Dalam berita Sinar Harian bertajuk "Sokong Kristian sama seperti sekutukan Allah", Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru Zulkifli Nordin dilaporkan berkata, golongan Melayu Islam yang menyokong penggunaan nama Allah di kalangan bukan Islam sama seperti menyekutukan Allah s.w.t. kerana membenarkan nama Allah diletakkan di tempat yang tidak sepatutnya.
Ni satu lagi perangai seronok sangat nak kafirkan orang. Ilmu sekangkang kera, jahil lebih kurang aku ja, sedap-sedap nak kafirkan orang. Kalau tak setuju berhujah la. Bagi dalil. Jangan sedap-sedap nak kafirkan orang tanpa dalil.
Aku pun selalu tak setuju dengan Ahli Parlimen Shah Alam, Haji Khalid Abdul Samad. Dalam kes nama Allah pun aku tak suka dia melompat cepat sangat. Soal orang boleh guna, biarlah depa guna - jika telah dibuktikan al-Quran tidak melarangnya. Yang kita semacam galak sangat nak bagi endorsement, apa hal?
Soal boleh guna satu hal. Tapi nak guna lagu mana pun satu hal jugak. Naif sangatlah kalau kita kata mana kita tahu dia nak guna untuk apa sebab kita tak boleh nampak apa dalam hati dia.
Kalau kita berhujah bahawa al-Quran tidak melarang, jangan pula lupa Allah juga memerintahkan kita supaya berwaspada di dalam kitab suci yang sama. Sambil keriau sana-sini bersandarkan hujah dan dalil bahawa Allah tak larang depa guna nama-Nya, kenapa tak dibisingkan sama peringatan Allah supaya kita berwaspada? Peringatan supaya berwaspada juga ada dalam al-Quran. Bagi saya, peringatan itu lebih relevan kepada umat Islam.
Namun begitu, bagilah amaran keras kepada diri kita bahawa berwaspada tak bermakna melakukan provokasi seperti puak-puak tu sehingga mengakibatkan gereja-gereja diserang, di bom dan dibakar. Ya Allah, selamatkanlah masjid-masjid kami dari menjadi alat politik mereka!
Tu lebih kurang hujah aku bila aku tak setuju dengan sikap Khalid. Soal hujah aku lemah atau koro, itu cerita lain. Tapi sekurang-kurangnya aku berhujah.
Setahu aku, Khalid ni orang yang boleh terima hujah orang kalau hujah kita kuat. Aku selalu bertengkaq dengan dia. Tapi kalau hujah jenis-jenis yang macam hujah Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Muhammed Khusrin Munawi, mintak maaf la, Datuk (lihat Mingguan Malaysia hari ini "JAIS kesal dakwaan Khalid Samad"). Mata dan telinga saya banyak kerja lain nak buat. I dont want to waste my time!
Apa pun, saya selalu berpesan kepada anak-anak saya, Islam tidak dijaga dan dinaungi oleh kaki arak dan kaki betina. Islam tidak dijaga oleh orang yang tidak kelihatan berakhlaq dan bertaqwa.
Islam dijaga oleh perlaksanaan ketaatan kita kepada perintah Allah Yang Maha Esa - termasuk perintah supaya kita bersedia untuk mati di jalan-Nya. Allah memang melarang kita cakap besar tetapi pada masa yang sama, berdosa besar kalau kita tidak ada niat untuk mati di jalan-Nya s.w.t.
Hentikanlah perangai mengkafirkan sesama Muslim, tak kira si Muslim itu parti apa pun. Di bawah ni hadith Bukhari dan Muslim untuk dua orang yang mengkafirkan orang lain sebelum ini dan pak yet-pak yet mereka. Tak timbul sanad mana, sahih ka, apa ka. Bacalah sendiri:
"Barangsiapa yang berkata pada saudaranya ‘hai kafir’ kata-kata itu akan kembali pada salah satu diantara keduanya. Jika tidak (artinya yang dituduh tidak demikian) maka kata itu kembali pada yang mengucapkan (yang menuduh)".
Berkaitan:
"Sokong Kristian sama seperti sekutukan Allah"

وَلَن تَرْضَى عَنكَ الْيَهُودُ وَلاَ النَّصَارَى حَتَّى تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ

