Sedap!! Klik gambar di atas!

Anwar mahu menabalkan hero baru Umno

Seorang pegawai Pejabat Agung PAS pernah mengambil Presiden PAS ketika itu, Almarhum Ustaz Fadzil Noor, untuk di bawa ke Pejabat Agung PAS. Sebaik ke lorong masuk pejabat tersebut yang ketika itu di Taman Melewar, Ustaz Fadzil bertanya mengapa begitu ramai orang di pejabat itu.

Pegawai itu memberitahu ada sidang media Ustaz Taib Azamuuddin mengenai kes Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Zulkilfi Noordin pun ada," kata pegawai itu.

Apabila mendengar nama Zulkifli, Almarhum terus bingkas: "Patah balik! Patah balik!"

Mereka kemudiannya pergi minum di kedai makan Haji Anuar Hasan dekat Pejabat Agung PAS itu. Kerana agak lama menanti, Ustaz Fadzil mengarahkan pegawai tersebut memastikan Zulkifli sudah tidak ada.

Apabila Zulkifli itu tidak ada, barulah Almarhum pergi ke pejabat itu.

Saya tidak suka menceritakan perkara seperti itu. Tetapi, hari ini terpaksa lagi untuk panduan anak-anak muda PAS yang membaca blog ini.

Menjelang pilihan raya umum 2004 pula, Majlis Syura Ulama PAS menolak Zulkilfi Noordin dan seorang lagi sebagai calon PAS dalam pilihan raya itu. Yang lain, semua diterima untuk dijadikan calon pilihan raya.

PKR kutip dia.

Hari ini, dalam berita Malaysian Insider bertajuk "Zul Noordin faces PKR disciplinary action", Malaysian Insider melaporkan parti pimpinan Anwar (PKR's de jure leader) itu mahu menjadikan Zulkifli sebagai hero baru Umno.

Tahniah PKR! Tahniah Anwar!
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. PAS dan hari ini PKR tidak mahu Zul, sekadar mereka sudah tahu dia tidak boleh jadi 'yes man' 24 jam.

    Macam hang juga le bakaq, jenis ulaq ayaq, sama mau hang jadi ahli parti, dalam mesyuarat asyik bangkang saja..

  2. PKR dan Anwar sebenarnya dalam dilema.Nak simpan Zul Nordin, dia dah jadi barua Umno. Nak tendang keluar, Zul Nordin mesti jaja PKR anti-Islam. Zul Nordin dah lama ngidam nak masuk UMNO, cuma dia tak nak buat langkah sendiri. Biarlah parti dia yang tendang dia dan lepas tu boleh lah dia join katak2 PKR dan kawan2 baik dia dalam UMNO tu.

  3. Tak baik Pak bakaq membuka cerita Almarhum Ustaz Fadzil tak mau jumpa Zul Noordin, tak kira samada benar atau salah.

    orang yang dah meninggal kita cerita perkara baik2, supaya kita di dunia ini tidak memberi beban kepada nya di alam barzakh.

    Tolong ambil pandangan ini sebgai teguran sesama Muslim sepert ayat Al_ashr.

  4. tau laa..zul tu bukan yes man..tu yang bengkek semacam..Dlm. PR tu semua main angguk2 ke???

  5. Pak Bakaq!
    Bila en.Zul (PKR) vs Khalid (PAS) kawe tersenyum. Tersenyum kerana mereka berbalah dibawah tajuk sensasi masa terkini. Tajuk pula dibawa UMNO. (PKR vs PAS = UMNO).
    Saya bersetuju dengan en.Zul melalui kaca mata en.Zul, dan saya bersetuju dengan Khalid melalui kacamata Khalid. Namun semua ini sedang menjunjung isu yang dihidupkan oleh UMNO. Saya setuju dengan UMNO kerana kehendak UMNO telah tercapai, PKR vs PAS = PR (pecah reyok).
    Pertentangan sesuatu atas asas al-Maslahat merupakan sesuatu yang objektif. Kemungkinan yang benar adalah benar dan kemungkinan yang benar adalah tidak benar pada masa tersebut.
    en.Zul mungkin benar berdasarkan maslahat yang beliau lihat, Khalid mungkin benar berdasarkan pendapat dan hujahnya (ijtihad). Sesiapa yang benar akan mendapat 2 pahala dan yang salah akan mendapat 1 pahala. Yang penting kita mesti melihat kepada kemaslihatan dari segi agama dan politik. Namun kalau dilihatan dalam keadaan ini, jelaslah UMNO dapat 3 pahala.
    Namun yang tak seronok bila en. Zul bawa kes ini kebalai Polis. Apa kaitan hujah dan ijtihad dengan Polis. Apa pula kaitan hujah dengan menghina umat Islam dan hasutan. Iniyang paling merbahaya, Rasulullah mengajar umat mengunakan akal dan ilmu untuk melahirkan hujah yang tepat, bukan mata pedang dan jerji besi sebagai hujah.
    Janganlah bila kita seorang peguam semua masalah hendak diselesaikan dimahkamah. Persoalan dalam kelambu selesaikan secara baik, nanti runtuh katil semua orang tahu.

