Malam tadi, saya jadi pemandu seorang Exco Pemuda PAS menziarahi anak-anak berani yang berkumpul di hadapan IPD Dang Wangi. Mereka menanti pembebasan kawan-kawan mereka yang ditangkap polis ketika kira-kira 200 pelajar berani siang tadi membawa perjuangan mereka ke jalan raya.
Saya adalah seorang rakyat Malaysia yang menyifatkan para pelajar di institusi-institusi pengajian tinggi hari ini telah kudung semangat juang mereka. Pada saya, mereka telah parah dirobotkan oleh pembodohan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).
Sebab itulah, apabila saya mendapat tahu ada sekumpulan pelajar berakal yang tidak berjaya dibodohkan oleh akta kurang ajar itu, saya merasa hiba. Saya merasa terpanggil untuk menzahirkan sokongan kepada mereka.
Saya bukan tau buat apa pun. Saya sendiri pun hanya seorang kutu yang tercicir di peringkat sekolah menengah. Tetapi, berada di tengah-tengah anak-anak berani itu menjadikan saya perasan habis. Saya rasa seolah-olah saya adalah salah seorang dari mereka. Sedangkan, hakikatnya saya langsung tidak layak menjadi pelajar universiti seperti mereka.
Saya juga rasa sungguh bertuah apabila dapat berbual-bual dengan salah seorang pelajar yang ditangkap itu dan dapat pula berkenalan dengan Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya(PMIUM), Mohd Shazni Munir Mohd Ithnin.
Sebenarnya, kebencian saya kepada akta-akta kurang ajar seperti AUKU semakin membuak-buak apabila melihat orang-orang PAS semakin ramai menjadi robot. Mereka dirobotkan oleh pembodohan undang-undang tidak bertulis yang saya namakan Akta Thiqah dan Wala'.
Saya jemu berbual dengan robot-robot Akta Thiqah dan Wala' di dalam PAS. Kalau terkena kepada orang-orang mereka sendiri terutama para pemimpin mereka, they do not have the guts to call a spade a spade. Call a spade a spade - bukan melawan tak tentu hala dan mereka-reka fitnah.
Ah, robot-robot itu juga sakit hati dan benci kepada saya. Apa nak heran.
Jika tidak orang yang berani menentang Akta Thiqah dan Wala' itu, orang-orang PAS akhirnya akan menjadi majoriti pelajar hari ini yang mandom (lihat maknanya di sini) dan di mandomkan oleh AUKU (gambar di atas ihsan Malaysiakini).
Berkaitan:
9 pelajar IPTA anjur himpunan di KL ditahan (Malaysian Insider 23/1/10)
9 ditahan protes pilihan raya kampus (mStar Online 23/1/10)
Sembilan pelajar IPT ditahan sertai perhimpunan haram (Bernama 23/1/10)

Cantik? Klik 

pak bakar,
sy rasa anda dh byk terlebih, berhati2 spy hati x mati.
Saya sendiripun tidak setuju dengan AUKU janji. tapi para pelajar perlu ingat, sistem di Malaysia ini kalau dah benci sangat jangan bagi undi kat Barisan Nasional.Itu aje.....kenapa perlu tunjuk hero nak berdemostrasi? Tak cukup lagi undi yang PAS dapat daripada para pelajar???? Semmua nak jadi macam nasrudin Tantawi pulak ke? Jangan jadi bodoh kerana terlalu ikut rentak orang politik yang ada kepentingan diri....
Orang kata, kalau takutkan ombak, jangan berumah di tepi pantai. Kalau nak demonstrasi, jangan pula takut pada AUKU.
Pihak universiti TAKKAN SERONOK nak buang pelajarnya yang cemerlang. Mereka mesti sayang pelajar sebegini kerana mereka inilah yang akan naikkan ranking universiti.
Lainlah kalau dah belajar pun bodoh, lepas tu kena tangkap buat demonstrasi. AUKU tu cuma sebagai peringatan untuk mereka yang belajar guna duit rakyat tapi malas, dan ada hati nak demonstrasi jalanan LEBIH dari belajar. Tapi, kalau hang belajar dah terel, aku salute 10 x kerana SANGGUP demonstrasi untuk bela rakyat.
Orang macam ni mana takut AUKU ke bapak segala AUKU ke. Universiti pun kalau boleh nak bagi warning je. Kalau terpaksa guna AUKU pun, berlambak lagi universiti lain nak terima. Aku sebagai rakyat pun rasa mereka ni TAK RUGI DITANGGUNG BELAJAR di tempat lain kerana geliganya otak mereka dan kesanggupan mereka berjuang untuk rakyat.
Tapi, kalau lu belajar macam sial, guna duit rakyat (biasiswa & mak bapak & PTPTN) dan lu kena tangkap demonstrasi, wa rasa lu bukan setakat bodoh, lu memang lebih dari tu (Emosi sikit)
Lu nak ikut Pak Bakar sebab Pak Bakar puji lu pun lantak lu la. Wa cuma puji pendemonstrasi cerdik saja.
