30/12/09 lalu, Malaysian Insider melaporkan:
Kelaku kita biasanya menghantar persepsi kepada orang ramai tentang benar dan salahnya diri kita. Ariffahmi tentu lebih arif dan faham (gambar di atas ihsan Waejo).
Exco Kerajaan Kelantan Datuk Husam Musa berkata beliau bersedia untuk bersemuka dengan keluarga Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ekoran dakwaan beliau cuba melaga-lagakan pemimpin-pemimpin PAS.Semalam, Sheih melaporkan:
Husam (gambar) juga dituduh sebagai antara mereka yang memberikan nasihat yang salah kepada Nik Aziz sehingga menyebabkan tercetusnya masalah dalaman parti itu dan kerajaan negeri Kelantan sejak kebelakangan ini.
"Saya sedia bersemuka dengan keluarga Tok Guru,” kata beliau ketika ditemui selepas mesyuarat mingguan kerajaan negeri hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan pemberita berhubung tulisan Nik Amalina Nik Abdul Aziz dalam blognya bahawa seorang Exco Kerajaan Negeri wajar meletakkan jawatan.
Nik Amalina merupakan isteri Abdul Ariffahmi Abdul Rahman, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PBMK) yang telah dinasihatkan oleh Nik Aziz agar berundur dan akan berbuat demikian Mac ini.
Difahamkan tulisan Nik Amalina tersebut merujuk kepada Husam.
Sebelum tulisan Nik Amalina, Husam juga dikatakan menjadi 'kritikan' tulisan seorang lagi anak Nik Aziz, Nik Abduh.
Kedua-dua mereka mendakwa Nik Aziz kini terpaksa berhadapan dengan isu semasa seorang diri tanpa pembelaan pemimpin PAS negeri dan pusat.
Husam berkata, dalam konteks Islam yang pertama "kita boleh bersemuka dengan mana-mana anggota, ahli termasuk keluarga bagi mencari titik pertemuan daripada segala permasalahan yang timbul."
Ariffahmi tentu lebih arif dan faham, kalau kita benar, kita akan merebut apa jua peluang yang datang untuk bersemuka. Tak nak tangguh-tangguh lagi dah. Biar selesai cepat.Bertempat di JKR 10, Kediaman Rasmi Menteri Besar Kelantan, Dewan Muslimat PAS telah menjemput Pasangan Sehati Berdansa Ariffahmi dan Amalina untuk memberi penjelasan berhubung isu-isu yang melanda dengan alasan mahu mendengar terus dari mereka berdua.
Begitu hebat kedua-dua mempelai itu membelasah Dato’ Husam di dalam sessi tersebut.
Apabila ditanya sama ada mereka bersedia berhadapan dengan Dato’ Husam bagi mendengar pihak sebelah Husam pula, mereka dilaporkan sebagai berkata bersedia.
Kemudian mereka dimaklumkan bahawa Dato’ Husam turut berada di JKR 10 dan akan dijemput masuk supaya Pasangan Sehati Berdansa boleh mengulangi tuduhan mereka itu dihadapan Dato’ Husam sendiri. Mereka cepat-cepat berkata, tidak bersedia melakukannya sekarang dan memberi alasan, YAB MB sudah merancang satu pertemuan lain untuk mereka jadi biarkan pertemuan antara Husam dan mereka dibuat mengikut perancangan MB.
Apabila Husam dan beberapa orang ADUN PAS yang juga merupakan penjawat jawatan parti masuk, Ariffahmi hanya menyambut ADUN PAS itu tetapi tidak Husam. Husam terpaksa pergi kepada Ariffahmi dan menghulurkan salam. Selepas itu, Ariffahmi dan Amalina terus keluar meninggalkan majlis tersebut (baca selanjutnya di sini).
Kelaku kita biasanya menghantar persepsi kepada orang ramai tentang benar dan salahnya diri kita. Ariffahmi tentu lebih arif dan faham (gambar di atas ihsan Waejo).