  6. Tinggal seorang yang menjadi jaguh Islam di Malaysia ini Y.B ZUL, berani kerana benar. Yang lain tu hampeh termasuk UMNO dan juga termasuk ULAMASUK.

  7. Perangai bakaq dgn Zul 2 x 5. Zul bangang dan bakaq pun bangang. Nak membaiki labu tapi tak kena gaya. Kalau baca tulisan hang ni, mcm laa warak sgt. Tapi hang ni bakaq, batu api besaq.

  8. yb zul...dah berfikir panjang2 ke waktu nak buat report tu...kalau ade masalah..kembali lah kepada quran dan hadis,ijmak dan ulamak.kita kan orang islam..yang hang dok pi buat repot polis tu buat aper..?? Bukankah mahkamah yang aader kat malaysia ni ciptaan orang kafir...zaman penjajah lagi..kita dok berjuang nak menegakkan undang2 islam..hang pulak pi mahkamah yang dok gunapakai undang2 yang penjajah kafir laknat tu...takder akai ke..dok dalam jamaah tapi buat hal sendiri2...pikik lah...

  9. Entah la...!!!!!!! Saya pun tak berapa faham dengan YB Zul ni... bukan masalah siapa betul, siapa ada prinsip, siapa hebat, siapa haprak, siapa lebai, siapa warak, siapa pandai,.... apa yang pasti, situasi kalian semua ni, berpakat la cara elok. Apa kerjanya dok buat-but report. Sejauh mana kalian dok percaya polis boleh siasat benda-benda ni. Banyak lagi hak polis kena siasat. Banyak sangat lagi hak tak selesai-selesai. Bawa istifar/mengucap la semua. Rakyat dah naik gila dah dengan puak-puak demo ni. Semua cakap, buat, kecek mace demo je hak betoi nyerr. Dah la tu puak-puak PR. Cukup la. Mari la kita pakat muhasabah diri masing-masing, kita pakat jaga PR dengan sebaik mungkin. Mari lah, ambo pun bukan 2 @ 3 ari dok sokong puak-puak demo. Segenap jalan, tiap lorong, celah pokok, celah rumah, tepi jalan, atas jalan. Semua kawe g ikut demo... semua anak bini kawe termasuk keluarga kawe pakat sokong puak demo. Jangan nanti kawe sumpah atas muka puak-puak demo sebab dok sibuk balah... bukan pakat nak kukuh parti. tapi pakat dok nak menegak benda-benda yang semestinya boleh dibawa berbincang. Insaf la. Cukup la. hari ni demo kata demo betul, esok orang kata demo salah. Kalau macam ni hari-hari, entah la.... dah la deh... sakit kepala dah...

  10. Bakaq, hang syiah..banyak yg tak tau. Banyak lagi yg tak tau tentang bahaya syiah. Hati sentiasa berpenyakit pecahbelahkan Islam. Hang cakap sana lagakan sini, macam hang burukan Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar Rhum thru link blog hang.
    Hang habiskan sisa hidup tua hang dgn fitnah sana sini. Baguslah bakaq, hang lg besaq dr Allah SWT kan?

    Maksud Hadis Nabi SAW: "Semua kamu adalah orang yang bersalah." Tiada siapa yang betul. Siapa kata dia betul maka dia telah menentang Nabi secara terbuka".

    - Saya Yg Selalu Bersalah..

  11. Jika PAS setuju Zul Nordin diambil tindakan disiplin oleh PKR, bermakna PAS juga bersetuju Hassan Ali diambil tindakan disiplin sama sebab dia pun secara public beri pandangan yg sama tentang isu nama Allah ni.

    Tetapi dah para pemimpin PAS ni cuma pandai mengata perihal rumah orang lain. Rumah sendiri penuh sampah tak berani nak sentuh pun!

  12. Dosanya Zul Nordin hanya kerana mempertahankan kalimah ALLAH dari disiat-siut dan dicemar oleh golongan yang terlalu memperTUHANkan POLITIK.

  13. ALLAH itu adalah tuhan segala alam dan kehidupan...TETAPI kita hanya mempertikaikan AGENDA pihak tertentu untuk mengelirukan penganut agama ISLAM dan generasi akan datang. Zul Nordin teruskanlah perjuangan mu dengan tabah dan iklas. Allah swt. senantiasa bersama mu.

  14. aku dah lama menyampah dgn zul nordin, lebih sudu drp kuah... kalau tak percaya hanpa review balik keset2 lama zaman reformasi dulu... anda akan dengar slogan yg selalu diulang2..."saya adalah peguambela dato seri anwar"..."saya baru telefon dgn dato seri anwar".."saya baru berbincang dgn dato seri anwar"..."saya baru saja masuk jumpa dato seri anwar dalam penjara"....hakikatnya semua temberang!!!

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008