Sedap!! Klik gambar di atas!

Untung sungguh dewa dan dewi suci Umno

Mula-mula, dewa suci Umno berkata, "I don't entertain frivolous statements" (lihat berita Malaysiakini 4/12/09 "Najib dismisses Bala's claims as 'frivolous'" dan lihat juga komen-komen dalam "Najib and Bala's 'frivolous' statements").

Selepas itu, adik dewa suci Umno pula berkata, "tidak ada apa-apa yang saya hendak cakap" (lihat berita Malaysiakini 11/12/09 yang bertajuk "Iltizam jejak Nazim dan Deepak").

Semalam dengan begitu cool dan confident dewi suci Umno menyatakan, "saya tidak ada masa untuk melayan mereka" (lihat berita Malaysiakini semalam "Rosmah tidak risau dilontar tuduhan liar," "Rosmah has no time to entertain 'wild allegations'" dan berita Free Malaysia Today semalam "Rosmah cool over Bala’s allegations")

Pada masa yang sama, P Balasubramaniam, yang mendakwa keluarga Perdana Menteri memintanya membatalkan akuan bersumpah pertamanya, bersedia disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan syarat ia diadakan di luar negara (lihat berita Malaysiakini semalam "Bala sedia temui SPRM, kaitkan adik PM" dan "'PI Bala willing to assist MACC'"). Saya tak tahu adakah syarat itu ada kaitan dengan terbunuhnya Teoh Beng Hock di perkarangan pejabat SPRM.

SPRM pula dilaporkan berdiam diri (lihat berita Free Malaysia Today semalam "MACC stays mum on Bala offer" dan tulisan Raja Petra Kamarudin "MACC stumped and does not know what to do" dalam Malaysia Today kelmarin, 14/12/09).

Jika benar SPRM tak tahu nak buat apa dengan tawaran penyiasat persendirian itu untuk disiasat, saya tak tahu sama ada perkara itu dibimbangi akan menyebabkan keterangan Balasubramaniam dalam siasatan itu akan keluar dari dari taraf akuan bersumpah atau SD yang diperlecehkan oleh orang-orang Umno kerana berharga RM4 sahaja.

Apa pun, tak susah nak faham kenapa orang memperlecehkan akuan bersumpah Balasubramaniam yang pertama pada 3 Julai 2008 kerana harganya hanya RM4 sahaja dan pada masa yang sama berpaut sakan kepada akuan bersumpah kedua yang menafikan akuan bersumpah pertama sedangkan akuan bersumpah yang kedua itu juga bernilai RM4.

Hanya yang saya tertanya-tanya, jika mereka tidak menjadi dewa dan dewi suci Umno, bolehkah mereka dengan mudah menyatakan "I don't entertain frivolous statements" dan "I don't have time to entertain them"?

Maklumlah, Umno parti yang memerintah. Segala polis, tentera, SPRM, badan undang-undang, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), media arus perdana (MSM), semua bawah tangan dia.

Sebab itulah rakyat yang mengharapkan negara yang adil dan bersih dari penyelewengan mesti memahami apakah rahsia kekuatan para pemimpin politik sehingga mereka bukan sahaja kelihatan boleh berbuat apa sahaja malah memang benar-benar boleh berbuat apa sahaja.

Rahsia kekuatan para pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) ialah kuasa yang ada di tangan mereka. Rahsia kekuatan para pemimpin PAS pula ialah candu masyarakat yang bernama thiqah dan wala' sehingga para penyokong mereka terlalu dilalukkan oleh ketaksuban kepada para pemimpin mereka terutama yang bertaraf ulama.

Yang saya tak pasti, benarkan tuduhan bahawa rahsia kekuatan pemimpin MIC ialah gangsterisme dan rahsia kekuatan pemimpin MCA pula ialah kongsi gelap (triads). Itu saya betul-betul tak pasti.

Yang lebih saya tak pasti dan sampai hari ini tertanya-tanya dan ternganga-nganga ialah apakah rahsia kekuatan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam PKR dan rahsia kekuatan Lim Kit Siang dalam DAP. Takkan kerana lidah mereka yang pandai bercakap sahaja.

Rayuan derma dan tunjuklah simpati..

14/12/09: Atas semangat ukhwah Islamiyyah, semua laman dan blog bersatu hati atas usaha murni ini dan sama-sama kita berkempen untuk memberikan bantuan kepada Ahmad Lutfi Othman. Hari ini Lutfi telah pun selesai menjalani rawatan jantung kali kedua iaitu prosedur angioplasty untuk memasukkan balon dan tongkat bagi membuka dua saluran jantungnya yang tersumbat. Kos pembedahan tersebut berjumlah RM 30,000.