Cantik? Klik 






banyak yg menyeleweng ja kisah yg dipaparkan nii...
x best la mcm niii..
bersemuka buat gapo?husam dipilih oleh RAKYAT tapi Arifahmi dan Amalina tak di iktiraf oleh rakyat.
orang main bola lawan orang main bola
orang politik lawan orang politik
rakyat biasa lawan rakyat biasa lah
jadi Arifahmi berjumpa dengan Sheih pun cukup lah!
Sebenarnya arif fahmin dan amalina dah merasakan seronok jadi orang besar dipuja disanjung diraikan bagai anak raja semasa mereka berkuasa di PMBK. Bayangkan segala projek negeri telah disalorkan ke PMBK tidak lagi PKINK.Pendapatan PMBKberatus juta setahun.Banyak boleh buat harta bila berada dalam PMBK. Semua wakil rakyat prebet tunduk hormat dan patuh pada Arif Fahmin.Mendekati Arif Fahmin seperti ddk dekat dgn Tok Guru dan boleh mohon pelbagai kemudahan,hatta DR Rusli illani nak kahwin 2 pun sponsor by Arif Fahmin.Bayangkan wakil rakyat yang daif lagi jadi paktuttut Arif Fahmin. Semasa hari PMBK buat taaruf keluarga di terangganu 2009, Keluarga tok guru penuh dgn kemewahan, Nik amalina dan Arif disanjung dijaga ditatang oleh seluruh staf PMBK.Dengan Sentakkan jawatan ini ia rasakan tiada lagi segalanya.Sepatutnya berniaga sendiri jika betul dia berkebolehan.
Saya komen di sini sebab kalau komen di kickdefella, tak akan dipamerkan.
Saya tak dapat baca apa yang ditulis di sepanduk tu, tapi saya rasa kata2 itu tidaklah menyokong Arif Fahmi. Kalau saya jadi Arif Fahmi saya pun tak mahu jumpa puak2 yang menghentam saya bertubi2. Puak2 yang tidak gentleman yang OVERKILL. Cuba baca balik blog Sheikh@Kick, sebelum apa2 lagi di kaut sekali isteri dan mertua Arif Fahmi.Dan sekarang memberi impression seolah2 TGNA dipengaruhi oleh anak keluarga. Itu adalah pandangan yang terlampau simplistic .Kalau TGNA silap melantik menantu, itu ada benar. Apabila TGNA ditegur, dia akur. Maka Arif Fahmi di suruh berhenti. Tapi puak2 ini tidak pernah puas. Mesti ikut telunjuk . Berhenti sekarang!
Tapi saya pohon berhenti sejenak dan berfikir. Pandang sebagai orang luar. Semalam dalam NST, 2 berita mengenai kelantan. Satu mengenai Sheih yang mengaitkan Amalina dgn persaraan/letak jawatan Annual dan satu lagi berkaitan kesihatan Sultan Kelantan, mengaitkan TGNA dgn suami Manohara. Pada hari yang sama TV3 membawa Puan Aishah bekas isteri YB Melor kekaca TV , dgn penuh emosinya. Tidakkah kita lihat bagaimana liciknya media menguruskan minda masyarakat. Orang kuat UMNO kalau komen tentang ini semua, kedengaran sekali sekala jauh2 bunyinya. Tidak campur tangan secara direct. Bijaknya mereka. Orang sebelah sini bercakap tanpa henti, provokasi di sana sini, respon sana sini, tidak tahu hujung pangkal dan jalan cerita. Saya merayu pikir sejenak. Kerana pada pandangan saya kacau bilau semua ini adalah tujuan nya satu. MENJATUHKAN TGNA.Keluarga dan pembantu TGNA,isu istana, saman 800 juta dll hanyalah scapegoat sahaja. Tujuan utama adalah TGNA. Kenapa? TGNA adalah MENTAL BLOCK orang UMNO. Dengan adanya semua kacau bilau ini, media diuruskan (atau terurus sendiri?) adalah utk cuba menunjukkan bahawa TGNA tidak mampu lagi, banyak kelemahan. Dia harus berhenti. Bila TGNA berhenti maka bebaslah UMNO drp MENTAL BLOCK yang sentiasa menghantui orang UMNO. MB Pahang semasa dgn Agus dalam TV9 kata selagi ada TGNA maka susah UMNO nak ambil Kelantan. (itu katanya).TGNA dihormati oleh bukan Melayu di dalam Pakatan.Kerana beliau konsisten bila ber'lawan' dgn UMNO. Tolonglah. Orang Putih kata LOOK AT THE BIGGER PICTURE. Jangan main sentimen dendam. Di dalam politik tidak ada orang yang indispensible. Yang saya pelik bercakap Islam, tapi bila satu orang jatuh, yang lain pijak dan tikam sampai lumat. Orang Islam yang bijak berpolitik secara adab bukan macam ini caranya.Orang PAS sekarang macam orang Islam di Pakistan dan Afghanistan. Saling jatuh menjatuhkan sesama Islam untuk naik keatas.
