Sedap!! Klik gambar di atas!

Aku nak berkelahi dengan Wanji pulak!

Saya bukan ulama. Pelajar pengajian Islam (talabah) pun bukan. Saya tidak pandai untuk bercakap bab ugama. Saya jahil. Mungkin juga jahil yang tak sedar dirinya jahil atau jahil murakkab. Oleh sebab saya jahil, saya hanya nak gunakan hak demokratik saya untuk bersuara.

Kali ini, saya nak guna hak itu untuk berlawan dengan Ustaz Wanji pula. Sebelum berlawan, saya nak kata dulu bahawa saya berkenan sangat dengan ayat beliau yang berikut:
...bukan bermaksud kita mengiktiraf maksud kalimah "Allah" dari sudut agama mereka. Ia sama seperti sebuah kerajaan Islam memberikan hak kepada non Muslim mendirikan rumah ibadat mereka, ia bukan bermaksud mengiktiraf kebenaran agama mereka. Juga seperti kerajaan Islam memberikan hak kepada non Muslim minum arak, bukan bermakna kerajaan Islam tersebut mengiktiraf kehalalan arak (baca seterusnya di sini).
Tetapi, saya juga nak kata bahawa yang saya bimbang bukan soal mengiktiraf maksud kalimah "Allah" dari sudut agama mereka. Anak-anak saya yang sama jahil dengan saya pun tak akan buat lagu tu.

Macam sebilah pisau di tangan tauke kedai Cina dekat rumah kita. Ikut suka dialah kalau dia nak potong daging babi sekalipun dengan pisau tu. Yang kita bimbang ialah dia potong pula ikan terubuk masin yang dia nak jual kat kita selepas dia potong babi tu.

Boleh jadi orang akan kata, itu sangkaan sahaja. Kita tak boleh hukum berdasarkan sangkaan. Memanglah, kita tak hukum. Kita berwaspada.

Bimbang dan berwaspada juga hak demokratik kita. Sebab itu kenyataan Presiden PAS kata:
Walau bagaimanapun, penggunaan kalimah Allah secara salah dan tidak bertanggungjawab mestilah dielakkan supaya ianya tidak menjadi isu yang boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama dalam negara ini.

PAS memberikan peringatan kepada semua pihak supaya tidak menyalahgunakan perkataan Allah bagi mengelirukan atau menjadikan politik murahan untuk mendapat sokongan rakyat.
Sikap bimbang dan waspada itu samalah juga dengan sikap bimbang dan waspada kita terhadap perbuatan Umno dan orang-orang Umno.

Memanglah, Umno parti politik. Bangang sangatlah kalau dia tak politikkan isu ini. Itu tak jadi masalah. Yang jadi masalah ialah kita bimbang adik-beradik dan kawan-kawan kita yang innocent akan turut terperangkap dalam politik sial seperti itu. Tu sebab kita bercakap dan menulis. Kalau tak didorong oleh kebimbangan itu, mampoih pi kat depa la nak menggelejat tepi jalan sepuluh hari sepuluh malam pun.

Tapi, takkan nak bimbang dan waspada terhadap Umno sahaja. Takkan kita tak rasa bimbang dan waspada terhadap puak-puak Herald-The Catholic Weekly tu?

Dalam posting bertajuk "Herald: Peluang untuk laksanakan hak demokratik kita" 31/12/07 lalu, saya tulis:
Saya masih ingat, tahun tujuh puluhan dahulu, adik-beradik saya yang belajar di sekolah Saint Louis di Taiping hampir setiap minggu diberikan risalah-risalah dan majalah-majalah Kristian. Semuanya dalam Bahasa Inggeris dan tampil dalam bentuk yang sangat menarik pula. Saya selalu membaca risalah-risalah dan majalah-majalah itu.

Tidak pula terancam keimanan kami. Jangankan terancam, terusik pun tidak. Itu tidaklah pula bermakna kami hebat dan segala puji bagi Allah s.w.t. jua.

