Ada sebuah kampung di dalam kawasan Parlimen Bukit Gantang (cerita hal kampung sendiri pulak kali ini). Dalam kampung kecil itu, rumah orang Umno lebih banyak dari rumah orang PAS.
Walaupun tidak pernah bergaduh kerana politik dan saling menghentam pun dengan cara bergurau (budget lapang dada la kiranya), bab politik dah tentu la masuk dalam perbualan depa. Orang Umno hentam PAS sambil gelak-gelak dan orang PAS debik Umno pun saling gelak-gelak juga.
Geram lagu mana pun ditahan-tahan. Suasana harmoni dalam kampung lebih diutamakan. Mereka bukan sahaja berjiran, malah bersaudara. Sepupu la, dua pupu la, berpu-pupu sehingga bau pupu dah jadi bau bacang, macam-macam. Pokoknya bersaudara.
Kadang-kadang, kalau pemimpin parti masing-masing buat dajal, si penyokong tak keluar rumah. Maklumlah tengah tension. Kalau keluar rumah nanti, diperli dek jiran, takut naik angin pula.
Bila pemimpin Umno buat dajal, si penyokong Umno tertekan jiwa dan tak berani keluar kedai kopi. Walaupun ketagih kopi di kedai, tetapi kerana takut tak tahan disindir kawan, si penyokong yang malang itu menahan diri dan kakinya dari melangkah keluar rumah. Kalau pergi surau pun, lepas solat maghrib, tak dan baca doa lagi dia buat-buat kalut nak balik. Dia tak berani nak bersembang di serambi surau sementara menanti datangnya waktu Isya'.
Begitu juga si penyokong PAS kalau pemimpin partinya buat dajal.
Selalu berlaku, malang sungguh jadi penyokong. Pemimpin parti dan keluarga mereka yang buat kirang ajaq, ahli-ahli di bawah dan para penyokong yang tak bersalah yang menanggung beban. Tertekan jiwa.
Kalau anda kasihan kepada ahli-ahli di bawah dan para penyokong tak bersalah yang terpaksa menanggung beban serta tertekan tak fasal-fasal kerana para pemimpin mereka atau keluarga pemimpin mereka buat perangai kurang ajaq, bantailah cukup-cukup para pemimpin politik serta keluarga mereka yang kurang ajaq dan perangai macam setan tu!
Anda jangan lupa, kalau pemimpin politik atau keluarga mereka tertetakan, kurang-kurang pun mereka dapat kedudukan, harta, kesenangan, kemewahan dan apa saja yang mereka sapu secara celaka dan kurang ajaq (tak termasuk la elaun dan perks yang lain yang menjadi hak mereka). Ahli di bawah dan penyokong dapat apa?
Tulislah menghentam mereka walaupun penyokong mereka yang bangang tak tahu berhujah menuduh anda Yahudi atau kafir atau apa saja. Mampoih pi la depa nak tuduh apa pun - hanya itu sahaja kebolehan mereka.
Berkaitan:
Jiwa anak Nik Aziz 'tertekan': Dr Mariah (Malaysiakini 5/12/09)

Cantik? Klik 

Bakaq,
Aku ni pun asai dari belah sana gak,rumah aku dekat ngan rumah hang dulu,betoi hang kata, orang kampong ni depa berpolitik mesra pelanggan,penuh gurau senda dan hormat menhormati,bersaudara la katakan,tapi bila mai puak2 dajai bersyarah dalam kampong kita, depa ni mula la cucuk sana cucok sini,maki hamun orang lain sampai berguni. orang kampong pun lama2 naik sheik gak,mula la pandang member yg sebelah sana dgn sebelah mata jer.Awat la para pemimpin kita yg petah bersyarah tu tak didik para pengikutnya dgn tatasusila berpolitik yg betoi - lepas saja pilihanraya semua pakat balik buat kerja la! yg menang mentadbir dan yang dapat minoriti berperanan buat check and balance supaya tak berlaku salahguna kuasa.Ni tak,hari-hari takdak kerja lain dok berpolitik,tak abis2 ceramah topik yg sama,tak penat ke? Bila masa nak buat kerja? Grrrr..........
Salam Pak Bakar. Saya selalu atas pagaq walaupun kedua-dua kaki di sebelah PAS (Pak Bakar fikirlah macam ni). Saya jarang ambil "port" bila depa kutuk pemimpin saya (pemimpin PAS). Senang saja saya jawab, "manusia tak maksum daripada membuat kesalahan, tetapi pemimpin hang pa kemaruk buat kesalahan dan tak pernah mengaku". Biasanya, depa senyap saja selepas kena balun dengan saya. TETAPI, sampai bila keadaan ini boleh dipertahankan jika pemimpin aku sendiri tak reti nak cover kesalahan sendiri. Lama kelamaan aku akan tetap duduk atas pagar walaupun undi tetap pada PAS.
Kan aku dah kata kan..,"Kejahilan itu memadamkan seluruh cahaya kebenaran". Kan..kan..? Maka pakat jenohla.. puak bawahan nak kena pi cucuh menyala balik.. Tak ke haru..
alamak pak bakaq, nostalgia la bukak cerita kampung.. teringat kampung batu 5, simpang, changkat jering. kedai kadiaq pekan ahad ada lagi ka?
aukauk88.
Anda jangan lupa, kalau pemimpin politik atau keluarga mereka tertetakan, kurang-kurang pun mereka dapat kedudukan, harta, kesenangan, kemewahan dan apa saja yang mereka sapu secara celaka dan kurang ajaq (tak termasuk la elaun dan perks yang lain yang menjadi hak mereka). Ahli di bawah dan penyokong dapat apa? - dapat apa? dapat loponglah akibat dibingaikan dan dikencingkan oleh yg dikatakan pemimpin2!
benda lagu ni... lama dah aku duk maki... kehkehkeh... mana buleh biaq... orang tak mau yang perangai huduh nih... maka orang tukaq... tapi kalau duk lagu tu jugak... tak kira la skala kecik ke besaq... janji perangai lagu jahanam bikin susah orang... aku hentam je...
