Tak kira siapa pun orang yang disuruh tutup mulut, saya tak berkenan langsung perangai gatal nak menutup mulut orang. Jangan rogol hak demokratik orang untuk bersuara.
Hari ini, bila jawatankuasa disiplin PKR menjerkah Zulkifli Noordin supaya menjahit mulutnya, adakah PKR nampak cerdik? Siapa yang nampak bodoh sekarang? Zulkifli atau PKR sendiri?
Saya tak kenal Zulkifli. Pertama kali saya membaca tentang Zulkifli ialah selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim dihambat dari Umno dulu. Saya tak peduli sangat.
Tetapi, apabila ada laman web ketika itu yang sakan-sakan menonjolkan Zulkifli sebagai pengganti Anwar untuk memimpin perjuangan orang-orang yang pro-Anwar setelah Anwar ditangkap, saya mula rasa lain macam. Saya menanti kenyataan ala-ala disclaimer dari beliau. Tak ada.
Lagi la rasa semacam. Akhirnya, sehingga sekarang saya melihat buruk kelaku demi buruk kelaku.
Saya pernah jumpa seseorang. Bila tiba time solat berjemaah, dia seperti menggelejat nak jadi imam. Bila mesyuarat dan ada pemilihan untuk jadi ketua, dia kelihatan menggelejat sakan pulak nak jadi ketua.
Sama. Akhirnya, sehingga sekarang saya melihat buruk kelaku demi buruk kelaku.
Kadang-kadang, nak kenal seseorang, kita tak perlu banyak sangat hint atau isyarat.
Bagi saya, bodoh sangat kalau disekat kebebasan bersuara seseorang yang buruk kelaku. Biarkan dia menyalak. Lagi banyak dia bercakap, lagi banyak kita terasa dia sebenarnya jenis tak boleh pakai punya manusia.
Lagi banyak dia bercakap, semakin kuat keyakinan kita dia dipergunakan oleh celaka-celaka yang sudah banyak melanyak harta negara ini. Mengapa dilarang dia nak selak kainnya? Mampoih pi la!
Berkaitan:
PKR arah Zulklifi 'tutup mulut' (Malaysiakini 26/1/10)
"Saya tidak akan tunduk" - Zulkifili Noordin (mStar Online 26/1/10)
Hari ini, bila jawatankuasa disiplin PKR menjerkah Zulkifli Noordin supaya menjahit mulutnya, adakah PKR nampak cerdik? Siapa yang nampak bodoh sekarang? Zulkifli atau PKR sendiri?
Saya tak kenal Zulkifli. Pertama kali saya membaca tentang Zulkifli ialah selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim dihambat dari Umno dulu. Saya tak peduli sangat.
Tetapi, apabila ada laman web ketika itu yang sakan-sakan menonjolkan Zulkifli sebagai pengganti Anwar untuk memimpin perjuangan orang-orang yang pro-Anwar setelah Anwar ditangkap, saya mula rasa lain macam. Saya menanti kenyataan ala-ala disclaimer dari beliau. Tak ada.
Lagi la rasa semacam. Akhirnya, sehingga sekarang saya melihat buruk kelaku demi buruk kelaku.
Saya pernah jumpa seseorang. Bila tiba time solat berjemaah, dia seperti menggelejat nak jadi imam. Bila mesyuarat dan ada pemilihan untuk jadi ketua, dia kelihatan menggelejat sakan pulak nak jadi ketua.
Sama. Akhirnya, sehingga sekarang saya melihat buruk kelaku demi buruk kelaku.
Kadang-kadang, nak kenal seseorang, kita tak perlu banyak sangat hint atau isyarat.
Bagi saya, bodoh sangat kalau disekat kebebasan bersuara seseorang yang buruk kelaku. Biarkan dia menyalak. Lagi banyak dia bercakap, lagi banyak kita terasa dia sebenarnya jenis tak boleh pakai punya manusia.
