
Berikut ialah kenyataan yang diedarkan oleh Exco Dewan Pemuda PAS Pusat, Abdullah Abdul Karim. Dolah juga akan diheret menghadap Jawatankuasa Disiplin PAS kerana kenyataan di bawah. Ah, mungkin dia boleh mempertahankan dirinya. Dia lawyer. sila baca (tanpa edit):
KEPUTUSAN JAWATANKUASA TATATERTIB PAS MENGEJUTKAN & TIDAK BOLEH DITERIMA
1. Keputusan JK Tatatertib PAS Pusat menggantung YB Khalid Samad selama enam bulan dan hanya memberi amaran bertulis kpd YB Dato Dr Hassan Ali amat mengejutkan dan tidak boleh diterima sama sekali.
2. Dengan membuat keputusan tersebut, JK Tatatertib samada disedari atau tidak, telah membenarkan diri mereka dipergunakan untuk melindungi anasir-anasir anti Pakatan Rakyat di dalam PAS.
3. Keputusan ini juga sebenarnya menghantar isyarat yang salah kepada rakyat Malaysia yang menaruh harapan yang tinggi kepada PAS untuk membela nasib mereka melalui platform Pakatan Rakyat.
3. Amat menghairankan bila individu yang bermatian mempertahankan dasar dan keputusan PAS untuk berkerjasama dalam Pakatan Rakyat dikenakan hukuman yang berat, sedangkan individu yang tindakannya boleh menjejaskan Kerajaan PR Selangor hanya diberi amaran sahaja. Saya rasa hukuman terhadap Hasan Ali ini hanya sekadar wayang untuk "membersihkan" Dato Hasan Ali dan pada yang sama Khalid Samad terus dimangsakan.
4. Ahli PAS dan para penyokong PAS serta Pakatan Rakyat bukannya bodoh. JK Tatatertib ini yang pada awalnya diwujudkan untuk menyiasat kes-kes di Selangor adalah satu kompromi untuk meredakan kemarahan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat selepas beliau mendesak supaya satu EGM diadakan untuk menyingkirkan pemimpin PAS yang anti PR. Kalau Mursyidul Am tidak bersuara, jangan harap akan ada tindakan dikenakan kepada Dato Hasan Ali. Maka, EGM tidak perlu, tapi sebagai ganti pemimpin yang jelas melanggar semangat setiakawan PR perlu dihadapkan ke Jawatankuasa Tatatertib. Inilah dia semangat dari keputusan Mesyuarat Khas AJK PAS Pusat pada 28hb Oktober 2009.
5. Tapi, entah macam mana atas permainan licik sesetengah pihak tanpa kita semua sedari, Khalid yang sepatutnya dianggap sebagai hero dalam mempertahankan keputusan parti, telah turut diheret sama dan menjadi mangsa dendam kesumat anasir anti PR dalam PAS.
6. Saya gagal melihat bagaimana tindakan Hasan Ali sebagai seorang anggota exco kerajaan negeri yang sentiasa bercanggah dengan MB dan Exco yang lain hingga boleh melemahkan kerajaan yang PAS adalah anggotanya boleh dianggap lebih ringan kesalahannya berbanding dengan tindakan Khalid selaku ahli parti yang mengkritik pemimpin parti tanpa mengikut saluran yang dianggap begitu berat kesalahannya hingga mewajarkan dia digantung selama enam bulan.
7. Apa yang didedahkan Khalid di dalam blognya bukanlah satu maklumat sulit atau rahsia berkaitan dengan strategi parti. Ianya hanya melaporkan perbincangan dalam mesyuarat yang umum tahu apakah kandungannya.
8. Di sini timbul persoalan terhadap kewibawaan JK Tatatertib. Saya sendiri lebih dua bulan yang lalu telah membuat satu laporan bertulis kepada Jawatankuasa Tatatertib PAS berkaitan dengan satu konspirasi di kalangan beberapa orang ahli-ahli PAS untuk menjatuhkan Pakatan Rakyat. Laporan saya itu malangnya hanya dipendamkan begitu sahaja tanpa sebarang tindakan diambil.
9. Apabila saya merujuk perkara ini kepada pihak yang bertanggungjawab, mereka memberi alasan teknikal kononnya laporan tersebut perlu dihantar melalui Setiausaha Agung PAS sebelum ianya disalurkan kepada JK Tatatertib. Wow, nampaknya Setiausaha Agung pula yang menjadi penapis setiap aduan tatatertib !
10. Bagi mengelakkan aduan saya ditolak atas alasan-alasan bodoh sebegini, maka saya telah menghantar semual aduan tersebut kepada Setiausaha Agung PAS lebih kurang tiga minggu yang lalu. Malangnya, sehingga hari ini tiada tindakan diambil dan saya tidak dimaklumkan apa yang terjadi terhadap aduan saya tersebut.
