Sedap!! Klik gambar di atas!

Isu nama Allah: Tahniah PAS!

Kepada saya, kenyataan Tuan Guru Presiden PAS selepas mesyuarat Jawatankuasa Politik PAS mengenai isu nama Allah boleh dilihat sebagai seimbang. Isu nama Allah berbangkit selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membuat keputusan membenarkan akhbar mingguan terbitan gereja Katholik, Herald, menggunakan perkataan Allah sebagai ganti 'God' dalam bahasa Inggeris.

Bagi saya, kenyataan Tuan Guru Presiden nampak seimbang seperti kenyataan Tuan Guru Mursyidul Am (lihat berita Utusan Malaysia semalam bertajuk "Nik Aziz tidak setuju"). Itu pendapat saya. Pendapat orang lain pula, itu hak demokratik mereka. Pendapat saya hak demokratik saya.

Kepada saya mudah ja. Kepada yang gatal merenyam nak sokong gelejat Umno mengenai perkara itu, hang pi lah gatal sorang-sorang hang. Hang nak keluar muka depan akhbar Umno ka, hang nak apa ka, mampoih pi kat hanglah dengan bodoh hang tu.

Jangan ingat Umno tu lurus bendul. Bila depa bantah penggunaan nama Allah dalam Herald-The Catholic Weekly tu, jangan ingat depa buat tu tanpa agenda dan perancangan politik untuk terus kekal mencengkam kuasa.

Bagi yang kata Herald-The Catholic Weekly boleh guna nama Allah pula, jangan hampa ingat puak-puak yang menerbitkan majalah mingguan tu lurus bendul macam hampa. Saya dah hint sikit dalam posting bertajuk "Isu nama Allah: Telunjuk lurus kelingking berkait".

Adalah amat naif kalau kita kata kita cakap berdasarkan ayat-ayat al-Quran yang tidak menyatakan sebarang larangan kepada penganut agama lain menggunakan nama Allah dan mana kita tahu niat tersembunyi orang lain sebab kita tak nampak. Adalah amat naif untuk berkata begitu.

وَلَن تَرْضَى عَنكَ الْيَهُودُ وَلاَ النَّصَارَى حَتَّى تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ

Menjaga agama memerlukan seni dan kemahiran berpolitik. Politik pula bukan macam ilmu sains yang menganalisa berdasarkan benda-benda yang ada bukti secara empirikal sahaja. Politik juga membuat perkiraan berdasarkan jangkaan, kewaspadaan serta tanggapan atau persepsi. Barang tak nampak pun menjadi asas perkiraan dalam politik.

Politik juga bukan macam matematik. Kalau 2 x 5, semua orang jawab sepuluh. Politik tak macam tu.

Misalnya, kalau Umno campur PAS, mungkin sesetengah orang jawab perpaduan dan kekuatan Melayu Islam (Umno + PAS = Kekuatan Melayu Islam). Kalau tanya saya, jawapannya tak gitu. Kalau tanya saya, sah-sah saya akan kata Umno + PAS = Pengkhianatan Melayu Islam. Saya dah tulis sebelum ini:
Umno + PAS = Rasuah disucikan menjadi infa'

Rasuah disucikan menjadi infa' = Lingkup Melayu

Bayangkan, pemimpin Umno yang berpengalaman luas mengajar teknik rasuah selamat kepada pemimpin PAS, pemimpin PAS pula ajar pemimpin Umno hujah yang direka-reka bersandarkan nas untuk mewajarkan perbuatan itu.

Sebab itulah:

Umno + PAS = Lingkup Melayu = Hancur penghayatan Islam

Biar bantai-membantai daripada PAS dan Umno duduk dalam satu kandang melantak rasuah dan melingkupkan Melayu.
Akhirnya, saya lontarkan satu pertanyaan yang mungkin akan jadi isu besar dan saya boldkan pertanyaan berikut:
Benarkah ada pakatan jahat di dalam PAS untuk menyokong persempadanan semula kawasan pilihan raya yang akan dibentangkan oleh kerajaan Datuk Seri Najib Tun Razak?
Saya tak tuduh. Saya tanya. Jika ada, ini isu besar. Jika ada, ini agenda membunuh Melayu dengan memastikan Umno terus berkuasa. Waspada!!

