Sedap!! Klik gambar di atas!

Tak pa lah kalau PAS "tidak pernah bermusuhan dengan Umno"

Sejak dari dulu lagi, saya kata saya tidak bermusuh dengan orang-orang Umno. Tetapi Umno sebagai sebuah organisasi dan sebagai sebuah entiti yang mengkhianati orang-orang Melayu dan rakyat Malaysia serta memijak-mijak kehendak Islam, saya tak dapat terima. Saya melihat Umno sebagai musuh.

Kalau ada yang keliru dengan pendirian itu, macam mana pulak memusuhi Umno tetapi tidak memusuhi orang-orang Umno, saya tak mampu nak tolong mereka.

Barangkali ia sama dengan sikap saya memusuhi Amerika Syarikat tetapi saya tak memusuhi orang-orang Amerika. Malah, oleh kerana saya percaya kepada kekuatan kuasa rakyat, saya percaya kuasa rakyat Amerikalah yang paling mampu menghancurkan polisi jahat negara angkuh itu kini. Tanda-tanda perubahan sikap rakyat Amerika kelihatan berlaku perlahan-lahan (sebagai contoh, lihat World Public Opinion 23/5/09 "Growing majority of Americans oppose Israel building settlements").

Lantaran itu, tak pa lah kalau PAS "tidak pernah bermusuhan dengan Umno," seperti yang dinyatakan oleh Presiden parti itu, Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Saya bukan ahli PAS untuk mencontohi serta mematuhi sikap Presidennya dan saya bebas untuk bermusuh dengan Umno.

وَلَقَدْ بَعَثْنَا فِي كُلِّ أُمَّةٍ رَّسُولاً أَنِ اعْبُدُواْ اللّهَ وَاجْتَنِبُواْ الطَّاغُوتَ
فَمِنْهُم مَّنْ هَدَى اللّهُ وَمِنْهُم مَّنْ حَقَّتْ عَلَيْهِ الضَّلالَةُ فَسِيرُواْ فِي الأَرْضِ فَانظُرُواْ كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الْمُكَذِّبِينَ
(An-Nahl ayat 36)

Berkaitan:
Pas tidak bermusuh dengan Umno
Sinar Harian (20/12/09): Pas sedia bekerjasama dengan Umno untuk berbincang mengenai beberapa perkara yang mempunyai persamaan antara kedua-dua parti, kata Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Menurutnya, Pas tidak pernah bermusuhan dengan Umno, sebaliknya hanya berbeza pendapat dalam sesetengah isu.

"Sesetengah pihak salah anggap peranan Pas di Parlimen, kita tidak hanya membangkang sahaja tetapi sedia bertindak sebagai penasihat kepada kerajaan Persekutuan jika berlaku sesuatu yang tidak betul.

"Dalam perbahasan di Parlimen, kita sama-sama berdebat dalam mengutarakan pendapat masing-masing tetapi di luar Parlimen kita masih boleh duduk sebagai rakan," katanya.

Abdul Hadi berkata, Islam turut mengamalkan konsep berbeza pendapat kerana melalui cara ini sebarang keputusan yang diambil akan lebih baik.

"Presiden Pas sebelum ini, Allahyarham Datuk Fadzil Noor pernah duduk semeja dengan bekas Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam membincangkan pelbagai isu semasa seperti isu Bosnia, Palestin dan Nuklear.

"Mereka boleh bekerjasama kerana mempunyai matlamat yang sama dan tidak menjadi kesalahan jika pemimpin sekarang mencontohi sikap profesional yang ditonjolkan oleh kedua tokoh politik negara ini," katanya.

Katanya, terdapat beberapa perkara dalam Pas yang sama dengan Umno dan tidak menjadi masalah untuk kedua-dua parti ini bekerjasama.

"Takkan asyik nak bergaduh sahaja, ada kalanya kita perlu berbaik-baik," katanya ketika menghadiri Majlis Sambutan Maal Hijrah 1430 peringkat kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, semalam.

