Sebelum ini, riuh-rendah orang Umno menyatakan Datuk Anwar Ibrahim adalah "agen Yahudi". Saya tidak mahu menafikan apa yang diriuh-rendahkan oleh orang-orang Umno. Biar Anwar sendiri mempertahankan dirinya dan beliau tentu lebih pandai mempertahankan dirinya.
Hari ini, dalam postingnya yang bertajuk "Kita sudah tukar," Tun Dr Mahathir menyatakan:
Mengambilkira hakikat itu, jika benar riuh-rendah orang Umno bahawa Anwar adalah "agen Yahudi", apa bezanya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan yang diterajui Umno yang dipimpinnya hari ini?
Saya buka ruang demokrasi untuk orang-orang Umno jawab, termasuk-masuk jawapan-jawapan poyo dan fake. Maki hamun cybertrooper yang cari makan akan direject.
Berkaitan:
Dr M: Obama tidak ubah, Malaysia tukar dasar (Malaysian Insider 16/12/09)
Dr M slams Najib’s ‘pro-US’ policy (Malaysian Insider 16/12/09)
Malaysia sokong Amerika tindas Iran-Tun Mahathir (Misai Merah 16/12/09)
Tun Dr Mahathir lebih terpuji... (Faisal Tehrani 16/12/09)
Pecacai Amerika yang sebenar adalah Najib... (Anak Perelih 16/12/09)
Layakkah Mahathir bidas dasar "pro-Amerika" Najib (Greenboc 16-12-09)
Wakil Tetap Malaysia Di Vienna Dipanggil Pulang
Hari ini, dalam postingnya yang bertajuk "Kita sudah tukar," Tun Dr Mahathir menyatakan:
Dahulu kita pertahan negara-negara yang ditindas Amerika Syarikat. Sekarang kita sokong Amerika Syarikat menindas Iran.Beliau juga menyatakan:
Tetapi sekarang duta kita dipanggil balik untuk disoal kenapa tidak sokong Amerika. Dasar-dasar lama memang patut dihapuskan. Tetapi inikah dasar baru kita?Kepada saya, Amerika sebenarnya adalah The Greater Israel. Memang Israel mahu mewujudkan The Greater Israel di Timur Tengah. Tetapi Amerika adalah The Greater Israel yang memang sedia wujud.
Mengambilkira hakikat itu, jika benar riuh-rendah orang Umno bahawa Anwar adalah "agen Yahudi", apa bezanya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan yang diterajui Umno yang dipimpinnya hari ini?
Saya buka ruang demokrasi untuk orang-orang Umno jawab, termasuk-masuk jawapan-jawapan poyo dan fake. Maki hamun cybertrooper yang cari makan akan direject.
Berkaitan:
Dr M: Obama tidak ubah, Malaysia tukar dasar (Malaysian Insider 16/12/09)
Dr M slams Najib’s ‘pro-US’ policy (Malaysian Insider 16/12/09)
Malaysia sokong Amerika tindas Iran-Tun Mahathir (Misai Merah 16/12/09)
Tun Dr Mahathir lebih terpuji... (Faisal Tehrani 16/12/09)
Pecacai Amerika yang sebenar adalah Najib... (Anak Perelih 16/12/09)
Layakkah Mahathir bidas dasar "pro-Amerika" Najib (Greenboc 16-12-09)
Wakil Tetap Malaysia Di Vienna Dipanggil Pulang
Bernama (6/12/09): Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di Vienna dipanggil pulang oleh Menteri Luar Negeri untuk konsultasi berhubung pengundian terhadap resolusi berkaitan isu nuklear Iran yang diluluskan mesyuarat Lembaga Gabenor Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) di Austria bulan lepas.
Menurut kenyataan Kementerian Luar Negeri di sini, pada Ahad pengundian itu dilihat tidak selaras dengan tatacara kerajaan dan oleh sebab itu wakil berkenaan dipanggil pulang oleh Menteri Luar Negeri untuk konsultasi.