Berkaitan:
PAS tolak tindakan agresif dan provokatif (Malaysiakini 5/1/10)
Perkataan Allah dan golongan munafik (Dr Mujahid Yusof Rawa - Malaysian Insider 4/1/10)
Di mana silap dan betulnya Hakim Lau Bee Lan? (Mohamed Hanipa Maidin 4/1/10)
Isu kalimah (Khalid Abdul Samad 4/1/10)
Diharapkan kenyataan PAS Pusat tidak dikafirkan (Al-Bakistani 4/1/10)
Isu kalimat 'Allah' : Zulkifli Kulim patut jilat hingusnya sendiri (AlHusseyn 5/1/10)
Berikan hak kepada non-Muslim (Al-Bakistani 4/10/10)
Kufur Jika Sokong Guna Kalimah Allah - Haron Din (mStar Online 4/1/10)
Jangan salahgunakan kalimah Allah - PAS (Utusan Malaysia 4/1/10)
PAS backs use of Allah by Christians (Malaysian Insider 5/1/10)
PAS: Bukan Islam boleh guna perkataan 'Allah' (Malaysian Insider 5/1/10)

Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. http://www.anwaraidc.com/2010/01/harun-din-kufur-jika-sokong-guna-kalimah-allah---status-anwar-bagaimana.html

    tu haron din.
    nasha plak camna?

    tak sehaluan..berserabut

  2. haron din kata, "kufur jika sokong guna kalimah Allah".
    harun taib kata, "ia satu penghinaan".
    nasharudin mat isa kata, "islam perlu bersatu".
    pas kata, "bukan islam boleh guna perkataan Allah".

    haron din, harun taib dan nasharudin mat isa bukan calang2 orang dalam pas. masing2 timbalan mursyidul am, ketua dewan ulama pas pusat dan timbalan presiden pas. ketiga2 mereka adalah ulama (betulkan jika saya salah).

    persoalan pokok adalah, adakah penggunaan kalimah 'Allah' oleh bukan Islam BOLEH atau TIDAK? jawapannya adalah jelas, "bukan islam boleh guna perkataan Allah". lalu bagaimana "kufur jika sokong guna kalimah Allah", "ia satu penghinaan", dan "islam perlu bersatu".

    inilah akibat dari membenarkan 'pembohongan', akibat dari 'kepimpinan ulama tercabar', akibat dari 'presiden dan timbalan presiden mesti ulama', akibat dari 'melayu-islam', kerana hanya mereka dan Allah sahaja yang tahu.

    "bukan islam bileh guna perkataan Allah" adalah selari dengan "dasar pas islam". manakala 'kufur jika sokong guna kalimah Allah', 'ia satu penghinaan' dan ' islam perlu bersatu', jauh menyimpang dari "dasar pas islam". ia lebih menjurus kepada "melayu-islam"!

    haron din, harun taib dan nasharudin mat isa telah mendedahkan identiti sebenar serta peranan mereka dalam kemelut yang menimpa pas selepas bersetuju "memperkasakan pakatan rakyat". Allah swt mempunyai kaedahNya sendiri untuk semua mengenali aset2 dalam pas.

    wallahu'alam

  3. Ye lah Pak Bakar.

    UMNO + PAS = Lingkup Melayu = Hancur penghayatan Islam

    UMNO - (PAS + DAP + PKR) = Pembogelan beramai-ramai hak orang melayu Islam = Kehancuran Islam dan melayu = Masa ni mana ada makna dah penghayatan Islamnye?

    Agak-agak hang, mudarat mana yang lebih teruk?