Sementara itu, Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan berkata, sambutan Maal Hijrah pada tahun ini mencatat sejarah kerana buat pertama kali Presiden Pas, Datuk Abdul Hadi Awang dan Timbalannya, Nasharuddin Mat Isa menghadirinya.

"Tidak mustahil akan ada perbincangan bersama antara kedua parti pada masa akan datang.

"Umno tidak mempunyai masalah dengan kepimpinan Hadi tetapi cuma tidak mendapat kerjasama daripada Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sahaja," katanya.
Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. Betui ka haji hadi cakap lagu tu? ka wartawan sinar yg putar belit? kalu betul lagu tu, sah dah hadi dan nasa kemaruk nak bergabung umno!

  2. apa agaknya pendirian hadi awang kalau pada masa ini dia masih lagi menteri besar terengganu yang dinafikan hak untuk mendapat royalti minyak....

    dan pendirian penyokong-penyokong UG dan hadi juga...

  3. takde pe yg dia ckap tu menunjukkan dia nak bergabung dengan umno

    cuma sebab hadi tu sedr diri dia bukan Tuhan, sebagai manusia mana kita tau hal akan datang atau masa depan

    cuma korang je yang perasan diri tu macam Tuhan yang memandai nak buat kesimpulan sendri

  4. Pulak dah. Kalau macam tu tak payah la sampai nak pulun-pulun kita kerja dalam pilihanraya. Kita lawan UMNO ertinya UMNo adalah musuh politik kita. Kalau tak bermusuh bagi UMNO menang pun tak pa la kot. Dah depa bukan musuh. Siap ada persamaan lagi dalm beberapa perkara. Kita profesional. Kita tak bermusuh dengan ahli-ahli UMNO yang baik. Ya la, ada jugak org2 UMNO adik beradik kita. Bukan semua sokong PAS. Tapi tok sah la dok gatai mulut pi habaq kat media kata UMNo bukan musuh kita. Kadang2 aku rasa macam orang bodo jer kita ni. Kot kampung sampai berkelahi kerana politik UMNO-PAS. Tapi pemimpin, baru dapat jemputan sikit dah puji melambung. Alahai HAdi....

  5. Bakaq,
    Apasal dua orang UG ini sahaja dijemput?Kenapa tidak hasan Ali dan Mustafa Ali bersama? Kalau alasan kerana atas kapasiti Presiden dan Timb Presiden Parti, kenapa tak jemput sama Anwar Ibrahim Presiden PKR? Nampak sangat dua UG ini digunakan oleh UBN sebagai 'kosmetik' untuk mengkaburkan pandangan Sheikh Al-Qardawi yang turut hadir dlm majlis tersebut.

  6. Salam.klu betul cakap lagu tu pun,salah ke??? takkan nak bantu/bertolong2 dlm benda baik xleh... Firman Allah swt. (Al-Maidah: 2), “… Dan tolong menolonglah kalian dalam kebaikan dan ketakwaan, dan janganlah kalian bertolong menolong dalam perbuatan dosa dan permusuhan …”

  7. macam mana Tok Guru Hadi nak bergabung dengan UMNO, dia dah tandatangan dokumen Pakatan Rakyat. semalam pada konvesyen.Apa2 dalam doumnen itu boleh dibawa ke mahkamah sekiranya PAS engkar kepada persetujuan yang ditandatangani bersama. DAP ramai pakar undang2. PAS pakar bercakap saja.

    Pak Bakaq, bleh dapat maklumat terperinci apa yang tersurat dan tersirat dalam dokumen yang telah ditandatangani oleh Tok Guru Hasi semalam. Saya amat bimbang PAS kena tipu nanti macam Sultan2 Melayu dahulu kena tipu dengan penjajah Inggeris .Kalau PAS bertambah dapat faedah teruskan, kalau tidak buat sesuatu sebelum terlambat.

  8. Salam,
    "Ya Allah, Ya tuhanku,semuga Pas dan Umno dapat duduk semeja membincangkan nasib orang-orang Melayu ".Amin........Amin........ Amin..... Ya Allah.

    Saya yang tidak berparti.