Lagi banyak dia bercakap, semakin kuat keyakinan kita dia dipergunakan oleh celaka-celaka yang sudah banyak melanyak harta negara ini. Mengapa dilarang dia nak selak kainnya? Mampoih pi la!
Berkaitan:PKR arah Zulklifi 'tutup mulut' (Malaysiakini 26/1/10)
"Saya tidak akan tunduk" - Zulkifili Noordin (mStar Online 26/1/10)










Cantik? Klik 






saya selalu habaq kat orang biar die terjun dengan labu-labunya... kere dapa bunge memang camtu...
Setuju, biaq pi la! Orang bodoh lagi banyak bercakap lagi banyak nampak kebodohannya.
Alahai...
bakaq,mmg la disuruh tutup mulut..nak kalis je sbenornye..spya si zulkifli tu lebih bnyk lg ckp..lg buruk kelaku nye..
Bhai Penarik Beca,
Lu bikin reverse psikologi ker nih... hahaha... nanti Zul tue melompat katak la pulak... hahaha
Hidup Zulkifli Nordin, hampa jangan asyik menyalak aje. Semuanya salah tak betul, orang UMNO hampa belasah, tak kira betul atau tak, lani bukan orang UMNO tapi Zulkefli Nordin telah pertahankan Datuk Anwar dulu, dan setaip issue berkenaan Islam di ada didepan. Fikir lah bro bro semua, yang betul tetap betul jangan jadi lembu kena tarik hidung, tak pi sekolah ke?, bapa tak ajar untuk pertahankan Agama & Bangsa Ke?
Kata kata Zul tu benar, dia ada semangat, kerisauan umat Islam, bagi lah sedikit credit. Orang Islam, kalau bro semua Islam lah, akan membenarkan yang hak. Si Khalid dah sangat, dulu pasal kuil dia cakap pandai guna ayat Quran, Hadith & cerita Sahabat, gua dengar sendiri. Dia cakap macamlah Allah & Nabi suruh kita buat kuil. Kita tak boleh menzalimi agama lain, si Khalid pandai cakap arab sikit, berlebih pulak. Pasal perkataan "Allah" ni apa yang dia tau? Banyak mana yang dia tau?
Buka lah minda tuan tuan, jangan jadi lembu nanti diperhambakan, atau dijual atau disembelih dulu kemudian dijual. Sedih rasanya banyak orang Islam macam tuan tuan semua dah lansung tak nampak yang mana hak & yang mana batil. Moga Allah beri tuan tuan hidayah, jika tak hidup susah mati pun susah.
Anon 4:06:00 AM
Nak berperang bukan pakai kpala lutut..tapi pakai otak..Bukan main tikam redah jer..
Dalam team mesti ada kapten,ada procedure,ada meeting,ada resolution etc2..Tak tau la plak kut2 dia team bebas...
Kalau mcm tu lantak dia la nak buat apa..Jangan plak duk buat onar dlm team orang..Bapak hang tak ajar ke cara2 CERDIK nak berperang pertahankan Agama? (Bab2 bangsa wa tak campur k..)Takkan pakai SEMANGAT jer kut..mesti pakai otak...
Hang tu jangan duk suruh orang bukak minda jer..bukak dulu hati hang yang dah gelap duk kena bodoh dgn dendangan lagu2 kat rtm tu...lagu2 puji memuji,masuk bakul angkat sendiri,prasan syok sendiri..tu sume propaganda kerajaan pemerintah nk dendangkan telinga hang sampai buta hati..Sapa yang hang kata nak jadi lembu?Hang dah kena jual dgn TUAN(yg hang duk bangga)sendiri pun tak sedaq2 lagi..
Apa2 pun aku stuju kalu dibiarkan Zul Nordin tu terus menyelak kain dia...smpai telanjang lagi baguih..!!
heran la aku bakaq..orang melayu nih nak belajar pasai Allah depa ketegar, nak mengajar pasai Allah kat anak cucu depa, depa tak reti, tapi depa nak jadi hero bila orang lain kata tuhan depa jugak Allah. Dulu masa Genting runtuh Lim Goh Tong sebut "Ini Tuan Allah punya kerja", tadke pulak puak2 ni sensitif.