Sekian. Pandangan orang luar yang bukan orang Kelantan dan juga bukan ahli PAS. Menyokong?(Perhaps,perhaps,perhaps)
Salam and selamat tahun baru masihi utk bakaq..
Wah, tahun baru ni, malaysia d gempur dgn issue GULA, NAMA ALLAH, Enjin Hilang..
Kelantan tak habis-habis dgn issue HUSAM,,,,lani ada issue RM800 juta,...issue ISTANA ni gue ingat akan meletuppppp annd menyebabkan ISTANA perang saudara..kerajaan PAS JATUH d pangkuan ......UMNO..kerana anak menantu....asik donk lihat and menyaksikan sandiwara KERAJAAN KELANTAN niiiiii...semuanye kerana pitihhhhhhh...
Pokoknya gaduh ni untuk wang....
Hasil meeting Meja Bulat ke?teringat dulu,...kita taji habis habisan KJ,tp bila yang ni................................parti centrik ni bahaya sebenarnya.
Bila harun din kata,kalau kita sokong penggunaan nama Allah oleh kristian dgn maksud Allah bapa,Allah ada anak dibimbangi boleh jadi kufur(lihat ayat quran yg sebut hal ni) kita taji jugak...entahla
"Ariffahmi tentu lebih arif dan faham, kalau kita benar, kita akan merebut apa jua peluang yang datang untuk bersemuka. Tak nak tangguh-tangguh lagi dah. Biar selesai cepat."
Ariffahmi sekadar mengikut gelagat Anwar, melengah lengahkan 'persemukaan'.
Kt Klate, isu istana ni tkde nilainya. Klate bknnya jns yg totok melayu. Klu tk, dh ttu lm dh UMNO perintah Klate. Bila ade yg cb mainkn isu istana, aku n membe2 aku gelak sakan. Igt ni Perak ke yoep? hahaha... Ape kejadah nk byr kos perubatan smpai berjuta2 hy utk srg??? Duit tu blh buat byk bnda..
Tak payah lah bertemu kerana kedua - kedua nya bukan orang miskin pun. Mereka dah kaya raya, tak tahu duit datang dari mana. Bantulah Orang - orang miskin dekat Kelantan tu kan ramai. Tak kan diberi makan dengan ceramah je. Gerenti tak cukup makan.
Kedua-dua tak boleh pakai. Satu sombong yang lagi isteri dia yang bodoh dan emosional. Orang macam tak usah diajak berbincang - tak ada gunanya. Cerita nyamuk dalam kelambu.
Kita yang yang cerdik jangan dok memanjangkan cerita. Siapa musoh sebenar?
salam,
Ariffahmi, nik amalina,nik abduh adalah ujian buat tok guru. segala tindakan mereka akan memberi impak pada tok guru. itu lah juga ujian buat anak-anak tok guru. Kerana mereka anak2 tok guru lah, mereka kena jaga banyak perkara, bukan boleh menulis sesuka hati, menjawab sesedap hati,bercakap sekehendak hati....buat nik amalina, penglibatan anda dlm urusan pentadbiran kerajaan kelantan sudah lebih....cukuplah suami anda yang selesaikan sendiri.
