Sedap!! Klik gambar di atas!

كلاب

Aduka Taruna menulis posting yang kata-katanya boleh di baca di sini. Dia tak ada sebut nama sesiapa dan atau nama mana-mana negeri. Memanglah orang boleh faham. Tetapi, kalau masuk mahkamah dan dia pula menafikan bahawa posting itu ditujukan kepada mana-mana pihak, saya tak fikir mudah bagi mahkamah yang tidak bertindak berdasarkan sangkaan.

Saya pun baca posting itu dan sejak dari awal lagi saya tidak lihat dia ada menulis nama sesiapa atau nama mana-mana negeri.

Posting itu stupid (meminjam istilah yang sering digunakan Aduka Taruna sendiri). Tetapi, kalau dia buat bangang dan berkeras bahawa dia tidak menujukan posting kepada pihak yang dispekulasikan orang, saya kira tidak mudah bagi mahkamah menghukum berdasarkan sangkaan.

Tetapi yang lebih stupid ialah apabila dia menulis posting bertajuk "Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia". Bila saya baca posting itu, saya berkata dalam hati, "ini ibu kepada segala stupid. Dia sendiri mengaku. Dia sendiri membuktikan apa yang tidak mudah untuk dibuktikan".

Itu kisah stupid. Seterusnya kisah anjing - anjing polis.

Saya diberitahu, ada pihak tertentu dari dalam PAS sendiri yang menyiarkan gambar Aduka Taruna di dalam Internet. Jika benar, orang PAS yang menyiarkan gambar itu memudahkan kerja polis. Jika benar, orang PAS yang menyiarkan gambar itu adalah anjing polis.

Sepanjang saya terlibat dengan PAS sejak dari 1978, dari penyokong sehinggalah menjadi ahli pada tahun 1982 dan akhirnya hanya menjadi penyokong Fasal 5 Perlembagaan PAS sahaja sejak tahun 2000 kalau tak silap, pantang orang PAS menjadi anjing polis. Bagi mereka, menjadi anjing polis samalah seperti menjadi anjing Umno.

Saya harap, apa yang dikhabarkan kepada saya itu tidak betul. Jika betul, amat malang bagi PAS kerana anjing Umno sedang berkeliaran dalam tubuhnya.

Saya faham, ramai orang PAS yang bencikan Aduka Taruna kerana kritikan-kritikannya yang lancang. Pembenci beliau lebih kurang sama banyak dengan pembenci saya.

Mengapa tidak dilawan kritikan Aduka Taruna dengan hujah? Barangkali kebencian hanya boleh dipuaskan dengan menjadi anjing Umno.

Ketika kaset-kaset ceramah PAS menjadi sasaran dan penjual-penjual kaset PAS sering menjadi mangsa buruan dan serbuan polis, Almarhum Ustaz Fadzil Noor yang dikasihi pernah mencabar, "Kaset lawan kaset la!"

Maksudnya, hujah lawan hujah. Kalau Aduka Taruna melampau dalam kritikannya, tidak bolehkah di"mampos"kan kritikannya dengan hujah? (Perkataan mampos juga sering digunakan Aduka Taruna).

Saya tidak kata Aduka Taruna tidak salah dalam postingnya itu. Tetapi lebih salah lagi perbuatan melepaskan dendam yang tajam dan menikam dengan menjadi anjing Umno.

Hey, kutta! Kalau ketika tidak ada kuasa kamu sanggup menjadi anjing polis kerana hendak menghukum orang yang kamu benci kerana kritikannya, apa jaminan kamu tidak sejahat Umno bila sudah ada kuasa?

Alahai bakaq, bangang sangatlah hang kalau hang ingat hang tidak akan dilempar ke dalam lokap atau penjara bila PAS berkuasa!

Berkaitan:
Minta maaf tidak cukup, Aduka Taruna perlu disiasat (Harakah Daily 25/1/10)
Polis digesa siasat penulis blog hina Sultan Iskandar (Malaysiakini 25/1/10)
Blogger surrenders over comment (Malaysiakini 25/1/10)
Penulis blog Aduka Taruna serah diri (Malaysiakini 25/1/10)
Hina sultan: Pemuda serah diri (Utusan Malaysia 26/1/10)
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. pemuda pas nampak sangat ada dendam? puuihhh..agak2 la kalau nak tikam orang

  2. tipikal bakaq la.. semua benda naik kait dengan umno nak tutup cerita yang aduka taruna barua PAS

  3. hormatlah sikit pd org islam yg baru meninggal dunia. hormatlah sikit pd waris yg tinggal bila nak bangkitkan isu-isu mcm ni.

    kau ni bakaq memang jenis manusia xde akhlak ker??

    Tolong hentikan cerita isu ni!!

  4. Jika Pemuda Pas sendiri masih bermentalitikan feudal, bagaimana kita nak harap rakyat tidak sedemikian...

    Aku benci dengan mereka yang sama dengan gerombolan!

