Sedap!! Klik gambar di atas!

Syabas gerombolan 20 orang!

Sekumpulan pejuang menuntut PAS melaksanakan prinsip perjuangan yang telus berdasarkan Perlembagaan dan mempertahankan hak Melayu serta kedudukan agama Islam di Selangor. Orang-orang ini mesti tak cukup maklumat mengenai perjuangan Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Mohamed Ali.

Tidak diketahui adakah mereka telah mendapatkan maklumat yang lengkap mengenai kerja buat ayam tambatan mereka di dalam PAS itu.

Apa pun, oleh kerana Utusan Malaysia hari ini melaporkan 20 orang itu sebagai "sekumpulan penyokong PAS" (lihat berita akhbar tersebut bertajuk "PAS Selangor didesak keluar Pakatan"), saya berharap mereka boleh pergi ke Pejabat Agung PAS di Jalan Raja Laut pula.

Saya harap mereka dapat menghantar memorandum mendesak PAS mengeluarkan arahan tidak membenarkan ahli-ahli Parlimen dan ahli-ahli Dewan Undangan Negerinya menghadiri mesyuarat atau program tanpa kebenaran sewaktu persidangan Dewan Rakyat, Dewan Negara atau Dewan Undangan Negeri berlangsung.

Barisan Nasional (BN) dah keluar arahan sedemikian rupa (lihat berita Utusan Malaysia hari bertajuk "Larangan program luar").

Saya juga berharap satu hari nanti kita akan bersama-sama mereka menuntut supaya para pemimpin kerajaan yang beragama Islam dari semua parti bersumpah laknat tidak akan mengambil rasuah dalam apa jua bentuk, membunuh, pecah amanah, kronisme dan menyelewengkan harta rakyat.

Sumpah gugur talak saya tak setuju.

Contoh bai'ah laknat boleh ambil di sini. Saya salin dan edit untuk sesuaikan dengan baiah yang dicadangkan:
WaLlahi wa biLlahi wa taLlahi. Bahawa saya, .............. yang diamanahkan oleh Parti Islam SeMalaysia (PAS) untuk bertanding dalam pilihanraya umu kali ke-12 dalam kawasan .............. bersumpah dengan nama Allah sama ada saya menang atau kalah di dalam pilihanraya ini, saya tidak akan mengkhianati parti dan perjuangan parti ini, iaitu Islam.

Saya juga bersumpah dengan nama Allah saya tidak akan mengambil rasuah dalam apa jua bentuk, membunuh, pecah amanah, mengamalkan kronisme dan menyelewengkan harta rakyat.

Jika saya mengkhianati parti dan perjuangan ini (iaitu Islam), maka saya akan dilaknat oleh Allah, para malaikat dan para pelaknat.
Berkaitan:
Gambar menarik demonstrasi (Dr Abdul Wahab Arbain 28/12/09)
Lupakan terus Utusan (Perak Express 28/12/09)

Promosi Umrah RM4250!!
Hope2Walk - Tabung Harapan Annisa & An-Nur
Saya dah cuba yang lain. Tapi yang ni yang best sekali. Sedap sungguh! Sila klik imej di atas.
Suami perkasa, isteri segar menawan, anak pintar cerdas. Klik di sini.

  1. PEMBETULAN

    Saya juga bersumpah dengan nama Allah TIDAK AKAN mengambil rasuah dalam apa jua bentuk, membunuh, pecah amanah, mengamalkan kronisme dan menyelewengkan harta rakyat

  2. BN boleh hidup tanpa PAS.
    tetapi Pakatan Rakyat akan musnah tanpa PAS.

    PAS jika mahu bersama Pakatan, pastikan PAS diberi peranan utama dalam Pakatan seprti UMNo ketua kepada BN. PAS mestilah mengetuai Pakatan. Kalau tidak tinggalkan Pakatan Rakyat.Nanti sokongan orang Melayu pun PAS tak dapat.

    Tak perlu bersama BN dan tak perlu bersama Pakatan.

  3. Anon 1

    La. Nasib baik Sdr betulkan. Terima kasih banyak-banyak. Dah semak dah tadi. Salah tulis jugak. Terima kasih sekali lagi - banyak2!

  4. woi anon no 2,hang mengaku sajalah hang pun penjilat umno atau memang umnongokkkk.bercakap macam hang dok dalam gua yang tak perlu berkawan dengan sesama manusia.