-Malaymind-
ulasan pak bakaq berkenaan thiqa' dan wala' seolah-olahnya pak bakaq ni satu2nya ulamak dlm dunia ni...
ulamak2 lain semuanya tak boleh pakai....
hujjah pak bakaq seolah-olah spt hujjah umno.....mana2 kenyataan, pandangan, individu, hadis hatta ayat Al Qur'an yg tidak selari dgn umno...maka semuanya ditolak
pak bakaq juga hanya mempertahankan apa2 yg selari dgn selera saudara....
mana2 yg tak kena pada kefahaman saudara akan dikecam dan ditolak....
kenapa tak nak belajar merendah diri dan berlapang dada dlm perkara yg dibenarkan oleh Islam utk kita berbeza pendapat....??
nak ikut umno ke.....atau secara tidak disedari telah terpengaruh dgn kaedah umno...??
Anak Mek Lijah..... ada perjuangan yang menuntut dilakukan sesuatu. Setiao oerjuangan ada gaya tersendiri dan tindakan sendiri mengikut kesesuaian masa dan geografi.kalau mereka bertindak aku rasa bahawa di IPT meraka tentu amat dokongkong oleh AUKU dan mereka sudah tak bertahan menanggung suara yang di tekan dan inilah ketikanya mereka rasakan sesuai dan tepat untuk bertindak. Wallahuallam
patutlah penulis blog ni BODOH tak reti hormat pemimpin...
belajar setakat sekolah menengah jer...
pastu nak bersuara lebih2.... lebih baik diam la!
Islam mengajar kita untuk hormat pemimpin selagi pemimpin itu
tak menyuruh kita berbuat perkara zalim... tapi anda?
tak reti hormat orang lain dan anda sibuk katakan pasal orang lain..
nilai diri sendiri... Najib pandai belajar tinggi dan layak bergelar
pemimpin... sedangkan anda? pimpin diri sendiri pun tak mampu... tu yang
belajar kantoi.....
SAYA SEORANG MAHASISWA YANG BENCIKAN POLITIK BODOH ORANG2 TUA!
blog penarik beca ini ditulis oleh orang yang tidak berilmu! jangan buang masa anda melayari blog ini...... mungkin dia hanya fikirkan keuntungan sebab tu banyak iklan kat blog ni..... INI KE NAMANYA PERJUANGAN??????????????????
Kalau tak nak ikut undang2 universiti jangan masuk IPTA. Masuk IPTS.. Mudah Tak banyak kerenah. Ingatlah yang terpilih masuk IPTA adalah terdiri daripada mereka yang cerdik sahaja dan ingatlah juga bahawa kemana saja anda berada disitu ada undang2 yang perlu dipatuhi.
Janganlah jadi SIswa/i bodoh kerana diperbodohkan. Berdemonstrasi tak dapat markah pun. Berdemonstrasi juga tak akan dapat menjamin penghidupan yang baik.
Berfikirlah dengan cara yang lebih baik. Jangan hampakan harapan MAK BAPAK kat kampung. Apa yang menghairankan ialah daripada beribu-ribu orang yang belajar kat universiti yang berdemonstrasi hanya 200 orang. Oleh yang demikian saya berpendapat adalah lebih baik parasit-parasit tersebut dihalau keluar dan digantikan dengan orang2 yang layak tapi tak mendapat tempat.
Dimasa akan datang saya cadangkan pelajar2 baru haruslah dibekalkan dengan buku akta untuk dibaca dan difahami dan menandatangani akuan penerimaan serta mengikuti apa yang terkandung. Kegagalan berbuat demikian maka pelajar2 tersebut tak payahlah diterima belajar. Buat sakit kepala aje...Tengok balik yang kena tangkap ada bangsa asing? Semua melayu beb.... MELAYU BODOH KERANA MERELAKAN DIRI DIPERBODOHKAN...
Yang komen negatif dok perjatuh orang sekolah tinggi ke rendah tu ada ilmu ka?Ilmu kita banyak mana sangat kalau mengaji tinggi pun.Cuba rendam tangan dalam air laut , yang lekat hujung jari tu saja ilmu kita, yang lain Allah Taala yang punya.Yang seleweng duit Universiti tu orang mengaji tinggi ke rendah?Yang sapu mentekedarah rasuah tu orang mengaji sampai mana?Yang buat plan nak seleweng undi dalam pilihanraya Universiti tu orang tak cerdik ke?Bilal Ibnu Rabah tu hitam berkilat tapi azannya dengar sampai ke langit yang ke tujuh sebab niat dia ikhlas.
Senang je buang je orang - orang ini dari Universiti. Ramai berpuluh ribu lagi nak masuk tapi tak dapat tempat. Tak bersyukur.