  9. Lain yang hadi cakap, lain yang wartawan tulis.Blogger plak mensensasikan nya di blog masing2 lepas bace suratkhabar..biasalah..
    Blogger ialah 'masyarakat suratkhabar'...kuang kuang kuang

  10. Rakyat tak nak dengar cakap politik..itu kerja orang politik macam TG Hj Hadi..RAKYAT nak DUIT RAKYAT kembali semula kepada RAKYAT..itu saja..yang politikus dan syarikat KRONI TIBAI duit rakyat..belanja SAKAN kat luar negara..KHAZANAH NEGARA hampir MUFLIS..lepas tu mulalah nak GST Gagau Semua Tempat..pekena rakyat balik..

    TG Hj Hadi nak sekongkol ke SE KONTOL ke ..itu rakyat tak peduli..ada faham..

  11. hadi kata:

    "Presiden Pas sebelum ini, Allahyarham Datuk Fadzil Noor pernah duduk semeja dengan bekas Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam membincangkan pelbagai isu semasa seperti isu Bosnia, Palestin dan Nuklear.

    "Mereka boleh bekerjasama kerana mempunyai matlamat yang sama dan tidak menjadi kesalahan jika pemimpin sekarang mencontohi sikap profesional yang ditonjolkan oleh kedua tokoh politik negara ini," katanya.

    @ persamaan dalam isu umat sejagat, almarhum tidak ketinggalan. almarhum memiliki pegangan politik yang jelas sesuai dengan pas sebagai gerakan islam.

    @ tidak salah, malah dituntut hadi turut "mencontohi sikap profesional yang ditonjolkan oleh" almarhum.

    hadi kata:

    Katanya, terdapat beberapa perkara dalam Pas yang sama dengan Umno dan tidak menjadi masalah untuk kedua-dua parti ini bekerjasama.

    @ apakah kesamaan ini tidak wujud semasa almarhum ustaz fadhil dan hanya wujud apabila hadi menerajui pas?

    @ kenapa "kerjasama" ini tidak timbul 10 tahun dahulu atau selepas pru 11 apabila umno/bn menguasai lebih 2/3 kerusi parlimen?

    @ kenapa idea "kerajaan perpaduan" ini timbul selepas pru12? selepas kedudukan umno tergugat?

    @ kenapakah kesamaan hanya ternampak oleh pas apabila umno/bn tewas di beberapa negeri serta gagal menguasai 2/3 parlimen?

    @ kenapa almarhum tidak pernah memilih untuk berkerjasama dengan umno? malah almarhum mengambil sikap berhati2 dengan politik silat harimau umno?

    2/...

  12. @ apakah peringatan almarhum sudah tidak valid lagi bagi hadi? di mana telah hadi letakkan peringatan almarhum:

    “Lebih baik kita berhati-hati dan berwaspada selalu apabila berunding dengan orang yang sesama bangsa dan seagama kerana kita tidak tahu apa yang tersirat dalam lubuk hatinya, berbanding ketika kita melakukan berunding atau berkerjasama dengan orang kafir kerana mereka jelas berada dalam kekafiran”

    "UMNO akan mencari PAS dikala UMNO berada dalam keadaan tersepit seperti peristewa 13 Mei 1969 dan jangan harap UMNO akan menghulurkan tangan persahabatan dikala dia berada dalam kedudukan yang kuat dan gagah perkasa".

    @ para dua di atas menjelaskan situasi politik pos pru11 (umno berada dalam kedudukan yang kuat dan perkasa) dan pos pru 12 (umno hilang kuasa mutlak di parlimen).

    @ amat jauh berbeza profesionalisme almarhum dengan hadi. almarhum mendengar pandangan semua orang, malah tidak rasa terhina untuk meminta pandangan dari kalangan pemimpin/bekas pemimpin. hadi sebaliknya. hanya menelan bulat2 nasihat penasihat yang "dipercayai" dan enggan mendengar/menimbang pandangan selain dari penasihat2 yang "dipercayai". malah lebih rela menelan bulat2 pandangan pihak ketiga dan menobatkannya sebagai idea sendiri!