11. Apakah kerana saya mendedahkan tentang aktiviti subversif anti PR maka aduan saya tidak dilayan? Hanya pimpinan parti sahaja yang dapat menjawabnya.
Yang benar,
ABDULLAH ABDUL KARIM
EXCO DEWAN PEMUDA PAS PUSAT/
NAIB KETUA DEWAN PEMUDA PAS PAHANG
SESI 2009-2011.
30 Januari 2010.










Cantik? Klik 






Salam semua,
Jika semua manusia di dunia SUKA akan sesuatu perkara namun sebaliknya Allah TIDAK SUKA maka Allah tidak akan rugi walau sedikit pun. Jika Seluruh manusia di dunia ini TIDAK SUKA akan sesuatu namun sebaliknya Allah SUKA maka Allah Allah tidak akan rugi walau sedikit pun, ynag nyata manusialah yang akan kerugian............untuk renungan semua ahli PAS.
meh kita rmai2 buat kenyataan rayuan agr TGNA campur tgn dlm isu ini. TGNA adlh pengerusi syura ulama' & mempunyai kuasa utk setel isu ini.
Assalamualaikum:
Saya ingin mengajak semua ahli Pas dan penyokong sama2 merujuk kpd Perjanjian Hudhaibiah dari konteks memberi wala' dan berlapang dada diatas keputusan yg telah dibuat oleh "Jawatankuasa Tatatertib" Pas ke atas dua individu yg sedia dimaklumi.
Saya yakin keputusan itu diambil setelah perkara ini diperhalusi dan diberikan pertimbangan yg sewajarnya oleh jawatankuas bersandarkan kemampuan dan kebijaksanaan yg dikurniakan Allah....yg pastinya sebagai makhluk tidak pernah terlepas dari kelemahan dan silap serta salah.
Walau siapa jua pun yg duduk dlm jawatankuasa tersebut....selagi ianya bernama makhluk maka tetaplah ianya tidak boleh lepas dari sifat kelemahan makhluknya itu.Sesungguhnya ini adalah satu dari hikmah dijadikanNya kita ini bersuku2 dan berbangsa dan dituntut agar sentiasa berada dlm "Jemaah."
Keputusan jawatankuasa itu pada pandangan saya tidak menjejaskan perjuangan saudara Khalid malah jika beliau tidak mahu membuat rayuan...beliau boleh terus aktif semula selepas tempuh hukuman 6 bulan itu selesai.
Tempoh 6 bulan bukannya lama tetapi cukup bagi beliau utk merangka sesuatu ...... dan mungkin beliau akan kembali semula selepas 6 bulan dgn sesuatu yg mungkin menggerunkan lawan....insyallah
Para sahabat yg pada mulanya tidak berpuas hati dgn hasil perjanjian Hudhaybiah dulu ....setelah ditegur akhirnya rela menerimanya samada dlm keadaan redha maupun terpaksa...
Tetapi apa yg berlaku sepanjang tempuh perdamaian itu adalah sesuatu yg luar biasa......
Walaupun dari zahirnya perjanjian itu dilihat merugikan umat Islam dan berlaku kejam terhadap para sahabat yg terpaksa dikembalikan ke Mekkah......apabila Allah Allah menurunkan bantuanNya maka keadaan sebaliknya yg berlaku..
Allah membukakan jalan kpd mereka yg terpaksa kembali ke Mekkah utk mengambil tindakan yg akhirnya telah memberikan tamparan yg hebat kpd musyrikin Mekkah.Lihatlah ...apabila pertolongan Allah sampai tiada yg dpt menahannya...
Pengajaran dari kedua peristiwa in pada pendapat saya yg bersifat lemah ini adalah:
1) kita mengenepikan kehendak diri demi perjuangan Islam.
2) nafsu mengajak kita kpd membalas dendam...maka nyahkanlah nafsu itu
3) berlapang dada dgn keputusan pihak yg telah diberi amanah
4) apa bentuk hukuman pun yg diterima.....jalan utk kita meneruskan "jihad" ini masih terbuka luas....dan itu adalah rahmat dari Allah
5) Allah berjanji akan menguji kita dan "memisahkan" kita sehingga tinggal hanya yg benar2 ikhlas berjuang sahaja yg akan dikurniakan Allah dgn "kemenangan" yg hanya Allah shj yg tahu bentuknya
6)keputusan "silap" yg diterima oleh jemaah dan dilaksanakan boleh membawa kejayaan manakala keputusan "betul" tetapi tidak dipatuhi secara jemaah boleh membawa kekalahan..
7)anggaplah ini sebagai satu "ujian" kpd kita kerana diri kita tidak penting....yg lebih utama adalah perjuangan Islam...