Kenapalah jadi mangkuk hayon..jadilah ahli parti yang tidak menyokong membuta tuli. Politik kampung adalah untuk kebaikan masyarakat bukannya ikut 'aksi' kungfu dan karate pemimpin.
Aku suke perenggan yg last sekali..bravados senor bakaq!
Terdapat 54 kawasan Parlimen yg dimenang PR pada PRU 12
Dikelantan sahaja terdapat 9 Parlimen.
1. Pasir Mas (Bebas) 59.3%
2. Tumpat (Pas) 57.3%
3. Rantau Panjang (Pas) 56.6%
4. Kuala Krai (Pas) 55.9%
5. Pasir Puteh (Pas) 53.8%
6. Kota Bharu (Pas) 52.7%
7. Tanah Merah (PKR) 52.4%
8. Machang (PKR) 51.8%
9. Ketereh (PKR) 50.7%
Sejauh manakah keadaan ini akan bertahan , Banyak sangat doh ko jasa kerajaan PAS dikelantan, dengar khabar nya
1. Sudah kaya raya dengan hasil wang dinar
2. Projek depu bertebaran ditepi jalan
3. Padi organik tak habis makan
4. Kambing Janapari tak muat kandang
5. Duit royalti tak habis anak cucu nak makan
Senario yang Pak Bakaq tulis sama macam kat opis saya masa-masa 2007-2008 dulu. Idaklah pula nak tengok dia/mereka gila ka, kena sambar petir ka, kena timpa hujan batu ka. Orang baguih-baguih, masing-masing muka kacak, lawa, segak, otak geliga gred A, digilai ramai, tak patut sungguh lah kalau saya nak tengok mayat orang macam tu rentung hitam legamkan. Dia nak doa kita mati mayat hitam legam, jadi babi, jadi ikan pari, itu dia punya pasal. Dia ada banyak masa berteleku atas tikar sembahyang minta itu, minta ini.
Saya doa diri sendiri mati waras, mayat putih berseri-seri, tak sanggup tengok mayat orang Islam, hitam legam, jadi babi, jadi ikan pari, apatah lagi yang hitam legam yang macam babi dan ikan pari tu diri saya sendiri.
sebab ramai PAS kalau ramai UMNO jadi macam kerajaan persekutuan buat kepada kerajaan pakatan rakyat Nizar diperak, UMNO jahanam
lebih banyak pemimpin UMNO dan BN buat dajal dah lebih 52 tahun, pakatan rakyat tak perintah malaysia lagi......
ye la mcm setan pemimpin pas dan umno nih...janji masa pilihanraya berbagai tapi duk pekaya anak bini je. gampang la semua nye!!!
Bakaq, hang ni makin pelik. Apa yg hang nak sebenarnya???
Politik kepartian sebenarnya tak bawa kita ke mana - mana jika kita tidak memahaminya. Pemimpin tetap sama perangainya, bila lama berkuasa mulalah pengaruh - pengaruh lain masuk. Akhirnya hanya mencari materialistik tetapi berselindung dibalik parti dan ketaksuban pengikut.
aku sokong pas sebab dasar pas, aku tak sokong umno juga sebab dasar umno... aku ada kawan dalam kedua2 parti .. peringkat penyokong dan pemimpim... kalu depa tak betui bukan sebab parti tak betui tapi sebab depa sendiri.. depa manusia.. buat silap..
Mana ada ahli politk kayap, semua kaya-kaya belaka. Rezeki tu kita tak tahu lah samada sumber halal ke haram. Atau haram dihalalkan. Sangka baik je. Allah swt kan ada.
Memang betul tu. Setuju sangat-sangat. Depa tertekan, harta melimpah ruah, perut tetap kenyang. Yang kita ni, rakyat marhaen tertekan camanana? Jangan katakan isi, kuah pun tak merasa. Kalau nasib baik, dapatlah jilat saki-baki kuah kat pinggan tu. Macam rakyat ni kucing belaan plak. Walhal yg depa dok melantak tu rakyat punya.
Jadi, mai kita pakat ramai-ramai ajar meraka yang kurang ajar tu. Walaupun kekadang tulisan kita cuma memberi impak sekecil hama. Tetapi kalau ramai-ramai pakat bantai mereka, hama yang sikit tu boleh jadi banyak dan menjadi tekanan yang berat jugak nak pikul tu. Teruskan!
aku mesti jumpa pak bakaq kat changkat jering atau pekan bukit gantang
bertukar fikiran dan berdebat , best tu , rumah famili bini aku kg pauh
rujukan: markaz pas kg pauh ,
tak pa nanti aku cari hang juga pak bakaq pailang
kat kampung aku ada la puak grombolan lima enam orang........tapi tak mau join mesjid lansung.......anak-anak pun turut sama sampai besaq.......last-last lari keluaq kg tak balik-balik......ini lah padah politik pak turut
bunyi macam Pak Bakaq je tertekan ni...sabaq..sabaq
hai pak bakaq, hang pi mana, ada konfrotasi terbaru ka ? ini macam buleh jatuh penarekbeca nye rank hahaha.... ka tukaq khemah dah?
-pak bakaq, hang lame x dgr cita nie..wa cdangkan lu wat iklan dlm blog lu nie..at least bole tmpung mane2 yg kurang..lu punye blog ngah top,level2 ngan TT,sure rmai yg nk beriklan..cdangan aku la..
-zargus-