    Ada dua cara saja PAS boleh berjaya:
    1) PAS mendominasi Pakatan Rakyat ATAU
    2) PAS tidak bersekongkol dalam PR untuk melondehkan orang Melayu Islam.

    Orang yang rasuah tetap boleh ditangkap walau UMNO dan PAS bersatu. Tengoklah syeikh Kickdefella tu, siap dapat dokumen lagi untuk jatuhkan Ariffahmi, walhal mereka dulu satu geng pun. Kadang-kadang, satu geng ni lagi senang nak banteras rasuah sebab boleh access dokumen yang boleh diguna sebagai bukti pun.

    Tapi, kalau PAS duk dalam Pakatan Rakyat? Korang akan sama-sama la tenggelamkan kapal Melayu Islam sejajar dengan rakan-rakan korang yang lain.

    Takpelah, daripada ramai orang melayu yang maju dengan rasuah, lebih baiklah jadi orang melayu yang mundur dan dikeji tapi bersih. Ye lah, lambat laun yang miskin ni lah pulak boleh dibeli dengan duit pulak.

    Orang yang tak ada visi memang akan sokong plan jangka pendek.

  4. Agak-agak hang, mudarat mana yang lebih teruk?

    Ada dua cara saja PAS boleh berjaya:
    1) PAS mendominasi Pakatan Rakyat ATAU
    2) PAS tidak bersekongkol dalam PR untuk melondehkan orang Melayu Islam.


    Aku jawab dengan cara orang tak mengaji kepada orang yang tak habis-habis tayangkan diri dia macam bagus sangat. Ni aku jawab:

    PAS boleh mendominasi Pakatan Rakyat kalau pemimpin-pemimpin PAS bersih dan dilihat bersih, tidak bodoh dan dilihat bodoh serta tidak malas dan dilihat malas.

    Untuk membolehkan PAS mendominasi Pakatan Rakyat, orang-orang PAS kena buang dulu pemimpin-pemimpin PAS yang tidak bersih dan tidak dilihat bersih, bodoh dan dilihat bodoh serta malas dan dilihat malas. Kaki khianat, kaki bohong, kaki kroni, kaki balak, semua yang dari jenis-henis kurang ajaq serta yang bodoh dan malas nak mampos mesti dibuang dari saf kepimpinan PAS.

    Tidak ada dua jalan.

    Apa-apa pun, orang yang mengucap dua kalimah syahadah WAJIB jatuhkan Umno kerana visi derhaka Allah orang Umno ialah apa yang Malaymind sebut - "orang Melayu yang maju dengan rasuah".

  5. Pak bakaq , kalau orang-orang UMNO yang buang pemimpin-pemimpin UMNO yang tidak bersih dan tidak dilihat bersih, bodoh dan dilihat bodoh serta malas dan dilihat malas. Kaki khianat, kaki bohong, kaki kroni, kaki balak, semua yang dari jenis-henis kurang ajaq serta yang bodoh dan malas nak mampos dibuang dari UMNO. Macammana ? Boleh Pas yang 'bersih' bergabung dengan UMNO ? Kalau la diorang buang . Kalau ..

    Pas bergabung dengan UMNO ? Boleh ke ?

  6. Kalau betul ada agenda nak sokong NAJIS munafik aku berani keluar fatwa yang kufur bolh terus jadi kafir.Pada tahfiz separuh dalam PAS aku nak bagi ingatan ALLAH suruh kita berdiri pada yang HAK bukan bersama dengan yang BATIL.dengan rendah diri aku mintak tahfiz separuh ni mengaji dn mengkaji lagi apa yang tersirat dalam perintah ALLAH SWT>Chey anak gerik.

  7. Maka legal lah Jesus anak Allah.Mariam Mak Allah Ruh Qudus adalah Allah dan Jesus adalah Allah.Ini tipu miuslihat cara auto suggestion dan hipnosis.

    Dayus Muslim yang benarkan Allah di blastpheme/seleweng maana.

    http//warongpakyeh.blogspot.com

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008