Dalam mesyuaratnya pada 27 Nov lepas, Lembaga Gabenor IAEA telah meluluskan resolusi bertajuk "Resolution on Implementation of the Nuclear Non-Proliferation Treaty (NPT) Safeguards Agreement and relevant provisions of United Nation's Security Council (UNSC) resolutions, 1737 (2006); 1747 (2007); 1803 (2008) and 1835 (2008) in the Islamic Republic of Iran" (Resolusi Mengenai Pelaksanaan Triti Pengawalan Nuklear (NPT) Perjanjian Perlindungan dan peruntukan berkaitan resolusi-resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) 1737 (2006); 1747 (2007); 1803 (2008) dan 1835 (2008) di Republik Islam Iran) yang dibentangkan Jerman dan disokong 25 negara anggota IAEA.
Malaysia bersama-sama Cuba dan Venezuela mengundi menentang resolusi itu manakala enam negara lain berkecuali.
"Malaysia sedang mengkaji hasil keputusan resolusi tersebut dan kesannya. Kita akan berusaha untuk terus bekerjasama dengan masyarakat antarabangsa agar isu nuklear Iran dapat ditangani dengan lebih berkesan.
"Dalam hal ini, kita akan berbincang dengan negara-negara anggota Lembaga Gabenor IAEA serta negara-negara anggota PBB," demikian menurut kenyataan itu.











Cantik? Klik 






Sama ada UMNO atau bukan umno sekalipun, berpolitik atas dasar sekularism atau apa-apa ism ciptaan manusia yang tidak berpaksikan Islam, maka ia bukan lagi agen kepada yahudi tetapi telah mengamalkan sistem yahudi itu sendiri atau dalam lain istilah sistem taghut. Yahudi berjaya menghancurkan Eropah dan agama Nasara seterusnya menghancurkan Empayar Islam melalui agen-agen mereka. Yahudi kini berjaya meletakkan Amerika di bawah tapak kaki mereka. Kini hampir seluruh dunia telah dikuasai oleh yahudi dengan berselindung di bawah payung demokrasi ciptaan manusia. Tidak timbul lagi siapa agen kerana masing-masing sudah menjadi majikan seperti yahudi.
Bukan semua orang uMNO setuju dengan pemimpin dia. Memang betul UMNO sekarang duk bodek Amerika (agen Yahudi).Tapi betul juga Anwar pun kaki bodek Amerika dan Yahudi .Jangan lupa Anwar dpun bekas ahli UMNO. Gambar dia terang2 bersama dengan Yahudi.
OK. berkaitan demoktrasi. Pak Bakaq kena adil . Jangan reject cerita seterusnya.
Bukan semua ahli PAs sokong TGNA dan juga bukan semua ahli PAS sokong Tok Guru Hadi. Begitu juga bukan semua ahli PAS setuju bersama dengan kafir DAP dalam Pakatan Rakyat.Dan bukan semua ahli PAS setuju kerajaan perpaduan betrsama UMNO.
Allah hanya menerima Islam. Kafir tak kira samada Yahudi, Kristian ,Cina , Melayu Murtad, India sama saja.
Obama dia tak mengaku Islam. LLim Kit Siang dan Karpal Singh bukan saja tak mengaku Islam tetapi menentang negara Islam. Anwar Ibrahim walaupun pemimpin pembangkang, orang UMNO tetap anggap dia Islam walupun dia suka kawan dengan orang Yahudi.
Islam tetap Islam. Hanya Allah sahaja lebih mengetahui siapa yang lebih beriman dan Siapa munafik. Siapa ahli syurga dan siapa ahli neraka, hanya Allah Lebih Mengetahui. Jadi harap orang PAS jangan suka menghukum walupun bertaraf Tok Guru. Jika ada keraguan keislaman seseorang, Nabi SAW dan ajar tattertib menegur. Kalau betul2 sayang sedsama Muslim, doakan kebaikan dan rahmat dan petunjuk kepada semua Muslim. seprti amalan Tok Khatib Khutbah Solat Jumaat. Ingat orang Islam bersaudara.
