Sedap!! Klik gambar di atas!

Isu nama Allah: 'Uruf ahl al-balad

Dalam posting bertajuk "Kenyataan siapa ikut Quran? Presiden PAS atau Dr Hassan?", saya tulis:
... saya tak sokong pendirian sikap Ahli Jawatankuasa Politik PAS, Khalid Abdul Samad yang lurus bendul macam jawab soalan matematik dan bersikap terlalu naif konon kita tak tahu apa niat orang kerana itu dalam hati mereka dan kita tak nampak sedangkan ada ayat al-Quran yang mengingatkan kita semua supaya berwaspada "وَلَن تَرْضَى عَنكَ الْيَهُودُ وَلاَ النَّصَارَى حَتَّى تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ".

Saya juga tak setuju dengan sikap Timbalan Presiden yang saya rasa seperti jurucakap Umno yang membawa kad keahlian PAS. Lihat laporan Mingguan Malaysia 31/12/09 "Islam perlu bersatu". Saya juga tak setuju sikap "trigger happy" yang senang-senang menembak istilah kufur. Senang-senang nak kafirkan orang (lihat Lihat berita mStar Online 4/1/10 bertajuk "Kufur jika sokong guna kalimah Allah - Haron Din").
Hari ini, dalam Detik Daily ada beberapa perkara yang ditulis oleh salah seorang murabbi saya sehingga 29 Mac 1982 (selepas itu, apabila dia kelihatan menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim masuk Umno, saya tak ambil tahu langsung tentang dia), Datuk Dr Siddiq Fadzil, yang menarik perhatian saya:
Sikap berkeras mahu menggunakan juga kalimat Allah (sekalipun dengan mengguris perasaan sebahagian besar umat Melayu-Muslim) menimbulkan tanda tanya, ada apa sebenarnya? Selama ini, sejak ratusan tahun, tanpa memakai nama Allah, para penganut Katolitik telah dapat mengamalkan agama mereka dengan leluasa. Ajaran Katolik dapat difahami oleh para penganutnya, malah telah dikembangkan tanpa masalah. Lalu kenapa sekarang isu ini dibangkitkan dan diperjuangkan dengan cara yang begitu provokatif. Mereka bukan tidak tahu betapa sensitif dan eksplosifnya isu ini. Mereka juga bukan tidak tahu bahawa isu ini menyentuh jantung ajaran agama Islam.

Rasanya wajar sekali kita merenung kata-kata Gopal Raj Kumar yang kami petik di bawah ini:
What Catholics appear to be seeking here is an extension to that form of racism that whatever non Malays and non Muslims wish to do in the name of religion has to be tolerated in the name of a half written constitution. Whilst at the same time arguing against everything that the Malays as a majority in a democracy do as wrong and racist.

Catholics must learn to reciprocate in kind to a people in whose country they have been treated with much reverence, dignity and respect over centuries. Malaysia although fundamentally a Muslim state has, advocated for and advanced Catholic (and other religious causes and purposes) without the let or hindrance of religious intolerance like that imposed on them by the Thais, Burmese, Philippines, Australians, Chinese and more recently the Swiss.

Much of the reason we are able to debate such issues and to read and write about it today it is often argued is the result of a good Catholic education. Wrong! It is equally the result of Malay Muslim generosity in allowing the propagation of the faith, its schools and other institutions to thrive and its tolerance of their values.

It is a pity that in return all that the Catholic church has to offer is an insult to the Malays and Malay Muslims in persuing such a worthless policy of provocation.
Lebih menarik perhatian saya ialah penjelasannya yang berikut:
Isu ini harus dilihat secara kontekstual. Realiti sejarah dan budaya Malaysia memang tidak memungkinkan pemakaian kalimat Allah di luar konteks keislaman. Fiqh kita mengambilkira 'uruf ahl al-balad (budaya warga setempat). Antara yang harus menjadi pertimbangan utama dalam isu ini ialah mafsadah atau kesan buruknya yang perlu dihindari.
Hanya yang saya ingin tanya ialah, adakah 'uruf ahl al-balad boleh mengalahkan apa yang dilihat oleh PAS sebagai keharusan umum apabila ia berhujjah dengan ayat 64 Surah Ali Imran:

قُلْ يَا أَهْلَ الْكِتَابِ تَعَالَوْاْ إِلَى كَلَمَةٍ سَوَاء بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمْ أَلاَّ نَعْبُدَ إِلاَّ اللّهَ وَلاَ نُشْرِكَ بِهِ شَيْئاً
وَلاَ يَتَّخِذَ بَعْضُنَا بَعْضاً أَرْبَاباً مِّن دُونِ اللّهِ
Yang bermaksud: Katakanlah hai ahli kitab, marilah (berpegang) kepada suatu kalimat (ketetapan) yang tidak ada perselisihan antara kami dan kamu, bahawa tidak kita sembah kecuali Allah dan tidak kita persekutukan dia, dengan sesuatupun dan tidak (pula) sebahagian kita menjadikan sesama manusia seperti pemimpin dan sebagainya, sebagai tuhan selain Alllah.
Saya tanya ni sebab memang betul-betul saya tak tahu dan nak tahu. Harap ada yang pandai ilmu Islam menjawabnya. Yang tak pandai dalam ilmu Islam, harap jangan jawab tanpa disiplin ilmu Islam. Jangan lupa, walau sepuluh lori pun kita baca buku mengenai perubatan, kita tetap tak diiktiraf sebagai doktor (gambar Ustaz Siddiq copy and paste tanpa izin dan dengan memohon maaf dari blog Kelab Seni Pengucapan Awam IPG Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur - Kespa).

Berkaitan:
Prof. Al-Attas' view on the polemical usage of the word "Allah" by non-Muslims (Wan Rausyanfikir 4/1/10)
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Be the first to leave a comment! on Isu nama Allah: 'Uruf ahl al-balad

  2. Setakat yg saya belajar, 'uruf ahl al-balad atau 'uruf wal 'adat menjadi khilaf ulama dalam menentukan hukum. Ia hanya diguna pakai oleh sebahagian ulama dari mazhab Hanafi dan Maliki. Tetapi, al- quran, as- sunnah dan ijma' menjadi kesepakatan semua ulama ahlul sunnah wal jamaah....

    Dalam manhaj salaf pula, keutamaan hanya diberikan kepada al- quran dan as- sunnah dalam istinbat hukum.

  3. Penarik Beca.

    1. Agenda kristiansasi serta sekularisasi telah diketahui ummah sejak tahun 1511 lagi.

    2. Saya yakin Penarik Beca mampu mencari seratus makalah yang menentang pengguna kalimah Allah oleh bukan Islam. Tapi itu tidak penting. Yang penting adalah kreativiti ummah dalam menghadapi agenda disebalik penggunaan kalimah Allah tersebut.

    3. Dalam isu kalimah Allah, reaksi ummah haruslah :-
    a. Kelihatan tegas terhadap musuh.
    b. Kelihatan tidak ekstrimis terhadap golongan yang berminat kepada islam serta golongan yang "muslim friendly".
    c. Tidak mempunyai impak negatif kepada minoriti islam diluar negara.
    d. Tidak mempunyai impak negatif terhadap pertubuhan islam seperti Al Ikhwan, AKP, PKS, Jummaat Al Islami, ISNA dsb.
    e. Kelihatan menghormati undang-undang.

    3. Reaksi tegas perlu dipakej secara kreatif.

    4. Kenyataan rasmi PAS setakat ini mantap.

    5. Reaksi Pemuda PAS menghormati keputusan mahkamah disamping berdialog dengan pehak gereja adalah yang terbaik.

  4. Sy pada mulanya sependirian dgn PAS, tetapi apabila sy baca hujah dan pendapat dr pihak yg tidak bersetuju, then i realized they're right too.

    Dan kini, sy jadi sangat pening.

    Jadi, pd pendapat sy para alim ulama dari kedua-dua pihak yg bersetuju dan tidak bersetuju perlu duduk semeja dan capai kata sepakat.

  5. Salamun alaikum,

    Saya ingin mengulas lanjut mengenai ayat yang tertera (3:64), khususnya tentang "tidak mempersekutukan Dia dengan sesuatu pun dan tidak mempertuankan sesama kita selain Allah."

    Pertama, kita mesti tahu definisi sabenar mengenai apa itu yang dikatakan sebagai sekutu.
    Dalam Al Quran, Allah telah memperjelaskan kesemuanya.