Sumbangan boleh dilakukan terus melalui akaun Maybank anak Sulong Ahmad Lutfi Othman iaitu Ahmad Luqman Hakim bin Ahmad Lutfi bernombor 162179670906.
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Buktikan lah kata2 "negara berkebajikan" dgn membantu sedara lutfi...jangan lah merayu mendayu2 macam pengemis...nampak sangatlah pas nin parti retorik!

  2. Anon 1

    Soal PAS atau Harakah nak bagi, itu depa punya fasal. Kebajikan ka, apa ka, itu depa punya fasal.

    Tapi, jangan tutup peluang orang lain nak menyumbang sama.

    Kalau tak nak bagi tak pa. Suruh tolong menolong bukan merayu macam pengemis. Allah pun suruh tolong menolong. Adakah bila Allah suruh tolong menolong bermakna Allah suruh yang ditolong itu supaya mengemis?

  3. kah3 adooooi anon 1

    janganlah jadi mangkuk
    jangan hapuskan nilai kemanusiaan anda sebagai manusia kerana parti
    kita hidup untuk membantu antara satu sama lain

  4. Yer la bakaq...bukan kita mintak duit tabung umno..nak harap tabung jantung hatiku..dah senyap sunyi nampaknya

  5. keling pariah buat ssesumpah pun hangpa percaya no??adehlaaa.

  6. minta sahaja dengan Nudin Mardi ataupun Ariffahmi.

  7. Mainan dunia belaka..PAS pun penuh sandiwara,UMNO pula alkisah sensasi tak pernah habis,PKR juga sama terumbang ambing tidak bertepi,MCA sibuk dgn EGM,MIC sunyi sepi,DAP sedang dlm proses akan KENA juga..kegelisahan juga..KAMI NAK PERCAYA PARTI APA..??? HIPOKRIT.MUNAFIK semua.. Di mana nilai kemanusiaan? Kami rakyat MALAYSIA tidak rela diPERMAINKAN.

  8. besa la geng2 syiah jenis bakaq ni mmg cam2

  9. Salam....

    Anonymous 7 telah merumuskan semua parti politik munafik, hipokrit. Saya faham, anda inginkan sebuah parti politik suci bersih, maksum tanpa dosa. Sememangnya tidak pernah ada di mana-mana dunia pun parti seperti itu. Ramai rakan saya tidak mengundi kerana fenomena ini.

    Soalnya sekarang, dalam pilihanraya kita perlu mengundi sesebuah parti politik. Jika semua parti politik Malaysia itu umpama buah-buahan di dalam bakul. Semua buah-buahan tersebut buruk. Ada yang buruk, busuk, berlendir dari kulit sampai ke teras pulurnya. Ada yang buruk sebahagiannya sahaja. Maka akal waras saya terpaksa memilih yang buruk sebahagian itu kerana masih boleh dimakan di bahagian yang selebihnya. Harap tuan tahu dan bijak memilih.

  10. Pengampu dewa dewi UMNO dajal suci terpaksa mengampu walaupun tidak iklas.. harapan pengampu tersebut akan dapat duit yang turun dari langit di bawa oleh Dewa dewi suci UMNO dan beri kepada mereka kontraktor Kelas F merangkap K...Umno Cawangan/Bahagian...

  11. Dia orang sedang dalam PROSES melarikan WANG NEGARA masuk akaun bank LUAR NAGARA...beli hartanah luar negara..macam THAKSIN Bercawat buat..jadi kalau BN UMNGOK kalah pun...dia orang masih kaya macam Taksin Cecawat..kita rakyat biasa akan jadi ENDON dan Mat Bangla merempat cari kerja kat Vietnam Laos Kemboja pulak..

  12. syabas pak bakaq
    taram je puak puak yang tak dak rasa kemanusiaan tu

    dah tak mau bagi, dok diam diam dah le
    sape nak bagi dia punya hal leee

    yang pegi cucuk supaya turut sama macam dia pase ape(anon 1 dan seangkatan dengannya)
    dalam nak buat baikpun, ada tukang cucuk supaya masuk geng dia.

    ish ish ish - kalu dah ati berkarat tu, tang mana pun karat tuuuu le

  13. untuk anon 7
    'kalu' hang tak undi sape sape
    'berdasarkan kan pendapat hang tu'
    hang dah buat kesilapan besaq
    hang biaq orang lain menentukan nasib hang dan generasi kemudian

    tapi kalu hang masih mengundi, usaha dan tawakkal saja lah, supaya menjadi terbaik

    nak kira parti tak betoi - wakil rakyat tak betoi
    hang nak sape yang suci dan berseh ? macam kata anon 9 tu.

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008