اِذَا قَالَ الرَّجُلُ لأِخِهِ: يَا كَافِرُ! فَقَدْ بَاءَ بِهَا أحَدُهُمَا فَاِنْ كَانَ كَمَا قَالَ وَاِلَى رَجَعَتْ عَلَيْـهِ
"Barangsiapa yang berkata pada saudaranya ‘hai kafir’ kata-kata itu akan kembali pada salah satu diantara keduanya. Jika tidak (artinya yang dituduh tidak demikian) maka kata itu kembali pada yang mengucapkan (yang menuduh)".
Berkaitan:
"Sokong Kristian sama seperti sekutukan Allah"
Sinar Harian (17/1/10): Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zulkifli Nordin menegaskan golongan Melayu Islam yang menyokong penggunaan nama Allah di kalangan bukan Islam sama seperti menyekutukan Allah SWT kerana membenarkan nama Allah diletakkan di tempat yang tidak sepatutnya.
Menurutnya, puak Kristian berkeras mahu menggunakan nama Allah sebagai satu terminologi ketuhanan Triniti mereka iaitu tuhan bapa, tuhan anak dan roh suci sedangkan bagi umat Islam, Allah SWT itu adalah satu akidah.
“Terminologi boleh ditukar ganti tetapi akidah tetap sebati, amaran dan peringatan saya kepada Melayu yang menjadi penyokong dan pendukung Kristian ini, kamu mungkin sudah melakukan suatu perbuatan syirik dan kufur atas keredaan kamu,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Selain itu, Zulkifli turut menegaskan Malaysia boleh bertukar menjadi seperti Indonesia sekiranya isu penggunaan kalimah Allah tidak ditangani dengan sebaik-baiknya.
Menurutnya, isu kalimah Allah ini amat sensitif dan semua pihak harus melihat isu ini daripada konteks masyarakat setempat iaitu negara Malaysia sebelum bersama mencari jalan penyelesaian bersama.

Cantik? Klik 

memang fatwa ni fatwa gila. Aku pun tak brp setuju kalau org bkn islam pakai kalimah "Allah", tp kalau lepas ni kerajaan bg nak guna aku tak der hal punya. Allah tu hanyalah nama tuhan dlm bhs arab, jd tak timbul soal boleh jd kafir kalau sokong org bkn Islam guna istilah Allah. Ni la masalah org Islam, bila ada beza sikit pandangan tentang agama, asyik sebut ini haram dan kafir.Tak boleh ke bersantun sikit. Kot ye pun tak suka jgn la sampai kapirkan org.
Fauxi
bakaq,
bukan ka sebelum ni pemimpin PAS yang banyak kapirkan orang?? takpa la pulak kalau macam tuh? Aku tanya jah, takda niat nak sokong si zul pon
Pergi jumpa Doktor dengan keyakinan Doktor & ubat boleh memberi subuh tanpa merujuk/meminta dan berharap kepada Allah juga boleh melibatkan si anu berlaku syirik. Cuba tanya Tok Guru. Ini kan issue perkataan "Allah", "Allah" bukan bahasa Melayu bukan juga di pinjamkan perkataan "Allah" itu untuk bererti Tuhan, "God" dalam bahasa melayu "tuhan".
"Allah" digunakan oleh Melayu kerana akidah Islam, Yang Maha Berkuasa berkehendak supaya Dia dipanggil "Allah". Kata kata Zul tu ada kebenaranya. Sila baca atikel "Do you (really) believe in 'Allah' - Malaysian Insider 11 January 2010.
Jangan menyesal 10 tahun atau 20 tahun atau beberapa tahun nanti orang Melayu balik kampong (ke Alor Setar, ke Kota Bahru dan lain lain), apabila ditanya "Balik Kampong ke?" dijawabnya "Ya balik Krismis". Mungkin berebut pulak cari tanah nak tanam pokok krismis - peluang business.
Untuk lihat pada bahasanya,
Allah berasal dari perkataan Al dan Lah
Saya takde lah reti mana arab tapi tahu la kalau english nye Al tu macam the. Pastu Lah tu tuhan la. Point saya ialah Allah dalam bahasa Arab kalau translate Melayu BUKAN tuhan tapi The Tuhan. So, basically term the tu saya tatau la nak translate jadi bahasa Melayu nya.
Tambahan lagi, saya lagi suka diorang panggil Allah juga. Lagi mudah kita nak cari persamaan dengan mereka dan insya-Allah lebih mudah mereka nak terima Islam. Kita duk takut diorg confusekan org Islam apa lemah sangat ke orang Islam Malaysia boleh confuse dan kira orang Kristian Malaysia kuatlah takkan terconfuse bila diorg panggil tuhan diorang Allah?
Wisdombin,
Saya tak faham sangat apa Tuan kata, saya main publish ja...
Allah tu nama khas. Bukan terbitan daripada "Al" dan "Illah". Bukan juga terjemahan kepada "Tuhan" dalam bahasa Melayu. Kalau Tuhan dalam bahasa Arab "rab". Allah bukan terbitan "Al" dan "Illah" kerana dari segi nahu Arab itu salah.
Nama "Allah" tu memang khusus merujuk Allah yang Esa. Jadi kalau berhujah dari segi bahasa je dah kalah semua orang yang menyokong nama Allah untuk Tuhan triniti.
Buat apa nak guna nama tuhan kita. Kan masing-masing dah ada nama tuhan sendiri.
Pak Bakaq: Terima kasih kerana publishkan.
rs: Ni bukanlah tempat berdebat tapi ada baiknya jika kaji lebih dalam pengertian dan perbezaan Ilah dan Rab. Dua2 ertinya lain. Susah nak diterjemah terus kepada bahasa Melayu.