8) setiap dari kita akan "pergi" namun perjuangan ini akan terus berjalan hingga kiamat
Hanya sekadar itu yg termampu....walau ada banyak lagi yg ingin diluahkan disini...mungkin ada yg lebih arif yg akan memberikan pandangan selepas ini...
alahai dolah karim, hang dah tanya belum ketua hang sblm tulis ni? tulisan hang dah keluaq mcm guruh.....tantawi duk nyorok mana? hang ni nama ja exco pemuda PAS tp bahasa tadak pun ala2 bunyi pak ARABBBBBB langsung ..... ana kalau baca tantawi punya blog kafala ada fusing-fusing rasa fening-fening laaa....
hang jgn bederas sangat suara tu nanti tak lepaih nak masuk PUTAR balok...opppps PUTRA balok....
ana wala' ana wala' ana wala'
http://corongkita.blogspot.com/2010/01/jengka-mari-tarak-bunyi-punya-maaa.html
Pak Bakaq,
Sekurang-kurangnya ada seorang pahlawan dalam Exco Pemuda PAS yang berani menyatakan kebenaran.Katakanlah sesuatu kebenaran itu,walau pun ianya pahit.Mana yang lain? AJK PAS Pusat,AJK Muslimat dan AJK Pemuda? AJK Ulamak memang tak boleh diharap kerana semua sudah "diternak".Percayalah "peristiwa" ini(keputusan mahkamah kera) ini,dapat dijadikan satu permulaan untuk "membersihkan PAS".Bersuaralah,bertindaklah - jangan sekadar menentang "dalam hati" sahaja.
Demi memastikan blog penarik beca update setiap hari, bakaq terpaksa cari apa saja isu dan goreng sampai jadi negatif. Apa masalahnya tindakan lembaga disiplin PAS bakaq oi? Kalau depa bebaskan depa tanpa tindakan pun hang akan ulas jugak sampai jadi negatif. Biasa la, bukan semua orang boleh terima keputusan hakim. Dlm UMNO pun sama, dlm mahkamah pun sama sbb tu ada undang2 hina mahkamah. Yg peliknya, ahli PAS yg selama ini komited takdak pikiaq yg negatif, tapi si bakaq ni pulak yg melaga2 kan. Mmg hang batu api besaq !!
ALLAHUAKBAR ,HIDUP ISLAM,HIDUP PAS,HANCUR UMNO,HANCUR UGBN.TERDERAP DARAH AKU MEMBACA NYA,RUPANYA MASEH ADA SEORANG PEMUDA DIDALAM EXCO PEMUDA PUSAT.KALAU LAH AKU DIUMUR 30 AN SEPERTI DULU MAU RASA NYA HARI INI AKU RUNGKAI SERBAN BRAHIM MAN,DARI MENYALAH GUNAKAN PAKAIAN PARA MALAIKAT YANG MEMBANTU TENTERA BADAR MEMUSNAHKAN MUSYRIKIN LEBIH BAIK DIA TAK PAKAI APA2 DIKEPALANYA DRPD MENJATUHKAN EMEJ BERSEH ORANG BERSERBAN.TERUSKAN PERJUANGAN KEBENARAN WAHAI DOLAH KARIM,APA YANG BERLAKU KPD KHALID SAMAD ADALAH CONTOH BETAPA PAS PADA KETIKA INI JIKA MASEH TERUS DIPIMPIN OLEH ORANG2 SPRTI,HADI,NASHA,BRAHIM MAN,DIN AYOB,BAKAR CHIK,PA ALI,TALIB BONG, PADA SEMUA AHLI JANGAN HARAP LAH AKAN ADA KEBENARAN DAN KEADILAN BUAT AHLI2 PAS APATAH LAGI BAGI MEREKA YANG MENYERTAI KELAB PENYOKONG PAS.KHALID,DOLAH KAMU ADALAH PERMATA PERJUANGAN PADA HARI INI,SUATU HARI PASTI KEBENARAN AKAN TERSERLAH,JANGAN BIARKAN ANASIR UG TERUS MENIPU AHLI2 YANG TULUS BERJUANG MEMPERTAHANKAN PAS DI SELURUH NEGARA.PADA PMIMPIN MACAM DIN AYOB BERHENTILAH ANDA MENJADI SELFISH AND PLAY SAFE.APA GUNA JAWATAN YANG ANDA PEGANG KALAU TIDAK BERANI UNTUK BERCAKAP BENAR DALAM JAMAAH.APAKAH UNDI DAN PENGARUH UNTUK MEMPERTAHANKAN KEBENARAN LEBIH BERNILAI?TEPOK DADA TANYALAH IMAN!
Formula Organisasi PAS;
Presiden + S.Usaha Agung = Stop Alley.
anom 3
Hudaibiyyah lain,keputusan JKD-PAS lain.. tak sama tuu ...