Apa yang penting sekarang, ketika orang-orang Kristian telah mendapat hak mereka, kita juga berhak melaksanakan hak demokratik kita untuk melindungi orang-orang Melayu yang beragama Islam dari terkeliru.
Sebenarnya, banyak perkara yang tak menyenangkan yang diceritakan oleh arwah kak saya yang sangat saya kasihi (mudah-mudahan Allah s.w.t. mengampuninya) ketika dia belajar di Sekolah Saint Louis tu. Tetapi, oleh kerana saya tak berapa ingat sangat, saya tak naklah mereka-reka pulak.

Yang jelas, ramai yang tidak hormat sikit pun Perkara 11 (4) Perlembagaan Malaysia yang melarang penyebaran ajaran bukan Islam kepada orang-orang Islam (lihat posting Mohamed Hanipa Maidin "Kes Herald - Di mana silap dan betulnya hakim Lau Bee Lan").

Bayangkan jika ketika itu budak-budak Sekolah Saint Louis itu diberikan majalah-majalah Kristian yang menggunakan nama Allah. Seronokkah kita?

Kita boleh kata, sebab itulah perlu ada pengawasan dan penguatkuasaan. Cakap senanglah. Orang Islam yang minum arak di tengah public pun masih bersepah lagi. Bila penguatkuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) misalnya mengambil tindakan, menteri-menteri Umno akan mengamuk. Kuatkuasa? Ingat balik kisah Almarhum Ustaz Ishak Baharom.

La ni orang bukan Islam tengah tak nak undi Umno dan Barisan Nasional. Depa tengah harap sangat undi Melayu (lihat posting Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz bertajuk "Why Umno does what it does").

Ca kalau orang bukan Islam patah balik undi Umno - kalau hampa ambil tindakan kepada majalah yang hampa rasa salahguna nama Allah, hampa akan kena maki dan mengalami nasib yang sama seperti Almarhum Ustaz Ishak yang dipecat dari jawatannya sebagai mufti Selangor dan pemecatan beliau dikaitkan dengan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menangkap tiga gadis Melayu yang menyertai pertandingan ratu cantik pada 13 Jun 1997 di di Classic Ballroom, Hotel Holiday Villa, Subang Jaya (Sejarah ini juga yang menyebabkan saya tak boleh nak terima lagi dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim).

Hampa juga akan mengalami nasib yang sama seperti yang dialami oleh para pegawai JAWI menyerbu kelab The Zouk.

Kita nak harap orang Melayu Islam cerdik dan boleh membezakan mana yang boleh diterima dan mana yang tak boleh diterima? Ah, tak payah cakaplah. Orang PAS yang tarbiyyah tinggi pun berlambak-lambak yang sokong kerajaan perpaduang!

Saya juga tidak membantah apabila Ustaz Wanji kata:
"... tidak terdapat satu pun larangan dari Allah daripada orang bukan Islam daripada menyebut kalimah "Allah" mengikut kefahaman dan kepercayaan mereka".
Memang kita tak ada hak untuk larang dan halang mereka menggunakan kalimah Allah. Allah pun tak larang, macam mana pulak kita gatai-gatai nak larang (saya juga tertanya-tanya, jika kita tak ada hak melarang, adakah kita mempunyai hak untuk mengizinkan?)

Tetapi, sama seperti kita tidak ada hak untuk melarang mereka menggunakan kalimah Allah, puak-puak Herald-The Catholic Weekly dan para penyokongnya juga tidak ada hak untuk melarang dan menghentam hak demokratik saya dan orang lain untuk merasa bimbang dan waspada.

Mari kita sama-sama guna hak demokratik kita. Orang lain guna hak demokratik depa. Aku guna hak demokratik aku.

