Saya menyokong tindakan Exco Kerajaan Pas Kelantan, Datuk Takiyuddin Hassan mempersoalkan kebocoran keputusan mesyuarat Exco negeri itu berhubung pembelian aras bawah Bazar Tok Guru (Lihat Mingguan Malaysia hari ini "Takiyuddin persoal maklumat mesyuarat Exco bocor"). Tidak sepatutnya maklumat yang diklasifikasikan sebagai rahsia itu dibocorkan.
Itu satu hal.
Tetapi apabila maklumat bocor itu sampai kepada kita, soal kebocoran tidak lagi menjadi isu kepada kita.
Yang jadi isu ialah maklumat yang bocor itu maklumat apa? Jika maklumat yang bocor itu ialah mengenai kerugian yang dikatakan melibatkan nilai sebanyak kira-kira RM50 juta termasuk nilai tapak projek itu yang diserahkan kepada sebuah syarikat swasta seluas 3.36 hektar, itulah yang jadi isu besar kepada kita.
Siapa yang mengakibatkan kerugian? Apa sebab dia melakukan tindakan yang mengakibatkan kerugian? Adakah tindakan itu disebabkan dia bangang? Kalau bukan disebabkan bangang, kelicikan apa yang mendorong dia melakukan perkara itu?
Bila kerajaan Kelantan rugi RM50 juta, tentu ada pihak yang kenyang. Adakah dia kenyang sorang-sorang atau ada rakan-rakan subahat (accomplices) yang turut dikenyangkannya?
Saya bagi contoh apa yang kawan saya selalu sebut, bila MAS rugi RM8 billion, boleh percayakah Tan Sri Tajudin Ramli berani buat kerja sorang-sorang dan pandai-pandai sendiri sehingga mengakibatkan kerugian sebesar itu? Kalau Tajuddin dituduh kenyang, beranikah Mamat itu kenyang sorang-sorang?
Satu lagi berita yang menarik dalam Utusan Malaysia hari ini ialah berita bertajuk "Ariffahmi diminta kekal jawatan". Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz dilaporkan meminta adik iparnya, Ir Abdul Ariffahmi Ab Rahman tidak berundur daripada jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) "sebagai tanda kita jaga maruah dan tidak tunduk kepada fitnah".
Nik Abduh seorang talabah (gelaran yang selalu diberikan untuk pelajar ilmu agama). Saya yakin dia bercakap berdasarkan ilmunya. Saya pula jahil tukil dan tak mengaji. Entah bila nak pi mengaji apa itu takrif maruah.
Orang mengaji agama dia ada alasan. Nak lawan Umno dia boleh bagi nas. Berkendak politik dengan Umno dalam gelap pun dia boleh bagi nas. Siap bagi kaedah fiqh. Macam-macam depa boleh kata - irtikabu akhafu ad-darurain 'inda ijtima'iha, irtikabu akhafu al-mufsidain 'inda ijtima'iha, takdimul 'udzma al-maslahatain 'inda ijtima'iha, ad-daruraat tubikhu al-makhdurat.
Aku mana tau semua tu.
Kalau orang tanya aku mana lebih mudarat antara Umno dan DAP dalam keadaan sekarang, sah-sah aku kata Umno yang lebih mudarat. Dalam keadaan sekarang, paling banyak DAP boleh menang dalam 40 kerusi Parlimen.
Dan, kalau orang tanya aku mana lebih mudarat antara Umno dan orang PAS yang melanyak harta rakyat macam mak bapak dia punya, sah-sah aku kata orang PAS yang melanyak harta rakyat itu yang lebih mudarat dan jahat.
Umno kalau dia jahat pun, memang itu nature dia. Apa nak heran. Kalau dia jahat pun, dia tak guna nas dan kaedah untuk justify jahat dia. Yang tak reti guna nas pula, dia akan temberang kita dan kaitkan nama Tok Guru itu, Tok Guru ini.
Umno ni, kalau dia buat jahat pun, dia buat bodoh ja bila dia kenyang. Memang jahat. Tapi lebih jahat lagi jenis yang temberang guna hujah Islam untuk sedapkan lagi apa yang menyebabkan dia kenyang.
Ah, teringat pula ceramah tokoh-tokoh PAS setiap kali Umno bergasak sesama sendiri. "Mereka berlawan sebab berebut habuan," kata penceramah-penceramah PAS. Hari ini, Mingguan Malaysia juga melaporkan berita bertajuk "Nik Aziz akui 'cah keting'"
Cah keting berebut apa?
(Luahan perasaan: Geli geleman aku rasa bila melihat orang jahil di Kelantan menjadi iman solat kepada begitu ramai orang 'alim di belakangnya. Ada ramai orang 'alim yang tidak menjadi pemimpin politik yang boleh menjadi imam solat, kenapa tak berhemah?)

Cantik? Klik 

Gomo be gomo lepas nih kita pikir ambik nak undi sapa PAS ko atau tak payah ngundi. Mugo duo-duo dok bbesar ko perut jah. Mampuh kerah la lagu nih.
Hang tu alim sangat ka bakaq oii dok pandai kata orang lain tak alim. Aku pun boleh kata muka hang sekali pandang macam taik pit saja.
siapa pak bakar hok demo geli tu?
bambooo,jangan tak bambooo,bamboo sampai turun..turun..turun segera.Apa tunggu tunggu..protes sampai turun..eh cam pernah dgr kempen ni dulu
Apakan daya, "harapkan padi, padi bertukar menjadi lalang",. Apakan daya,"harapkan syahid, rebah dipintu syurga".