  5. kau dok cover aduka taruna pasal apa? spesis syiah kau?
    bukan saja sultan baru meninggal korang hina..habis Sahabat2 Nabi Isteri2 Nabi SAW korang hina!!
    cukup berani kau buat link hina Nabi SAW dlm blog kau.

    Xde ker pemimpin PAS yg berani bersuara utk kawal perkara2 sesat menyesatkan mcm ni ker?? ramai sgt ker org2 syiah dlm PAS sampai takut hilang sokongan??

    musuh islam sebenar bukanlah org2 islam..tp jenis munafik mcm kau bakaq yg pecahkan sesama islam dan fahaman islam dari dalam..

    -anti-munafiq

  6. pembetulan;

    musuh islam bukanlah org bkn islam, tapi munafiq mcm kau bakaq dan jenis syiah mcm kau..


    -anti munafiq

  7. Nama je ahli PAS. Bila tak setuju ngan ahli lain siap jadi barua UMNO. Seteruk2 AT tu ada gak(banyak) benda yg dia setuju ngan kita. Sebaik2 UMNO pada kita? Sampai ada pimpinan yg bermimpi tidur sekelambu ngan depa.

    Jangan kamu cenderung kepada kezaliman. Adil siarkan gambar AT(kalu betul)? Kalu bukan tanggunglah dosanya. Biarkanlah polis siasat. Gamak nak tolong polis pi la bawak gambar tu ke balai. Jangan siar dalam blog.

    Mungkin Allah tak bagi kemenangan memerintah Malaysia kerana ramai ahli PAS berfikir camni?

  8. Bakaq, cakap boleh la. Cuba kalau hang yang kena. Aku ada lagi gambar hang masa kena gari dulu, awat muka macam taik pit yang kecut teloq sampai nak angkat muka pun malu!

  9. ADA YANG TERASA NAMPAK.....


    BLUES UNTUK RAKYAT

  10. wahai manusia ! kita ni dijadikan oleh Allah s.w.t sebagai manusia, khalifah dimuka bumi ini. janganlah suka-suka hati panggil manusia lain sebagai anjing. Allah telah menjadikan kita sebaik-baik manusia, tetapi ada manusia yang dangkal akal fikiran yang sempit ilmunya, hanya luas nafsu amarah yang dikuasai syaitan laknat, menggelar sesama manusia sebagai anjing. insaflah !

  11. Assalamualaikum...
    masalah sekarang dah hampir nak selesai.. tak perlulah kita memanjangkan cerita. siapa tali barut siapa sekarang tak penting. cuma yang perlu kita ingat sekuat mana benci kita pada sesuatu pihak atau golongan janganlah sampai menimbulkan perasaan tidak puas hati yang mengharuskan kata-kata kesat dilemparkan.sesungguhnya kata-kata kesat itu boleh menyesatkan.

    pengundi penentu

  12. ermmm dlm polis pun ade gak ahli pas... takkan takde ahli pas yg keje sebagai polis...

    same rr gak... org duk kutuk kerajaan itu la... ini la... anjing la... ape laaa... ade gak ahli pas yg keje kerajaan... huh!!!... ape la... kutuk ahli sendiri... daripada doa kan org anjing la... itu la... ini la... baik doakan kesejahteraan kepada semua... tak kira la ape yg telah dibuat... jgn buat kerja Tuhan... biarlah Allah yg menentukan segalanya...

  13. Pemimpin PAS sendiri dah usulkan guna OSA tutup kelemahan kerajaan PAS negeri. Tak hairan lah jika ahli biasa PAS pun boleh berperangai seperti anjing UMNO.

  14. BERANI BUAT BERANI TANGGUNG.....MOGA- MOGA INSAF DAN TERIMA JE LA HUKUMAN YANG BAKAL DIKENAKAN.

  15. Kenapa nak lari ke Kelantan kan baik terus ke Siam. Kumpulan Edrogan pun dah tak boleh nak bantu. Masing-masing dah cuci tangan.

  16. hahahaaha,

    Pak Bakaq ....Betul tu ...Niat Aduka tak betul itu sebab dia minta maaf walaupun pada awal penulisannya sudah ada jalan keluar untuk menyelamatkan diri tapi terpaksa beralah kepada nawaitu sendiri ...nasiblah....

    p/s: Hati hati Pak Bakaq nanti kena dakwa kerana hina ANJING pulak hahahaha

  17. Alahai bakaq, bangang sangatlah hang kalau hang ingat hang tidak akan dilempar ke dalam lokap atau penjara bila PAS berkuasa!

    tang tu memang betui...ada jaminan ka??? ntah2 hang kena selokap ngan bangla....

  18. Bakaq...Bakaq...Hang ni awat la cepat sangat terbakaq sampai dah menganjing-anjingkan orang... Udah-udah le... Bagi aku, anjing yg dijadikan Allah pun tak sehina orang-orang yg hang anjingkan.. So, buang la mentality Melayu tu..Kalau nak label puak PAS terkini setelah berolehnya kuasa, tak terdaya nak diterjemahkan.. Biarlaa..Allah Maha Segalanya....

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008