Berkaitan:
Jawapan Ustaz Wanji:
pak bakaq, ana tak pernah belajar silat! .. :) (Jangan lupa pesan Tok Guru Presiden, orang yang masih hidup tak boleh puji-puji. Dia boleh berubah. Kalau kita puji Almarhum Ustaz Fadzil Noor misalnya, dia dah mati dan tak timbul soal dia boleh berubah)
Reaksi Zainulfaqar Yaacob:
Jom guna nama ‘Allah’ ala Dialog Antara Agama!
Let "Allah" ruling stand, say US Muslims (Free Malaysia Today 6/1/10)

Berita menarik:
Polis Paris siasat Najib? (Free Malaysia Today 6/1/10)
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. agaknya begitulah juga ISA tetap tidak dimansuhkan sbb kan waspada dan bimbang itu lah akan kejadian yg belum berlaku.. apa bezanya kita? in principle sama je..
    ALlah tidak perlu perlindungan kita.. kita yg perlukan perlindungan ALlah.. Abrahah berniat serang dan hancurkan Kaabah.. adakah mereka berjaya? Yg penting adalah kita sendiri yg wajib meningkatkan dan menyebarkan kefahaman Islam.. bgmana boleh keliru antara bible dlm bhs melayu dgn Al-Quran yg suci? melainkan tak pernah terdidik dr kecil.. bukankah anak kecil itu umpama kain putih yg ibubapanya dipersoalkan akan tanggungjawabnya kelak? adakah kita mengandaikan org tua/dewasa yg ingin kembali kepangkal jln dan melakukan segala suruhan dan perintah ALlah akan dgn mudah membaca apa shj artikel agama dgn sendiri dan merujuk kpd kitab2 yg ditemui tepi jln begitu shj atau mereka akan merujuk dgn ahli agama atau ke kedai buku Islam mencari ilmu agama? bgmanakah org2 yg selama ini telah mendpt petunjuk dan masuk Islam melakukannya? fikirkan..

  2. Sebab tu semua dali2 ni walaupun qatie thubut tapi dari segi dilalahnya zanni,maka berbeza pandangan itu harus berlaku,jgn paksa org lain terima,dan jgn pulak nak ismah untuk grup atau diri kita.Berlapang dada dalam soal ini,kita rasa cam kita betul,dgn hujjah takde dalil la,apa la,tp tgk la semua tulisan yg ada,ada hujjah disana.Takyah taji sana taji sini.Nak berpegang dgn pandangan tu silakan....takyah kait umno sana pas sini,perpaduan sana,kalau mempoilitik isu.semua parti kat malaysia ni main politik,kalau bab bodoh atau cerdik politik semuanya jugak gitu.

  3. salam,
    segala hujah yg digunakan oleh pihak yg melarang 100% penggunaan kalimah Allah oleh kristian Msia ialah satu hujah saja iaitu:

    1. Msia lain, Arab lain, Indon lain, Mesir lain. Msia adalah Msia. Oleh itu hujah2 dari Al-Quran & Hadith yg mengatakan Allah & Nabi Muhammad saw tak pernah melarang org2 Kristian & Arab Quraisy dari menggunakan kalimah Allah adalah tak terpakai. Why? Sbb Msia bukan negara Arab.

  4. dalam bab ni syaa sokong pak bakaq

    kesannya bukannya sekarang tapi 50 tahun akan datang

    kita yakin ke cicit2 kita masa tu tak terkeliru? oh kuat iman? apa jaminanya? iman tak boleh diwarisi la bro

  5. PAS sebuah parti politik Islam di Malaysia, sudah berapa kali mengadakan program bersama warga non-muslim?
    Misalnya, sesi dialog, penjelasan dan penerangan atau yg seumpamanya mengenai agama Islam kepada warga non-muslim. Penjelasan mengenai Hudud dan negara Islam juga penting.

    Jika ada, AlhamduLillah..teruskan lah.
    Jika tiada, cepat2 la gerakkan usaha berdakwah bukan sekadar kepada warga Melayu shj..
    Jangan asyik nak berpeluk dengan puak2 dari parti perasuah sahaja..!

  6. Aku nak tanya hang bakaq, pas nak tegak Islam dgn hujjah ataupun dgn peruntukkan undang-undang???? Jemput lah si herald tu berdebat dan bermubahala di markas taman melewar..aku teringin sgt nak tengok saper yg angkat bendera putih dulu!

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008