    Ia termasuk para malaikat, nabi, jin, pemimpin, pembesar agama, berhala, anak dan isteri, harta benda, haiwan ataupun apa jua sekalipun sekiranya kita menaruh kepentingan kepada mereka sama ataupun lebih daripada Allah. Malahan, ego kita sendiri pun boleh di anggap sebagai sekutu.

    Bagi Allah, di antara dosa-dosa yang paling besar yang di catatkan dalam Al Quran, adalah menyekutukanNya dan juga mengadakan kebohongan terhadapNya. Ini termasuk mengada-adakan hukum agama selain daripada apa yang telah Dia tetapkan dalam Al Quran dan mengharamkan apa yang Dia tidak pernah mengaharamkan.

    Contohnya, makanan. Dalam Al Quran, yang di haramkan bagi kamu hanya empat jenis ia itu daging babi, darah yang mengalir, bangkai dan juga binatang yang di sembelih dengan menyebut nama selain daripada nama Allah (lihat 2:173, 5:3, 6:145 dan 16:115). Ini bermakna, yang lainnya adalah halal.

    Sekutu manakah yang kata binatang dua alam ataupun yang berkuku tak boleh? Ataupun yang mengatakan anjing haram di sentuh walhal dalam Surah Ah Kahfi ada tercatat yang sekumpulan pemuda yang beriman tidur bersama anjing mereka dalam gua (18:18)?

    Malahan, dalam Al Quran ada ayat yang mengatakan binatang yang di tangkap oleh anjing buruan adalah halal bagi kamu jika kamu mengajarnya sapertimana Allah telah mengajar kamu.(5:4)

    Mengenai bukan-Islam menyeru Allah, kenapakah hendak kita menghalang mereka berbuat demikian. Adakah kita mahu mereka menyeru tuhan yang lain selain Allah?

    Bukankah tugas kita sebagai orang Muslim untuk mengajak manusia menyembah dan menyeru Allah?

    Jadi lebih baik sekiranya kita menjelaskan kepada mereka secara bijaksana siapa itu Allah dan menyakinkan mereka suapa mereka tidak mempersekutukanNya.

    Mudah-mudahan, dengan izin Allah, mereka akan tertarik dan memeluk Islam.

    Lagi satu yang saya hendak nyatakan mengenai nama Allah. Mengapakan kebanyakkan orang Islam menyeru Allah dengan nama yang tidak tersenarai dalam Asmaul Husna?

    Mengapa kita kata besar (akbar) walhal Dia Yang Maha Besar (Al Azim, Al Kabir ataupun Al Mutakabir) Sila rujuk kepada 7:71, 7:180, 12:40, 17:110, 20:8, 53:23, 59:24)

    Mengapakah di perkecilkan Allah?

    Siapakah yang mengada-adakan kebohongan terhadap Allah? Dan kenapakah kebanyakkan orang-orang yang menggelar diri mereka sebagai orang Islam masih juga menyanjung mereka-mereka yang mengadakan dusta terhadap Allah ini? Adakah mereka-mereka ini sekutu Allah?

    Renungkanlah.

    Salam.

  6. Salam semua,... syukur kepada Allah SWT dengan isu yang amat hangat ini.

    1. Bagi saya, ayat 3:64 cukup jelas tentang keharusan penganut Kristian dan Yahudi memanggil Tuhan dengan nama Allah. Memang itu sejak dari awal lagi dari nabi Adam a.s, Allah menggunakan kalimah Allah bagiNYA.

    2. Di zaman RasululLah SAW pun penganut2 kedua-dua agama ini menggunakan kalimah Allah, dan memang telah berlaku penyelewengan fahaman di kalangan mereka: Kristian dengan konsep 3 dalam 1; Yahudi dengan Uzair anak Tuhan, dsb. Maka di sinilah RasululLah SAW diutuskan untuk menyeru dan mengajak mereka supaya mentauhidkan Allah dengan sebenar-benarnya. RasululLah SAW tidak menghalang @ melarang mereka dari mengguna kalimah Allah!

    3.Apabila mereka enggan, iaitu mereka terus sahaja dengan fahaman mereka, RasululLah SAW membiar mereka hidup dengan cara mereka secara aman kerana beramal dengan ayat: Tiada paksaan dalam agama; dan bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku.