-muslimat pas-
Perjumpaan Arif Fahmi dan pasangan dansanya Nik Amalina memenag menghadiri pertemuan dengan JKuasa Harian Dewan Muslimat PAS Negeri di JKR 10. Mereka berdua berdepan dengan YB Zailah, YB kak Ubai, YB Kak Ani, SU Muslimat Kak Zai, dan beberapa orang lagi Muslimat yg mewakili JK Harian DMPNK.
Soal kata mengata dalam tu, ambo tak payah ghoyak begapo, kata mengata, tanya menanya memang berlaku. Ringkas cerita YB Zailah tanya Arif Fahmi, setuju ko kalau bawa jumpa Husam, Arif kata bersertuju. Jawab lagi Zailah Husam ada di luar.
Memang jawapan Arif Fahmi tepat tidak mau berjumpa dengan Husam pada masa tu, kerana misi asal untuk bertemu mata dengan Muslimat, bukan dari rombongan Husam yang turut di hadiri oleh YB Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan, YB Ketua Penerangan PAS Kelantan, YB Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan, serta YB Timbalan Ketua DPP Kelantan.
Soal nya apa ni…. YB Zailah sudah memasang perangkap untuk Arif Fahmi dan cubaan membawa Husam bersama, dalam pertemuan dengan wakil JK harian Muslimat ??????
Aku bersetuju dalam bab ni. Arif tak layan Husam pada waktu tu. Suka aku cadangkan Husam agar bersemuka dengan Arif Fahmi yang turut di hadiri oleh Tok Guru selaku Bos Husam dan bapak mertua Arif Fahmi. Sebab yang beria-ia benar nak jumpa Keluarga Tok Guru ialah Husam, bukan Wakil dari PAS (Mesyuarat Badan Perhubungan PAS masih belum buat keputusan menghantar rombongan yang di ketuai oleh Husam untuk menyerang hendap Arifahmi di JKR 10)
Sebab memang Arif pada waktu belum bersedia, kerana fail-fail kerenah Husam tidak lengkap di bawa bersama. Al- Maklumlah misi asal pertemuan dengan Muslimat, cukup dengan Arif bawa muslimat dia.
-Cah Keting-
Bagi aku perjumpaan Arif - Husam - Kickdefella perlu juga dihadiri oleh Tok Guru dan masing-masing bawa saksi dan bawa Hujah serta bahan bukti. Wakil pemerhati kedua-dua belah pihak juga hadir.
Sebab Husam depan cakap lain , belakang cakap lain. Husam yang lebih seronok dengan Anwar Ibrahim.
salam,
buat anon 13 dn lain2...
"Sebab memang Arif pada waktu belum bersedia, kerana fail-fail kerenah Husam tidak lengkap di bawa bersama."
Jika benar fail2 kerenah husam bertimbun-timbun.... apa kaitannya dengan nik amalina...?? macamana nik amalina tahu semua benda hingga berani mencabar dato' husam letak jawatan? Dari mana nik amalina mendapat semua cerita2 ni...?
(Saya sengaja tidak respon dlm blog N.A. kerana saya yakin dia tak kan publish.)
Hairannya...tak de dengar la pulak isteri dato' husam kepoh sana sini membela suami dia!
macam ni ke sikap anak seorg tok guru, yang datang dari keluarga terhormat mulia,dapat didikan dan ajaran dgn cukup baik.??
pppiiiraahhhh!!
Assalamualaikum,
YAB Tuanguru Dato' Haji Nik Abdul Aziz Bin Haji Nik Mat,
Renung lah Firman ALAH didalam surah Al-Munafiqun bemula ayat 9,10 dan 11..
Ustaz Nik Abduh dan Puan Nik Amalina,
Jangan jadi jambatan untuk ayahnda dijulang ke neraka!!!
yang kat blog ni pulun bela kroni2 dlm kerajaan dan parti napa? cilaka sungguh.. dulu kemain lagi hentam umno dok suka sgt dgn permainan kroni, rupanya pas pun sama...
bagai monyet mengejek beruk berbulu banyak..
cikgu hussain gi jilak bontot pak lah la