Kesusahan, kesesatan saudara kita sepatutnya disusuli doakesejahteraan bukan maki hamun. Sanma2 kita semua kembali kepada ajaran Islam yang sebenarnya. Allah sebaik2 Hakim.
Islam adalah wahyu. Nak huraikan pasal Islam, kena guna ilmu yg datang dari wahyu juga. Jgn gunakan sepenuhnya aqal, sbb akan sesat.
Memang tepat, Allah sahaja yang Maha Mengetahui siapa beriman siapa tidak. Siapa ke syurga dan siapa ke neraka. Namun manusia diberi akal untuk memilih. Allah pula memberi petunjuk dan jalan. DIA melantik Rasul sebagai pemimpin. DIA memberi Kitab sebagai panduan. DIA adakan jalan ke syurga atau neraka. Fikir sendiri pun boleh tahu jalan mana mahu dituju. Fikir sendiri sama ada mahu zalimi diri atau mahu rahmati diri. DIA beri amaran, begitu-begini!!... syurga balasannya, begini begitu!!..neraka balasannya.
orang Islam... ada yang munafiq... yang tolak hukum Allah... yang dilarang didoakan mayatnya, hatta berdiri ditepi kuburan nya...
cakap pasal islam tapi pangkah umno..
Jangan pulak mentang2 ketentuan Allah kekuasaan Allah..kita tak boleh tegur.. tak boleh larang pulak..tak berusaha mencegah..malah membanyakkan lagi LESEN2 JUDI rumah sundal dan ARAK...cubalah kalau nanti habis khutbah Jumaat..POMPUAN BOGEL dah baring tepi tangga pagar masjid.. amacam..kita jawab ketentuan Allah apa nak buat..YB pulak kata : SAYA tak ada KUASA..
betul anon 2
saya setuju kata kata hang tu,
"Kesusahan, kesesatan saudara kita sepatutnya disusuli doakesejahteraan bukan maki hamun. Sanma2 kita semua kembali kepada ajaran Islam yang sebenarnya. Allah sebaik2 Hakim."
soalnya sekarang, sebab apa, ada yang mendoakan yang selain dari itu ?
tidakkah, terbaca kata kata yang masyhor berbunyi,
"jaga jaga lah, sesungguhnya doa orang yang teraniaya itu mustajab, tiada pendiding dengan Allah"
apakah kata kata itu, bermaksud mendoakan kebaikan ?
persoalan kedua, selama BN memerentah, adakah dia memegang janji 'fedralism - negara persekutuan', apa kah kita perlu akur saja dan seterusnya mendoakan yang terbaik untuk mereka ?
persoalan ketiga, adakah semua rakyat merasakan limpahan nikmat, dari anugerah Allah keatas bumi malaysia, atau sekadar diboloti oleh orang tertentu sahaja, rakyat terbanyak dihimpit semahu mahunya, hingga tersepit dengan pelbagai kesempitan hidup, sedangkan, negara malaysia, mewah dan kaya raya ?
cukop le dulu, beberapa persoalan yang memungkinkan menjadi peyebab kapada 'timbul'nya doa doa yang dianggap tidak bertepatan dengan "'mendoakan' kebaikan keatas sesama islam."
satu lagi, doa itu tak semestinya dengan menadah tangan secara rasmi sahaja, merintih dihati itu juga, doa yang lebeh hampir dengan Allah.
Orang PAS masih juga nak menghukum.
Apa yang saudara sekalian tulis ada betul juga. Tetapi jangan cepat buat kesimpulan dan tafsiran.
Niat saya tulis diatas ialah semata2 mengingatkan sesama kita supaya berhati2 sebelum menjatuhkan hukum. Akhirat nanti manusia saling tuntut menuntut.
Ingatlah cerita2 dalam hadith sesorang itu yang disangka jahat tetapi masuk syurga dan disangka baik tapi masuk neraka. Semuga kita semua dalam golongan beriman.