Riuh rendah media-media arus perdana mengenai pendakwaan beberapa orang yang dituduh terlibat dalam skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ). Kononnya beberapa jerung akan turut didakwa. Adakah termasuk Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Tan Sri Chan Kong Choy?
Jika Abdullah tidak didakwa sama, adakah Tun Dr Mahathir Mohamad dan blogger-blogger Umno yang menjadi pengikut setianya akan berkeriau? Hari ini, mereka berkeriau membantah khabar-khabar yang mengipaskan berita bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan membawa Khairy Jamaluddin ke dalam kabinet.
Kawan saya, Zakhir Mohamed kata dalam blognya:
Bagi saya, apa yang berlaku kini adalah siri-siri PR exercise untuk memutihbersihkan nama Najib. Nak tergelak pulak bila melihat pakar-pakar perunding imej Najib menggunakan template yang sama yang digunakan oleh Abdullah ketika beliau mula menjadi Perdana Menteri dahulu. Dan, geli hati sungguh melihat pakar-pakar spin berebut-rebut membesar-besarkan cerita pendakwaan mereka yang dituduh terlibat dalam skandal PKFZ!
Masih ingat pendakwaan terhadap Tan Sri Kasitah Gadam dan Tan Sri Eric Chia? Saya ingat. Tetapi, macam tak berapa nak ingat pulak apa yang terjadi selepas itu.
Najib sedang cuba dibersihkan dari segala-galanya. Dia tak salah dalam semua perkara. Dia tak salah dalam kes Altantuya Shaariibuu, dia tak salah dalam sakandal rasuah Umno, dia tak salah dalam skandal PKFZ, dia berkecuali dalam krisis MCA - Najib tak salah satu apa pun.
Malah setiausaha politiknya, Dr Shafie Abdullah, bekas tukang jual periuk tu yang kini dah ada PhD entah dari mana saya pun tak tau dijangka akan terpaksa bergelut sendiri. Selasa ini, adakah dia tidak akan dibela apabila usul mengenai beliau dibentangkan di Dewan Rakyat? Adakah Najib akan berlepas diri?
Semuanya terpaksa bergelut sendiri. Najib menjadi dewa kayangan yang melihat semua orang bersalah bergelut mempertahankan diri masing-masing. Dia tak ada kes untuk membela dirinya. Maklumlah, dia bersih.
Saya melihat Najib dan pakar-pakar spinnya yang terlibat dalam projek membersihkan Najib tak ubah seperti penyanyi yang menyanyi macam motor rosak meraung. Semua orang kata tak sedap dan menyakitkan telinga. Hanya si penyanyi dan mereka yang terlibat dalam kerja-kerja membikin lagunya sahaja yang rasa lagu dan nyanyian si penyanyi itu sedap. Apa nak buat, depa gila.
Sampai bilakah kita akan melihat para pemimpin politik yang buruk kelaku digilap-gilap supaya kelihatan bersih manakala para pengikut bangang pula mendewa-dewakan mereka? Bilakah rakyat, terutama orang-orang Melayu, hendak melihat buruk kelaku sebagai buruk kelaku dan tidak cuba memberikan warna-warna gemilang kepada si buruk kelaku yang menjadi pemimpin politik, tidak kira dari parti mana pun mereka?
Kalau pengikut bangang dalam parti Melayu mendewa-dewakan si buruk kelaku, akan lingkup Melayu. Dan, kalau pengikut bangang dalam parti Islam mendewa-dewakan si buruk kelaku, agama apa kita sebenarnya?
Adakah itu agama yang diajar oleh Allah s.w.t. melalui Rasul-Nya yang suci, Muhammad s.'a.w.w.?

Perdana Menteri IV Tun Dr Mahathir Mohamad dijangkakan akan memberikan reaksi negatif keatas perlantikan Khairy sebagai Timbalan Menteri. Ramai berpendapat sekiranya perlantikan ini berlaku, maka Tun Dr Mahathir akan mula ‘menyerang’ PM Najib, sebagaimana PM ‘Flip-Flop’ Abdullah di’perangi’ selama 3 tahun (2006-2009).Malah, ada orang kata, khabar-khabar tersebutlah yang mendorong Dr Mahathir menulis tentang Umno yang "busuk hingga ke ususnya". Itulah yang orang kata.
Bagi saya, apa yang berlaku kini adalah siri-siri PR exercise untuk memutihbersihkan nama Najib. Nak tergelak pulak bila melihat pakar-pakar perunding imej Najib menggunakan template yang sama yang digunakan oleh Abdullah ketika beliau mula menjadi Perdana Menteri dahulu. Dan, geli hati sungguh melihat pakar-pakar spin berebut-rebut membesar-besarkan cerita pendakwaan mereka yang dituduh terlibat dalam skandal PKFZ!
Masih ingat pendakwaan terhadap Tan Sri Kasitah Gadam dan Tan Sri Eric Chia? Saya ingat. Tetapi, macam tak berapa nak ingat pulak apa yang terjadi selepas itu.
Najib sedang cuba dibersihkan dari segala-galanya. Dia tak salah dalam semua perkara. Dia tak salah dalam kes Altantuya Shaariibuu, dia tak salah dalam sakandal rasuah Umno, dia tak salah dalam skandal PKFZ, dia berkecuali dalam krisis MCA - Najib tak salah satu apa pun.
Malah setiausaha politiknya, Dr Shafie Abdullah, bekas tukang jual periuk tu yang kini dah ada PhD entah dari mana saya pun tak tau dijangka akan terpaksa bergelut sendiri. Selasa ini, adakah dia tidak akan dibela apabila usul mengenai beliau dibentangkan di Dewan Rakyat? Adakah Najib akan berlepas diri?
Semuanya terpaksa bergelut sendiri. Najib menjadi dewa kayangan yang melihat semua orang bersalah bergelut mempertahankan diri masing-masing. Dia tak ada kes untuk membela dirinya. Maklumlah, dia bersih.
Saya melihat Najib dan pakar-pakar spinnya yang terlibat dalam projek membersihkan Najib tak ubah seperti penyanyi yang menyanyi macam motor rosak meraung. Semua orang kata tak sedap dan menyakitkan telinga. Hanya si penyanyi dan mereka yang terlibat dalam kerja-kerja membikin lagunya sahaja yang rasa lagu dan nyanyian si penyanyi itu sedap. Apa nak buat, depa gila.
Sampai bilakah kita akan melihat para pemimpin politik yang buruk kelaku digilap-gilap supaya kelihatan bersih manakala para pengikut bangang pula mendewa-dewakan mereka? Bilakah rakyat, terutama orang-orang Melayu, hendak melihat buruk kelaku sebagai buruk kelaku dan tidak cuba memberikan warna-warna gemilang kepada si buruk kelaku yang menjadi pemimpin politik, tidak kira dari parti mana pun mereka?
Kalau pengikut bangang dalam parti Melayu mendewa-dewakan si buruk kelaku, akan lingkup Melayu. Dan, kalau pengikut bangang dalam parti Islam mendewa-dewakan si buruk kelaku, agama apa kita sebenarnya?
Adakah itu agama yang diajar oleh Allah s.w.t. melalui Rasul-Nya yang suci, Muhammad s.'a.w.w.?