Teringat aku kat US zaman pre 9/11, muballigh2 Islam membawa hujah bahawa yg dicatit sebagai Jehovah dan kitab2 Torah dan Injil adalah nama Allah seperti yg terdapat dalam Quran, dan pendapat ini diterima dan disenangi oleh rakyat US. Tetapi selepas 9/11, gereja2 Vatican mula mengeluarkan kenyataan2 yg menyanggah pendapat ini.
Kenapa sempitkan pemikiran kita sedangkan Ilmu dan Kekuasaan Allah itu tidak berpenghujung dan tidak bertepi, manusia telah dapat menyaksikan 6 lagi galaksi lengkap dgn matahari dan bulan(itu yg dapat dilihat dari bumi!!Yg belum dapat dilihat mungkin beribu2 lagi!!!)selain dari sistem solar kita.Bukankah ini semua Allah yg punya? Bukankah malaikat, jin dan manusia (islam dan kafir)adalah hamba Allah.
Mengapa nama Allah yg dipertikaikan, tetapi pengisian terhadap tuntutan Allah terhadap umatnya tidak dilaksanakan dgn sempurna..
Kat M'sia ni, orang ugama mana banyak membunuh bayi luar nikah, rogol anak dan cucu, tibai rasuah sampai berlaku inflasi yg mengcekam, naikkan harga tender untuk sakat2, lahirkan golongan yg hanya reti hidup dgn komisyen..
Contoh dan kemuliaan apa yg depa nak tunjuk kat puak2 kitabi ini yg mereka lebih berhak terhadap nama Allah. Cukup ke setakat baca Yasin dan tahlil seminggu sekali untuk mencuci dosa???
ALLAH itu adalah tuhan segala alam dan kehidupan....Tetapi kita mempertikaikan AGENDA pihak tertentu (yang kununnya hendak sembahyang mengunakan bahasa Malaysia) untuk mengelirukan penganut ugama ISLAM dan GENERASI akan datang.
Di Indonesia sekarang 'CHOIR' dipanggil SELAWAT dan lelaki CHRISTian yang meninggal dipanngil ALLAHyarham. Lagi binggung lah orang Islam di Malaysia ini nanti.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.
yg tu termasuk dlm posting hang ke bakaq??? aku baca sampai bawah tadi...tu yg tak berapa paham
Pak Bakaq,
Zulkifli Nordin ni dulu jadi YDP Bandar Tun Razak.Kami diBandar Tun Razak kenal sangatlah dengan dia.Kalau benar-benar nak bela Islam,mengapa lari keluar dari Harakah Islamiah? Waktu jadi YDP tak pernah pun pergi masuk mesyuarat Perhubungan WP.Cakap berdegar-degar tapi "action" tak ada apa pun.Yang dia tahu hanya nak cari publicity murah.
Bro, saya bukan suruh sokong UMNO, jangan salah faham. Pemikiran democracy macam PKR ni dah ada dalam diri gua lebih 20 tahun dulu semasa di Amerika. Balik awal 80an dulu gua dengar orang Malaysia bercakap (terutama orang melayu) meluap luap, dalam apa perkara pun cakap semua nya berselindung, belakang ada drama, ada tukang main macam wayang kulit. Lu tak tahu siapa tu siapa. Datuk Anwar selepas kena belasah dengan Big Bro barulah pemikiran, hala tuju berubah, kenapa Big Bro belasah habis habisan, dengar ada cerita yang berlaku setahun sebelum keluar buku gila 40 dalil tu (Big Bro buat perancangan setahun babe, suka tak suka dia memang pandai fight).