Ya Allah selamatkan guru ku daripada para munafiq yang cuba mengambil kesempatan ke atas keikhlasanya.
Nampaknya kuliah subuh setiap pagi Jumaat oleh Nik Aziz hasilnya hampeh, Kelantan Membangun Bersama Islam juga jadi hampeh...kalau sebut cah keting, ia adalah budaya Melayu Kelantan yang kini sudah sebati sebagai dengan Islam Kelantan.
Inilah perjuangan Islam yang tidak ikhlas dan banyak sangat 'mencalakokan' pesaing dan salah memilih kawan, tidak tahu mana satu intan mana satu kaca.
Kafir laknat jadi kawan, sesaudara Islam jadi musuh.
Bakaq: (Luahan perasaan: Geli geleman aku rasa bila melihat orang jahil di Kelantan menjadi iman solat kepada begitu ramai orang 'alim di belakangnya. Ada ramai orang 'alim yang tidak menjadi pemimpin politik yang boleh menjadi imam solat, kenapa tak berhemah?)
Iman itu tidak diukur berasarkan gelaran atau lilit serbannya atau berbueh mulutnya, lebih kepada taqwa, dan bagaimana nak mengukurnya? Hanya orang jahil dand riak sahaja yang menuduh orang lain jahil..
"TOK GURU MESTI BERTINDAK, GUNTING DALAM LIPATAN, MUSUH DALAM SELIMUT, KAMI SEDIA MENERIMA KEPUTUSAN TOK GURU"
"PRESIDEN PAS PUSAT, PAS KELANTAN JUGA PARTI ISLAM SEMALAYSIA, SELESAIKAN KEMELUT INI, KAMI MALU.
salam,
Nik abduh ni...dia dok diam2 lebih baik dari dia 'buka' mulut sana sini. Lagi kerap dia 'buka' mulut..., lagi cepat lah ranap...
org 'pandang' kj dulu kerana pak lah, tak dak pak lah, kj pun mula dipandang sepi. Ingat-ingat nik anduh....!
Bak kate mat sabu orang umno dia anggap utusan dan berita harian macam soheh bukhari, hang pun bakaq aku anggap hang pro umno, barua umno, pekakas umno, dan hang juga redha dengan ape yang mereka lakukan, taubat la wahai syiah malaysia
peduli nate aponyo bakaq...isu gapo pun kalu doh dikalsigikasikan rahsio rasmi kerajaan gak... bersedio la untuk jadi banduan... nate set2 blogger ni perasaan bagus sangat lah.... pengaruh set2 mung berapo sen gak pengaruhi pengundi....
ore jahil hokmu kato jadi iman tu...infiti lebih baik dari mu la wehh.... srupo manusia dibandingkan dgn babi jah...
SALAM TO ALL
Anom 2 & 9
Komen biarlah secara ilmiah ,,salah ke apa yg penarik beca kata ini ...'
Salam Bakaq, ayat Bakaq ada kelas,maksud tersirat dengan apa yang tersurat.
Bakaq penuh dengan rendah diri pada orang yang bangga diri demi maruah biarpun maruah rakyat yang memilihnya telah tergadai dek kealpaan kemewahan dunia.Kenyang kaut duit rakyat dengan hanya "signature".
RM 50 juta aje (kesilapan teknikal, masih dalam rundingan) jika dibandingkan RM800 juta kerugian yang dibuat oleh orang lain.Fikir dan kena renung bukan RM5 ratus,RM50 ribu tetapi RM50 juta..kena belajar ilmu kira-kira ni.
Yang Tok Guru maksudkan cah keting ialah HUSAM MUSA. Tunggu dan lihat selepas ini, banyak lagi perjalanan drama ini.
ABU YG TERBAKAR
Nik Abduh ni satu hal..walaubagaimanapun dia bukan alim ulama, dia hanya anak tok Guru.
Tentang sembayhyang sunat hajat tu Bakaq, aku tak nampak apa-apa kesalahan pun..malah digalakkan. Yang hendak disihatkan tu kan ayahanda sendiri? Sembahyang jenazah pun lebih afdal diimam oleh anak sendiri. Alah remeh sangat..
Assalamulaikum WBT,
Cah keting sebab nak berebut jawatan MB. Husam nak jadi MB, Nik Amar nak jadi MB.Husam tak tahan Tok Guru tak bersara lagi. Dia suruh Syed Azidi buat cerita supaya Tok Guru rasa tak selesa dan letak jawatan cepat dan dia jadi MB. Nik Amar pun bijak juga, apabila dia nampak isu Ariffahmi meresahkan Tok Guru terus dia minta dewan ualama Pas Kelantan buat keputusan bahawa pengganti Tok Guru mesti ulama. Mudaha-mudahan kalau Tok guru berundur dia lah jadi MB atau TMB . Ha macam mana tidakkah itu cah keting namanya.Tapi Tok Guru masih diberi kekuatan oleh Allah dan dia pun dah nampak permaianan politik ini. Dia tak kata apa, cuma dia kata ada penyakit cah keting dalam Pas.