  5. Satu cadangan yg baik yg pas perlu contohi! 5 mp pas yg ponteng tempoh hari semua sudah tampil beri alasan kecuali sorang drp Baling yg masih membisu...

  6. Dari Anon 2 semula:

    OK. PAS tak perlu bersama BN atau UMNO. PAS boleh bersama2 selama2nya bersama DAP.
    UMNO lupakan PAS selama2nya. PAS lupakan UMNO selama2nya.

    PAS bina hidup baharu bersama DAP dan PKR.
    UMNO hanya membuang masa bersama PAS. Begitu juga PAS jangan buangmasa layan UMNO.Masing2 buat hal sendiri.

  7. Adakah seruan supaya tidak bersama BN dan juga tidak bersama Pakatan Rakyat, semestinya adalah seruan dari penjilat UMNO?

    Cuba belajar hidup berfikir cara betul.

  8. Anon 7

    Saya memang tak pernah ulas sebelum ni walaupun terniat nak ulas matematik darjah satu tu.

    PAS tolak PR = PAS orang-sorang

    PAS sorang-sorang = Umno kenyang

    Umno (rasuah) kenyang = Tauke2 bertambah senang lenang

    Tapi yang lebih buruk lagi ialah:

    Umno + PAS = Rasuah disucikan menjadi infa'

    Rasuah disucikan menjadi infa' = Lingkup Melayu

    Bayangkan, pemimpin Umno yang berpengalaman luas mengajar teknik rasuah selamat kepada pemimpin PAS, pemimpin PAS pula ajar pemimpin Umno hujah yang direka-reka bersandarkan nas untuk mewajarkan perbuatan itu.

    Sebab itulah:

    Umno + PAS = Lingkup Melayu = Hancur penghayatan Islam

    Biar bantai-membantai daripada PAS dan Umno duduk dalam satu kandang melantak rasuah dan melingkupkan Melayu.

  9. PAS terima PR= PAS ramai-ramai
    PAS ramai-ramai= DAP kenyang
    DAP kenyang = Apek2 bertambah senang lenang
    Tapi yang lebih buruk lagi ialah:

    UMNO+PAS= rasuah kena share ramai2!

  10. Usahlah dok hentam sana hentam sini, ini semua umno punya hal kononnya nak rampas selangor, harapannya bantahan dan tunjuk perasaan kononnya ahli dan penyokong pas tu supaya Pas Selangor keluar dari PR.. takkan semudah itu nak bawa keluar Pas Selangor dari PR.. bukannya Pas Selangor boleh bertindak sendirian. Pas mana-mana negeri pun tak boleh bertindak demikian. Agaknya lah orang yang buiat tunjuk perasaan tu tak tahu kaedah parti ni. Barangkali dibayar kot..

Post a Comment

 

Jangan biarkan mereka!

Preview
Klik di sini untuk membantu

Kawan-kawan

Medic & Beauty Spa

Untuk bekalan santan dan buah-buahan sekitar Kuala Lumpur dengan harga wajar, sila hubungi Abang Zali 019-2314248 (Pasar Chow Kit)



Dapatkan segera!!!
Maklumat lanjut di sini!

Cantik? Klik di sini

Sila klik imej di atas

Video Menarik

Pastikan kehadiran anda!

Arkib

Bloggers for Nurul

Lawan ISA!

Bantah ISA di sini!

Terima kasih!

View blog authority

hit counters

Counter ini dibubuh pada siang 8/11/08 start dari kiraan e-referer yang entah apa-apa

AddThis Feed ButtonAdd to Technorati Favorites Check PageRank
Participating for Allah s.w.t.

Kawan-kawan

Untuk pembinaan, ubah suai rumah dan lain-lain kerja untuk memulih atau menaik taraf rumah anda termasuk kerja-kerja plumbing dan pendawaian elektrik, sila hubungi Abang Omar 019-3344500

Bukan saya yang buat. Bukan saya yang jual. Tetapi saya dah makan sakan dah. Bagi saya sedapnya ya Rabbi! Dan, boleh buat duit sakan! Klik gambar di atas untuk maklumat lanjut! - bakaq a.k.a. ~penarik beca

Terima kasih!

Sejak 26/11/2007

About me | Author Contact | Powered By Blogspot | © Copyright  2008