Cantik? Klik 

WANITA YANG BAIK ADALAH UNTUK LELAKI YANG BAIK
PEMIMPIN YANG JAHAT ADALAH UNTUK PENGIKUT YANG JAHAT
Kalau pengikut bangang dalam parti Melayu mendewa-dewakan si buruk kelaku, akan lingkup Melayu. Dan, kalau pengikut bangang dalam parti Islam mendewa-dewakan si buruk kelaku, agama apa kita sebenarnya?
Adakah itu agama yang diajar oleh Allah s.w.t. melalui Rasul-Nya yang suci, Muhammad s.'a.w.w.?
-wa suke btul statement nie..tp hang ckp parti islam tue kat afrika kan?..bkn malaysia..kat sni,mane ade prkara trsebut brlaku..
-zargus-
Pak Bakjaq,
Akhbar-akhbar juga sibuk dengan kes S/U Politik Najib yang bernama Dato Shafiee.YB Wangsa Maju buka kisah dia dalam Parlimen.Dalam akhbar Sinar dia selamba saja jawab:Konon parti pembangkang tak ada kerja lain cuma nak cari kesalahan orang saja.Dia juga cuba buka temberang konon tak ada kuasa nak beri arahan kepada pihak DBKL.Macamlah orang tak tahu perangai pemimpin UMNO.Jangankan S/U Politik Menteri,ahli JKK dikampong pun berlagak nak beri arahan kepada DO-DO.Orang Wangsa Maju memang kenal Dato Shafiee ni,jenis "pukul keliling".Orang Pahang,bila Najib jadi PM maka "kuasa" dia pun bertambah.Apa yang disuarakan oleh S/U Politik Najib ini adalah "standard mentality" pemimpin UMNO yang menganggap pihak pembangkang sebagai pengacau,pemecah belah masyarakat,tak ada kerja lain,nak cari kesalahan saja dan lain-lain sifat negatif terhadap parti pembangkang.Dia lupa yang WP cuma menang dua kerusi saja diSmenanjung(termasuk Putrajaya).Sifat angkoh mereka tak berubah .Benarlah apa yang disebut Mahathir: Busuk hingga keusus.
salam
kes ni pun macam kes-kes yg lepas juga, akan digugurkan akhirnya, ini semua wayang aje, tak caya kita sama sama tengok
If there was an award for “Sell-Out Journalist of the Year” it would go hands down to The Sun’s Ng Kee Seng.
Ng Kee Seng is now the new Executive Editor of The Star after his recent blatantly once-sided articles and news stories in favour of Ong Tee Keat and in complete ignorance of all other points of view.
Leslie Lau of the MalaysianInsider was spot on when he referred to Ng as an "undistinguished veteran journalist".
tak boleh ke siasat kes pkfz ni lebih serius dan profesional? itu kalau nak siasat...kalau tak...tak payah siasat terus la..lagi baik..buang karan..
Adoiya!!!!
Pak Bakaq nie,apa orang buat smue tak kena.
Najib tak salah dalam semua tu? hoho tak kene tangkap n tak de org nak dakwa boleh la die terlopeh... tunggu saja masa nya
Yalah, Pak Bakar.
Kalau tak diambil tindakan, kata Najib bersekongkol. Kalau diambil tindakan, konon nak bersihkan diri pulak.
Hang ajelah yang jadi PM Pak Bakar kalau dah orang lain buat tu semua tak betul.
-Malaymind-
Ini semua kerja lelah dan menantu kesayangan yang tak kenyang - kenyang.
Bakaq bakaq.. pusing la punya pusing berjela-jela yang semua tau. Itu intro. Agenda dia sekarang yang perenggan dua akhir.
Akhirnya UMNO menang jua.