  13. 3/...

    @ pendekatan hadi yang tidak profesional disambut baik olah ahmad maslan:

    "Tidak mustahil akan ada perbincangan bersama antara kedua parti pada masa akan datang.

    "Umno tidak mempunyai masalah dengan kepimpinan Hadi tetapi cuma tidak mendapat kerjasama daripada Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sahaja."

    @ hadi memilih untuk memberi ruang seluas2nya kepada umno untuk menyerang tgna. begitulah profesionalnya hadi. hadi memilih untuk mengenepikan peringatan allahyarham ustaz fadhil. hadi memilih untuk berpegang kepada penasihat2 yang "dipercayai"nya. hadi memilih untuk menelan bulat2 idea pihak ketiga kepadanya. yang telah disuntikkan kepada beliau bersama penasihat2nya di dalam siri pertemuan/perbincangan dengan pihak ketiga.

    @ visi hadi adalah visi ke belakang. visi hadi adalah visi penasihatnya. visi hadi adalah visi pihak ketiga. visi hadi menolak terus peringatan alamrhum ustaz fadhil:

    “Lebih baik kita berhati-hati dan berwaspada selalu apabila berunding dengan orang yang sesama bangsa dan seagama kerana kita tidak tahu apa yang tersirat dalam lubuk hatinya, berbanding ketika kita melakukan berunding atau berkerjasama dengan orang kafir kerana mereka jelas berada dalam kekafiran”

    "UMNO akan mencari PAS dikala UMNO berada dalam keadaan tersepit seperti peristewa 13 Mei 1969 dan jangan harap UMNO akan menghulurkan tangan persahabatan dikala dia berada dalam kedudukan yang kuat dan gagah perkasa".

    wallahu'alam

  14. UMNO melalui Ku Li telah berjaya menawan PAS untuk terpaksa duduk semeja semata mata kemaruk dengan royalti minyak.

    Hadi Awang betul.

  15. Bakaq pun duk sandar dengan tajuk yang dirumuskan orang surat khabar, tetapi kesannya macam kar atas nih, belum apa2 dah kutuk Haji Hadi.

    Tak bermusuh dalam membincangkan/menyelesaikan masalah yang boleh diselesaikan demi agama, apa ke jadahnya nak masuk umno?

    Yang duk anti manusia gila2 ni, spesis syiah aje...

  16. titik persamaan itu adalah bangsa Melayu... itu le unity yg nak dijuangkan... asek nak salahkan wartawan pun tak guna.. soal shj direct pd Tuan Guru Hj Hadi.. adakah benar ada beliau mengucapkan secara sedar ttg PAS akan bekerjasama dgn UMNO dlm perkara yg mempunyai persamaan dan tidak memusuhi UMNO?
    agaknya mereka yg ahli parti PAS sekrg sudah boleh diwujudkan 2 keahlian.. sesiapa yg ahli PAS.. maka mereka juga adalah ahli UMNO.. tak perlu lg nak bergambar keluar dr PAS dan buat majlis khas masuk UMNO utk dpt Projek2 besar.. dulu kata menentang UMNO sbb dasar parti itu yg memperjuangkan assobiyah.. ni apa hal pulak? apakah tidak dihadam apa yg Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi sampaikan diMasjid Negeri Selangor? apakah masih meragui Dato Seri Anwar Ibrahim walaupun Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi sendiri telah meng'endorse'kan ttg kepimpinan DSAI dlm memperjuangkan Islam? maka lebih mempercayai Syeikh Altantuya itu lebih afdhal dlm Islam? apa bentuk pemikiran yg ada pada pemimpin PAS?

  17. Korang jugak camtu...bersantai dengan pimpinan umno dan terkadang kerjasama dalam buat program anti dadah ke,anti syiah ke(ni kena buat dgn serius).Cakap Hadi Awang tu takde apap pun,ambil keratan akhbar,mai buh sini,bincang,kutuk,binang kutuk,esok buh lagi,bincang kutuk.Perangai syiah ni memang tak habis punya...sebab tu abih hampir semua sahabat nabi di kafirkan.