OK point to convey untuk kepentingan semua, perubahan perlu berlaku tanpa menggadaikan Islam & Bangsa (Bangsa di sini bangsa yg muslim, bukan gua racist, Jawa Islam, Boyan Islam, Minang Islam, India Islam, Cina Islam pendek kata bangsa Malaysia yang muslim).
Saya amat takut kemudian nanti 20 tahun kemudian atau lebih, banyak yang balik kampung, tak kira lah ke Kota Bahru ke? atau ke Alor Setak ke? kerana nak Rayakan Krismas. Perkara ini telah berlaku dibanyak negara lain.
Kalau tak faham juga, cuba fikirkan PAS dulu boleh bertahan against all odd, dibelasah kiri kanan, dibelasah dengan kris, diketuk dengan dacing, dibedil dengan rocket, Bro kita DSAI pun belasah juga. Tapi walaupun kalah demi kekalahan (naik kesihan gua tengok ketika tu sedih bro macam orang orang semuanya tak ada akal, kalau dacing letak lembu pun lembu menang, pasti semua ingat zaman itu). Sekarang zaman berubahan, pembaharuan, progressive, sokongan telah datang, PAS sepatutnya lebih Utoh (lebih berkederat, yakin Allah bersama yang hak). Kalau dulu nampak lemah tapi boleh berdiri tegak, mengapa sekarang nampak utoh tapi sengit. PAS sekarang adalah didalam keadaan yang boleh menentukan arah tuju tanpa dipergunakan. Dulu boleh bertahan kenapa sekarang mudah give in kepada perangkap yang mana tuan tuan tidak atau susah untuk faham. Cuba buat analysis kejatuhan kejatuhan kerajaan kerajaan & penyebaran penyebaran anutan anutan, siapa dibelakangnya.
Bro semua, kalau nak belasah sesiapa boleh tapi biar betul & tepat lebih lebih lagi berkaitan dengan Islam "Allah" & perkara lain juga. Cakap cakap nanti takut makan diri dengan manusia kurang hal, gua maksud dengan "Allah Yang Esa & Maha Besar" takut mati nanti tanpa Iman sebab kita bukan pandai mana pun. "Allah" itu bukan perkataan Melayu yang bermakna "Tuhan" semudah tu, ia tetap perkataan Bahasa Al Quran/Arab yang digunakan oleh orang Melayu kerana mereka telah Islam. Babe kalau Melayu masih hidup sembah pokok atau batu atau sebagai penganut Hindu seperti nenek moyang terdahulu atau menganuti agama kristian (maksudnya Islam not in the picture) adakah meraka akan gunakan perkataan "Allah" sebagai "Tuhan" tentu tidak. "God" tu dalam bahasa Melayu adalah "Tuhan" bukan "AllaH". Tak semudah tu babe.
Kita tahu ada orang orang yang pergunakan issue ni, tu hal yang berlainan, kita tau. Tapi sebagai umat Islam sejati perkara ini perlu dipertahakan. Dua perkara babe issue politik dan issue Islam (Agama). Kedua dua perlu di tangani dengan perspective yang betul. Gua rasa tu maksud Zul. Dont give in, jangan kerana parti, diampu ampu sebagai hero, dulu tak pernah menang sekarang terapung apung sebagai jaguh politik kita terlanjur. Ini tak ada kena mengana dengan sokong UMNO atau BN, buka minda, ni bukan malsah kebendaan semata mata, akhirat babe.
Tolong jangan jadi kan Blog Bro kita ni macam kedai kopi (tapi dizaman Cyber), cakap apa suka, ikut sukar biarlah ianya dijadikan medan yang menjadi salah satu sumber yang mendatangkan PERUBAHAN bukan sahaja untuk ketika ini tapi bagi jenerasi seterusnya.
Sorry Babe, sekali sekali kena lah kita belasah kawan (nak hiburkan hati sesama kita), are you ready for this Babe?
"Gua punya kepala lutut lebih bijak dari Lupunya kepala Hotak"
Dalam bengang/marah kita boleh tergelak, kira kira OK lah tu, dont give in.