya kurang juga ilmu nya. Siapa nak jelaskan dan nak menghalangi, kalau dah bersepah,merata tempat, ada sticker/poster/handbill yang menyatakan...."Allah,tuhan bapa"; "Allah tuhan anak". Jadi nya ada beranak pinak lah pulak "Allah".
ITU KALAU DIBERIKAN PENGGUNAAN NYA!!!
Pasai tu, ana ada habag kat Pak Bakaq, b4 jadi masaalah, jangan bagi guna, nanti salah guna. Dah salah guna, baru lah nak bertindak, nasi dah jadi bubur lah.
Tengok lah apa dah jadi sekarang, siapa yang patut nak kita persalahkan. Grass root dibawah nun lain, jangan sama dengan ZBO atau Marina yang sanggup mengatakan "IDIOT" mereka yang membantah dan berdemonstrasi di jalanan tu. Amacam Pak Bakaq???
Salam, Rasulullah SAWW memulakan dakwah dengan memperkuatkan aqidah penganut Islam..kenapa? Supaya penganut Islam mempunyai kekuatan dalaman yang jitu dan padu, dengan kekuatan ini, ianya dapat menangkis segala macam dugaan dari luar.Ini orang melayu leceh betul...nipis sangat Iman, orang guna nama ALLAH dah takut MELAYU Islam terpesong aqidah, kalau ikut Rasullah SAWW insyallah semuanya dapat ditangkis malah akan menambahkan lagi ilmu kita tentang perbezaan antara Islam dan bukan Islam...ALLAH tak memerlukan manusia untuk melindungi namaNYA tetapi MEWAJIBKAN manusia menjalankan perintahNYA..kenapa tak usung sepanduk "KAMI MAHU HUDUD DI MALAYSIA". Tok IMAM patut menangis bila baca doa mohon pertolongan ALLAH supaya pemimpin mahu melaksanakan Hudud. Wallahualam. SLWT
Nampak sangat dikalangan penganut islam sendiri sudah mula curiga sesama sendiri. Inilah jadinya bila agama jadi pertaruhankan. untuk undi semua halal. Siapa boleh sahkan perbuatan membakar gereja dilakukan oleh org islam, org umno, org pas, org melayu pkr. nak dapat simpati pengundi maka habis dituduh sesama sendiri, mungkin juga ini dilakukan oleh puak mereka sendiri... siapa yg akan mendapat untung dan perhatian atas isu ini?.
"Rasulullah SAWW memulakan dakwah dengan memperkuatkan aqidah penganut Islam"
Saya ini orang baru mendekati agama tak macam Ustaza2 semua. Apa maksud memperkuatkan aqidah, adakah kajian Tauhid itu adalah aqidah. Bab hudud itu aqidah juga ke?
Tolong jangan salah tafsir soalan saya.
salamualikum.... tujuan saya disini adalh untuk menyatakan bahawa TOLONG JANGAN BAKAR OR MUSNAHKAN THE CHRUCH OR BERLAKU ZALIM KEPADA MEREKA KERANA MEREKA JUGA ADALAH MAHLUK ALLAH DAN ALLAH TIDAK SUKA PADA MEREKA YANG BERLAKU ZALIM dan kerana jika anda adalah orang yang betul-betul yang mengamalkan ISLAM sebagai agama anda so kenapa mahu membakar atau merosakkan gereja?? bukankah agama kita mengamalkan sikap tolenrasi...dan satu lagi pihak mereka menggunakan nama ALLAH dengan tidak membakar masjid-masjid atau institusi islam kita..kenapa mahu dibakar rumah ibadat mereka??... sedangakan mereka menggunakan pihak makhamah dalam isu ini...jadi kita haruslah menggunakan makhamah sebagai jalan atau alternatif di dalam isu ini..ingat 'API JANGAN DILAWAN DENGAN API'....cuba kita lihat di zaman Rasullulah S.A.W mereka berperang dengan pihak kafir atau musyrikin akan tetapi ADAKAH DIMUSNAHKAN ATAU DIBAKAR RUMAH IBADAT MEREKA??... jawapanya adalah tidak dan tinggalan2 itu masih boleh kita lihat dibumi para ANBIA pada masa sekarang ^^ so natijahnya janganlah kita cepat membenarkan emosi dan fikiran kita di kuasai syaitan.... tarik nafas panjang...isghtifar dulu.. fikio panjang2 and then solve the problem with wisely ok ^^... ingat TIADA SEBARANG MASALAH YANG TIDAK DAPAT DISELESAIKAN.... saya ingin minta ampun banyak-banyak jika pendapat saya ini bercanggah dengan pendapat anda...tetapi saya hanya ingin menyatakan pendapat saya sebagai seorang muslim... jadi minta maaf sekali lagi ya ^^
salamualaikum...
Salam, terima kasih no 20. Secara amnya semua di dalam Islam menjuruskan kepada Aqidah. Kita berbuat amalan baik disebabkan oleh perintah ALLAH (secara umumnya)kita takut berbuat mungkar kerana takutkan balasan ALLAH....ini berlaku kerana kita percaya pada ALLAH...dan kami bukanlah ustaz...hanya manusia biasa..mungkin ada pandangan yang lebih baik..kami sentiasa terbuka...
hanya Allah sahaja yg tahu segalanya... tlg jgn buat tuduhan sebarangan tanpa justifikasi yg kukuh dan tidak merujuk kpd pelbagai sumber... dan jgn saling bercakaran sesama Islam...
Mula2 Bengali Putih buat greja, Melayu baru masuk Islam. Belada tumpang sekaki, Melayu baru nak belajar Islam. Mat saleh masuk buat pula skolah. Melayu masuk belajar tak jadi belajar Islam. Nasib baik ada juga tok imam tok bilal buka pondok ajar anak melayu sengkek mengaji. Melayu sengkek dah lama kenal Allah. setengah abad Melayu sengkek suruh berkenalan dengan Allah. Anak murid Mat salleh kata'mana boleh' Bila orang lain kenal Allah, murid Mat saleh tekejut beruk!!!