    4.Tetapi RasululLah SAW terus memperkuat aqidah umat Islam dan menyebar Islam sebagai rahmatul-'alamiin.

    5. Dari segi Rububiyyah, orang2 musyrik Mekah pun menggunakan kalimah Allah sebagai rujukan kepada Tuhan, tetapi dari segi uluhiyyahNYA mereka tidak mengakui. Maka apa masalahnya? RasululLah SAW menyampai dan mengajak mereka supaya membersihkan Allah dari sudut Rububiyyah dan Uluhiyyah, dan asma wa sifat. Inilah yang sepatutnya kita lakukan,iaitu, ayuh mari kita memebersihkan fahaman2 yang salah tentang Allah yang telah kamu percayai itu...dengan dakwah bil hikmah wal mau'izotul hasanah, wa jaadilhum billatii hiya ah-san.

    WalLaahu'aghlam. Salam dari Utara.

  7. Org yg sokong pun betul dan org yg bantah pun betul. Perbezaan pendapat antara umat Islam bukannya menjadi punca peperangan dan konflik tapi rahmat. Cuma jgnla sampai melampau batas yang ditetapkan dan hanya mengatakan pendapat aku yg betul dan pendapat org lain salah. Kita bukan macam agama lain yg letakkan agama pd pemuka agama. Org Islam bebas bg pendapat asalkan ia menurut quran dan sunnah. Takkan kita nak ikut Kristian yg letakkan agama pada Vatican City, atau Gereja Koptik atau pun Gereja Eastern Ortodoks (2 daripada pusat asal agama Kristian berada di dalam negera Umat Islam). Tp cuba tgk apa reaksi org bukan islam pd isu di bawah:

    1) Isu PPSMI. Apabila kerajaan umumkan pemansuhan dasar ini pd 2009.
    2) Isu Kartika bila dia akan disebat. Apa yg org bukan Islam sebut tentang hal ini.
    3) Isu Lina Joy.
    4) Isu pengekalan agama anak jika salah seorang Ibu @ bapa memeluk agama Islam.

    Cuba lihat balik reaksi org bukan Islam pada isu di atas.

    Tapi bila puak2 yg cakap (1)"Kelab malam diadakan sebagai penguji Iman org Islam, jd kita tak boleh larang pembinaannya" dan (2)"pemilihan agama adalah hak milik individu" adalah pihak yg bising nak mempertahankan nama Allah, aku jd sangsi sikit.

    Fauxi

  8. Agama yg dibawa oleh Nabi Isa a.s adalah sama dgn agama yg dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w iaitu agama Islam. Didalam ajaran bible yg asal juga telah memperakui bahawa Allah adalah tuhan yg esa yg sewajibnya disembah oleh manusia. Tetapi pengikut agama kristian (nama baru yg tidak pernah muncul ketika zaman Nabi Isa a.s) telah syirik kepada Allah dgn menyatakan tuhan adalah tiga iatu Allah(God dlm bahasa Inggeris), Isa (jesus dlm bahasa inggeris) dan roh kudus(holy spirit dlm bahasa Inggeris). Walaupun konsep ini adalah batil, tetapi kita sebagai penganut agama Islam hanya wajar utk menafikannya didalam hati kita dan menjelaskannya kepada umum sebagai jalan dakwah. Kita tidak boleh memaksa mereka merubah konsep ini sampai bila-bila pun. Kerana itu adalah hak mereka utk beragama dgn cara yg mereka kehendaki.

    Org melayu Islam yg jahil ttg hal ini merasa keliru kerana pada anggapan mereka kitab bible dlm translasi Inggeris tidak mengandungi perkataan Allah. mmg lah benar anggapan ini. Kerana perkataan 'Elah' atau 'Alah' dlm hebrew telah dislah tafsirkan sebagai 'God' dlm bahasa Inggeris. Ini adalah "sickness" yg yg telah menjadi kebiasaan org inggeris. Begitu juga halnya apabila mereka menterjemah nama-nama Nabi seperti Ya'kub (Jacob), Harun(Aron), Musa (Moses). Namun perkara sebegini tidak berlaku dlm translasi arab dan juga Indonesia sebagai contoh. Bukti ini menunjukkan dari segi asasnya mereka juga telah menggunakan nama Allah malah lebih awal lagi daripada kita yg beriman kepada Kitab Al-Quran.

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008