-wa rase ahli dlm jkd pas slain TITM ialah stopa ali, nasha, abc, n tantawi..korang x prcaya?..tak caya tanye la TITM sape lg ahli dlm jkd tue?..haram die nk ckap..rahsia beb, geng2 perpaduang je yg tau..tahniah wa ucapkan pada presiden geng perpaduang , stopa ali..pil wala' yg popularkn tue sgguh laris di pasaran hgga mngalahkan viagra..
-zargus-
wahai ahli kerdil s alam,awak kenal ke din ayob tuh? manusia yang lebih pentingkan undi kawasan2 untuk kekal jawatan Parti dari berani kerana benar dalam Pas.Moga tgna tak tertipu untuk nak ambil lagi bertanding di kelantan,talib bom dan mat bagi tu dah ingat2 lupa pun jadi hakim lg ka?huhuhuhuh,pada yb khalid dan dolah karim kamu2 adalah pejuang sejati.Ahli panel forum perdana tuh maksum ka pak bakaq?Yang ni aku nak pak bakaq jawab! jangan sebab din ayob dok belanja makan sampai pak bakaq pun tak berani nak sentoh anak ayob tuh? kena tukar nama dia tuh kerana nama tak sehebat orang yang membebaskan kan al quds.
Assalamualaikum....
Peranan ajk tatatertib Pas adalah sebagai hakim dlm kes ini.......
Saya mengambil pendirian "bersangka baik" yg ajk tersebut telah melaksanakan tugas yg diamanahkan dgn jujur dan saksama....
Merujuk kpd komen2 di atas adalah jelas mereka mahu suatu keputusan yg bersesuaian dgn "keinginan" mereka berdasarkan hujjah2 yg telah dikemukakan...
Terlalu berat rasanya sebagai seorang yg inginkan keadilan Islam terlaksana di bumi tercinta ini utk saya memberikan suatu komen yg tidak berpihak kpd mana2 golongan.....
Apa yg boleh dinyatakan disini adalah rujukan kpd kes yg melibatka Khalifah Ali krw dgn seorang yahudi di Madinah dulu.....kalau tak silap berkenaan sehelai baju besi(perbetulkan andai tersilap)
Saya kira semua tahu kesudahan kes tersebut yg mana berpihak kpd yahudi berkenaan.....sedangkan seluruh umat Islam dan hakim mahkamah juga tahu keperibadian Syaidina Ali yg ketika itu adalah khalifah tidak sekali-kali akan berbohong.........dan sudah terang lagi bersuluh akan sikap dan kelicikan puak yahudi menipu dan mengambil kesempatan......
Namun hakim yg bertanggungjawab tiada pilihan melainkan menjalankan keadilan Islam walaupun dilihat merugikan umat Islam....
Renungkan dan fikirkan bagaimana hakim dan juga khalifah "berlapang dada" atas keputusan yg telah dibuat........mungkin dpt kita ambil sedikit sebagai panduan dan pengajaran...
0ii king , hang ni spesies lurus bendul lepas tu QIAS pula dengan PErjanjian Hudaibiyah, Tolongla jangan mempergunakan agama untuk membela agen2 umno dan puak pro umno,Puak pro umno jahat la,khianat pada perjuangan ;
JK Disiplin UG tu...
Kenapa tak ada yg kata dia ni pengintip pembangkang yang menyusup dlm PAS..hehehehe
Pak Bakaq,
Kebanyakan komen-komen kat sini membuat saya meluat gila. Kenapa? Ikut sedap mulut.
Sebagai ahli PAS, saya lihat dan saya amati banyak yang kena tindakan siapa-siapa yang tak sehaluan dengan Hassan Ali.
Kalau PAS benar-benar mahu menjadi parti ulung memperjuangkan Islam cara UMNOGOK jangan diikut: cantas mencantas, tikam belakang dan sebagainya. Contoh yang paling wahid adalah
(a) Hassan Ali jumpa blogger, termasuk bloger UMNO kemudian ceritakan hal-hal PAS (siap kutuk YB-YB PAS yang lain)
(b) Nasaruddin jumpa wakil UMNO lepas tu berbohong pula.
Ini semua bukan yang saya cari bila berkecimpung dalam PAS; saya cari Islam dan keindahannya.
Abu Abdurrahman
nampak PAS suatu organisasi politik yang amat lemah lebih lebih lagi dipimpin oleh ahli tertinggi yang pendek akal dan tidak berfikiran professional. malang sungguh ahli ahli PAS dan Pakatan Rakyat. penilaian 360-darjah perlu dilakukan oleh ahli ahli PAS dan Pakatan Rakyat bagi melantik pemimpin berkualiti tinggi memimpin PAS dan bukannya dari kalangan Otak Udang!