  18. Hadi dengan Nasa ni tak habis-habis buat isu. Memanglah PAS tak bermusuh dengan UMNO, nak perpaduan Melayu konon! Melayu Kelantan dinafikan itu kerja siapa? Melayu Perak kena rampas kerja siapa? Hadi sendiri perintah Terengganu tak sampai setahun jatuh tergolek kerja siapa? Ceramah sana, ceramah sini UMNO mesti dijatuhkan. Belakang tirai tak bermusuh. You scratch my back I scratch yours. I jeling kat you you jeling kat I. Penyokong dan pengikut peduli apa!! dia orang yang panjat pokok pasang poster kita tengok saja!!!!

  19. Untuk kebaikan orang Melayu dan ISLAM jugak, x de salahnya TGHA cakap cam tu.

  20. Alhamdulillah syukur kerana kita telah sedar bahawa selama ini PAS UMNO asyik bercakaran lantaran pendapat dan pandangan yang berbeza demi politik.Akhirnya kita memberi ruang dan laluan untuk bangsa lain mempersoalkan hal hal yang sensitif spt keagamaan dan ketuanan.
    Saya sebagai rakyat Malaysia beragama Islam merasa sangat bangga jika PAS UMNO yang BAKAL MEMERINTAH MALAYSIA dengan BAIK,ADIL dan terus bersama membangunkan negara berimej ISLAM. Sesiapa sahaja boleh dilantik dari kalangan PAS dan UMNO menjadi PM,TPM,MP jika suratan hasil majoriti PRU13 nanti..Dari sini kita boleh melihat REALITI (cetusan rasa tidak puashati) dari kalangan PKR,MCA,MIC,DAP,GERAKAN,(HINDRAT)mungkin akan mengamuk kerana hasrat mereka mahu memecah belahkan bangsa dan agama tidak tercapai oleh kerana PAS UMNO telah BERSAMA..(maaf bukan bergabung)Ini kerana demi MALAYsia..Allah swt Maha Mengetahui.

  21. Salam..

    Harap maklum, sedara Anwar belom lagi menjadi Presiden PKR..sedara Anwar hanya menjadi penasihat kepada PKR, presiden PKR yg sebanar ialah Wan Azizah.

  22. Bhai....

    Gua simple jer... maleh citer la.... Gua tetap dengan pandangan pertama gua... selagi UMNO tolak Islam keseluruhannya... selagi itulah gua bermusuh dengan UMNO... itu jer....

  23. bhai...tak payah kau cerita pasal pas.kau bukan ahli jauh sekali ajk pas.semua parti mempunyai strategi masing2.biarlah pemimpin pas dengan agenda mereka.semua mesyuarat parti tidak diberitahu pada umum.selagi pemimpin pas tidak memurtadkan ahlinya selagi itu kita sokong...

  24. Otak tu janganla sempit sangat. Kalau setakat nak bincang soal perpaduan, tak payah pegi jumpa dah sekarang. Telefon ada, handphone ada, teleconference ada, webcam pun ada. Nak bincang dalam email pun bolehhhh..

    Ni lah, kata ikut AlQuran & Hadits. Nabi kata jangan 'asabiyah', tak pulak ikut. Pelik betul la korang ni.

    Benci UMNO tu biarlah berpada. Setakat nak buang orang yang rasuah, orang yang hina Islam tu, aku pun setuju. Tapi, kalau nak buang pemimpin Islam yang tak amal kronisme (Hj Hadi) sebab nak yang kronisme (Hj Nik Aziz), tu pun dah tak betul dah tu.

    Sekurang-kurangnya Hj Hadi BELUM DAPAT dipengaruhi 'pembantu'nya untuk melakukan perkara yang mungkar. Hj Nik Aziz DAH BANYAK KALI sangat dah 'tersilap' perhitungan. Yang terang2 bawa fitnah pun dia duk buat juga.

    Siapakah mereka yang telah ditutup mata dan telinga mereka dari kebenaran? Jawablah sendiri.

    -Malaymind-

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008